Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

    Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari

    ~ dah jadi dah..

  2. Zina bermaharajalela.

    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim

    ~ dah nampak dah..

  3. Bermaharajalela alat muzik.

    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah

    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

  4. Menghias masjid & membanggakannya.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.

    ~ memang dah nampak dah..

  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.

    ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad

    ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani

    ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

    ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

  10. Bulan sabit kelihatan besar.

    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani

    ~ tak caya gi tengok..

  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim

    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad

    ~ tengok kes peperangan Iraq..

  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
    - Sahih Muslim

    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

 

27 komen

  1. Komen dari zulfa_jie:

    kemukakan pula tentang fanomena mawar langit yg telah drakam oleh NASA beberapa bulan yg lepas. langit yng berpecah-belah menyebabkan mawar langit. salah satu petanda kiamat tlh muncul.

    ImamKhalid: Terima kasih atas cadangan itu. Tapi aku sendiri pun tak berapa pasti tentang kebenaran berita itu. Walaupun didakwa ditemui oleh NASA, aku tetap tidak percaya. Berita sebegitu boleh direka, oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.

    [Balas]

  2. Komen dari AfiQ_92na:

    Info : Maklumat dari Dr. Ustaz Harun Din.

    Planet Marikh (planet terdekat dengan bumi) telah mengalami
    terbalik pada bulan 9 yang lepas. Jadi, yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian matahari naik dibarat yang juga tanda-tanda besar besar kiamat lalu pintu taubat ditutup. Kata para astronomi, bumi hanya tunggu masa saja. Jangka juga satu asteroid akan jatuh ke bumi. Rujuk surah Al-Waqiah, jelas!(ayat 1-6). Info ini tak didedahkan secara meluas dan telah dihentikan penyebarannya oleh pihak NASA kerana ia menguntungkan pihak Islam. Ambil peringatan sama ada benar atau tidak dan sejauh mana kebenarannya, Kita telah bersaksikan dengan petanda petanda kiamat yang benar dan jelas. Wallahu’Alam (tapi harapannya dapat disebarkan sebagai peringatan insya’allah.)

    ImamKhalid: Jangan mudah percaya akan khabar angin. Namun kita mesti sedar bahawa hari kiamat sememangnya sudah semakin hampir dengan kita, dan bersiap sedialah dengannya. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    AfiQ_92na membalas:

    As Salamu Alaikum.. Bismillah.. Saya tengok di Youtube.. yang sendiri Ustaz Harun Din menyampaikan risalah itu.

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Namun itu hanyalah ramalan. Tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang akan tahu bila berlakunya hari kiamat. Tiada yang boleh menjangka. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  3. Komen dari nik musfirah izzati:

    ada orang kata kemungkinan imam mahdi dah muncul, betul ker?

    ImamKhalid: Wallahu a’lam bissowaab… Tak dapat aku nak pastikan sejauh mana kebenarannya.

    [Balas]

  4. Komen dari yAsmInhAmStEr:

    saya bersekolah agama..tetapi saya seorang yang pemalu..saya keturunan barat dan memeluk islam pada zaman datuk saya..soalan saya sekarang betulkah kiamat akan berlaku pada hari jumaat??satu lagi,jika seseorang itu belum baligh(cukup umur)tetapi sudah berumur sekitar 13,14, adakah dosa2 anak itu akan ditanggung oleh kedua ibu-bapanya??

    yAsmInhAmStEr’s last blog post..By: nik musfirah izzati

    ImamKhalid: Benar, menurut hadis hari kiamat tidak akan berlaku KECUALI pada hari Jumaat.

    Seseorang yang belum baligh tidak menanggung sebarang dosa, dan dosanya tidak ditanggung oleh sesiapa pun. Hatta sampai umur 40 sekali pun.

    Akan tetapi lelaki yang sudah berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

    Tanggung di sini bermaksud jika kita sebagai lelaki yang sudah berkahwin, membiarkan anak lelaki kita yang belum baligh melakukan dosa dalam pengetahuan kita.

