Tanda-tanda dan Penyakit
16 August 2007MATA - Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
…
HIDUNG - Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
- Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
- Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
- Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
- Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
- Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
- Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
…
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
- Sistem penghadaman yang lemah.
- Perut mengandungi angin.
- Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
- Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
- Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
- Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
- Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
- Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
- Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
- Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
- Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
- Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
- Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
Wallahu a’lam




ImamKhalid seorang yang berperwatakan 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah yang berkisar tentang ibadah dan kehidupan. Gaya penulisan yang mudah difahami menjadi tarikan utama pengunjung ke blog ini. 


April 11th, 2008 at 10:41 am
ringkas, berinformasi dan menarik
ImamKhalid: Terima kasih!
April 17th, 2008 at 4:14 pm
kalau mata putih kita jadi kekuningan bila kena cahaya matahari tu apa pula tandanya ya?
ImamKhalid: Mungkin kurang vitamin C kot…
April 25th, 2008 at 11:12 am
sy selalu sakit bhgan belakang pinggang, sakit perut sblh kiri, selalu pening dan rasa loya.
ImamKhalid: Cuba buat pregnancy test!
April 25th, 2008 at 9:43 pm
maafkan saya.. kalau naik petang je kepala sakit.. apa pula sebabnye??
ImamKhalid: Mungkin saudari kekurangan bendalir dalam tubuh. Banyakkan minum air suam sepanjang hari. Banyakkan juga makan buah2an tempatan yang segar.
May 19th, 2008 at 1:39 am
kenapa setiap kali bangun dari tidur ,
saya megalami pening memusing yg sekejap shaja ?
ImamKhalid: Mungkin tekanan darah agak rendah sewaktu bangun tidur. Bergantung kepada individu, ada yang tekanan darah cepat bertindakbalas terhadap persekitaran, ada juga yang sebaliknya.
Cara mengatasinya, amalkan meminum air suam sebelum tidur. Kalau boleh, elakkan daripada tidur di siang hari atau pun tidur malam yang lama. 6 jam sudah memadai bagi kebanyakan orang.
Selamat mencuba!
May 30th, 2008 at 9:04 am
kalo kite slalu mkn pedas(almost every meal), ape efeknye ek?
ImamKhalid: Ada risiko dapat penyakit buasir, luka usus, appendix, dan sebagainya. Oleh itu, kalau boleh elakkan dari makanan yang terlalu pedas dan berlada. Sekali sekala tidak mengapa.
June 24th, 2008 at 5:23 pm
Salam…
Saya pernah jalani ultrasound utk tahu s.ada saya ada tiroid atau tidak sbb ada seakan pembengkakan di leher tapi lepas pemeriksaan doktor kata saya ok dan tak ada tiroid. apa lagi penyakit yang mungkin sbb kan pembengkakan ini?? fyi nafas saya tak berapa lancar dan ada seakan smthng tersangkut di kerongkong. terima kasih atas jwpn…
ImamKhalid: Berapa lama dah bengkak dan pernafasan yang tak berapa lancar tu?
Kalau baru 2, 3 hari cuba amalkan makan ubat batuk biasa supaya ubat tersebut dapat membantu merawat bahagian dalam leher anda sekiranya berlaku sebarang kecederaan minor.
Cuba lumurkan leher yang bengkak tadi dengan minyak urut jika perlu.
Tapi kalau dah melebihi sebulan, sila dapatkan nasihat doktor pakar.
July 6th, 2008 at 10:20 am
slm,saya ingin bertanya jika kadang2 saya mengalami mata yang kelat dan terasa kering dan saya terpaksa menarik-narik kelopak mata saya supaya tidak terlalu kering dan selesa.apa problem saya?
ImamKhalid: Kekurangan air dalam badan tu. Nak tahu selanjutnya, dapatkan nasihat doktor anda… Selamat datang!
