Petanda Mati Dalam Husnul Khatimah
28 September 2007 oleh ImamKhalidTazkirah pagi ini mengajak tuan-tuan semua agar mengingati mati. Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian – Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai – iaitu Husnul Khatimah (Penyudahan Yang Baik)
Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:
- Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
- Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:
Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.
Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi.
- Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah:
Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
- Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
- Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
- Diselamatkan dari seksa kubur.
- Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
- Diperhiasi dengan iman.
- Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
- Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
- Mati kerana melhirkan anak.
- Mati kerana taun, Sabda Rasulullah:
Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).
Riwayat oleh Muslim.
- Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah:
Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.
Riwayat oleh Muslim.
- Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
- Mati terbakar. Riwayat At-Tabrani.
- Mati dalam nifas. Riwayat At-Tabrani.
- Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah:
Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.
Riwayat Tabrani.
- Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah:
Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.
Riwayat Daud.
- Mati mempertahankan harta. Riwayat Bukhari.
- Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah:
Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.
Riwayat Abu Daud.
- Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
- Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.
Berkata Abu Laith – Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
- Mejaga sembahyang 5 waktu.
- Banyak bersedekah.
- Banyak membaca Al Quran.
- Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
- Meninggalkan dusta.
- Meninggalakan sifat khianat.
- Meninggalkan sifat mengadu-domba.
- Mejaga Kencing.
Wallahu a’lam.




1 October 2007 sekitar 9:00 am
Bab mati2 ni takder orang nak komen ker? Takut ar tuh
[Balas]
su Reply:
February 2nd, 2010 at 11:10 pm
saya nak tahu tentang air kencing
[Balas]
19 December 2007 sekitar 5:22 am
sume org kjr nk mati syahid tapi pernah x kita terpk kadang2 tiap pe yang kita ingin jd dlm dunia ni x sume kita akan dpt..tiap yg allah bg tu adalah yg terbaik sbnrnye wt kita..bersyukur je..kalu kita mati dlm ms kita sntisa pk ttg DIA juga adalah syahid.. fhmi syahid yg sbnr,dlmi ilmunya.. sy hnya beri pndpt..sy takut mati tp tu juga yg akan dtg pd kita..SYUKUR ALHAMDULILLAH..amin!!!! salam…
[Balas]
8 April 2008 sekitar 9:56 am
menjaga kencing tu macam kencing berdiri ye imamkhalid?
ImamKhalid: Terima kasih kerana bertanya. Satu soalan yang baik.
Menjaga kencing itu bermaksud menjaga najis daripada terkena pada anggota solat atau pakaian kita. Sekiranya anggota solat kita terkena najis, solat kita tidak sah. Sekiranya solat tidak sah, tidak ada harapan untuk selamat di sana kelak, nauzubillah.
Kencing berdiri adalah salah satu penyebab najis itu terpercik ke pakaian atau anggota solat kita. Selain itu menjaga kencing juga membawa maksud istinjak yang tidak sempurna, lelehan air kencing bagi yang ada penyakit kencing tidak lawas, dan sebagainya.
Wallahu a’lam.
[Balas]
7 December 2008 sekitar 1:35 am
kencing berdiri berdosalah!!
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 7th, 2008 at 12:16 pm
Dari mana sumber mengatakan kencing berdiri itu berdosa? Sila beri rujukan.
Dalam kitab Siyarus Salikin ada mengatakan kencing berdiri itu harus, iaitu tidak berdosa dan tidak pula dapat pahala. Akan tetapi keadaan najis yang tidak dapat dipastikan samada terpercik ke pakaian atau tidak, yang menjadikan perbuatan itu sukar untuk dilakukan dengan penuh keyakinan. Itu sahaja.
Wallahu a’lam.
[Balas]
hamba Allah Reply:
November 3rd, 2010 at 7:33 am
kalo pmpuan pulak?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 3rd, 2010 at 10:10 am
Sama sahaja, kerana dalam kitab tersebut tidak dinyatakan jantina. Wallahu a’lam.
[Balas]
6 February 2009 sekitar 3:59 pm
terima kasih….kerana saling mengingati mati.
[Balas]
15 March 2009 sekitar 2:06 pm
mcm maner ngan kencing tidak lawas disebabkan sesuatu penyakit…bukan ker ia termasuk dalam tidak sengaja….mcm maner nak atasinya ,,..????sila bagi pendapat….!!!!!
[Balas]
24 April 2009 sekitar 6:59 pm
assalamualaikum…
ada sesetengah pendapat menyatakan yg kencing berdiri blh menyebabkan kita jd pelupa, btl ke?
[Balas]
4 November 2009 sekitar 9:18 am
Minta izin copy paste diblog saya utk peringatan diri sendiri..
[Balas]
30 December 2009 sekitar 10:40 am
salam..siapa Abu Laith?bleh x terangkan sedikit biodata dia…
[Balas]
13 April 2010 sekitar 11:28 pm
Ya Allah..aq bermohon kepadaMu dengan rsa yg amat hina ini dengan memohon dan berdoa agar ko tentukan khatimah yg terbaik kpd mukminin dan mukminat…
[Balas]
12 May 2010 sekitar 4:21 pm
saya ada baca makruh kencing berdiri dan sedangkan Rasulullah s.a.w. (pbuh) sendiri tak pernah kencing berdiri.
[Balas]
17 November 2010 sekitar 6:26 am
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
saya ingin share, meninggal pd hri jumaat x smestinya akan tlepas drpd siksa kubur.sila klik link
[Balas]
29 December 2010 sekitar 7:06 am
assalammualaikum saudara…mohon share
[Balas]
22 April 2011 sekitar 8:33 pm
salamualaik, mohon share ~
[Balas]
10 December 2011 sekitar 9:22 am
assalamualaikum
tima kasih atas artikel ini. tp boleh tlg jelaskan yg no 13 : mati krn memperthnkan harta.
[Balas]
13 February 2012 sekitar 2:27 am
saya copy n paste artikel ne kat fb sy utk peringatan terhadap diri saya n kawan2x yg lain…mohon share…
[Balas]
13 February 2012 sekitar 10:52 am
aslmkum,,,nk tanya,, masa solat anak sedang main dikeliling kita dan duduk di atas sejadah,padawaktu itu si anak hanya memakai pampers sahaja dan kemungkinan dahsudah kencing didalam pampers tu,,, mcm mane tu ya..
1. sahke solat..
2. kena basuh ke sejadah dan kain sembahyang tu.
3. kena berenti solat ambil wuduk balik dan solat semula ke
[Balas]