Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Isteri Curang Menghadapi Siksa Dunia

3 October 2007 oleh ImamKhalid

Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Saya just copy paste jer kat sini, untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

 

82 komen

  1. Komen dari rini:

    mmg xpatut uat suami mcm 2..drh haid n air mani 2 kotor sgt2..
    moga2 ALLAH dpt ampnkn dosenya..

    [Balas]

  2. Komen dari Fara_mdisa:

    Ya Allah.. insafnya sy baca crita imamkhalid ni..
    Berdebar-debar dada sy dr mula sampe abis baca ni..Harap anda teruskn m’anta cite2 insaf mcm ni.. smga c isteri td diampunkan Allah SWT..

    [Balas]

  3. Komen dari Fara_mdisa:

    Salam..
    Sy nk mintak izin nk anta kt kengkawan yg lain..ni 1st time sy msuk web ni..baca artikel2 dlm ni, artikel ni la yg paling buat sy terkedu sekejap..sampe hati c isteri tu..mgkin sbb terlalu sygkan suami, tp die pilih jln yg dlaknat Allah..smoga rohnya diampunkan Allah SWT..Amin..

    [Balas]

  4. Komen dari ImamKhalid:

    Silakan Fara_mdisa. Kalau nak dapatkan kisah2 menarik, langganlah feed soleh.net [klik sini untuk langgan]

    [Balas]

  5. Komen dari lukman:

    MasyaAllah..inilah cerita yang penuh dengan iktibar..syabas.cmoga cmua yg membaca,mendapat pedoman dan iktibar..

    [Balas]

  6. Komen dari noor hashelah:

    benar2 menginsafkan saya..menitis airmata rasanyer..saya benar2 insaf..walaupun sy belum berkawin,tp apa yg berlaku benar2 buat sy terduduk..betapa siksanya seoarng isteri yg menderhakai suaminya..Ya ALLAH..jauhkan diriku dr perbuatan terkutuk ini..semoga hati dn iman sy kuat serta cintakan suami sy dgn seikhlas hati nanti ..Amin…

    [Balas]

  7. Komen dari ImamKhalid:

    lukman: Sama2 kita muhasabah dan menginsafi diri.

    noor hashelah: Moga2 Allah s.w.t melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan terkutuk itu, amin.

    [Balas]

  8. Komen dari siti hajar:

    bagaimana pulak sekiranya c isteri yang curang tapi telah memohon ampun dari suaminya tapi tidak memberitahu perkara sebenarnya…….

    ImamKhalid: Itu yang jadi masalah. Sebab dia tak bagi tau perkara sebenar la. Tu yang jadi macam tu. Selagi dia tak bagi tau, selagi tu (dalam citer ni) penyakitnya makin teruk… :(

    [Balas]

  9. Komen dari siti hajar:

    eeeiii takut la……. Allah tak ampunkan dia ke??? bukan ke Allah itu penyayang dan pengampun… ya allah ampuni la umat mu ini….

    ImamKhalid: Memang Allah itu maha pengampun, tetapi hanya Dia yang maha mengetahui. Sebab tu kita mesti banyakkan doa, dan berharap hanya pada-Nya. Mintak jauh segala yang tidak baik. Insya-Allah kita sama2 selamat.

    [Balas]

  10. Komen dari faz:

    salam..sy 1st time msk website nih..pd sy, isteri dia bukan btl2 sygkan sgt ngn suami dia tu..syg yg ikut nafsu bukan syg namenye..n klu syg, nape dia sggp wat hubungn sulit ngn laki lain..n ustad..sy nk tnye skit.curang ke sorang istri yg bergaul mesra sgt ngan laki lain?cuit2, gurau senda, wlupun pd dia kwn rapat je, xde papepn. rapat smpai tolong kejutkan laki lain bgn solat subuh, n puji laki tu depan2..adakah pd ustad curang perlakuan yg mcm tu wlupun niat dia baik n klu pun dia xde hati pun kt laki lain, adakah pd ustad masih dosa perlakuan yg cmtu?sy betol2 nk tau sgt..

    ImamKhalid: Terima kasih atas soalan tersebut. Tak payahlah panggil aku ustaz. Tak layak rasanya.

    Perlakuan curang itu bermaksud mencari pemuas nafsu, atau penyedap rasa, atau kebahagiaan hati, atau penenang fikiran, selain dari tempat yang sepatutnya. Seperti kata-kata yang biasa kita dengar, “suami keluar pintu depan isteri keluar pintu belakang”, “cari makan di luar”, “anak ikan”, dan sebagainya.

    Oleh itu, perbuatan bergaul mesra sesama yang bukan muhrim tidak dipanggil perlakuan curang. Pergaulan yang tidak mengenal batas / sempadan antara lelaki dan perempuan ini dipanggil pergaulan bebas.

    Perbuatan ini termasuk dalam kategori maksiat dan terkutuk. Berdosa besar hukumnya apabila seseorang itu berbuat demikian.

    Kesimpulannya, perlakuan curang dan pergaulan bebas adalah 2 perkara yang berbeza. Namun kedua-duanya adalah maksiat, yang wajib kita hindari dan kita jauhi.. Nauzubillah!

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  11. Komen dari faz:

    sekarang ni bnyak sgt kes isteri curang..bnyak sbb yg menyumbang pd “fenomena” ni..kdg2 xle nk slhkan pmpuan gak, yg berpikiran pendek n suke ikt ati..thats y la suami kne btl2 melengkapkan diri ngn ape yg ptt..tp cm kes kt ats..suami kuat agama pn kne uji cmtu..tu dh mmg ujian dr Allah s.w.t nk wat cmne..tp scra generalnye..cmtula..suami ni kne btl2 kuat iman..nk bimbing org pmpuan ni bkn senang..x kene sikit pn susa..

    ImamKhalid: Sebab itu bukan mudah nak jadi pemimpin. Lelaki pula banyak tanggungjawab manakala perempuan hanya perlu taat pada perintah Allah, dan taat pada perintah suami. Insya-Allah syurga balasannya.

    [Balas]

    Pendekar Laut Reply:

    As’salam’mualaikum.. Sy setuju dgn pandangan ImanKhalid ni.. Bukan niat sy nk mencari pasal ke tp sesetengah org perempuan ni hanya tau salahkan lelaki.. Walaupn perempuan itu sendiri yg buat masalah tetapi lelaki jgk yg dipersalahkan.. Kena jaga elok2 la xbleh salah sikit la ape la kene tp bila org perempuan itu sendiri buat salah bila lelaki tegur dh nk melenting.. Kadang org laki dh buat yg terbaik untuk org perempuan tp masih xcukup dan tidak tahu nk bersyukur.. Yg org perempuan tau kalo dh jd masalah seperti ini semua nk salahkan org laki.. Mcm2 alasan bg.. Xcukup kasih syg la, xcukup tu la xcukup ni la..

    [Balas]

  12. Komen dari syed faqrul razie:

    masa becinta n sebelum kawin kita tgk pmpuan tu sumenye elok tapi mcammane kita nak tau pmpuan tu sesuai ataupun tidak untuk jadi bini..ialah kan zaman skang ne bukan mcm zaman dulu laki pmpuan bebas bergaul dah jadi macam biasa jer tak kira lah bini ke suami ke tambah lagi kat kl..nak kawin gan ustazah susah pasal kita pun tak bagus sgt, bagi tip sikit ciri2 pmpuan sesuai jd bini…
    yang aku dpt pengajaran skang ne kalu pmpuan tu panas baran n kurang ajar ataupun kurang budi bahasa, nasehatkan tk payahla buat bini ato awek ke…hari2 makan hati jer lah gan pmpuan mcm ne..

    syed faqrul razie’s last blog post..SUMBER KEKAYAAN LUAR BIASA, WARREN BUFFET JUGA MENGAKUINYA

    ImamKhalid: Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita mesti menerima ketentuan ini seadanya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

    Ada orang kata kita tak perlu mencari. Ada pula yang kata kita kena usaha.

    Yang penting, kita perlu ada kesedaran bahawa jodoh itu memang di dalam tangan-Nya. Kot mana2 pun, nak ditemukan jodoh kita, tahulah Tuhan bagaimana nak uruskan.

    Kalau kita rasa nak cari, itu adalah ilham dari Allah. Kalau kita rasa taknak cari, itu juga ilham dari Allah.

    Andaikata Allah mengilhamkan kita mencari bakal teman hidup, maka carilah yang ada rupa (sedap dipandang oleh kita sendiri). Carilah juga yang beragama, dan mempunyai salasilah keturunan keluarga yang baik2.

    Itulah sebagai panduan yang boleh kita ikuti. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  13. Komen dari nadia:

    assalamualaikum…

    bagaimana pulak mengahadapi suami yang curang …suami saya telah mengaku curang dengan ramai perempuan. dan dia antara perempuan2 itu ada yang saya kenali..saya amat taruma dan kadang-kadang anak2 saya menjadi tempat saya lepaskan kemarahan saya. setiap kali saya teringat dia berzina setiap kali itulah saya menangis dan tidak menentu…saya amat kesal kerana saya telah berkorban segala-galanya untuk dia…sehinggakan saya berhutang utk memajukan bisnesnya tapi saya dah ingatkan kalau dia curang akan hancur bisnesnya…dan itulah yg terjadi sehinggalah saya solat hajat dan berdoa kenapa semua bisnes tdk menjadi dan tunjukkanlah ya allah apakah sebabnya…keesokan hari selepas saya solat hajat saya tlh membelek hp suami dan disitulah sya dpt tau dia berzina dgn perempuan…apakah yg patut saya lakukan..saya terlalu sakit hati wlupun suami menangis2 minta ampun dari saya….

    ImamKhalid: Nadia, untuk luahan ini saya tak nak sentuh pasal dosa, kerana sudah terbukti jelas dalam agama mengenainya.

    Tapi, saya kagum dengan Nadia, kerana telah diberi ujian yang amat berat dalam kehidupan Nadia oleh Allah s.w.t. dan Nadia telah menghadapinya (walaupun sukar) sehingga ke hari ini, dan Nadia masih dapat berfikir dengan waras.

    Saya kat sini pun tak dapat nak bagi pandangan yang baik. Bagi saya masalah Nadia ni sangat besar dan sangat berat untuk ditanggung jikalau dikira dari sudut hati dan perasaan. Perempuan kalau suaminya nikah lain pun terluka, apatah lagi yang suami buat kerja secara haram.

