Dadih Strawberi
26 September 2007Semalam lepas saya postkan resepi Sotong Goreng Tomyam, lupa pula saya nak sediakan pencuci mulutnya. Hari ni, kita cuba buat dadih strawberi pula untuk cuci mulut lepas berbuka puasa.
Best tak? Nampak macam sedap, kan? Apa lagi, dapatkan resepi di bawah ini:
Bahan-bahannya:
- 1 liter susu kotak strawberi Dutch Lady (promote Dutch Lady pulak dah?);
- 1 cawan air;
- 4 sudu besar gula;
- 1 sudu besar serbuk agar-agar (cap rose); dan
- 150 ml (1 cawan kecil) yogurt asli Dutch Lady (komisen takde ker?).
Cara-caranya:
- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih.
- Masukkan gula dan kacau rata. Bila mendidih tutup api.
- Masukkan susu kotak strawberi dan yogurt asli. Kacau rata.
- Masukkan dalam gelas atau bekas kecil.
- Sejukkan dalam peti sejuk.
- Hidangkan sejuk.
Selamat mencuba!



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
26 September 2007 sekitar 5:38 pm
sedapnye color pink…
kalau bukan dutch lady n agar2 rose, xbley ke?
boleh kan?kan?
[Balas]
26 September 2007 sekitar 6:52 pm
Boleh jer… Tapi kalau rasa dia lain, jangan salahkan saya pulak. Kalau guna susu Dutch Lady ni dah terbukti kesedapannya. Agar-agar tu tak kisah sangat, cuma saya biasa jumpa agar-agar Rose kat kedai runcit depan rumah saya ni… Apa pun, selamat mencuba!
P/s: Kalau ada cadangan lain, kongsilah…
[Balas]
26 September 2007 sekitar 9:22 pm
wawawa..nak rasa bley???
[Balas]
26 September 2007 sekitar 9:30 pm
Boleh, lepas solat terawih 20 rakaat, pastu witir 3 rakaat, lepas tu moreh. Lepas moreh baru kita cuci mulut yer? Saper2 lagi nak try, jom! Ada lagi 2 bekas yang masih belum di-reserve-kan untuk saper2. Kalo lambat habis…
[Balas]
31 March 2008 sekitar 2:10 pm
dadih..?
haa ni peluang buat teman2 kat uitm atau unisel kat shah alam.
tak kira lelaki ke perempuan.
kalau berminat nak berniaga kat dalam kolej tu.. boleh sangat laa.. sebab saya bagi untung sama rata dan dapat bonus jualan.
lagi banyak jual lagi banyak untung.
kalau berminat call / sms 019-3066253
ImamKhalid: Oit, sempat lagi marketing kat Soleh.Net. Cubalah pengiklanan di Soleh.Net!
[Balas]
24 December 2008 sekitar 10:05 pm
akak pagi tadi cari resepi dadih, jumpalah yang ini, bila petang tadi
buat, memang sedap seperti yang ImamKhalid cakap tu, terima kasih kerana berkongsi resipi. Kalau yang lain tak percaya cubalah!
[Balas]
ImamKhalid membalas:
December 24th, 2008 sekitar 10:31 pm
Terima kasih kerana kembali ke sini lepas buat dadih tu, untuk komen. Jarang orang buat macam ni tau, kembali semata2 untuk komen tentang hasilnya. Terima kasih sekali lagi kakjah.
[Balas]