Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan

  1. Jangan berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle‘ (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
  2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  3. Minum 8 gelas air sehari. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  4. Elakkan minum minuman yang bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  5. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  6. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
  7. Makanlah dengan perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
  9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit – daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
  11. Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
  12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
  13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
  14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
  15. Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
  16. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
  17. Simpan satu diari. Simpan satu diari makanan boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
  18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
  19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
  20. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton TV. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
  21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja diisi.
  22. Khusus bagi kaum wanita, perlu diperhatikan tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
  23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
  24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
  25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:
    • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
    • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.
    • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
    • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
    • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Wallahu a’lam

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

26 thoughts on “Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan”

  1. Salah satu masalah utama untuk menurunkan berat badan adalah nafsu makan yang kuat…

    ImamKhalid: Aku setuju. Sebab itu disiplin diri amat penting dalam apa jua yang kita lakukan, termasuklah menurunkan berat badan, berhenti merokok, dan sebagainya.

  2. Biasanya sebab kurang disiplin. Belum pernah didengar lagi orang yang berdisiplin tinggi gagal menurunkan berat badan berlebihan.

    Perkataan “dengan cepat” juga sebenarnya tidak sesuai untuk tujuan tersebut. Biasanya yang cepat itu mendatangkan keburukan, terutama dalam jangka masa panjang.

    Wallahu a’lam.

  3. sejak berkahwin berat badan saya semakin naik,apa perlu yang saya buat,,,kadang2 dlm 1 hari buang air besar cuma di waktu pagi sahaja,,sy ada beli teh diet tapi tak larat nak minum,tak sedap,,n meloya kan

  4. Selepas berkahwin, biasanya kadar metabolisme akan menurun dengan mendadak.

    Oleh itu, amat penting untuk kita menjaga pemakanan dan senaman selepas berkahwin.

    Kuantiti air kosong yang perlu diminum juga perlul maintain 8 gelas sehari, untuk memastikan perkumuhan dapat berlaku dengan baik.

    Meminum air yang banyak juga boleh menurunkan selera makan. Secara tak langsung boleh kawal berat badan. Wallahu a’lam.

  5. saya plan nak kuruskan badan dengan berpuasa selama 4 bulan .. start bulan september 2009 sampai 29 januari 2010. ssekarang berat 55kg nak turun 45kg jek.. wish me luck

  6. saya ada masalah kegemukan..
    cara pemakanan saya ialah..
    saya tidak ambil serapan pagi saya hanya mkn petang sahaja..
    kerap kali saya buat begitu makan hanya sekali sehari..dan saya juga jarang senam…
    tapi masalahnya berat badan saya tidak juga bekurang…dari segi pemakanan saya dpat kontrol…masalah tetap sama berat badan tidak turun….jadi disini saya harapkan pertolongan @ nasihat dari pihak tuan…terima kasih

  7. aku pun nk kurus…
    nafsu yang tk boleh dikawal…
    tp insya’allah pas seminar ni nk diet sungguh2..
    give me luck!!!!

  8. Penurunan sebanyak 7kg kurang sebulan secara sihat . Pengunaan produk diet yang Mewajibkan Anda Makan 3 x shari . SMS sy 019 5134715 . Ini berdasarkan pengalaman sendiri .

  9. Ingin mengetahui cara diet saya yg berjaya turun 7kg kurang 1 bulan. SMS 019 5134715 untuk keterangan lanjut.

  10. salah cara tu…x sarapan blh menurun kadar metabolisma…so lemak yg ada x dibakar sangt..hasilnya badan tetap sama ..makanlah ikut masa..tapi jangan berlebihan…amalkan tip yg dibagi kat atas tu..

  11. saya ade beli JDM5…tp bazir je sbb sy xlalu nak ambik..nak muntah je rasanye…last2 bagi kat org…
    tp alhamdulillah,berat sy dah turun 5kg dlm masa 3minggu lbh…sy amalkan senaman berbasikal hari2…makan mkanan yg krg kalori,stiap pagi sy n mlm sy ambik cuka epal,madu,minyak zaitun..

  12. penah cube jdm5…berat dulu dr 83kg turun smp 70kg…turun sebyk 13kg…now..tgh cume diet protien pulak….hope berjaya la…
    wish me luck k.

  13. Kalau ada sesiapa nak cuba Honey Apple 3 boleh hubungi saya atau sila lawat website saya. Sesuai untuk pecahkan lemak selain dari makanan kesihatan … Menggabungkan khasiat madu dan cuka epal yang telah diamalkan sekian lama oleh mereka yang terdahulu…
    Terima kasih.. rasanya memang SEDAAAPPP…Cuba lah! Pasti nak lagi…

  14. salam kat kawan2..umur sy 24 tahun.dulu berat sy pernah capai 116 kg tp skang sy dh turunkn 40 kg dan berat skang 75 kg.susah betul nak turunkan berat.tapi slalu berangan nak kurus.harap dapat jd kenyataan.antara usaha yg pernah sy lakukn:
    1.makan oat
    2.puasa
    3.makan banyak buah n sayur
    4.minum teh o limau suam
    5.minum banyak air kosong
    6.jogging
    k smoga kawan2 berjaya…

  15. nak kuwus…tapi semua usaha tak menjadi…raser lapar sangat bila diet…hopefully cara ini berkesan…ganbate!:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>