    Nadia, mula2 sekali minta pertolongan dari Yang Maha Esa, buat solat hajat minta petunjuk dan kekuatan. Perlu diingat, soal jodoh di tangan Tuhan. Yang penting kita mesti berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik untuk kita.

    Nak minta fasakh, mungkin Nadia masih amat sayangkan suami. Nak teruskan hidup bersamanya pun, mungkin Nadia yang terseksa.

    Selagi Nadia boleh memberi kemaafan dan membuka peluang kedua untuk suami, buatlah sedemikian. Sesungguhnya amat besar ganjaran yang menanti kelak.

    Sebaliknya jika hati Nadia tidak mampu lagi menerima keadaan ini, buatlah keputusan untuk berpisah. Jangan risau, hati kita milik Allah. Dia yang mengilhamkan segala apa yang terdetik di hati kita.

    Cubalah minta tolong saudara terdekat untuk bersama2 bawa kes ini ke pejabat agama daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kaunseling. Cari jalan penyelesaian yang terbaik. Paling2 busuk pun, pihak pejabat agama akan bawa tuntutan fasakh Nadia ke mahkamah.

    Itulah sahaja pandangan yang mampu saya berikan. Sekian, wallahu a’lam.

    [Balas]

  14. Komen dari bunga cinta ros:

    salam..sy pun 1st time masuk website ni..ini kali kedua cerita isteri curang yang amat sgt yg sy tau. first story yg sy dpt tau dari kisah suami sy sendiri. Apa yg berlaku membuatkan sy ingin menjadi isterinye yang solehah sepanjang hayat. Bekas isterinye telah curang beberap kali sehingga melahirkan sorang anak hasil dari perbuatan **** . Malah anak itu di nasabkan kepada nama suami sy kerana bekas isteri telah meminta ampun dan bertaubat. oklah setelah 2 thn, bekas isterinye buat hal lagi[bukan lelaki yag sama]. Kali ini sampai minta cerai supaya dapat dia berkahwin dengan lelaki tersebut. Kerana tidak sanggup lagi menanggung semua itu, suami sy menceraikan bekas isterinya.
    Setelah menduda lebih kurang 9 bulan,dia di temukan dgn sy oleh shabat kami. Pada masa itu sy pun sudah menjadi balu lebih kurang 3 tahun.Entah macamana sy terima lamarannya. Dan smpai ke hari ini sy bahagia bersamanya. Sy[mewakili wanita] berasa amat malu dgn apa yang telah di lakukan oleh bekas isteri suami saya. Barulah saya percaya rupanya ada isteri2 yang curang sampai ke tahap ini. Pada zahirnya kita tidak dapat menilai seseorang dari pakaian dan tuturkata yang lembut. Malah seorang wanita yang berpangkat di salah sebuah kementerian kerajaan sperti bekas isteri suami saya. Yang peliknya bekas isterinya tidak pun berkahwin hingga ke hari ini.Jd sesiapa yg membaca kisah suami sy renung2kanlah dan bagi mereka di luar sana yg belum mendapat jodoh baik lelaki atau pun wanita, berdoalah supaya di pertemukan jodoh yang beriman dan berhati mulia.

    ImamKhalid: Terima kasih. Sama2lah kita berdoa. Amin…

    [Balas]

  15. Komen dari teratai:

    salam, ini pertama kali saya masuk wedsite ini….sekarang ni byk crite2 sperti ini di surat2 khabar mahupun di tv2. terus terang saya kata saya termasuk dlm golongan isteri …….!!!!! crite2 yg macam ini telah byk menginsafkan saya. dan sekarang saya sentiasa di dlm ketakutan. Takut pd pembalasan Allah. Saya telah bertaubat kpd Allah dan telah memohon keampunan dariNya dan juga dari suami (setiap kali ada crite2 ttg keburukan isteri, saya akan memohon ampun kepada Allah dan suami (atas dosa2 saya pd nya)). Saya juga telah memohon di hadapan Kaabah agar dosa2 (curang) saya di ampunkan Allah sehingga kini saya tak tahu samada dosa2 saya itu telah diampunkan atau tidak…….saya bertaubat dan berjanji pd diri sendiri tak akan mengulangi kerja2 bodoh itu lagi…… tapi setiap kali keluar atau membaca crite2 begini buat saya ketakutan……. adakah Allah telah mengampuni saya????? Adalah Allah menerima taubat saya??????? ya Allah ampuni aku dan umatmu yang telah sesat ya Allah…….ampuni la kami ya Allah, ampuni la kami ya Allah, ampuni la kami ya Allah…….

    ImamKhalid: Allah itu Maha Pengampun. Sama2lah kita berharap agar kita semua tergolong dalam golongan yang diampunkan dosa oleh-Nya. Amin…

    [Balas]

  16. Komen dari azie:

    Andai ku tahu….
    Kapan tiba ajalku…
    Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
    Andai ku tahu…
    Kapan tiba masaku…
    Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
    Aku takut akan semua dosa dosaku…
    Aku takut dosa yg terus membayangiku…
    Andai ku tahu…
    Malaikatmu kan menjemputku…
    Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
    Aku takut akan semua dosa dosaku…
    Aku takut dosa yg terus membayangiku…
    Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
    Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
    Aku manusia yang takut neraka…
    Namun aku juga tak pantas disurga…
    Andai ku tahu….
    Kapan tiba ajalku…
    Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
    Aku takut akan semua dosa dosaku…
    Aku takut dosa yg terus membayangiku…
    Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
    Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

    Imam…sori ye aku ltk lirik lagu ungu ni…buat renungan jer….

    ImamKhalid: Takpe2, aku pun suka dengar lagu ni..

    [Balas]

  17. Komen dari azie:

    kalau korang dgr lagu ni msti mgalir airmata punye lah…
    renung-renungkan dan selamat beramal….

    http://www.youtube.com/watch?v=93s2oOORIok

    ImamKhalid: Terima kasih.. :)

    [Balas]

  18. Komen dari liyana:

    assalamualaikum..

    mmng wajar perkara ini dihayati..
    ambil pengajaran..
    insyaallah perkara mungkar dapat dielakkan…

    kalau tak silap, saya pernah menonnton drama lakonan fasha sandha dan adiputra ’sehangat lantana’(mungkin..?).
    jalan ceritanya hampir sama..
    menceritakan betapa goyanhnya iman seorang isteri derhaka melaknati kasih suaminya sendiri..

    sedih dan insaf..
    peringatan kepada diri saya juga…

    sesungguhnya Tuhan, syurga-Mu impianku..
    Neraka-Mu, mimpi ngeriku…

    [Balas]

  19. Komen dari norliza:

    terima kasih memberi peringatan

    [Balas]

  20. Komen dari zana:

    Assalamualaikum,
    Semoga Allah swt mengampunkan dosa hamba-hambanya…
    Sebenarnya terlalu banyak perkara mungkar yang berlaku. Bagaimanapun kita harus membentengi diri dengan sentiasa mengingati ALLAH, melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah.
    SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DALAM KEREDHAANNYA..AMIN

    [Balas]

    don Reply:

    akum zana, saya terbaca komen zana dlm web soleh. net.
    Apa yang zana katakan tu memang betul. macamana Dia nak mendengar permohonan kita sedangkan tali perhungankita dgn NYa terputus. Kita tak jumpa TALI perhubungan dengan nya. Diri kita masih terkurung spt.orang dalam jel, tidak bebas. seharusnya kita di bebaskan dahulu. Cari lah orang yang ada ank kunci untuk membebaskan kita. Carilah Dia yg menjadikan shurga dan neraka, barulah kita tahu apa kehendakanya.kita menyembahNya tapi kita tidak kenal Dia dlm ertikata yang sebenar. Sampai disini jumpa lagi.

    Entri terkini blog don.. Tahun baru 2009: apa matlamat kalian?

    [Balas]

  21. Komen dari shah:

    suami saya telah curang dengan perempuan yg lebih muda dari saya. walaupun dia cuba untuk mengambil hati saya balik tapi saya takut untuk memberi kepercayaan dan kasih sayang padanya..kepercayaan yang diberi 15 tahun hancur berkecai..saya seperti tak kenal dengan suami saya lagi…dia cuba untuk kembalikan senyuman dan keriangan saya ..katanya nak tengok saya happy mcm dulu..saya rasa dah ada mcm tembok ant saya dan suami…takut kalau ditipu lagi

    [Balas]

    afia Reply:

    kita mesti beri peluang kepada mereka yang dah bertaubat. Terutama kepada pasangan kita. Kalau benar2 dia telah bertaubat, tiada salahnya kita memberikan dia ruang untuk memperbaiki diri. Hati memang luka, memang hancur, memang luluh, tapi….apakah kita mahu mengikut kata hati, tanpa memikirkan masa depan anak2 dan rumahtangga. Sy bercakap kerana saya pernah melakukan perkara yang sama, tetapi saya sudah insaf dan bertaubat. Saya telah berjanji pada diri untuk tidak ulangi lagi kesilapan yang telah berlaku. Saya mohon simpati suami untuk memaafkan saya. Tapi, nampak mcm tiada ruang kemaafan lagi. Sbb itu, saya memohon bagi pihak suami shah, ampunkanlah kesilapannya. Berikanlah dia ruang. Berikan sinar kebahagiaan. Kerana, seseorang yang telah bertaubat adalah ibarat bayi yang baru lahir kedunia. Dia tetap ayah kepada anak2 shah. Selagi dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorg ayah dan suami…selagi itulah dia masih seorang lelaki yang baik. Tiada seorang manusia didunia ini sempurna, terimalah kelemahannya. Anggaplah itu kelemahannya, dan jadikan lah diri anda penguat bagi kelemahannya. Semoga bahagia menjadi milik kita kekal abadi.

    [Balas]

  22. Komen dari afia:

    Salam ustaz, saya ada soalan. Apakah dosa seorang isteri itu terampun sekiranya beliau sudah bertaubat? Apakh perlu beliau menceritakan segala keaiban yang telah dilakukan kepada si suami? Jika ya, tidakkah itu akan menyebabkan rumahtangga akan bergolak? Minta pandangan ustaz dalam perkara ini, kerana suami saya mendesak untuk mengetahui secara terperinci apa yang telah saya lakukan, dan saya tahu sekiranya saya berlaku jujur, rumah tangga saya pasti akan hancur. Kerana saya tahu beliau tidak akan lagi menyayangi saya seprt dulu.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Suami pun sudah tahu sedikit sebanyak. Jadi ceritakanlah SEPERLUNYA, tidak perlu sehingga membawa keruntuhan kepada rumahtangga.

