Keajaiban Selawat

Selalu kita dengar – di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

  1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
  10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
  11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
  24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
  25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam.

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

40 thoughts on “Keajaiban Selawat”

  1. assalamualaikum
    tima kasih pasal maklumat tentang salawat di atas.sy tiap2 hari x lupa mngamalkannya,tp tak tahu apa kelebihan salawat..tima kasih banyak2..

  2. nak ucap selawat macam mana ya? sebagai org yang ingin mengenali Islam dgn lebih dekat saya nak belajar juga mengucapkan selawat ni…

  3. imamkhalid.. kawan telah mengajar saya selawat “Allahumma Solli ala sayydina muhammad wa ala aalihi sayydina muhammad” yang ini pun dikira selawa juga ke?

  4. imamkhalid.. kawan telah mengajar saya selawat “Allahumma Solli ala sayydina muhammad wa ala aalihi sayydina muhammad” yang ini pun dikira selawat juga ke?

  5. (Innallahawamala ikatuhu yasollu naala nabii, yaa aiyuhallazi na amanusollu alaihi wasalli muu taslimaa….) sesungguhnya Allah swt dan para malaikat sentiasa mengucap selawat ke atas nabi saw, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu sebanyak-banyaknya….
    (petikan dari surah al-ahzab)

    sedangkan Allah swt dan malaikat pun sentiasa berselawat keatas baginda saw… wahai saudaraku marilah kita memperbanyakkan lagi selawat kita….. malu kita pada Allah dan rasul kita, sedangkan baginda sedetik pun tak pernah melupai umatnya…

  6. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh….
    Guru sy sering mengingatkan sy dan keluarga sy agar menjaga dan mengamalkan serta memperbanyakan selawat. InsyaAllah kita akan mendapat kekuatan kerohanian serta banyak lagi kelebihan-kelebihan lain, sepertimana yang diamalkan oleh para wali. Sama-samalah kita berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

  7. salam…

    selawat atas Muhammad dan Keluarganya yg tercinta…

    ALLAHUMMA SHOLLI ALA MUHAMMAD WA ‘AALI MUHAMMAD !!!!

  8. Berselawat dan berzikirlah dengan seiklas2 hati semoga dapat membersihkan serta menjaga hati dari kekotora.

  9. saya baru tahu tentang kelebihan selawat dan mengamalkankan baru seminggu.saya telah berselawat sepanjang hari.masa terluang, masa memandu dsbnya.. timbul rasa kenikmatan. banyak kelebihan. di antaranya kita dijauhkan dari dosa mata, telinga dsbnya. sebesarmana pun masalah pasti ditunjukkan jalan penyelesaian. pintu rezeki terbuka luas.

  10. Alhamdulillah,saya telah mengamalkan selawat dan saya dapat merasakan perbezaannya dalam kehidupan ini.Rumahtangga pun aman damai,rasa tenang walaupun dikeliliggi masalah.Sememangnya selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dapat melembutkan hati si pembacanya.

  11. asmkum.. hatiku gundah gulana… seorang teman menganjurkan bersalawat… baru ku tahu indahnya Islam

  12. Aktiviti kami malam Jumaat di Masjid Jamek Bahau ialah selawat 10000 beramai ramai di pimpin oleh Al Fadhil Ustaz Hj Mohd Nasir Othman yg di ijazah oleh Sheikh Yusof Mahyuddin Al Baruqqi/Al Hassani.mari sertai kami

  13. ALHAMDULILLAH
    SELAMA INI SAYA BERSELAWAT WALAUPUN DALAM KEADAAN BELUM BERWUDUK, APAKAH INI BISA DITERIMANYA

  14. saya dah bebarapa kali mimpi berjumpa rasulullah nabi muhammad s.a.w..pernah jg bermimpi berjumpa nabi ibrahim ,nabi ismail dan nabi musa…

  15. sebagai menerapkan cinta kepada rasullullah guru2 m/pelajaran pendidikan islam bolehlah menyelitkan kelebihan2 selawat nabi kepada murid-murid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>