Sujud Tilawah

Ramai yang tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat sujud tilawah. Sujud tilawah terdiri daripada beberapa perkara yang mesti diketahui, termasuklah istilah, syarat, rukun, dan perkara sunat. Mari kita ulas satu persatu tentang perkara-perkara tersebut.

Istilah:
Sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan di luar sembahyang apabila kita berjumpa dengan ayat-ayat sajdah, sama ada dibaca oleh diri sendiri atau didengar daripada orang lain.

Namun begitu sebarang bentuk rakaman seperti CD, kaset, TV, video, dan sebagainya, harus hukumnya melakukan sujud tilawah mahupun bertasbih. Harus di sini bermaksud pahala tiada, dosa pun tiada.

Ayat sajdah ialah ayat yang mempunyai perkataan sujud di dalamnya yang membawa maksud tertentu. Bagi kita orang Melayu yang tidak faham bahasa Al-Quran, terdapat cara yang tertentu untuk kita mengenali ayat-ayat sajdah ini.

Jika dalam Mashaf Uthmani (Quran Al-Karim), terdapat tanda seakan-akan kubah masjid di tempat yang perlu dilakukan sujud tersebut. Manakala bagi Quran Al-Majid (Quran lama) pula, ditulis perkataan ‘sajdah‘ di bahagian tepi ayat tersebut dalam tulisan jawi.

Syarat:
Syarat-syarat yang perlu ada sebelum melakukan sujud tilawah:

  1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. Untuk memudahkan kita, pihak pencetak Quran telah membuat tanda kubah masjid (bagi mashaf uthmani) atau perkataan ‘sajdah‘ (bagi quran al-majid). Jangan sekali-kali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.
  2. Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk, dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud tilawah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (SuhanaLlah walhamduliLlah walailahaillaLlah waLlahuakbar). Pahalanya pula sama dengan sujud tilawah yang sempurna.
  3. Tidak lama masa di antaranya, iaitu antara bacaan ayat sajdah tersebut dengan sujud tilawah yang hendak kita lakukan itu.
  4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan sujud tilawah.

Rukun:
Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah sujud tilawah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.

  1. Niat beserta takbiratul ihram
  2. Berdiri atau duduk
  3. Sujud sekali
  4. Salam pertama

Antara Perkara Sunat:

  1. Angkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram
  2. Bertakbir (Allahu Akbar) ketika turun untuk sujud
  3. Membaca ayat sujud sajdah: ‘Sajada wajhialillazi…
  4. Bertakbir ketika bangkit dari sujud
  5. Salam yang kedua

Fadhilat:

  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.): Ertinya “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: celaka ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka” (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)
  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.

Wallahu a’lam

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

12 thoughts on “Sujud Tilawah”

  1. Berikan khilaf ulama ttg perbezaan hukum sujud sajdah/tilawah dan nyatakan hujah-hujah yg digunakan.

  2. Assalamualaikum.
    Bukan komen, tapi nak tanya. Biasanya dlm majlis taddarus, ramai kaum wanita yg tak pakai setokin(tutup kaki), cuma berbaju kurung. Boleh ke lakukan sujud tilawah?

  3. assalamualakikum…

    berkenaan dengan persoalan saudara…”Boleh x saya sembahyang subuh mcm biasa waktu hari Jumaat?
    tolong balas.”

    Hukum sujud sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan. Oleh itu, sekiranya saudara ingin melakukan solat subuh seperti biasa pada hari Jumaat,dibolehkan.

    Berdasarkan hadith nabi s.w.t. :

    Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)

    Wallahua’lam..

  4. assalamualaikum wbt.

    Bolehkah Tuan terangkan bagaimana caranya melakukan sujud tilawah diluar solat…iaitu apabila terjumpanya ayat sajadah ketika membaca ayat alquran dan ketika itu saya sedang duduk. Sekian wassalam

  5. Bacaan ketika sujud tilawah:
    “Sajada wajhiya lilladzii kholaqohuu wa showwarohuu wa syaqqo sam’ahuu wa bashorohuu bi haulihi wa quwwatihi fa tabaarokaLloohu ahsanal khooliqiin”

  6. @Nohara : mungkin yang anda tanyakan perbedaan ke-3 sujud tersebut.
    - Tilawah : seperti yang sudah dijelaskan dalam artikel.
    - Sahwi : sujud ketika terlupa atau was-was dalam rukun sholat. Dilaksanakan setelah tahiyat akhir sebelum salam. Bacaan: “subhana mallaa yanaamu wa laa yasyhu”.
    - syukur : dilakukan ketika memperoleh nikmat/anugerah dari Allah. Atau ketika membaca/mendengar ayat 25 surah Shood.

    @Ahmad: yang dijelaskan dalam artikel kan memang sujud tilawah saat tidak sholat. Ketika mendengar hendaklah langsung sujud tilawah. Atau boleh ditunda jika sedang berhadats…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>