Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Doa Nak Kawin

16 August 2007

Untuk jejaka yang belum berkahwin tapi dah ada pilihan di hati, dah cukup syarat, tapi tak dapat-dapat gak nak kawin (samada bakal mentua tak suka atau pilihan hati tak mahu), cubalah doa di bawah ini:

Ya Allah,

Kalau dia memang jodohku, jodohkanlah. Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak. Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh…. Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain ku.. Kalau dia tidak bisa dijodohkan dengan ku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain. Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku..

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali… Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah denganku… Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia denganku… (nak nak sangat ni..!!!.)

AMIN…

Cubalah. kalau tak dapat jugak, akan ku tuliskan doa yang baru..

Wallahu a’lam

 

15 komen

  1. Komen dari syahir:

    biar betul doa nih??…mcm kelako jer? mana ko dapat doa nih?? buats endiri ker?

    ImamKhalid: Memang kelakar bunyinya, tapi tak salah kalau kita berdoa begitu.

    The moral of the story is: Mintalah dengan Tuhan kita yang Maha Agung dengan sebenar²nya. Tak payah nak berbunga², hipokrit pula bunyinya. Mintalah dengan sepenuh hati, dengan ayat kita sendiri, seolah² kita bercakap dengan-Nya. Insya-Allah dimakbulkan, amin..

    [Balas]

  2. Komen dari syahir:

    aku tak percaya ada doa mcm nih@!!!! aduhH!!!

    ImamKhalid: Tak percaya sudah. Aku pun takleh nak tolong.

    BTW, ko dah kemaruk nak berbini ker? ;)

    [Balas]

  3. Komen dari syahir:

    ohh??.xdelah kemaruk nak berbini,yelah mcm ayat isim pun ada.tapi xpelah nantih aku try foward kat member aku…dia yg kemaruk nak berbini.klu doa dalam bahasa arabnye ape??

    ImamKhalid: Ish takyah lah bahasa arab. Nanti kawan ko tu tak paham pulak. Allah kan Maha Memahami. Bahasa apa pun kawan ko tu cakap, asalkan dia paham apa yang dia mintak, mesti Allah pun paham.

    Kalau aku bagi versi arab, jap lagi kawan ko tu kena hafal lagi, kena faham lagi, kena translate balik dari bahasa arab ke bahasa melayu. Kan susah tuu…

    [Balas]

  4. Komen dari syahir:

    Ya - Rabbul Ariffin
    Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
    tercipta buatku
    dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
    Tetapkanlah kemesraan antara kami,
    agar kebahagiaan ini kekal abadi.

    Ya Muhaimin
    Seiringkanlah kami
    mengiringi kehidupan luas ini
    ketepian yang sejahtera.

    Ya Rabbul Fatihin
    seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
    bawalah dia jauh dari pandanganku
    luput dari ingatanku
    dan peliharakanlah aku dari kecewa.

    Ya Rabbul Izzati
    Berikanlah aku kekuatan,
    melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
    agar aku bisa bahagia
    walaupun tanpa dirinya.

    Ya Rabbul Quddus
    Gantikanlah yang telah patah
    meskipun tidak sama dengan dirinya
    biar sekuat mana aku mengasihinya
    aku mohon pada Mu Allah
    agar melenyapkan perasaan ini
    seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

    Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
    aku mohon kasih dan sayang Mu
    agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
    selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

    Ya Rahman Ya Rahim,
    Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
    Didunia dan di akhirat
    Dan peliharalah kami dari azab api neraka

    Amin………

    ImamKhalid: Haa ni barulah doa yang cantik. Terima kasih atas sumbangan anda. Semoga Allah memberkati kita semua, amin. :)

    [Balas]

  5. Komen dari syahir:

    emmm……..awek aku yg lama , dah blah dari sisi aku.dulu masa belajar bukan main lagi janji dia…sanggup aku belikan cincin white gold yang dijual balik xde harga…..beribu tuh.!!! laa 4 5 minggu lepas , dia mms aku ckp mak dia hadiah kan cincin white gold SEBIJIK mcm aku bagi dulu…penin aku pk apa hikmatnye…

    semayag hajat dan istikharah,seminggu lebih,petunjuk mimpi xde,aku ikut kata hati je sekarang sebab aku dah doa dan tawakkal kat Allah…

    sayang lagi rupanya aku kat dia…………….camne agaknye ekk nantih

    ImamKhalid: Takpe, pelan² jangan gelojoh. Hari ko akan sampai jugak. Yang penting ko kena tabah. ;)