    Bila ditanya, cuba beri jawapan yang kurang menyakitkan hatinya, tetapi tidak pula menipu. Gunakan kemahiran psikologi yang ada, bukan untuk mempermainkan pasangan, tetapi untuk membina semula kepercayaannya terhadap kita, sedikit demi sedikit.

    Proses ini memang memakan masa. Oleh itu, sentiasalah bersabar dan minta doa dari Yang Maha Esa untuk memberi kekuatan kepada kita.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  23. Komen dari Said:

    Bukan mudah nak buat org marah dan bukan mudah nak buat orang sedih tapi semua tu adalah lumrah kehidupan manusia biasa.. jgn mudah terpedaya dengan janji2 manis dan jangan mudah percaya pada orang makan diri nanti.. Bukan senang nak kaya tapi senang nak miskin.. Tiada harta jangankan pandang lihat pun jangan mengharap.. Cinta n sayang ada dimana2 tapi yang sebenar betul2 menyakitkan menyentuh hati yang suci…

    [Balas]

  24. Komen dari leana:

    Suami saya pernah berlaku curang.. Saya terpaksa menerimanya walaupun hati saya hampir tiada untuk dia. Beberapa tahun kemudian saya turut curang & sekarang saya dah bertaubat yang saya takkan mengulangi nya lagi..
    Masalah saya sekarang ni, hampir setiap hari kami bergaduh kerana suami sering mencabar kesabaran saya dengan tingkah lakunya yang seperti budak belasan tahun..
    Wajarkah saya meminta perpisahan kerana saya tak mahu terusan berdosa kerana marah kan sikapnya.. Saya juga tak mahu membuang masa dengan kerenahnya sehingga ke umur veteran. Pada saya banyak perkara yang boleh saya lakukan tanpa berlu berdosa dengan suami kalau kami terusan begini..

    [Balas]

    afia Reply:

    leana, siapa saya untuk menasihati leana, tapi sbnrnya kita pernah di”tempat” yang sama. Mengalami masalah rumahtangga yang tak ada surutnya. Tapi sejak saya cuba menzahirkan taubat saya, byk benda yang saya pelajari. Salah satunya, saya belajar berdoa pada allah utk di berikan kesabaran dalam menghadapi setiap kerenahnya. Dan percayalah, setiap ujian yang kita hadapi, sebenarnya adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Byk2kan membaca risalah islam. Kalau sudi, email lah saya. Byk perkara kita boleh cuba perbetulkan. Yang penting…kita dah balik kepangkal jalan dan kekalkan berada di laluan yang betul.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih sebab tolong jawab bagi pihak saya. Saya kira leana bolehlah terus berhubung dengan afia… :)

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Harap afia dapat baca komen dari leana, yang meminta afia supaya menghubunginya melalui alamat email ditulis di bawah.

    Buat leana, harap lepas ni dapat gunakan kemudahan “Balas” supaya afia dimaklumkan secara terus melalui email.

    [Balas]

  25. Komen dari Rahman:

    Alhamdulillah…tanpa saya cari web ini terjumpa tanpa niat. Dunia hari ini, kecurangan suami atau isteri kita boleh temui di mana mana. Pada pandangan saya isteri berlaku curang banyak sebabnya, tetapi sebab yang utama adalah disebabkan kelemahan sang suami yang terlalu memberi ruang dan peluang pada isteri melakukan kecurangan tersebut, antara ruang dan peluang yang suami beri ialah suami kurang kuasa menjaga isteri, isteri dibenarkan keluar rumah dan bergaul bebas dengan lelaki sama ada ditempat kerja, urusan perniagaan atau di majlis majlis sosial sehingga menimbulkan rasa berkehendak antara isteri dan lelaki yang sudah mula terbiasa antara satu dengan lain.

    Terkadang lagi ada suami yg mempelawa kawan kawan lelakinya ke rumah untuk bersembang sembang, makan makan dan lain lain acara membuat lelaki berkenaan tidak segan silu lagi datang ke rumah pada bila bila masa yang juga mendatangkan rasa terbiasa dan berkehendak antara isteri dan kawan kawannya itu.

    Bagi para suami yang tinggi fahaman agamanya pula kadang kadang terlalu mengawal isteri membuat isteri jadi bosan lalu mengambil jalan buat curang untuk menghilangkan kebosanannya.

    Pada saya untuk mencegah isteri buat curang suami harus pertama ada kuasa menjaga isteri supaya tiada ruang dan peluang baginya berbuat curang dan tiada ruang dan peluang pada lelaki lain mengajak isterinya berbuat curang. .

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tetapi yang orang susah nak nampak, point saudara pada suami yang tinggi fahaman agamanya.

    Pendek kata, suami kena pandai2 mendidik dan membentuk isteri dan anak2. Lembut sangat pun tak boleh, keras sangat pun jangan.

    [Balas]

  26. Komen dari Rahman:

    saya ada seorang kawan yang berpendidikan tinggi dan punya kedudukan yang baik, isterinya juga berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik. Meneriama idea yang kononnya mereka berpendidikan tinggi dan hidup dalam dunia yg moden, maju dan canggih membuat mereka tidak ada rasa cemburu dan memahami.

    Satu ketika saya telah mereka ajak ke satu majlis makan malam di sebuah hotel yang terkemuka, dalam majlis itu ada acara nyanyi nyanyi dan menari. Apa yang memeranjatkan saya, kawan saya ini sanggup membenarkan isterinya menari berpelukan dengan lelaki lain dalam majlis itu.

    Keesokan harinya saya cuba memberitahu kawan saya itu yang perbuatan dia membenarkan isteri dia menari berpelukan dengan lelaki lain, dengan selamba dia menjawab bahawa perkara itu adalah biasa. Aduhai….

    Ketika menghantar anak ke UIA saya telah menghubungi kawan saya tu, menghairankan saya, ketika dia menyambut saya di airport dia tidak ditemani oleh isterinya yg saya kenal dulu sebaliknya dia ditemani oleh wanita lain yg dia perkenalkan pada saya sebagai isteri. Secara berseloroh saya tanya dia dah pasang dua ka apa. Dia kata dia telah menceraikan isterinya kerana telah berlaku curang dengan seorang lelaki sepejabatnya ketika melawat ke luar negeri. Saya tidak terkejut kerana saya sudah menjangka perkara itu mesti berlaku…

    Ketika menghantar saya balik ke airport tiga hari selepas tu kawan saya tu berterima kasih pada saya kerana satu ketika dulu telah menegur dia kerana terlalu membenarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki. Secara bergurau saya minta izin untuk mengajak isteri barunya keluar makan satu waktu nanti kalau ada kesempatan…oi brother it might not happen again, itu kata kata keluar dari mulutnya.

    Syukur, akhirnya dia sedar bahawa semoden dan semaju manapun kita tapi nilai keagamaan tidak patut dilupakan.

    [Balas]

  27. Komen dari leana:

    Hukum Isteri Meleteri Suami ……

    ” Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

    Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

    Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

    Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

    Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

    Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

    Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: ” Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. ” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

    Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

    Ali Karramallahu Wajhah berkata: ” Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan .” Aku bertanya, ” Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? ”

    Baginda menjawab, ” Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. ”

    MENGHERDIK

    Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakitidan menyumpah-nyumpah suaminya.

    Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

    Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

    Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.

    Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, ” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. ”

    Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

    Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringandan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

    Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s. a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

    Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

    Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

    Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

    Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: ” Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satupemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? ”

    Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

    Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anakdan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

    Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

    Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

    Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullahs. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

    Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: ” Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. ”

    Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kitasama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

    Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua… insya’Allah..

    SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang. Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam RUMAHTANGGA.

    TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

    ~daripada artikel ini, saya semakin takut untuk meneruskan perkahwinan sebab terlalu susah untuk saya menerima mentah2 apa sahaja perlakuan suami dengan redha, syukur & rela. Suami saya bukan lah dari golongan lelaki yang soleh. Even al-fatihah pun penat saya mengajar nya. Dengan anak2 pula setakat maki hamun & lempang dah jadi kebiasaan baginya.. Duit pula, bersikap sambil lewa.. Saya sebagai isteri terlalu tercabar dengan perlakuan nya & sudah pastinya saya merungut sama ada secara lahir ataupun batin… Adakah saya sudah layak ke Neraka?? Saya benar2 takut dengan keadaan ini. Saya lebih rela hidup sendirian bersama anak2 tanpa perlu buat dosa terhadap suami yang saya tak tahu bila akan berubah. Saya membesar dlm keluarga yang sederhana tetapi saya tak pernah lihat ibu bapa saya bergurau senda. Sebaliknya hanya maki hamun & rasa tak puas hati each other yang mereka pamirkan.. Saya pernah berazam untuk tidak akan seperti mereka tetapi bila ini yang terjadi saya seolah2 fobia untuk meneruskan perkahwinan ini kerana tidak mahu sampai ke-tua berterusan dengan keadaan ini. Saya lebih rela hidup sendirian membesarkan anak2 sampai bila2. Mintak pendapat untuk masalah saya ni.

    P/s: Afia pls email me (aleana_su@yahoo.com)

    [Balas]

    afia Reply:

    Leana,
    Satu je saya minta, sebelum leana membuat apa2 keputusan, leana buat 3 perkara ini dulu.
    Pertama- Minta leana bertaubat nasuha (sebenar2 taubat diatas semua keterlanjuran dan dosa2 yang pernah dilakukan)
    Kedua – Bersihkan jiwa, tingkatkan iman, bertakwa pada Allah dgn sentiasa bangun di tengah malam melakukan solat sunat i.e tahajud, taubat, hajat, mengaji al-quran etc – lebih2 lagi 10 malam terakhir ramadan….gigihkan ibadat sambil menunggu malam lailatulqadar
    Ketiga – Solat sunat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya. Kita manusia kadang salah pertimbangan. Jadi, ada baiknya kita serah pada Allah. Insyallah akan diberikan jalan.

    Benar leana, berat mata yang memandangnya, berat lagi bahu yang memikulnya. Saya amat simpati dgn leana, tapi buat sementara waktu ni tabahkan lah diri. Byk2 berdoa kepada Allah. Sentiasa minta dibanyakkan sabar. Kerana setiap dugaan yang menimpa, ada bahagian untuk leana diakhirat kelak. Anggap lah, bahawa setiap ujian utk membersihkan diri kita dari dosa dan meringankan balasan di akhirat kelak. Mana tahu, dgn beratnya dugaan ini, Allah janjikan syurga utk leana. Wa’llahualam.