July 8th, 2008 at 9:28 am
askum…
sy nak tanye..sy sejat sek teknik sehingga skrg sk mandi mlm..
baru- ni sy kerap sakit dada dan sukar utk tarik nafas..kdg2 terjadi waktu tidur..apabila tarik nafas dada akan terasa sakit sgt dan sy perlu tarik perlahan2..
sy juga sering tidak sihat..badan sy selalu sejukdan panas spt mahu demam..
aritu sy batok dlm seminggu…apabila batuk saya kdg2 mengeluarkan kahak yg sgt pekat iaitu agak kehijauan..dan ade juga kahak tersebut berwarna coklat seperti kemerahan seperti berdarah dan sgt sakit apabila batuk..
sehingga kini… sy tidak boleh terkena kipas apabila wktu mlm..kalo tidak dada sy akan jd sejuk dan sakit..
sy juga selalu rs xsihat mcm nak demam tp x demam..apa pandangan tuan?perlukah sy jumpe doc?atau ini berlaku kerana sy terlalu penat kerana disam[ping bekerja 5 hari seminggu sy juga belajar pada setiap sbtu ahad..
terima kasih..
ImamKhalid: Kumsalam, nak tanya sket. Kenapa dengan ejaan ko, macam sukar difahami jer? Hehe gurau jer..
Sakit dada biasa dirasai oleh penggemar aktiviti mandi malam. Jadi untuk mengelakkan daripada sakit dada, tinggalkan terus tabiat mandi malam, walau sesedap mana pun tabiat itu!
Sakit dada juga biasa mengakibatkan batuk dan kahak. Oleh itu, jauhi mandi malam. Kebiasaannya anda akan merasai perbezaannya selepas sebulan tak mandi malam.
Kahak kemerahan terjadi disebabkan 2 faktor, sama ada ada jangkitan kuman Tibi, atau kesan tabiat merokok. Jika anda merokok, hentikan tabiat itu. Sebaliknya jika anda tidak merokok, cuba dapatkan pemeriksaan doktor.
Sekian, terima kasih.
July 8th, 2008 at 3:30 pm
assalamualaikum…
saya selalu jer buang air besar berdarah even kalo tak sembelit.tanda2 barah usus ke?
ImamKhalid: Biasanya kalau darah tu merah dan cantik, itu tandanya buasir. Ia tidak membahayakan. Cuma kamu kena jaga pemakanan.
Tetapi kalau darah hitam beku, dinasihatkan buat pemeriksaan doktor secara intensif. Dikhuatiri ada pendarahan dalaman seperti barah dan sebagainya.
July 9th, 2008 at 8:05 am
emmm salam…
imam khalid ni doktor ke?
ImamKhalid: Biasa2 jer…
July 10th, 2008 at 2:25 pm
ASKUM…
SY ORANGE..
ini soalan sambungan daripada 8 julai aritu
utk pengetahuan tuan imamkhalid..
ibu sy pd ms dulu pernah ade sakit tibi..dan sepupu sy sebaya sy 2 thn lps meninggal dunia akibat sakit paru-paru berair..
sy juga seorang pmpuan dan tidak merokok..apa pandangan tuan imamkhalid?
ImamKhalid: Saudari, sakit paru-paru berair tidak berjangkit melalui keturunan. Tetapi gaya hidup yang kurang baik boleh menyebabkan sakit tersebut.
Penyakit tibi juga tidak berjangkit melalui keturunan, sebaliknya melalui udara yang tercemar. Oleh itu, sekiranya saudari pernah berada berhampiran dengan pengidap tibi, saudari mempunyai risiko untuk mendapat virus tibi.
Virus tibi yang terdapat di dalam badan akan diselaputi oleh antibodi yang bertindak sebagai dinding yang melindungi tubuh daripada terkena sakit tibi.
Akan tetapi virus ini dapat hidup lama (bertahun-tahun) di dalam selaput tersebut. Virus ini akan bertindak aktif apabila antibodi di dalam badan kita menjadi lemah.
Oleh itu, cuba buat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan sakit saudari. Sekiranya benar saudari dijangkiti, cuba amalkan pemakanan yang mengandungi banyak sayuran untuk membentuk antibodi yang kuat.
