Khasiat Buah Pisang
14 June 2007 oleh ImamKhalidPerhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
5 July 2007 sekitar 4:46 pm
nk makn pisang jenis pe yang paling mujarab..hehehehehe
[Balas]
5 July 2007 sekitar 4:49 pm
Ikutlah pisang apa pun, janji pisang.
Tapi kalau nak sedap, makan lah pisang berangan ker, pisang restali (kelat keling) ker. That’s my favourite anyway…
[Balas]
kerengga Reply:
March 5th, 2009 at 12:15 pm
pisang per paling best?..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 5th, 2009 at 12:53 pm
Orang lain aku tak tau. Tapi kalau aku, yang aku sebut kat atas tu laa yang aku rasa paling best. Wallahu a’lam.
[Balas]
14 December 2007 sekitar 4:07 pm
berapa biji yang sesuai dimakan dalam sehari..adakah pisang juga mengakibatkan kencing manis..
[Balas]
14 December 2007 sekitar 4:58 pm
Setahu saya pisang ni ibarat supplement. So makan jer lah banyak mana nak. Jangan tamak, ikut keperluan.
Tentang kencing manis, saya kurang pasti. Tu kena tanya doktor..
[Balas]
8 January 2008 sekitar 1:30 pm
tak boring ke, kene makan pisang hari-hari…pagi pisang … tghari pisang….malam pisang…er monyet pun makan pisang tapi kenapa tak pandai-pandai sampai sekarang…
[Balas]
8 January 2008 sekitar 7:54 pm
Eh, kalau monyet tu kan namanya dah memang monyet. Monyet tu bukan ker binatang? Bila pulak binatang ada akal? Ko ni, tu pun tak tau…
Pisang tu berkhasiat, bukan bermakna kena makan pisang pagi petang siang malam. Maksudnya, jangan lah anggap pisang tu sebagai makanan remeh yang tak berharga.
Walaupun ianya murah dan mudah didapati, khasiatnya lebih tinggi dari epal, lai, anggur, dsb yang mahal2 tu…
[Balas]
27 February 2008 sekitar 11:00 am
br minggu ni saya mengamalkan diet makan pisang…
ni sbb nk diet punya pasal la hehehehe..pastu suma kengkawan saya gelakkan sy sbb mkn pisang,so untuk mengukuhkan kelebihan mkn pisang dan khasiatnya,sy pun search la,last2 jumpa kt blog saudara ni hehehehe….
ni yg bersemgt untk teruskan diet mkn pisang hehehehehe
ImamKhalid: Wow! Satu tindakan yang bijaksana! Teruskan usaha murni anda!
P/s: Aku pun nak try lah..
[Balas]
18 March 2008 sekitar 2:27 pm
adakah khasiat ekstrak pisang sama khasiat dgn buah pisang yng asal@asli…
ImamKhalid: Yang tu pakcik tak belajar lagi…
[Balas]
6 September 2008 sekitar 7:38 am
bolehkah pisang melembutkan kulit? -tq-
[Balas]
ImamKhalid Reply:
September 6th, 2008 at 4:57 pm
Insya-Allah jika diamalkan selalu.
[Balas]
26 October 2008 sekitar 6:57 pm
kalau x nak mgantuk masa dgr masa ktubah jumaat mknlah pisang…..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 28th, 2008 at 2:55 pm
Tu tak beretika namanya
[Balas]
hamba66 Reply:
July 6th, 2009 at 7:02 pm
x kan lah camtu… tgh dgr kutbah lak nk makan pisang !!!dh makan pisang kena basuh lak tu …kalo tak batal lak solat…:)
[Balas]
25 November 2008 sekitar 11:14 am
pisang memang nyaman bah!!!
gue suker pisang goreng!!
hgahahahhahahahahaaaaaa……
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 25th, 2008 at 5:40 pm
Pisang original yang ada khasiat seperti di atas. Pisang goreng tak jadi aper, berminyak jer lebih.
[Balas]
14 December 2008 sekitar 8:44 am
pisang apa yg bek utk lmbtkn kulit???
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 14th, 2008 at 11:42 am
Semua pisang baik untuk kulit, memberi kelembapan dan kelembutan. Wallahu a’lam.
[Balas]
14 December 2008 sekitar 4:33 pm
bhgn apa ek nk gna utk lmbtkn kulit???
isi or kulit??