    Harap dapat fahami apa yang saya maksudkan. :)

    [Balas]

  5. Komen dari Syafaha:

    saya pernah terbaca satu hadis yang antara lain berbunyi ‘ orang yang duduk itu lebih baik dari yang berdiri , dan yang berdiri itu lebih baik dari yang berlari’ . Saya sudah lupa hadis yang sepenuhnya. Boleh sesiapa menyebut hadis yang sepenuhnya ? terima kasih

    [Balas]

  6. Komen dari adik wan:

    assalamualaikum……supernova,adakah ia berkaitan dengan kiamat?

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Waalaikumussalam, saya tak pasti tentang supernova. Tapi adik wan boleh baca dan menilai sendiri dari Wikipedia.

    Terima kasih dan selamat datang! :)

    [Balas]

  7. Komen dari bantingboy:

    satu tazkirah yang baik untuk hari pertama puasa. :)
    Entri terkini bantingboy: 5 Acne Preventation Tips For Girls

    [Balas]

  8. Komen dari solehah:

    salam, saya seorang pendidik+isteri…bagaimana harus saya tampil ke sekolah dalam keadaan cantik+kemas, tetapi tidak jatuh kepada dosa.

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Banyak cara yang boleh saudari ikuti, sila rujuk majalah2 dan buku2 islam tentang pemakaian.

    Pokok pangkalnya, kalau nak jaga dosa tu, boleh jer… :)

    [Balas]

  9. Komen dari Qaseh liyana:

    Kenapa imam mengutuk media kerajaan, sedangkan jika saya baca harakah keluaran PAS lebih banyak menghina dan memaki orang lain. Tapi makian dan celaan itu dikira baik dan ulamak mereka mengeluarkan fatwa boleh.. Bolehkan kita sesama islam mengkafirkan orang lain seperti yang dilakukan oleh PAS..

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Kerana media kerajaan berat sebelah, menipu rakyat, serta menyebar fitnah. Boleh rujuk semua media, dan nilai sendiri mana yang haq dan mana yang batil.

    Saya tidak pernah lihat Akhbar Harakah menghina dan memaki orang lain. Minta tolong ditunjukkan.

    Tiada makian atau celaan yang dikira baik. Mengeluarkan fatwa pula adalah tanggungjawab mufti negeri, tiada kena mengena dengan mana2 parti politik.

    PAS tidak pernah mengkafirkan orang, sebaliknya media yang memutar belitkan fakta. Sila rujuk kedua2 belah pihak, jangan hanya mendengar sebelah pihak dan terus menghukum.

    Tambahan: Sebagai contoh, sewaktu media menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz menyebut “Allah samseng”. Waktu itu saya sendiri berada di tempat kejadian, di mana saya melihat dengan mata kepala saya sendiri dan mendengar dengan telinga saya sendiri, bahawa kenyataan Tuan Guru bukan seperti yang dilaporkan oleh media (RTM dan TV3). Ternyata mereka telah menyebar fitnah.

    [Balas]

  10. Komen dari ..........:

    Askum name saya ….?…. umor 13 thn dah baligh jd maksudnye kene tanggung dose sndri laa?… Sya tknk tipu lee tp masalah nye sya tk leh brhenti tg cite lucah niee smua sbab kwan2 kat sklh diorg smua tgk cite2 …*********… Sya nak brhnti tlg lah btul2 nie sya dah brdoa kt ALLAH s.w.t….

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Pertama, berhenti terus daripada melakukan maksiat tersebut.

    Kedua, pohon keampunan dengan bertaubat kepada-Nya.

    Ketiga, bina dan kuatkan azam untuk berhenti terus dari melakukan dosa besar yang amat dimurkai oleh Allah s.w.t itu.