    [Balas]

  28. Komen dari wawa:

    assalamualaikum….
    byk kejadian yg mcm niyy berlaku…
    sume d’sebabkan wit…xnk wit suami bg kt orng laen…isteri jewk yg nk sume2ny….sbb 2 snggup wat bnde terkutuk niyy….zaman skarang pown adew manusia yg kejam mcm niyy..bg suami mkan bnde yg kotor..drah haid n air mani plak 2…astafirullah al azim…tpi apew2 pown hrap dy diampunkan allah….hrap sume yg bace blog niyy mndpat petunjuk ke jalan yg benar…ins’allh idup diredhai allah…aminnnnnnn

    [Balas]

    ayang ida Reply:

    wit tu ape ek?

    [Balas]

    wawa Reply:

    sory…..
    wit 2….
    duit….
    hehehe….
    sory…da biase ckap wit ngan kwan2

    [Balas]

  29. Komen dari anis:

    sesakali para suami kajilah juga kelemahan yg ada pada diri yg menjadi punca isteri berlaku curang…isteri tupun manusia juga yg ada perasaan dan ada kemahuan. Saya memang yakin kami isteri akan mendapat balasan yang paling berat di akhirat kelak sekiranya kami berlaku curang, tetapi andai punca kecurangan kami itu berpunca dari suami sendiri macam mana pula?

    Kelemahan kelemahan suami seperti berikut wajib suami kaji yg memungkinkan kami isteri jadi curang.
    1. Lemah tenaga batin.
    2. Tidak tegas.
    3. Lalai.
    4. Pentingkan diri.
    5. Mendidik alang kepalang.
    6. Kurang bertanggung jawab.
    7. Kurang kasih sayang.
    8. Kurang pendidikan agama.
    9. Lemah memimpin rumah tangga.
    10. Dan macam macam lagilah.

    Renung renunglah dan kajilah diri agar isteri tidak berlaku curang dan diri suamipun tidak mendapat ajab yg amat berat di akhirat nanti.

    [Balas]

    afia Reply:

    Entah ye anis. Lelaki ni ego. Tak pernah nak rasa apa yang berlaku mungkin disbbkan kelemahan mereka juga. Tapi percaya semua yang berlaku 100% dari sikap perempuan sendiri yang memang miang tak cukup 1. Kecewa juga. Tapi apakan daya. Kita juga salah. Sbb terlalu lemah. Sehingga cuba untuk berpaut di dahan yang rapuh. Akhirnya jatuh tersungkur juga. Ini lah mungkin harga yang patut kita bayar di atas kesilapan ….dan kelemahan kita mengawal perasaan dan keinginan sendiri. Saya yakin jika sang suami memberikan kasih sayang, perhatian dan bimbingan….insyallah, perkara yang buruk dapat dielakan. Malangnya, keaiban kita sentiasa disebut2. Kita dikeji, dihina, kononnya tak tau jaga maruah diri. Tp….itu bukan sebenarnya yang berlaku…kalau boleh kita pun tidak mahu perkara ini berlaku. Tp…..kita manusia biasa….

    Tp ingin dimaklumkan….ini berlaku bukan semata2 kerana duit….

    Tp saya tetap tidak menafikan….apa yang berlaku adalah atas kelemahan diri saya juga. Harap taubat saya diterima Allah. Harap suami saya juga dapat memberi peluang dan mengampunkan saya. Allah maha mengetahui, dan satu hari pasti akan dibukakan hati suami kita untuk berubah dan menerima kita kembali.

    [Balas]

    koi Reply:

    salam.. sape2 yang buat jahat, suami @ isteri memang dikira dosa. tidak ada alasan untuk berlaku curang.baik suami maupun isteri.jika ada kelemahan mana2 pihak, islam telah membuka jalan supaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.alasan yg dikemukakan di atas x boleh djdikan sbb untk berlaku curang. jln terbaik balik kpd ajaran agama.

    wallahu a’lam.

    [Balas]

  30. Komen dari afia:

    Imam, saya ada soalan….apakah tanda2 taubat kita diterima Allah?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Secara amnya, ia adalah suatu yang subjektif. Kita kadangkala boleh merasakannya. Mungkin cara hidup kita lebih teratur, tiada masalah timbul, terasa aman, mudah bangun pagi untuk beribadat, murah rezeki, dsb.

    Namun, tidak semua orang akan berasa begitu. Justeru kayu pengukur bagi taubat kita samada diterima atau tidak, tepuklah dada tanyalah iman.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  31. Komen dari zaza:

    assalamualaikum…
    spt ditakdirkan sy terjumpa web ni buat pertama kalinya. imam.. harap dpt memberi pandangan. sy telah berkahwin hampir 18thn. sy tahu keluarga suami sy tak berapa setuju dgn pilihannya tp kerana sygkan anak. keadaan rmhtangga kami juga seringkali bergoncang dan 2x kami hampir bercerai tp mungkin jodoh kami kuat. di luar sana ada saja baik anak dara @ isteri orang yg suka menempel dan dia rajin melayan cuma sy yakin xla melampau batasan. cuma sifat x mahu berterus-terang membuatkan sy sering merasa tertipu. bukan sekali dua malah berkali2. layanan nya terhdp sy sbg rasa cuma di atas ranjang. terlalu sukar utk dia menunjukkan kasih sygnya hingga sy sering terty2 apakah suami sy benar2 menyayangi saya?

    utk menambahkan permasalahan sy, pd bulan ramadhan yg lalu, sy telah terserempak dgn bekas kekasih sy ketika menuntut di IPTA dulu. mmg di antara kami tiada sebrg perselisihan, terpisah pun kerana angkara rakan2 seperjuangan sdgkan pd hakikatnya kami terlalu menyayangi antara satu sama lain. kami cuma terserempak sekali itu saja. sejak itu dia sering menghubungi saya melalui tel mahupun sms/email tp kami x pernah lg berjumpa. kekerapan perhubungan itu telah menyemaikan kembali rasa rindu dan kasih yg telah sekian lama terputus. tp sesungguhnya ianya sekadar di alam siber/telekomunikasi. curangkah sy terhadap suami? biarpun sy sering tertekan dgn sikap nya tak terlintas di hati utk menduakannya tp sy x mampu utk melwn rasa rindu n syg thdp bekas kekasih sy itu. sesungguhnya sy insan yg lemah

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    18 tahun adalah satu tempoh yang lama. Oleh itu, sayangilah hubungan anda, dan cuba perbaiki mana yang boleh.

    Berterus terang juga merupakan suatu perkara penting dalam rumahtangga. Elakkan sebarang perkara yang menjurus ke arah kecurangan, maksiat, dan dosa.

    Selagi sayang itu masih ada, pertahankanlah. Perkahwinan bukan suatu perkara mudah yang boleh dipermain2kan. Ia memerlukan kesabaran, pengorbanan, dan keserasian.

    Perceraian juga bukan penyelesaian kepada masalah. Banyak kerugian yang ditanggung sekiranya sepasang suami isteri itu bercerai, terutama masa, wang ringgit, kasih sayang, anak2, dsb.

    Justeru, pertahankanlah apa yang anda ada sekarang. Janganlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sayangilah rumahtangga anda.

    Anda mampu mengubahnya! Wallahu a’lam. :)

    [Balas]

  32. Komen dari affa:

    komen sy memanglah isterinya jadi macam tu sebab bagi makanan yang kotor pada suami…pertanyaan sy…apa pula hukumnya kalau suami yang curang?apa pula hukumnya wanita yang bersama si suami itu?apakah yang harus wanita itu lakukan untuk jauhkan diri dari suami itu?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Hukum bagi suami yang curang tetap sama, iaitu berdosa besar. Wanita yang bersama si suami tadi juga berdosa besar. Wanita itu boleh menuntut fasakh melalui mahkamah syariah dan pejabat agama.

    [Balas]

  33. Komen dari julia:

    slps baca email dr kawan2 lain kat sini…entahler sy x tahu nak ckp apa2. 7 bulan yg lalu, suami saya pun pernah curang dgn sy. pernah tidor, bercinta, bergayut by hp, berchatting dgn bini org lagi…

    entahler, sampai sekarang suami sy x pernah minta maaf kat sy, x pernah sekalipun dia menyesal atas perbuatannya.

    tapi sekarang saya rasa dia dah x der apa2 hubungan dgn bini org tuh lg. tapi hati terluka susah nak sembuh sampai keakhir hayat say apabila mengenangkan anak2 yg masih kecil , 5 orang semuanya.

    sabor jer la, itu dosa dia dgn Allah….saya berserah shj.

    janji saya patuh kpd suami dan taat pdnya. kat belakang saya, sy x nak ambik tahu…..kesian kat anak2 sy!!

    ALLAHUAKHBAR!!

    [Balas]

    ariza Reply:

    Assalamualaikum semua,

    Saya antara wanita yg hampir curang kepada suami. Sebabnya saya terlalu taat kepada nya sehingga segala perbelanjaan dapur, beli rumah kereta dan perbelanjaan sekolah dan universiti anak saya tanggung 100%. Suami cuma melaram (sebab handsome) dan tidak pernah ambil tahu masalah saya melaksanakan tggjwab. Saya breadwinner, walaupun dia bekerja sering pula menganggur dan salahkan kerjayanya disebabkan saya. Kalau saya bangkitkan isu tgjwb, dia cop saya isteri durhaka, ugut dgn talak 3. Sekarang dah 23thn, anak dah besar dan berjaya hasil usaha saya, tak cukup wang jual kueh walaupun dlm kategori pegawai.
    Tak cukup diugut, salah sikit kena pukul tapi mengenangkan suami kuat sembahyang, mengaji (mungkin riak aje), dan adalah rupa sikit, serta kenangkan anak-anak saya sabar dan tanggung bebanan hati dan derita. Kini saya baru sedar dah terlambat untuk membuat tuntutan cerai, bila saya mula diminati dan meminati seorang lelaki baik terhadap saya dan kami mula menjalinkan hubungan komunikasi (kenalan kerja) tanpa dating atau bersama cuma melalui sms, perasaan kasihsayang semakin bertambah. Kami saling menasihati diri masing-masing (dia telah bercerai kerana isterinya curang) dan kami berjanji tidak akan bertemu (date) namun perasaan semakin kuat walaupun saya telah solat hajat dan istikarah berserah kpd Allah, minta dijauhkan perkara mungkar. Alhamdulilah belum berlaku apa2 cuma kasihsayang semakin mendalam..dan bahagia hati rasanya..apa pendapat anda? Curangkah saya?

