Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Tips Kejut Orang Bersahur

28 September 2007

Pagi ni kita sambung sikit sesi panduan kita dengan tips-tips untuk kejutkan pasangan atau rakan kita untuk bersahur. Sahur merupakan ibadat, sunat untuk dilakukan. Jadi kalau tak bersahur, kurang lah pahalanya…

Baiklah, antara cara yang mula-mula kita lakukan ialah:

  1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas/air cond.

Tapi kalau masih tak berkesan:

  1. Jerit nama dia kuat kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam.
  4. Tarik rambut dia sampai dia jatuh dari tilam.
  5. Goyangkan badan dia kuat-kuat sambil menjerit, “gempa bumi! gempa bumi! tsunami!
    tsunami!”
  6. Jerit “api! api! api!”
  7. Letak hidangan KFC atau McDonald atau pun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli di sebelah hidung dia - bagi dia ambik bau sikit.

Tapi kalau masih tak berkesan juga:

  1. Pergi kat telinga dia dan sebut, “maa rabbuka!” - sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Duduk bersila di sebelah dia dan baca surah yaa sin!

Tapi kalau masih tak berkesan juga, ini saja cara terakhir:

  1. Panggil orang masjid/surau untuk uruskan - kerana Tuhan lebih menyayanginya. Innaa liLlaahi wainnaa ilaihi rooji’uun.

Wallahu a’lam.

 

7 komen

  1. Komen dari affuan:

    Ekeke. Baik ko cucuk je hidung dier guna style double penetration. Konpem berkesan. Haha. Er..

    [Balas]

  2. Komen dari inna:

    suap je terus makanan kat muke die…

    [Balas]

  3. Komen dari ImamKhalid:

    Korang ni bab2 kejam memang tersangatlah pandainya… Cubalah berperikemanusiaan sikit.. Kalo orang buat camtu kat ngkorang macam mana? Haa tau takut! :P

    [Balas]

  4. Komen dari ridaparidah:

    Memang patut pun buat begitu…Kalau nak diikutkan hati, nak simbah jer ngan air kat muka dia…hehe..

    [Balas]

  5. Komen dari Faris Fakri:

    Hahaha! Aku bergelak ketawa dengan riang dan girang! Terik urat sarafku seakan mahu pecah perutku dibuatnya. Sedikit gelak tawa di tengah malam sambil menunggu sahur dengan bertemankan lagu Sirih Pinang.

    Selok aku suko.

    [Balas]

  6. Komen dari inah:

    ahahaha..ni pun lawak..gelak guleng2 aku =D

    [Balas]

  7. Komen dari ImamKhalid:

    Gelak lagi gelak lagi.. kah kah kah…

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...