Selain itu, amalkan juga gaya hidup sihat seperti bersenam dengan lebih aktif, di samping ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.
Moga-moga jawapan ini membantu.
July 14th, 2008 at 10:22 am
Assalamualaikum,
sejak kebelakangan ini saya selalu rasa macam nak demam tapi tak demam,bila tarik nafas panjang dada akan rasa sakit sangat,tapak tangan kuat berpeluh,selalu sakit kepala dan sengal-sengal badan. apa yang perlu saya buat? perlukah saya berjumpa dengan doktor?
ImamKhalid: Waalaikumussalam,
Aku takleh nak bagi keputusan yang tepat secara online. Saudari perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan yang betul.
Tetapi secara normalnya, terdapat beberapa penyakit yang mempunyai simptom2 seperti yang saudari katakan itu. Namun perlu diingat, tidak semua penyakit membentuk simptom yang sama ke atas setiap orang. Mungkin lain orang, lain yang dirasainya.
Keadaan rasa macam nak demam tapi tak demam tu maknanya sistem saraf tubuh tidak berjalan dengan baik. Sakit dada pula berkait dengan paru2. Tapak tangan yang kuat berpeluh, sakit kepala dan sengal badan adalah berpunca daripada sistem saraf tadi.
Mungkin saudari kurang rehat, kuat bekerja, atau tak cukup tidur, atau terkejut dengan kuat, atau kurang makanan berkhasiat.
Mungkin juga faktor kebersihan, persekitaran, penyakit bawaan nyamuk, dan sebagainya.
Jika kesemua di atas tidak benar, sila berjumpa dengan doktor. Harap tidak membahayakan.
Selamat datang, saudari!
July 21st, 2008 (5 weeks ago) at 4:35 pm
Assalamualaikum..
ada 1 drpd tanda2 penyakit yg ketara ada pd sy..slalu kuar tahi mata x kira masa..
-Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini
juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
apakh langkah2 yg bleh sy ambk utk mngeluarkn toksin dlm badan?
toksin yg byk adakh berpunca drpd makanan yg diambil seharian?
ImamKhalid Reply:
July 22nd, 2008 (5 weeks ago) at 10:10 am
Toksin memang berpunca dari pemakanan. Cara terbaik mengeluarkan toksin dalam badan ialah dengan memperbanyakkan meminum air masak.
Makanan tambahan dan ubat-ubatan di pasaran juga mungkin boleh membantu, tetapi keputusan yang dirasai mungkin berbeza antara individu.
July 22nd, 2008 (5 weeks ago) at 9:37 am
slm lagi satu nak tanya kalau bawah mata macam bengkak sikit kenapa ya?sebab dulu tak bengkak.
ImamKhalid Reply:
July 22nd, 2008 (5 weeks ago) at 10:15 am
Jika bengkak kehitaman, itu merupakan situasi biasa bila tidur tidak mencukupi, keletihan dan sebagainya.
Manakala bagi bengkak yang tidak kehitaman, biasa terjadi jika terlebih tidur.
Jika bengkak yang tidak kehitaman tetapi kekal, ia biasa terjadi kerana perubahan bentuk muka seseorang. Perkara ini biasa berlaku disebabkan faktor tumbesaran kanak-kanak kepada remaja dan juga remaja kepada dewasa.
July 22nd, 2008 (5 weeks ago) at 10:40 pm
assalamuaikum ..
saya nak tanya saya selalu sakit perut sebelah kanan bawah pusat kadang-kadang sampai sakit pinggang terutama kalau saya makan benda2 masam dan pedas,tapi kalau saya makan control ok sikit perut saya,
selalu nya saya perhatikan kalau saya berak keras sikit selalu nya perut saya sakit, saya tengok najis saya setakat ni tak ada darah lagi,ok lagi lah,
saya mintak tuan beri nasihat sikit
ImamKhalid Reply:
July 23rd, 2008 (4 weeks ago) at 12:00 pm
Waalaikumussalam,
Bahagian bawah pusat sebelah kanan adalah kawasan apendiks. Namun demikian, pemeriksaan teliti harus dijalankan terlebih dahulu. Mungkin juga saudara alergik kepada makanan masam dan pedas.