    [Balas]

  34. Komen dari larastie:

    assalamualaikum w.b.t

    ermm…saya baru first time layari web ni huhuhu menarik dan menakutkan..Ya Allah jauhkanlah aku dari semua ni aminnnn..imam, saya nak tanya sikit ni..Untuk pengetahuan imam, suami saya seorang yang mempunyai sifat panas baran namun sejak akhir2 ni sikapnya semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kemesraan dan rumahtangga kami menjadi hambar.Sikap yang paling menyedihkan saya, dia suka sangat maki hamun kami anak beranak..perkataan aku engkau memang dah sebati dalam rumahtangga kami..saya x tahu sampai bila saya mampu bertahan…bila bergaduh dia ungkit menyesal berkahwin ngan saya..
    Ya Allah… imam, sakitnye hati ni tuhan jer yg tahu..ada kala kalau suruh jaga anak dia boleh kata ada anak menyusahkan Ya Allah..depan family dia sendiri pun dia buat perangai..belakang lagi la…saya x pasti samada perubahan sikapnya itu disebabkan wujudnya pihak ketiga atau sebab lain..skrg nie asyik nak cari kesalahan saya..x boleh silap sikit..mesti melenting.Boleh dikatakan antara kami xder dah kemesraan..x tahula..imam.saya cuma nak tahu kenapa ada lelaki yang macam tu?x pernah hargai kasih sayang dan pengorbanan saya selama ini..seorang suami wajib melayani isterinya dengan perilaku yang baik dan menuruti kehendak isteri dalam perkara yang sesuai dengan syarak..alangkah bersyukurnya kalau suami dapat melayani saya sebegitu..KEPADA PARA SUAMI,CONTOHILAH SUNAH NABI S.A.W YANG BERMAKSUD “cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang mensia2kan orang yang menjadi tanggungannya” Hr Abu Daud bukankan lebih baik jadikan rumahtangga itu syurga daripada ia neraka?janganlah anda berasa menyesal kerana menyintai isteri….kerana dialah bidadarimu didunia ini…dan janganlah anda seronok menzaliminya kerana doa orang teraniayaan di terima Allah s.w.t

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sukar untuk orang luar tolong dalam hal ini. Paling2 pun memberi nasihat untuk bersabar sahaja. Nak dibiarkan begitu pun, kita yang derita. Nak ditegur suami pun, bagai mengundang padah. Nak minta suami mengadap kaunselor pun, nak ke dia pergi?

    Pendek kata, berserahlah sepenuhnya pada Yang Maha Esa. Banyakkan solat hajat, berdoa, minta tingkatkan kesabaran dsb. Hanya Dia yang Maha Berkuasa.

    Usaha jangan lupa. Cuba gunakan pendekatan berbeza dan pelbagai. Melalui godaan, cantikkan diri, hias diri, dsb. Gunakan orang tengah, ibu dan bapa mertua, atau saudara mara, dsb.

    Cuba cari punca, kegemaran, perkara yang tidak disukai, dsb. Gunakan psikologi untuk ‘tackle’ suami.

    Selamat mencuba! :)

    [Balas]

  35. Komen dari KULIM:

    NOK KOMEN APA..BINI AKU PUN CURANG..KALAU DGN AKU NAK BERCAKAP SEPATAH PUN SUSAH. KALAU JANTAN LAIN TAK KIRALAH..MENGGALI KARPET MAI RUMAH PUN KAN MAIN LAGI BERGURAU SENDA SAMPAI HANTAR MENGGALI SAMPAI NAIK MOTOR.. AKU DAH TANGKAP BANYAK KALI DIA BERDATING..MENGAJAR KAT SEKOLAH MENENGAH..ASAL JANTAN JER MENGORAT TAK KIRA LAH SAPA PUN DIA SYOK….MASALAHNYA AKU ADA 2 ANAK….ENTAHLAH..AKU PUN APA LAGI…BERASAPLAH…TIMUN LAWAN DURIAN..MAMPUS PI LAH..BETINA BANYAK…SETAKAT MACAM BINI KAKU BERLORI2. NAMA JER EDUCATED..NAK TAHU DALAM DUNIA NI AKU PALING SAYANG KAT BINI AKU..LA NI AKU PALING BENCI KAT DIA…SEMBAHYANG TAK TINGGAL TU YANG AKU HERAN..

    [Balas]

    imani Reply:

    banyak kan komunikasi dengan isteri.mungkin ada yg isteri pendam dalam hati dgn suami yg meyebabkan kan isteri mkn hati dalam..perempuan ney tak secomplicated yg disgka..sometimes what man say is not the same as what woman heard.

    [Balas]

    jaybonmalaya Reply:

    mana pulak tak kompleks perempuan ni. saya dah nasihat cara lembut..dah menangis pun.. dah marah pun dah penampar pun…dok macam tu jugak… hari raya nak minta ampun pun tak… tak tahu nak kata la..tuhan saja maha mengetahui… kalau ikut hati…mau aku tikam perutnya sampai mati… ada ka bini macam ni dalam dunia ni. nampak lembut,,sopan santun.. tapi masyaAllah dibelakang buat laki macam kayu….

    [Balas]

    imani Reply:

    in’allah
    When you feel all alone in this world
    And there’s nobody to count your tears
    Just remember, no matter where you are
    Allah knows
    Allah knows

    When you carrying a monster load
    And you wonder how far you can go
    With every step on that road that you take
    Allah knows
    Allah knows

    No matter what, inside or out
    There’s one thing of which there’s no doubt
    Allah knows
    Allah knows
    And whatever lies in the heavens and the earth
    Every star in this whole universe
    Allah knows
    Allah knows

    When you find that special someone
    Feel your whole life has barely begun
    You can walk on the moon, shout it to everyone
    Allah knows
    Allah knows

    When you gaze with love in your eyes
    Catch a glimpse of paradise
    And you see your child take the first breath of life
    Allah knows
    Allah knows

    When you lose someone close to your heart
    See your whole world fall apart
    And you try to go on but it seems so hard
    Allah knows
    Allah knows

    You see we all have a path to choose
    Through the valleys and hills we go
    With the ups and the downs, never fret never frown
    Allah knows
    Allah knows

    Every grain of sand,
    In every desert land, He knows.
    Every shade of palm,
    Every closed hand, He knows.
    Every sparkling tear,
    On every eyelash, He knows.
    Every thought I have,
    And every word I share, He knows.
    Allah knows

    lagu by zain bikha

    [Balas]

  36. Komen dari anuar:

    assalamualaikum w.b.t…

    saya anuar,seronok bile dapat membaca macam2 perkara di dalam web ni..dan boleh mendapat khidmat nasihat..
    saya juga manusia yang sedang menghadapi masalah dan di uji dari OlehNya…macam ni imam khalid,saya baru je berumahtangga dalam setahun lebih..dan baru 3bulan menimang cahaya mata seorang perempuan…
    selama perkahwinan kami,macam2 masalah timbul..mungkin salah silap dari saya sendiri,mgkin dari pihak lain,mgkin dari isteri juga..tapi saya taknak salahkan siapa2,hanya muhasabah diri atas salah silap sendiri..
    memang saya mengaku saya pernah curang dgn isteri saya,semasa ia hamil..dan saya pernah terlanjur dgn perempuan itu.dan perkara ini pun telah terbongkar dan diektahui oleh keluarga kedua2 pihak..abang saya usaha untuk selamatkan saya dari terus berlarutan dengan kecurangan saya ni..saya mengaku secara depan2 dengan semua keluarga saya dan mertua saya yang saya berkawan dgn si perempuan dan pernah terlanjur..mmg saya mengaku salah silap saya dan meminta ampun kepada semua termasuk isteri saya semoga menerima saya semula..alhamdulillah isteri dapat terima saya dan mahu hidup dgn saya lagi..dengan saya bertaubat tidak mengulangi semula perbuatan tersebut…
    Tetapi, saya tidak tahu sejauh mana penerimaan isteri terhadap saya..walaupun kami sudah bersama semula,ada sahaja yang tak kene dan diungkitkan semula..dgn isteri mengutuk saya,menghina saya mcm2..kadang sampai mengungkit segala didalam rumah tu..saya jadi seperti kecil,seperti saya ni bukan orang yang patut isteri hormat..saya ni bukanlah hidup senang sgt..jika tidak mengharapkan pertolongan isteri,tak dapatlah hidup..tapi isteri pula seperti mahu senang sendiri,saya susah seorang…jika meminta bantuan isteri,isteri pula cukup bulan ketagih2 duit yang saya pinjam..jika tidak dapat memberi semula duit tu,mcm2 pula yang dicakap dan mengata menghina saya..syaa sendiri terpaksa meminjam kepada kwn saya dan orang lain drpd meminta tolong dari isteri..
    apa yang saya lihat sekarang isteri semakin hilang hormat dia terhadap saya,senang untuk isteri meninggi suara,dan memarahi apa saja yang saya buat..duduk ke baring ke berdiri ke pergi ke kedai ke..turun ke bawah ke,ada saja yang tak kene dan diperkatakan..kekadang saya hilang sabar dgn kata2 isteri,kata2 isteri yang melampau..seperti ” Ko tu dahlah laki tak guna” “laki hina”..ada sekali dia membabite org tua saya “disebabkan mak ko tak masuk campur lah,anak dia jadi mcm ni dan tak baik buat maksiat”…bila membabitkan mak saya,tu yang saya hilang sabar,tolak dia menggunakan kaki semasa sedang bersila..tapi dia mengadu kepada kuarga nye yg saya sepak terajang dia..
    Tetapi,ape yang selama ni mak isteri yang selalu masuk campur rumahtangga kami,ape segala didalam rumah or luar or di mana saja,mesti nak tahu dan ambil tahu…dan juga setiap hari mesti paling kurang mertua call isteri tak kurang dari 5kali dan lebih 5kali..selalu…ape2 didalam rumah semua tahu..nak isi barang rumah,ikut masuk campur..apa yang kami mkn,selalu nak tahu..rasa kami mkn yang sekadar boleh mkn,belikan bungkusan kat isteri..kalau mcm tu mcmane saya mahu mengajar hidup bersama susah senang dgn isteri kalau mertua masih begini.. saya betul2 tekanan..dgn perangai isteri,dgn perangai mertua lagi..mertua selalu nak menang2kan anak nye sendiri..bukan mahu menasihatkan anak sendiri..kalau mertua selalu call isteri,mcmane isteri mahu dengar ckp saya sebagai suami?ape yang saya ckp dan nasihat bagitahu,isteri tak pernah dgr dan ikut..akan tetapi selalu dengar ape mertua ckp dan suruh..saya sedihhh..
    yang terbaru ni,isteri dah mula naik tgn..sampai tepuk kepala saya…puncanya saya pergi ke kedai saja…dah tanye macam2 dan tuduh bukan2..dan tanya lagi ape ape2,beli ape..bila isteri dah ckp bukan2,tanye saja..saya tinggikanlah suara cume beli rokok sekejap..lepas tu dia geram terus tepuk kepala saya…saya terkejut diam saja sambil dodoi anak yang selalu nangis..
    saya banyak termakan hati,pernah saya balik kg bawak isteri dan anak,tak selalu balik..bila sampai kg ada perkara masalah timbul,isteri mula naik angin seperti meroyan terus call ayah ibu dia,suruh datang ambil isteri..ayah ibu dia trurtkan saja sanggup ambil dari KL ke Muar,johor..saya sudah cakap dan suruh mertua saya tak perlu datang,tak da apa2,hanya hal salah faham dan kami boleh berbincang berdua sahaja..tapi mertua tetap nak datang..mak saya juga suruh tak perlu dtg,malah isteri ckp mak saya marah dia..mak terasa,baru nak tgk dan main dgn cucunya…
    dah dibawak balik..takpelah,tapi yang saya geram ayah ibu dia takde minta kebenaran pada saya untuk bawak balik anak saya..main ambil dan terus nak cepat balik..kalau nak ambil pun,ambil jelah anak dia saja..tapi jgn anak saya…memang masuk campur mertua saya terlalu sgt,saya buat mcm2 ntk saya lari dari sini dan untuk membawa anak isteri pindah..cuba baut rumahtangga aman..tetapi isteri saya perangai tetap mcm tu…selalu juga minta dilepaskan,tak sanggup hidup dgn saya..minta saja..kekadang nak baik semula,tak nak gaduh2..tapi ada je yang nak bangkitkan..minta lagi dilepaskan..kekadang saya sampai tak boleh tahan dah dgn semua ni..saya pikirkan orang kampung saya yang termakan hati..sedih dipikirkan..kuarga saya tak pernak pun kacau isteri dan mertua dari saya bercinta sampai lah sekrang..
    macamana imam?saya give up..kadang saya rela saja kalau dia mahu dilepaskan..

