Bonus: Pekerja Maybank Mogok
26 September 2007“Mentang-mentanglah kerajaan tak bagi bonus pada kakitangannya tahun ni, Maybank pun nak ikut jugak?!”
Demikianlah kata pekerja-pekerja Maybank, yang melakukan mogok tengah hari tadi. Saya juga sempat ambil gambar keadaan yang berlaku (awas speaker!):
Tiada apa yang menarik - aman dan damai jer. Cuma hiruk pikuk bunyi orang tekan hon kereta dan spray ‘angin’ - bunyi van aiskrim pun ada. Terpampang juga sepanduk-sepanduk dengan kata-kata penuh makna, seperti “Maybank Rompak Bonus Kami”, dan sebagainya.
Ada juga dengar-dengar kata Maybank tak bayar duit OT pekerja-pekerjanya. Dahlah pasaraya besar Giant baru buka hari ni - katanya Giant nak kutip RM2 juta hari ni! Bonus pulak tak dapat. OT pun tak berbayar… Hei, macam mana nak beraya ni..? Ni satu lagi klipnya (awas speaker!):
Apa pun, diharap masalah ni dapat diselesaikan dengan baik. Ambillah bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini sebagai batu loncatan untuk membuat kebaikan, bukan keburukan.
Sekian, wallahu a’lam.
P/s: Rasanya tak ke mana jugak mogok tu. Last-last masuk balik ke pejabat, buat kerja macam biasa. Paling kuat pun semua yang terlibat tu kena buang kerja - Nauzubillah.
P/p/s: Sebab tu agak-agak nak buat sesuatu tu, fikir dulu dengan rasional - takut makan diri..



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.