Berak keras adalah normal, tetapi berak yang terlalu keras adalah merbahaya, dan boleh menyebabkan luka. Nasihat saya, jangan meneran dengan kuat. Amalkan makan buah2an seperti betik dan pisang untuk menghilangkan sembelit.
Wallahu a’lam.
July 23rd, 2008 (4 weeks ago) at 1:27 am
i)sayer sakit pada bahagian tumit kedua-dua belah kaki…rasa macam kena cucuk..adakah normal kerana saya terlalu aktif dalam sukan futsal dan bolasepak???
ii)sayer juga mengalami sakit kepala yang teramat sangat disebelah kanan kepala dan mudah marah jika keadaan terlalu bising???ini terjadi selepas saya berhenti merokok!!
iii)mata juga akan kabur ketika sakit kepala..rasa macam kita celik dalam air??
terima kasih..
ImamKhalid Reply:
July 23rd, 2008 (4 weeks ago) at 12:09 pm
i) Rasa sakit tumit mungkin berpunca daripada tekanan yang kuat pada tumit tersebut. Mungkin juga disebabkan oleh tekanan darah yang tinggi dari dalam. Cuba baring dan letakkan kaki atas sedikit dari paras kepala.
ii) Sakit kepala sebelah kanan mungkin ada kena mengena dengan migrain. Mudah marah pula berpunca daripada depression yang mungkin terhasil daripada sakit kepala tadi.
Perlu difahami, nikotin dalam rokok menyebabkan sistem tindakbalas saraf terhadap emosi kita menjadi lembab dan kurang aktif.
Sebab itu lebih mudah mengawal kemarahan dengan merokok. Namun begitu kesan buruk merokok adalah jauh lebih buruk daripada mengawal kemarahan secara semula jadi.
iii) Mata kabur ketika sakit kepala juga adalah salah satu daripada simptom migrain.
Biasanya doktor akan bagi ubat penahan sakit, yang mana tidak baik untuk sistem saraf dalam jangka masa panjang.
Cuba perubatan homeopathy untuk ubati sakit migrain.
July 23rd, 2008 (4 weeks ago) at 1:29 am
aku slalu sakit kepala naper erkk???
July 27th, 2008 (4 weeks ago) at 10:04 am
salam,
sahabat baik saya mengadu kepada saya dan dia tidak tahu apa masalahdia , masalah berkaitrapat dengan dalaman dia.Saya pun tidak tahu tapi saya cuba tanya dekat laman ni.
katanya,macamana kalau perasaan kurang sensitif contohnya, time sedih pun tak sedih (sepatutnya sedih), time gembira dapat nikmat pun tak gembira dgn sebenarnya2.(sepatutnya gembira tapi dia bersyukur).Bila orang sekeliling ketawa dia langsung tak merasa ia sesuatu yang kelakar sehingga dia terpaksa ketawa buat-buat.(tiada perasaan)
Dan yang ketiga beliau mengadu bila suaminya tiada dia sering berasa rindu sehingga termimpi-mimpi etc.
Tetapi bila bersama ,seolah-olah macam tiada perasaan.Tapi beliau cuba lindungkan perasaan kurang sensitif beliau itu.Beliau juga sangat risau kerana dia merasakan dirinya tidak normal seperti oranglain.
Dia juga sering berdoa agar perasaan normalnya seperti manusia biasa itu dikembalikan.
Selain itu ada tak bacaan-bacaan tertentu utk beliau amalkan agar dia mempunyai perasaan yang normal.
apa masalah beliau?
terima kasih
ImamKhalid Reply:
July 31st, 2008 (3 weeks ago) at 12:24 pm
Saudari, maafkan saya. Saya kurang arif bab psikologi.