    [Balas]

  6. Komen dari syahir:

    semalam aku gi jumpa bekas yang paling aku sayang,(awek cerita kat atas la)

    aku jumpa dia dengan harapan dia akan terima aku….

    biar aku ringkas kan cerita aku disini…semoga korang dapat memberi pendapat

    tahun 2004 aku dapat sambung belajar ke utp . X aku pun sama.kira satu batch…aku berkenalan dengan X ni.dia tomboy.sebab dia jadi tomboy adalah dia nak lupakan bekas kekasih dia yang lama.so dia ubah jadi tomboy.tapi aku berjaya ubah dia jadi perempuan semula. dengan hanya suruh dia bela rambut panjang. aku berjaya. hilang semua seluar pendek dia…

    aku suka dgn cara dia,berpura pura brutal.BONUS!! dia cantik..aku selalu tolong dia,dalam apa hal.dia ada semput . aku selalu jadi mangsa tukang angkat dia ke hospital…..cinta berputik.

    MASA TIME BELAJAR~
    X berasal dari perak.emak dia ada kedai emas. mak dia sungguh demanding calon untuk X. aku nekad untuk berenti belajar. aku berenti & cari kerja semata mata untuk penuhi demanding mak dia. So aku dapat kerja.dengan kepakaran aku ,aku dapat kerja dengan gaji 3000 ribu sebulan dengan syarikat GLC hanya menggunakan diploma…

    MASA KERJA~
    sekarang dia praktikal.disebabkan jauh,dia amik keputusan untuk putus dengan aku. Semalam punya cerita , baru aku tau kenapa dia putus dengan aku. Org2 tempat praktikal dia suka menggoda dia.termasuk suami org.sampai jadi bahan X aku suka jatuhkan rumah tangga org lain.(ini aku baru tahu semalam)

    untuk X menjaga situasi dia, si X ambil keputusan bertunang dengan bekas teman lelaki dia yang lama.(aku sekarang kat johor dia kat perak,dekat dengan teman lelaki dia yg masa tomboi tuh) untuk cover semua hal hal yang jadi kat tempat praktikal dia…

    semalam dia cakap,dia masih sayangkan aku..kami menangis . sama teruknya nagisnya masa aku dan dia amik keputusan berpisah…..aku pun masih sayangkan dia sampai sekarang…banyak perkara yang aku cuba buat untuk aku dapatkan X kembali.banyak dah aku berabis.

    X ada pesan dengan aku, dia kembali pada bekas teman lelakinya,sebab dia pun xsayang sgt dan teman tuh.tapi dia beri masa untuk berkenalan semula dgn teman lelakinya itu.dan dia x sanggup nak sakitkan hati teman lelakinya tu.

    kenapa semuanya jadi kat aku,tat kala aku betul betul sayangkan hati seorang wanita..seumur hidup aku tak pernah aku mainkan hati perempuan.

    kenapa jodoh selalu dengki kat aku.sedangkan aku selalu merancang untuk kebahagiaan

    kenapa takdir selalu bersilang dengan aku,sedangkan aku selalu berdoa untuk kebahagiaan…

    aku dah bersumpah dengan tuhan,yang aku takkan kawin dengan org lain selain dia….satu cara je untuk aku , dapatkan dia kembali,ke syurga.aku nak ulang semua masa didunia hingga dia jadik milik aku….

    apa yang aku perlu buat adalah, beribadat,untuk ke syurga.

    antara kawin atau tidak ,umat nabi muhammad atau tidak,biarlah aku menjawab semua soalan itu di hadapan tuhan nanti….

    sungguh aku perlukan dia, semangat aku………

    klu korang tau apa doa aku dalam tiap solat aku adalah:
    semua Allah berikan aku,penenag hidup aku.Semoga Allah tahu kerasnya hati aku untuk dia,Semoga Allah tahu slogan hidup aku “U cannot lose what u never had” ALLAH HUAKBAR

    Ya - Rabbul Ariffin
    Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku
    tercipta buatku
    dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
    Tetapkanlah kemesraan antara kami,
    agar kebahagiaan ini kekal abadi.