    Keempat, jauhi sebarang perkara yang mungkin mengembalikan perbuatan itu, termasuk kawan2. Biar hilang kawan, jangan hilang iman dan Islam.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  11. Komen dari Danil:

    Ass.wr.wb,
    Dan jangan lupa tentang sabda rasulullah mengenai:
    bangsa arab yg berjalankaki serta membangun bangunanan yg tinggi-tinggi.
    Lihatlah sekarang di Bahrein bangunan-bangunan mencakar langit.
    Manusia-manusia berjubah putih lebih mementingkan harta dan kekuasaan, lupa dengan asal-usul mereka.

    Wassalam.

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Burj Dubai merupakan salah satu di antaranya…

    [Balas]

  12. Komen dari syikin:

    saya ada lihat dalam satu video ni…dia cakap sebelum munculnya imam mahdi akan adanya gerhana matahari dan bulan terjadi dalam bulan ramadan sekaligus…dia tunjuk kat situ gerhana tu pernah terjadi 2 tahun berturut-turut…tapi, benda tu berlaku pada tahun 1981 dan 1982(kalau tak silap la) antara tahun macam tu la…kalau tak silap saya gerhana ni juga pernah berlaku di tempat saya(di tawau,sabah)pada bulan ramadhan baru2 ini.adakah apabila munculnya imam mahdi, taubat kita tak sudah boleh diterima..

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Imam Mahadi akan membawa umat manusia kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, waktu itu pintu taubat masih lagi terbuka.

    [Balas]

  13. Komen dari syikin:

    kalaulah imam mahadi dah ada…adakah dia akan pergi serata dunia membawa kebenaran ataupun tempat2 tertentu sahaja??

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Jangan bayangkan Imam Mahadi itu seperti manusia di zaman nabi s.a.w. Beliau akan muncul pada masa hadapan, sudah tentulah teknologi komunikasi lebih canggih berbanding sekarang. Sudah tentulah worldwide! :D

    [Balas]

  14. Komen dari syikin:

    assalamualaikum…boleh saya tanya.datangnya dajjal itu seperti apa?? imam mahadi ni adakah memang namanya ataupun cuma gelaran sahaja??

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Banyak pendapat berhubung kedua2 perkara yang ditanya itu. Ada pendapat yang kata dajjal berupa manusia dan ada pula pendapat yang mengatakan dajjal itu makhluk yang pelik. Itu lah yang membimbangkan umat Islam, takut tak perasan dajjal hadir dalam hidup kita. Begitu juga dengan imam mahadi.

    [Balas]

  15. Komen dari AfiQ:

    As Salamu Alaikum, Bismillah.. telah saya mengambil kesemua tanda ini dan diperuntukkan pada blog saya. Izinkanlah saya untuk mengambilnya. Akan saya letakkan lampiran besertakan alamat web ini. Harap maklum.

    [Balas]

    AfiQ membalas:

    As Salamu Alaikum, Bismillah.. telah saya mengambil kesemua tanda ini dan diperuntukkan pada blog saya. Izinkanlah saya untuk mengambilnya. Akan saya letakkan lampiran besertakan alamat web, dan penulisnya. wakakka… siapa lagi, pepaham le. Harap maklum.

    [Balas]

  16. Komen dari Que:

    ASSALAMUALAIKUM…izinkan memberi komen dari tulisan saya ke hati anda semua,,,,,,..kita sebagai umat islam harus mengerti dan memahami tentang tanda-tanda berlakunya kiamat…kebanyakkan umat islam sekarang semakin jauh dan lupa dr melakukan suruhan allah s.w.t…seharusnya mereka ingat tentang pelbagai petanda ini..insaflah wahai umat islam semua..anda haruslah peringati antara satu sama lain..pelbagai petanda2 telah ditunjukkan oleh allah s.w.t..tidak terfikirkan oleh anda semua..segeralah bertaubat wahai saudara2 ku sekalian..kita tidak tahu bila berlakunya kiamat..saya sedih melihat keadaan dunia masa kini..pelbagai bencana dan penindasan berlaku tanpa belas kasihan.. ingatlah anda semua tentang kalam allah s.w.t(AL-QURAN) serta sabda nabi muhammad s.a.w(HADIS)…sekian,,
    wassalam..AMIN

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...