Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Daddy, Sex Tu Aper?

1 October 2007

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada daddynya,

“Daddy daddy, sex tu apa, daddy..?”

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil - sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan.

Maka, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden. Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

“Eh kenapa ni?” Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

“Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!”

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis:


NAME   : .................................
SCHOOL : .................................
CLASS  : .................................
SEX    : .................................

Kuang kuang kuang! :P

 

3 komen

  1. Komen dari Que:

    ish3….2 lar si daddy nyer 2…siasat le dlu…nie pkai hentam jer..serang x nk pkai helmet,len kali g amik kamus BI dlu ek…wakakakaka

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Tu lah pasal. Bukan main lagi explain panjang lebar. Sian kat anak tu… :P

    [Balas]

  2. Komen dari Si Kucing:

    haiyaa…daddy..daddy..len kali sblum ajar pape….tny dlu tuk ape…pggl je daddy tp bi x mcm tau sngt BI…kihkihkih

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...