Cara Membantu Orang yang Sedang Nazak…

Menurut Ustaz Abdullah Mahmud, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:

  1. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untukmembaca surah Yasin – yang lain2 bole bersama2 semak.
  2. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
  3. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
  4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
  5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila haillallah” lagi.
  6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayahNYA dalam membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat. Amiin.

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

3 thoughts on “Cara Membantu Orang yang Sedang Nazak…”

  1. Alhamdulillah..Saya senang membaca tulisan ini.
    Krn wkt kakek saya meninggal,saya sm sekali tdk membacakan yasin utk beliau. saya takut dibilang cucu yg g berbakti.tp saya hanya bs b’doa dlm hati.

  2. Assalamualaikum wbh Terima kasih ya!! bagus sekali panduannya. Saya diajar oleh Ustaz..untuk membantu orang2 sedang nazak dengan mengajar mengucap dan sangat membantunya sekiranya dimasuk tangan orang yang sedang nazak tadi ke dalam mangkuk yang berisi air dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.. dan sapu keseluruhan mukanya dengan membaca Allahianni sakaratul maut ( sila betulkan , sekiranya salah, saya mohon ampun)…sangat membantunya untuk melawan godaan syaitan…Wassalam.

  3. Assalammu’alaikum wr.wb.
    Mengapa bacaan kalimat toyyibah tersebut tidak dilanjutkan dengan membaca Muhammaddarosulullah tapi mungkin dengan teori kita mengatakannya mudah dan bagi orang yang sedang nazak sulit dan ini tergantung pada saat dia hidup apakah dia sering berzikir atau tidak.
    Insya Allah kita ditetapkan iman dan Islam oleh Allah Ta’ala sehingga tidak sulit dalam mengucapakan kalimat Toyyibah tersebut saat nazak.

    Bilahil taufik wal hidayah
    Wassalammu;alaikum wr.wb.

    IKHWAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>