    [Balas]

  37. Komen dari fiza:

    terpanggil rasanya nk meluahkan segala kekusutan sy. Baru2 ni sy dpt tau suami tlh berlaku curang dgn isteri org (anak 3).Hancur luluh hati sy bila dpt tau perkara ni.Malah isteri org tsbt sanggup utk dilepaskan oleh suaminya semata2 utk bersama2 dgn suami sy.Selama ni segala kecurangan suami sy tau cuma bukti yg sahih x dpt sy tunjukkan pdnya kerana dia x prnh mengaku segala perbuatan jahat dia pd sy.Tipu, helah dia pd sy amat melukakan hati.Kami tlh berkahwin selama 16 thn.Sy x mengungkit,malah sy yg menyediakan rmh,kereta utknya.Tp,segala pengorbanan sy lgsg xdihargai apabila isteri org tsbt melayan dia dgn sanggup meninggalkan anak2 n suami sendiri.Suami sy mmg kaki penipu n pandai memikat perempuan dgn pujuk rayu.Stlh kecurangan dia n betina sundal 2 sy dpt tau,dia beriya-ia insaf n menyesal…tp sukar utk sy menerima segala perbuatan dia n betina tsbt.Sy benar2 buntu n rasa amat kecewa

    [Balas]

  38. Komen dari don:

    akum pertama dlm web ini.ingin beri pendapat. Ini adalak perjalanan hidup yang akan ditempuhi olih semua umat muhammad. puncanya kerana kebanyakan dari kita tidak mengenal dirikita yang sebenar. Setiap tindak laku kita banyak bersertakan hawa nafsu, tidak dengan keredaannya.(GERAK NYA) maka itu kalau dapat kita harus menenal DIRI sendiri, Kata orang yg tahu MENGENAL DIRI ,MENGENAL ALLAH. cari lah ilmuitu agar segala tindak laku kita dengan izinnya semata-mata.(Dengan keredaan NYA. Ilmu tuhan yangharus kita cari. Ilmu tuhan yang sebenar ada 3 syarat: 1) limpah dari raja. 2 waris nabi2. 3.) Gerak dpd ALLAH. sekian jumpa lagi.

    [Balas]

  39. Komen dari rozieta:

    tktla…dgr citer mcm 2?kecian si suami ek…mntk2la benda mcm 2 dijauhkan terjadi pd kiter eaa..bg isteri2 di luar sana jika ada yg buat mcm ni kat suami bertaubatlah…YA ALLAH KAU TUNJUKKANLAH JLN YG BENAR KEPADA ORANG YANG TELAH LARI DARI LANDASAN YANG BTUL YA ALLAH.jkalau kt tgk…knapa dlm hadis,pmpuan lbh ramai yg msk neraka drpda llaki?…2 lu pkrlar sndiri…

    [Balas]

  40. Komen dari redzyab:

    kalau macam nie….keadaannyer… x kawinlah aku…. :(

    [Balas]

  41. Komen dari aza:

    sy baru 3 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak yg sekrg berusia 2 tahun. masalah sy, suami menduakan saya tanpa sya sedari sejak dua tahun yg lepas. dan saya sering dipukul dan dimaki hamun sepanjang 2 tahun lepas semata-mata suami cuba melindungi apa yg memang di lakukannya. sehingga suami meminta saya dan anak keluar rumah dgn alasan supaya kami berdua dpt tenangkan fikiran. selepas 3 hari saya balik ke rumah mak sya, saya dapat tahu suami telah pergi ke bali bersama teman wanita selama 5 hari. dan saya berjaya mendapatkan semua camera sepanjang mereka berada di sana dengan gambar2 ranjang yg sgt2 menagaibkan. saya cuba telan dan maafkan dia sehingga saya merayu utk pulang. tetapi suami hanya menjawab dia perlukan masa utk buat keputusan. sekarang dah lebih 8 bulan kami tinggal berasingan. tetapi suami masih mendiamkan diri dan menggantung saya tidak bertali. saya membuat keputusan utk membuat permohonan cerai. adakah wajar tindakkan saya untuk buat keputusan ini.

    [Balas]

    koi Reply:

    Allah memberikan hakNya samarata kepada laki2 dan pompuan.jika ada bukti jelas bahawa suami menderhaka kepada Allah maka tdk salah isteri memohon cerai @ tebus talak. apakah manusia boleh redho ngan kemaksiatan yg dilakukan?

    [Balas]

    aza Reply:

    terima kasih atas pandangan yg diberikan. saya telah pun sah bercerai dengan talak satu. saya merasa agak tenang skrg. dengan usia 27 thn ini, saya akn berusaha utk hidup yg lebih baik di masa akan dtg. Saya mohon Allah permudahkan segala perjalanan hidup saya dan anak saya. Saya percaya, Allah ada agendaNya tersendiri dgn mendatangkan dugaan seperti ini. Alhamdulillah.. saya dapat kenal erti redha.
    Pada teman2 di luar sana, sekiranya ada yang senasib dgn saya,
    percayalah Tak semestinya apa yg kita tak suka, Ianya buruk bagi Allah. Dan apa yang kita suka, Baik bagi Allah. Mudah mudahan disebalik dugaan, ada hikmah yg lebih baik dr Nya InsyaAllah.

    [Balas]

    koi Reply:

    Alhamdulillah jk hidup sudah tenang.Smg hidup anda sentiasa dirahmati Allah. Mohonlah pertolongan dgn sabar dan sembahyang.Berdoalah agar Allah memberi ganti yg terbaik. Insya Allah. Shbt di luar ini tdk hanya mnjadi org yg melihat sebaliknya sentiasa mmberi sokongan moral untuk kebaikan hidup di dunia ini.

    [Balas]

  42. Komen dari perempuan murah:

    Nabi pun kata perempuan paling banyak dalam neraka…tapi pompuan tak sedar-sedar lagi…ingat muka cantik sangat …kepada lelaki..jangan jadi bodoh…jgn lembik…jgn bagi ape-ape kat diorang…jgn biar diorang kontrol kita…lebih baik kita seksa diorang drpd diorang seksa kita…perempuan zaman sekarang tak sedar diri..go to hell la..muka dah la buruk…berlakon vcd lucah banyak…bertudung konon…bg alasan memang pro…menipu sudah tentu…

    [Balas]

  43. Komen dari nurul hasnina:

    pada pendapat saya cerita ini adalah satu pengajaran buat kita semua.pada saya,,saya pun ada buat macam ne,,tapi taklah,,sampai memberi darah haid dgn air mani kepada suami.TAPI saya cuma curang yang saya ada bertelefon dengan lelaki lain.Selepas dengar cerita ini..saya betul2 menyesal..saya tak mahu lagi ulangi kesalahan saya.Bagi saya,suami saya seorang yang sangat sempurna,penyanyang.saya menyesal,,,,semoga allah maafkan saya..saya serik..tak mahu macam itu.amin.

    [Balas]

  44. Komen dari linee:

    saya memang telah curang dengan suami saya..akibat panas barannya..dan selalu memukul saya..saya mendekati chatting..
    saya pernah ber**** dengan 3 org lelaki akibat dari ketagihan berchatting..saya telah bertaubat takkan buat lagi perkara2 terkutuk itu..dan telah lama meninggalkan dunia chatting..permasalahannya skang..adakah saya perlu memohon ampun dengan suami sedangkan dia adalah seorang yg panas baran..dan kalau dia dapat tau perkara ini..dia mungkin boleh mencederakan saya..kerana sebelum ini pun dia ada memukul saya jika tak berpuas hati dengan saya..kalau kengkawan sekalian ada idea untuk menyelesaikan masalah berat saya ni..silakan beri pendapat anda…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Pohon ampun dari Allah s.w.t, mintak maaf dari suami. Ada suami yang tidak boleh menerima. Oleh itu, tidak semestinya diceritakan hal sebenar, dikhuatiri memburukkan lagi keadaan.

    Suami juga mungkin pelik bila isteri tiba2 meminta maaf. Cuba cari jalan mengaburi kepelikan itu.

    Sebagai contoh, solat bersama. Selepas selesai berdoa, salam cium tangan minta maaf atas segala kesalahan lalu. Ulangi setiap hari sampai bertahun2. Suami akan nampak keikhlasan hati isterinya.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    linee Reply:

    terima kasih imamkhalid di atas pendapat itu..baru lega hati saya bila membaca nasihat imam..insyallah saya akan terus banyak bertaubat..minta ampun dengan allah dan suami..saya juga berharap hidup kami lebih bahagia selepas ni…amin..