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 14th, 2008 at 4:37 pm
Amalkan makan isinya, dan buang kulitnya. Insya-Allah kulit anda lembut. Selamat mencuba!
[Balas]
30 December 2008 sekitar 12:05 am
banyak nyer khasiat dalam sebiji pisang..bnyk yg sy x tahu sebelum ni dah sy ketahui dari saudara..
hope lepas ni saudara tulis lagi banyak tentanh khasiat2 tentang buah- buahn seperti ini..
wsalam..(^_^)
[Balas]
3 February 2009 sekitar 4:03 pm
Banyak gak khasiat buah pisang ni.. paisang yang paling aku suka pisang montel, Tapi pisang yang paling sedap buat cekodok ialah pisang… pisang.. pisang ape ek? alamak lupa lak! pisang ape2 pun boleh la!
[Balas]
zuko Reply:
February 25th, 2009 at 12:29 am
betul2
[Balas]
7 February 2009 sekitar 9:02 pm
saya seorg penggemar pisang. hari2 saya makan pisang pagi petang siang malam. pisang…pisang…pisang… adakah pisang memberi kesan sampingan sekiranya kita makan banyak pisang?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 8th, 2009 at 10:30 am
Dah berapa lama jadi penggemar pisang? Selama makan pisang ni, pernah rasa apa2 yang tak kena? Jika ada, kurangkan pengambilan. Jika tiada, teruskan seperti biasa. Wallahu a’lam.
[Balas]
13 February 2009 sekitar 2:32 pm
boley tau x..adakah kasiat pisang membantu dari segi menaikkan berat badan?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 5:09 pm
Pisang boleh membantu menaikkan berat badan kepada berat normal. Wallahu a’lam.
[Balas]
25 February 2009 sekitar 12:23 am
pandai betul imam ni
[Balas]
25 February 2009 sekitar 12:25 am
eleh! nak jaga badanlah tu
[Balas]
27 February 2009 sekitar 9:05 am
dlu mak ak ckp, ms mengandungkan ak dlu..dier byk mkn psang..
thats why kulit ak agak lawa..hehe..lembut mcm kulit psang..
so, pregnant women out there..mkn la pisang byk2~~ agar kulit anak anda cantik…
*juz to share..xtaw la btol ke tak..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 5:08 pm
Ada logiknya. Wallahu a’lam.
[Balas]
10 April 2009 sekitar 4:10 pm
nampaknye kena komersialkan la pisang ni bg anak cucu makan..
kene tanam merata2..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 5:08 pm
Tanamlah selagi dapat. Wallahu a’lam.
[Balas]
10 April 2009 sekitar 4:12 pm
that’s good….
sume jenis pisang ke bagus,
ke pisang2 tertentu?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 5:08 pm
Semua pisang pun bagus. Wallahu a’lam.
[Balas]
10 April 2009 sekitar 4:14 pm
boleh kuruskan badan x?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 5:07 pm
Boleh membantu. Wallahu a’lam.
[Balas]
17 April 2009 sekitar 5:00 pm
saya nak tanya nie……klu pisang di buat jus ok ke?selain utk kulit bagus utk apa lagi?…………tq
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 5:06 pm
Buat jus pun ok. Selain untuk kulit, baca sendiri di atas.
Wallahu a’lam.
[Balas]
lorren Reply:
May 13th, 2009 at 12:09 pm
aku memang suka makan pisang…tapi satu soalan ni aku tidak dapat jawap DALAM 1 POKOK PISANG, APA YANG BUKAN DI PANGGIL PISANG.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
May 13th, 2009 at 2:23 pm
Ni bukan artikel teka teki, harap maklum.
[Balas]
13 May 2009 sekitar 12:05 pm
jadi dalam satu pokok pisang…kalau kamu betul pintar kena pisang…apa yang bukan dipanggil pisang
jawap dengan seberapa segera
[Balas]
ImamKhalid Reply:
May 13th, 2009 at 2:28 pm
Sila tanya di laman teka teki ini:
http://soleh.net/2007/12/02/teka-teki-gitu-gitu-apek/
[Balas]
lorren Reply:
May 14th, 2009 at 9:44 am
walau apa pun pisang baik untuk kita…terutama bagi perokok yg ingin berhenti merokok…terima kasih nanti aku tanya di laman teka teki…tapi si pemberi soalan ini memang tidak de sebut pisang entalahhhh terima kasih…sekali lagi makan pisang di setiap masa..