July 28th, 2008 (4 weeks ago) at 4:16 pm
assalamualaikum,….umur 38 thn…dahulu waktu tidur tangan saya tidak ada apa2 masalah kebas… tetapi sekarang ni, waktu malam semasa tidur kerap terjaga kerana tangan terasa kebas…kekadang tangan kanan dan kiri…apa masalah saya… boleh komen sikit
ImamKhalid Reply:
July 31st, 2008 (3 weeks ago) at 12:23 pm
Saudara, kebas berpunca dari aliran darah yang tidak sempurna. Terdapat beberapa punca darah tidak mengalir dengan baik. Di antaranya tahap kolestrol yang tinggi, terdapat lipatan atau tekanan dari luar yang menjadi penghalang, dan sebagainya.
Melihat kepada umur encik Rizman, mungkin tahap kolestrol menjadi penyebab. Cuba amalkan pemakanan yang lebih kepada sayur2an dan buat senaman ringan supaya berpeluh.
Insya-Allah akan berkurangan. Wallahu a’lam.
August 1st, 2008 (3 weeks ago) at 5:22 pm
saya nk tnya…sejak akhir2 ni saya kerap berdebar n tangan menggigil/cpt lenguh…bleh bgtau apa puncanya dan kaedah rawatan…tq
ImamKhalid: Biasa perkara sebegini berlaku disebabkan 2 punca iaitu keletihan atau kebimbangan. Kaedah rawatannya, jika letih banyakkan rehat. Jika bimbang, atasi dengan amalan pernafasan yang baik dan atur psikologi anda sebaik mungkin.
August 2nd, 2008 (3 weeks ago) at 1:20 am
tq atas penerangan saudara…
i}tapi saye ader keraguan sikit dgn suggestion saudara supaya saya mengambil rawatan perubatan homeopathy kerana setahu sayer kkm tak pernah mengiktiraf cara perubatan itu…
ii}saya tahu melalui saudara saya yg berkerja di bahagian perkhidmatan farmasi,dimana universiti seluruh malaysia pun tidak menawarkan kursus itu…
iii)saya takut untuk mencuba…side effect akan lebih berisiko…
apa pandangan saudara???
ImamKhalid Reply:
August 2nd, 2008 (3 weeks ago) at 1:35 am
Saya maklum akan hal itu. Homeopathy menggunakan bahan herba yang tidak memerlukan pengiktirafan dari KKM untuk dipasarkan. Cuma tak boleh masuk farmasi jer lah.
Walau apa pun, saya cuma bagi cadangan sahaja tentang kaedah homeopathy ni, memandangkan belum ada ubat khusus untuk sakit migrain, melainkan jaga suhu badan, tidur yang cukup, mandi air limau nipis, serta ubat penahan sakit yang kurang baik untuk kesan jangka masa panjang.
Kalau nak makan juga ubat penahan sakit, dapatkan paracetamol yang diiktiraf tetapi elakkan dos yang berlebihan, kerana risiko adalah tinggi untuk mendapat barah hati.
Sekian, harap membantu.
August 5th, 2008 (3 weeks ago) at 1:49 am
askum..
sayer ader masalah skit ni..umur bru 22..bujang
i)sejak kebelakangan ni saya selalu sakit di bahagian pinggang kiri dan kanan.rasa macam di cucuk-cucuk.kenapa ya??
ii)kadang-kadang saya rasa sakit kepala di bahagian kiri atas dan depan,rasa berdenyut-denyut.kadang-kadang sakit sangat.tapi tak lama..
iii)sakit perut di kawasan kiri,kanan dan atas pusat,rasa macam nak buang air besar tapi bukan..angin banyak sebab slalu sendawa ngan kentut(sejak kebelakangan ni)..
iv)pastu slalu rasa letih bla bangun tidur.kadang-kadang tengah lepak pun rasa letih.bla dah baring kejap,rsa letih pun ilang.slalunya di ikuti ngan sakit kepala..
v)rasa sesak nafas sejak kebelakangan ni(saya dah kurangkan merokok)..kadang-kadang rasa sakit di bahagian dada..
bleh Doc bagitau apa penyakit saya
dan kaedah rawatan..terima kasih..