    [Balas]

  45. Komen dari liaman:

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya juga seorang isteri yang curang dahulu. Sangat curang.. sehingga berzina dengan lelaki lain. Saya amat menyesal dan bertaubat. Sangat sangat bertaubat… hanya Allah sahaja yang tahu isi hati ini..dan betapa takutnya saya kepada Allah..

    Buat pengetahuan ustaz saya telah pun bercerai dgn suami dahulu dimana saya pernah berzina dgn lelaki lain sewaktu menjadi isterinya. Sekarang saya sudah berkahwin lain..

    Ustaz, ingin saya bertanya.. Bagaimana harus saya meminta maaf darinya sedangkan saya tidak dapat mencarinya buat masa ini. Bagaimana kalau dia tidak memaafkan saya… Buat masa ini saya cuma banyak berdoa kepada Allah ketika solat dan bertaubat… tetapi setahu saya dosa sesama-sama manusia hanya manusia yang boleh maafkan.. betul kah begitu ustaz..? hati saya sangat resah mengenangkan dosa lampau itu..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Minta pertolongan dengan Allah supaya mempermudahkan urusan. Serahkan hanya pada-Nya. Sekiranya yang terbaik bagi-Nya itu adalah supaya saudari bertemu semula dengan bekas suami saudari, maka Dia akan lakukannya. Jika tidak baik bagi-Nya, tidak akan dipertemukan antara satu sama lain. Yang penting, kita jangan jemu untuk minta pertolongan dari Allah semata2. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  46. Komen dari zuko:

    betol sangat cakap imam

    [Balas]

  47. Komen dari Sue:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ada sedikit permasalahan. Ini berkaitan dgn adik lelaki saya. Adik saya telah berkahwin dgn seorang gadis yg dtg dr keluarga yg senang (tetapi tidaklah berada). Sebelum berkahwin, ibu bapa saya telah memaklumkan pd pihak perempuan…siapa adik saya. Semuanya, tanpa ada rahsia dan mereka menerimanya dgn hati yg terbuka. Pd permulaannya semua nampak baik tetapi sebaik adik melangsungkan perkahwinan, baru kami dpt melihat satu-persatu siapa keluarga si perempuan ini. Yg paling menyedihkn ibu mertua adik saya nie langsung tidak mahu menjenguk ke rumah kami sedangkan sebelum itu dia kerap berkunjung ke rumah. Setelah mereka berkahwin, adik saya dan isteri tinggal bersama keluarga isterinya. Adik saya sering mengajak isterinya berpindah, tetapi isteri enggan dgn alasan kasihankan pada maknya. Bukankah setelah berkahwin, tumpuan harus pada suami dulu? Ini tidak setiap masa, setiap hari hanya melayan kerenah emaknya. Kalau tidak dituruti, dia akan bermasam muka dgn anak dan menantunya. Sepanjang perkahwinan, adik saya byk memendam rasa. Mereka selalu bergaduh dan setelah keluarga saya menasihati mereka boleh berbaik semula. Tetapi pergaduhan seringkali berlaku dan ibu mertua adik saya selalu bersikap seperti menyimbahkan minyak ke api yg sdg membakar. Setelah adik saya dikurniakan cahaya mata perempuan…masalah besar telah berlaku gara2 cemburu buta. Bayangkan, Ustaz…hanya setelah 7 hari kelahiran bayi mereka. Isteri dan ibu mertua telah menghalau adik saya sambil memaki2 dan yg paling saya sedihkan bila mereka kata keluarga kami adalah BANGSAT. Di mana maruah adik saya sbg lelaki dan suami??? Sudahnya mereka tinggal berasingan. Namun begitu adik saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan keperluan terhadap anaknya. Perlahan2 adik saya berusaha memulihkan rumahtangga dan memujuk isterinya agar menjadi ‘isteri’. Kami sekeluarga bersikap…what past is past. Menerima dia kembali dgn harapan dia benar2 insaf. Baru2 nie…mereka telah menyewa rumah dan saya sekeluarga bersangka yg isterinya sudah insaf tetapi ada masalah lain pula yg timbul. Adik saya mengesyaki isterinya ada hubungan sulit dgn lelaki lain…berusia pulak tu. Dan ibu mertua adik saya tahu akan hal ini dan dengarnya…mereka sdg merancang utk berkahwin. Dgn lelaki berusia tersebut…adik ipar saya nie mengaku yg dia belum berkahwin dan anak kecil itu tidak diakui sebagai anaknya. Malah memeberitahu yg anak kecil itu diberi org. Tetapi jika keluarga saya mahu bermain2 dgn sikecil itu, dia kelihatan keberatan utk kami rapat dgn sikecil itu. Adik saya sdg memfailkan permohonan cerai kerana sudah tidak tertahan akan sikap isterinya yg terlalu mahu bermewah2 dan sikap ibu mertuanya yg suka mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

    Ustaz…adakah kami boleh menuntut hak penjagaan anak? Kami tidak mahu akhlak anak itu menjadi tidak baik.

    [Balas]

  48. Komen dari zack:

    adakah saya patut untuk membiarkan isteri saya yang semakin keras daripada menerima ajaran islam yang saya bawakan. sedangkan saya sudah mendidik dengan agama, langsung tidak mahu bersyukur dengan apa yang saya bawakan selama nie. pada mulanya hendak berkahwin ia meminta saya untuk membimbingnya dan tegur jika apa yang tersilap. tapi apabila sudah berumahtangga kelakuannya tidak seperti yang saya impikan. hatinya keras. bila ditegur cara baik dia seolah-olah tidak mendengar apa yang saya sampaikan tidak lama dia buat apa yang dilarang dari apa yang saya samapaikan. saya benar-benar sudah letih untuk mengajar. tapi saya masih bersyukur kerana dia sembahyang cukup 5 waktu. maaf saya katakan dia adalah dari keluarga yang jahil. tapi bila islam yang saya bawakan, saya diberikutukan. tapi itu sya redha kerana rasullullah s.a.w sendiri menerima ujian yang lebih dasyat lagi. saya semakin buntu untuk mendidiknya tapi saya selalu berdo’a agar saya tabah dan diberi jalan dan peluang untuk saya terus mendidik. isteri saya sering bertengkar dan mengamuk bila ditegur. apabila dia susah tidak berduit dia menjadi seperti orang yang tiada pegangan agama untuk bersabar. sebaliknya bila saya sebagai suami sentiasa tenang apabila susah dan sering usaha untuk membantu isteri dikala susah. alhamdulillah usah selama ini berjaya walau terpaksa berhutang dengan rakan. tapi isteri langsung tidak bersyukur. bila saya tenang dikala isteri susah saya di umpat pada pihak mertua saya, keluarga saya dan rakan isteri malah rakan saya sendiri yang mengatakan saya suami tidak bertanggungjwap dan macam-macam lagi. sedangkan semuanya cukup saya beri dan usahakan. akibat dari dia menolak ajaran islam yang saya bawa dia jadi begini, sering tidak tenang. keluarga saya pula bila isteri saya mengaibkan saya mereka hanya diam tidak memberitahu saya dan tiba-tiba saya di perli. sedangkan keluarga saya sendiri susah untuk menerima islam yang sebenar. sampaikan cita-cita saya untuk menghantar anak ke pandidikan islam pun sering isteri tunjuk murung. kadang-kadang terpikir untuk berkahwin lain tapi apa daya saya. saya rasa belum yakin dan takutkan azab dari allah. nak dicerita memang panjang sangat. cukuplah ini saja persoalan saya.

    [Balas]

  49. Komen dari nora:

    semekum… sya seorg isteri mohon die berikan petunjuk suami says tiap bulan ke indonesia untuk berehat tanpa tujuan tapi dirumah keperluan rumah tdk penah diabaikan. tapi saya merasakan suami saya curang

    [Balas]

  50. Komen dari miela:

    Salam… kepada semua pembaca.

    This my first time saya layari laman web ini. Banyak perkara buruk berlaku dalam kehidupan rumahtangga ni, takut juga saya membacanya. Saya ada seorang kawan yang menghadapi masalah akibat kecurangannya. Kehidupannya memang kurang mendapat perhatian suami dan dia terpaksa menanggung segala hal sendiri, rumah, anak2 dan sebagainya.

    Bila dia menceritakan masalahnya saya pun tak tahu nak komen apa melainkan mintanya bersabar dan berserah kepada Allah. Mengadulah denganNya.

    Masalahnya menjadi ringan sejak dia mengenali seorang lelaki (si A).
    Si A ni selalu memberi perhatian kepadanya sehingga dia telah berlaku curang pada suaminya. dia pernah meniduri lelaki itu walau pun tidak sampai ketahap “berzina”. tetapi telah mendekati zina.

    kini dia mula sedar dan takut akan pembalasan Allah. bila dia menceritakan masalah kepada saya dan meminta nasihat saya bagaimana harus dia bertaubat dan mohon ampun pada suaminya, saya sendiri tak tahu apa yang perlu saya komen. saya takut percakapan saya mengguris atau merungsingkan hatinya.

    Pada pendapat ustaz, apa perlu saya katakan padanya atau bagaimana harus saya nasihat dan membimbingnya ke jalan yang benar. Si A tadi seorang yang agak baik cuma nafsu telah menguasai hubungan mereka.

    Apakah hukum seorang isteri curang. adakah perbuatannya meniduri lelaki itu dianggap berzina sedangkan mereka tidak melakukan “ketahap zina”? bagaimana caranya untuk dia bertaubat?

    Apakah dosa begini terlalu berat. minta pandangan ustaz.

    -sahabat yang ingin membantu sahabatnya-
    miela

    [Balas]

  51. Komen dari mia:

    Assalamualaikum…

    Alhamdulillah..akhirnya saya trjumpa laman web yang rasanya boleh menyelesaikan masalah yang membelenggu diri saya. Untuk pengetahuan Ustaz, saya isteri kepada 3 orang anak..saya pernah curang dengan suami saya hingga ke tahap zina dengan seorang lelaki bujang. Hubungan saya akhirnya telah diketahui oleh suami saya dan suami saya telah memukul bekas teman lelaki saya dengan teruk sekali di pejabat tempat saya berkerja. Akibatnya hilang penghormatan di tempat kerja dan saya redha jika ini balasan Allah terhadap saya. Saya dengan rela hati berhenti kerja dan menjadi surirumah bagi menaruh kepercayaan suami terhadap saya kembali.