[Balas]
14 May 2009 sekitar 11:01 am
satu soklan…memula sekali cakap jangan simpan pisang dalam icebox…kenape takleh simpan pisang lam icebox..tade cakap punnn
[Balas]
19 May 2009 sekitar 3:07 pm
pisang cepat buruk, busuk dan cepat lebam2, lagipun tak bagus utk kesihatan bila sejuk.
[Balas]
kong si Reply:
December 31st, 2009 at 11:49 pm
sejuk dpt menguatkan perut.so,minumlah air sejuk di awal pagi
[Balas]
13 September 2009 sekitar 2:30 pm
Saya pun penggemar buah pisang,jadi tk hairanlah kalau makan pisang-pg.ptg,siang&malam.saya nak naikkan berat badan jadi berapa biji pisang sehari perlu di makan? berat sekarang hanya 44kg tetapi umur sy 21tahun,tinggi pulak 157…kalau nk diikutkan berat badan yg sesuai 48kg.jadi cam ne erk!!
[Balas]
24 September 2009 sekitar 11:31 pm
walaupunb pisang baik untk kesehatan tapi ade jugak pisang yg tk blh di mkn
[Balas]
icarly Reply:
September 25th, 2009 at 9:39 am
Betol jgk kata dia ade jgk pisang yg tdk blh dimkn’
[Balas]
7 October 2009 sekitar 12:53 am
Ada yang nasihatkan saya supaya tidak makan pisang berlebihan jika mengidap kencing manis(saya tak pasti kebenaran nya). Tapi boleh makan pisang ‘Rastali’ kerana kurang manis berbanding pisang ‘Berangan’.
[Balas]
7 October 2009 sekitar 12:54 am
T/Kasih diatas maklumat saudara yang sangat berfaedah ini, saya dan keluarga mula mengamalkan makan pisang setiap hari mulai bulan lepas, tak pernah putus bekalan, habis mesti beli lagi. Saya amalkan makan pisang bila mula berjinak jinak dalam bidang body fitness(memang disyorkan dan di amalkan oleh etlit berkaitan). Budaya makan pisang ni diamalkan olih negara afrika. Anda perhatikan orang2 afrika yang berada di Malaysia ni. Mereka makan nasi dengan pisang(pengalaman saya semasa di kedai mamak, semasa makan tengah hari). Mungkin itulah sebab badan diaorang ni berketul dan sasa.
Nasihat: Kepada saudara2 yang bagi komen, tolong bagi komen yang mendatang kan faedah kepada ornag lain. Kalau nak merapu, baik tak payah lah, kerana ianya menyemakkan tempat ni saja. Ubahlah sikap supaya dapat menyumbang kepada orang lain. Maaf jika komen saya tidak menyenangkan.
[Balas]
29 October 2009 sekitar 4:44 pm
cam mane nk bg pisang tahan lama dan lambat busuk..??
[Balas]
1 December 2009 sekitar 12:38 pm
Pisang memang oke. Yok, kita budayakan makan pisang setiap hari
[Balas]
16 December 2009 sekitar 4:59 pm
salam..
kOrang pisang mmg bgOs ar..smber karbOhidrat kompleks..kat bgOs tok diet..
aku skang diet pon mkan psang sblom mkan..cpat knyang n tnage ckOp
tadaaaaa…xpyah nak mkan lbiih2 daaa
[Balas]
kong si Reply:
December 31st, 2009 at 11:55 pm
mmg bgs makan psang sblom makan krn makan buah slps makan akan cpt ngantuk
[Balas]
19 February 2010 sekitar 11:42 pm
wahhh..
kalo cam tu beras tak laku la..huhu
byk jgak khasiatnye ye..
bgus2..alhamdulillah..
[Balas]
2 March 2010 sekitar 11:34 pm
wei artikel nih same dlm s/khabar utusan bahagian kesihatan
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 2nd, 2010 at 11:57 pm
Owh, adakah utusan copy & paste dari Soleh.Net? Boleh bagi URL dia tak, bro?
[Balas]
9 March 2010 sekitar 10:28 am
kulit pisang yang belum masak @ yg sudah msak sesuai ntuk hilangkan parut?
[Balas]