Sujud Sajadah Sembahyang Lain
13 June 2007Sebagaimana yang saya ketahui, umat Islam akan membuat sujud sajadah dalam solat subuh di pagi Jumaat. Persoalan saya, adakah amalan ini merupakan sunnah nabi s.a.w atau bid’ah? Kenapa solat yang lain tidak pernah saya lihat orang buat sujud sajadah?
Insan Musykil, Terengganu.Â
Sujud sajadah dalam solat subuh hari Jumaat adalah sunnah nabi s.a.w. manakala solat yang lain tidak dibenarkan bagi kita untuk melakukan sujud sajadah dengan sengaja.
Kecuali seseorang itu tidak sengaja membacakan surah yang mempunyai tanda sujud, maka dibolehkan baginya untuk sujud atau pun tidak.
Sekiranya solat-solat lain dibuat sujud sajadah dengan sengaja, maka sia-sialah solat kita itu, dan mestilah diqada semula.



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.