    Ya Muhaimin
    Seiringkanlah kami
    mengiringi kehidupan luas ini
    ketepian yang sejahtera.

    Ya Rabbul Fatihin
    seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
    bawalah dia jauh dari pandanganku
    luput dari ingatanku
    dan peliharakanlah aku dari kecewa.

    Ya Rabbul Izzati
    Berikanlah aku kekuatan,
    melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
    agar aku bisa bahagia
    walaupun tanpa dirinya.

    Ya Rabbul Quddus
    Gantikanlah yang telah patah
    meskipun tidak sama dengan dirinya
    biar sekuat mana aku mengasihinya
    aku mohon pada Mu Allah
    agar melenyapkan perasaan ini
    seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.

    Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
    aku mohon kasih dan sayang Mu
    agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
    selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

    Ya Rahman Ya Rahim,
    Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
    Didunia dan di akhirat
    Dan peliharalah kami dari azab api neraka

    Amin………

    ImamKhalid: Haru sungguh aku baca citer ko nih. Apa pun, aku doakan semoga bertemu dengan insan yang benar² memahami dan mencintai diri ko dengan sepenuh hatinya, amin…

    [Balas]

    Azizul Krim membalas:

    Assalammualaikum.
    Sungguh terharu aku dengan cerita dia ni.

    Satu nasihat aja yg boleh aku beri. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita dan dia juga telah sediakan apa yg sepatutnya untuk kita. Berbanyak bersabar yak. Insyallah ko akan ditemukan jodoh yg betul2 sesuai dan betul2 kau sayang. Berbayak berdoa pada nya. Amin

    [Balas]

  7. Komen dari syahir:

    haru biru!!!!

    ImamKhalid: Sabar, sabar… :)

    [Balas]

  8. Komen dari syahir:

    ape pendapat kamu imam kalid…perlu aku teruskan atau stop right here je?? kita tak tau masa akan datang…sebab status pertunangan dia tuh ada meragukan aku…

    ImamKhalid: Ragu yang macam mana? Cuba terangkan secara terperinci sket.

    Di samping memohon petunjuk dari yang Maha Esa, cuba renungkan apakah agaknya perasaan sebenar si dia terhadap kamu? Adakah si dia jual mahal, atau adakah dia telah berubah hati.

    Biasanya, seorang lelaki yang benar² mencintai seseorang, akan dapat merasai apakah perasaan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.

    Jika masih ada harapan, teruskan dengan si dia. Namun jika naluri kamu kuat mengatakan bahawa si dia telah pun berubah hati, cubalah ubah hati kamu juga.

    Semoga berjaya! :)

    [Balas]

  9. Komen dari siti:

    kalau dah tak de jodoh tu, terimalah suratan takdir. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya

    ImamKhalid: Tapi kita tak tahu jodoh kita ada ker tak. Sebab tu kena teruskan jugak usaha. :)

    [Balas]

  10. Komen dari ayu_kk_92:

    Terharunya dgr citer abg syahir ni…sy doakan abg supaya dpt jodoh yg lebih baik dari sebelum ini….

    Harap ini kisah benar!!!…

    Jgn marah yer…

    ImamKhalid: Abg Syahir tak marah nyer… Selamat datang, Ayu! ;)

    [Balas]

  11. Komen dari syahir:

    salam…lama dah aku tak masuk cini…

    kisah citer nih, minggu lepas, bekas tunang aku nih,putus lagi dgn tunang dia…dia call bagitau aku.aku layan dia,beri semangat dn terus kan hidup.dalam masa yang sama aku harap dia tahu kesilapan dia.then 2 , 3 hari aku try call dia,msg dia,xangkat dan balas.maybe she wants be free o rlease her mind….

    tapi aku pelikkan.org mcm dia nih xserik2 ker? dia xrasa hati dia tuh dah xde nilai manusia ker? suara dia pun ada mcm gembira bila putus. DIA NI SAKIT KER?………..mungkin…lagipun sakit boleh diubati..

    really weird,dia ni…..aku cuba perbaiki kelemahan dia dari jauh,mungkin satu hari nanti nampak apa yang aku buat.atau waktu itu semuanya dah terlambat untuk dia dan aku?….