    Suami saya seorang yang panas baran. Saya juga selalu dipukul olehnya. Saya tidak tahu kenapa saya sanggup berlaku curang dengan suami saya padahal saya seorang isteri yang sukup setia selama 11 tahun kami berkahwin. Mungkin kerana saya berdendam dengannya kerana sikap suami saya yang juga suka berfoya-foya. pernah satu ketika terkantoi dengan saya dalam handicam berpeluk dengan perempuan, kawan2nya pernah beritahu saya dia pernah bersekedudukan dengan perempuan asing selama saya 2 bulan berpantang di kampung. Suami saya juga seorang yang moody. Cepat naik angin dan suka mengutuk saya dan keluarga saya.

    Ustaz, saya tahu saya sebenarnya membalas dendam dan kerana dendam itu juga membawa keburukan untuk saya. Walaupun suami tahu saya telah curang tapi dia masih menerima saya kerana baru sekarang dia mengaku dia terlalu sayangkan saya. Saya telah pun memohon ampun dan maaf dari suami saya atas kecurangan saya, masalah disini Ustaz saya takut untuk memberitahu yang saya pernah berzina dengan bekas teman lelaki saya walau suami saya pernah bertanyakan tentang itu, tapi saya tidak mengaku. Saya takut kerana suami pernah berkata kalau saya sampai ke tahap itu salah seorang dari kami akan trbunuh. saya tahu suami saya sanggup melakukan itu semua berdasarkan latarbelakang beliau yang pernah dipenjarakan beberapa kali kerana bergaduh. Dan saya juga tahu jika saya mengaku saya akan diceraikan.

    Ustaz, apa yang saya mampu lakukan sekarang saya benar-benar bertaubat atas kelakuan zina saya dulu. Saya betul-betul menyesal. Setiap kali selepas sembahyang saya akan memohon ampun dari Allah SWT atas dosa2 saya dan dosa saya yang terpaksa menipu suami saya sehingg sekarang. Saya juga selalu membuat sembahyang taubat dan setiap kali berdoa memohon keampunanNya saya akan menagis trsedu-sedu. Saya betul2 menyesal dan bertaubat Ustaz. Semoga Allah menerima taubat saya Ustaz.

    Apa yang membelenggu diri saya sekarang perlukah saya memberitahu hal yang sebenarnya kepada suami saya sedangkan saya tahu akibatnya nanti. Saya semakin serba salah dan semakin bersalah kerana suami saya semakin menunjukkan kasihsayangnya kepada saya.Tolonglah selesaikan masalah saya ini Ustaz. Terima kasih.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Buatlah yang terbaik. Jangan cari masalah, jangan cari nahas. Yang penting kita benar2 ikhlas, insaf, menyesal dan bertaubat dari kesalahan dulu.

    Lupakan segala detik2 hitam, sentiasa beringat dan berhati2 dalam kehidupan hadapan. Perjalanan masih jauh, dan ia lebih penting dari sejarah.

    Jelinglah ke belakang sekali sekala, sebagai peringatan buat diri sendiri.

    Harap terjawab soalan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  52. Komen dari Mawar Berduri:

    salam..
    mohon mencelah serba sedikit…
    apa2 pun yg terjadi diantara kita, sudah sepastinya bukan kehendak dan kemahuan kita melainkan ianya telah tertulis sejak azali lg…
    jadi kita tidak boleh salahkan sesiapa pun dia kerana Allah menguji hambanya dgn af’ngalNya sendiri….
    maka seharusnya, yg tinggal ambil iktibar dan jadikan panduan …
    bukan pula sy memihak pada si isteri tetapi itulah jalan kehidupan yg harus dijalaninya…
    mohon ampun dan maaf diatas komentar2 yg sy luahkan…
    moga arwah si isteri mendapat rahmat dr Allah subhanawata’ngala…

    [Balas]

  53. Komen dari unfaithful:

    Assalamualaikum..

    Syukur ke hadrat Illahi kerana sentiasa memberikan saya pentunjuk untuk terus mengabdikan diri kepadaNya..
    Imam, saya sekarang sedang menghadapi ujian Allah swt yang betul2 membuktikan betapa ADIL nya Dia.. Suami saya seorang lelaki yang bertanggungjawab, baik dengan semua ahli keluarga saya, sayang pada anak dan bagi saya dialah anugerah Allah swt paling terbaik buat saya di muka dunia ini. Suami saya memegang jawatan tinggi dan bergaji besar. Saya bersyukur kepayahan dan kesusahan yang pernah kami lalui bersama-sama akhirnya diberikan kesenangan oleh Allah. Pengorbanan saya sblm kahwin sehingga menjual emas semata-mata agar suami dapat menghabiskan pelajarannya di Universiti, menjaga ibunya yang pernah berbulan-bulan sakit di hospital menjadi penguat hubungan kami sehinggalah berkahwin. Selepas setahun berkahwin kami dikurniakan seorang anak, tetapi 4 hari selepas saya bersalin suami terpaksa mengikuti kursus selama berbulan-bulan. selepas habis kursus, suami terpaksa bekerja di ibu kota. Kami terpaksa menjalin hubungan jarak jauh hanya dgn sms atau skali skala suami akan pulang menjenguk kami. Tetapi suami tidak pernah lupa tanggungjawabnya pada sya dan anak. Pekerjaan sy juga kadang kala memaksa saya untuk outstation ke sana sini. Disitulah episod saya sebagai seorang isteri yang curang. Mungkin kerana kesepian, saya tlh bkenalan dgn seorang lelaki yang mempunyai isteri dan 4 orang anak. Mulanya hanya bermain-main sms tetapi lama kelamaan timbul pula perasaan yang kuat ingin bermesra. Akhirnya kami berjumpa dan sepanjang setahun saya menjalin hubungan terkutuk itu, saya telah melakukan zina 3-4 kali. Sbnrnya sy acapkali ingin memutuskan hubungan itu, tetapi sy tidak dapat mengawal perasaan rindu dan terasa kehilangan bila tidak mendapat sms darinya.. Dia pun tidak pernahmau melepaskan saya. Walaupun begitu, cinta dan sayang saya pada suami tidak pernah hilang. Sya mgambil kptsn untuk ikut pindah tempat suami. Perasaan pada lelaki itu saya simpan dan saya cuba mengubah keadaan. Saya sayangkan suami saya dan akhirnya saya disahkan mengandung anak ke-2.. suami bersyukur. Saya semat dalam hati saya, mungkin inilah cara terbaik utk sy putuskan hubungan dengan lelaki itu. Saya ingin bertaubat, tetapi walaupun dalam keadaan mengandung dan perut semakin membesar, lelaki itu masih lagi mahu meyayangi saya. mengambil berat ttg saya dan sering menolong jika saya perlu. Hinggalah kandungan saya berusia 7 bulan.. suami berkelakuan pelik. seolah ada sesuatu yang disembunyikan olehnya. Rupanya suami dalam diam ada perempuan lain yang baru 1-2 bulan dikenalinya… suami terlalu sukakan perempuan itu.. dan berterus terang pada saya apa yg dilakukannya adalah salah, dan dia masih sedar bahawa perasaan sayang dan cintanya yang sebenar adalah pada saya dan anak-anak. Dalam keadaan mengandung.. saya terus teringat betapa adilnya Allah swt.. Sekarang suami telah menasihatkan sy balik ke kampung kerana dia mengakui padabila bermulanya maghrib hingga ke malam, suami benci melihat muka saya. tiada perasaan dan yang hanya ada kasihan pada saya. Suami sendiri bertanya pada org2 yg pandai bahawa suami telah diguna-guna dgn diberikan makanan kotor spt ‘misai babi’ dan ‘abu mayat’ oleh perempuan yang baru dijumpanya itu. Tetapi mungkin atas dasar cintanya pada saya dan anak-anak, masih ada 1 titik putih dalam hatinya untuk saya. Ya Allah.. saya tahu inilah balasanMu pada ku.. Suami sendiri menyuruh saya agar carikan bomoh2 atau dukun2 yang boleh menyembuhkan perasaannya. Saya ke sana ke mari mencari org pandai.. Saya kini telah bertaubat dalam menunggu saat-saat kelahiran.. Saya mendekatkan diri pada Allah mohon diampunkan, saya memohon ampun pada suami dengan mencium kakinya, tetapi tidak mampu untuk berterus terang dgn apa yg telah sya lakukan.. Suami berkata pada saya apapun dosa yang pernah sya lakukan padanya dia ampunkan dunia dan akhirat.. Suami minta saya bersabar dan memohon sedikit masa untuk berubat sementara perasaan bencinya pada saya masih ada. Sy tiada pilihan selain bersabar dan terus memohon keampunan dari Allah swt dan mendoakan kesihatan suami saya.. Imam, adakah perlu saya berterus terang pada suami? saya tertalu takut kehilangannya…

    [Balas]

  54. Komen dari yurinda:

    ass….kum….imam khalid…..aq adlh salah satuwanita curang didunia ni….suamiku orngnya kasar orng tua dia gak pernh hormat.sebernarnya aq sayang ma dia…..tpi…akhir akhir ni,kmi kerap bertengkar wktu dia pulng ktempat ibunya…aq dngan klwrgaku aq minta dia bisa berpikir dsnaslma kmi menjlni rt 9 thn kau pikirlh …..dia sllu blang aku cari lelaki yg berduit ganti uang nya kdang dia maki aku didpn ankku dia kata aku pelacur wnta anjing.aku jdi sedih depresi n steres..aku smpai minum mkn obt terlrng pdhl aku smbhyn nsllu berdoa.agar dia berubah…tpi apa dia sllu begitu kdng dia mrh sllu mukul aku kdng menyulut ku dngn api rokok,didpn ankku,smpai aq ktmu dgn orng malaysia,aku jujur aku berjina dgn dia,krna skit htiku,kdng aku dbli lelaki hidung belng krn wktu itu aku lgi kepet hutang,dan bayar sewa rumh,juga mkn anak ku,dia ga da kerja,aku sllu bersbar aku gak mau buat dia terkokong,imam aku tau apa yg aku lakukkn berdosa besar.tpi ini bukn kehendak ku,krna ekonomi aku gak mau ank ku sengsara kdng aku sllu ngajak dia pisah,tpi dia gak mau,imam tlong akujngn biarkn aku putus as krna tuhan gak mau orng orng putus asa…..ku tunggu nasehat mu

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...