    ImamKhalid: Sabar syahir, sabar. Banyakkan doa pada Allah, mintak petunjuk, mintak supaya dipertemukan jodoh dengan perempuan yang solehah…

    [Balas]

  12. Komen dari kathrina:

    saya tidak pasti samada masalah sungguh simple atau sangat rumit.dalam usia yang sangat sesuai mendirikan rumahtangga,saya menghadapi satu masalah yang besar dan kerap kali menangis untuk menyelesaikannya.

    kekasih hati?ya,saya mempunyai seorang kekasih yg amat
    saya sayangi .dan dia juga begitu.tapi, ditakdirkan ujian untukku..dia telah curang dan tidak mahu meninggalkan kekasih barunya.oleh itu, saya mengundurkan diri setelah penat menjadi sang setia selama 4 tahun..

    selepas itu ,saya berkenalan dengan seorang pensyarah dr luar.selepas beberapa bulan ,hubungan itu tergendala kerana dia terpaksa meneruskan pengajiannya.

    selepas dia pergi, seorang guru telah jatuh hati kpd saya.walaupun sy kurang senang, tapi caranya telah menambat hati sy..tapi, cinta itu gagal bila ibunya tidak setuju.saya memahami krn perbezaan keluarga yang ketara.sy x punyer rmah berjuta ringgit dan maknyapernah menghina sy sewaktu aidilfitri..

    selepas setahun, kekasih lama kembali merayu agar kembali..memandangkan sy dan cikgu x mungkin bersama ..sy kembali semula kepangkuan kekasih pertama…hubungan semakin baik sehinggalah ke tahap sangat mengambil berat dan terlalu ekstrem cemburu.pekerjaan sy y banyak melibatkan kaum adam kerap menjadi punca pergaduhan..
    banyak kali ditengking tapi, sy sabar…sehinggalah hub mencapai 7 tahun…

    tanpa sy sedari ,pensyarah itu telah pun kembali dengan harapan dapat bersama saya setelah berjanji.sy sgt terkejut dan terkedu apabila menerima panggilan ketika dia sampai di Thailand.tapi, sy telah mengecewakan dia..sebulan sy langsung x menjawab panggilannya…sehinnggalah hub sy dgn kekasih hati meletup..asyik bergaduh dan kadangkali sampai ke tahap tidak dapat lg menghormati…

    Lalu sy mengadu kepada pensyarah tersayang..menangis krn setelah memberi peluang kedua..masih sama..baran dan sgt cemburu..pernah juga menengking sy dihadapan org ramai di tempat kerja.puas sy ingin meninggalkannya, tapi, dia memujuk.katanya, dia sgt sayangkan sy krn tiada peempuan lain yg sangup bersam besamanya mengharungi kepayahan dan berjuang masa, tenaga dan wang untuk menyelamatkan adiknya yg hampir maut.saya katakan padanya saya ikhlas membantu tanpa mengharapkan dia membalasnya..cukuplah sekadar jgn menengking dan mengamuk…
    Dlm mase yg same, pensyarah membatalkan pemergiannya untuk pulang ke negara asal krn merasakan maseh ada harapan..puas kupujuk tapi, dia hanya kata kpd sy dia takkan ganggu sy lg..kedat
    angannya hanya utk menjadikan sy surinya…

    saya semakin buntu, Lalu melakukan solat irtikharah agar diberikan kekuatan agar diberi petunjuk.beberapa kali melakukannya,entah tanpa mimpi, tiba2 hatiku terbalik.sayang saya pada pensyarah itu..walaupun sebelum itu sgt mencintai kekasih hati…

    kini, sy telah pun memutuskan hub dengan kekasih hati.
    Akan tetapi, bapa sy tidak bersetuju untuk mengahwinkan sy dan tidak mau ambil peduli.bapa sy menyurh sy menunggukekasih hati dtg melamar..die x percayakan lelaki yg bukan warganegara..pensyarah menyuruh sy bersabar krn dia adalah bapa sy..usia sy semakin lanjut..saya semakin buntu memikirkan masalah ini.bagi bapa sy, kerjaya sy semakin meningkat dan dia mahu melihat kejayaan sy. sy sedih memikirkan jalannya yg sukar untuk hidup besama pilihan hati…

    [Balas]

  13. Komen dari syahir:

    berdoa..dab terus berdoa. bersabar..dan terus bersabar.bertawakal..dan terus bertawakal kepada Allah.

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Bagus, teruskan berdoa dan berusaha! :)

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...