Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Bahaya Makan Ikan Keli

4 October 2007 oleh ImamKhalid

Sekadar menyampaikan pesanan, sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Begini kisahnya:

Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor. Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli, haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

Ikan keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung, ikan pari, ikan duri, sembilang dan sebagainya. Orang perempuan yang sedang berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini. Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan cempedak, insya-Allah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia juga memang tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah tamat tingkatan lima, dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur. Berpisahlah anak ketiga ini dan terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk disapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

Pada 3 Ogos saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar Namun yang peliknya ialah ruam ini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau. Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

Setelah mengetahui kedudukan perkara sebenar, kami merancang untuk menghantar anak saya ini untuk mandi ubat di rumah isteri arwah guru saya pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempoh menunggu mandi ubat ini, ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali. Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah guru untuk mandi ubat lagi.

Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan daun-daun.

Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan untuk berbincang tentang projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat ke atas keli ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yang dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

Saya tak jadi ternak keli…. kat kedai pun tak lalu nak makan. Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan… beli ikan pula ada unsur pengawet mayat..

Tapi ada hujah dari sahabat yang mengatakan umat islam makan babi haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum… kira halal lah. Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke kawan2…

Tu belum lagi cerita pasal ayam KFC haram… isk tak reti lah…

Oleh itu, elakkanlah makan ayam secara kerap.

Sekian untuk kali ini, wassalam.

Begitulah ceritanya. Panjang jer bebelannya.. Kalau rasa betul, lepas ni takyahlah makan keli ngan ayam. Kalau rasa mengarut, makan jer lah dua-dua. Tapi kalau tak pasti, lebih baik tinggal. Abis tu nak makan apa??? Tepuk dada tanya iman…

Wallhu a’lam.

 

66 komen

  1. Komen dari inah:

    hmm..mari kita jadi vegetarian =)

    [Balas]

    ummutaufiq Reply:

    boleh nak mkn ayam,skrg kan dah ada ayam organik.bila lagi nal bantu perniagaan umat islam yg lain.

    [Balas]

  2. Komen dari inna:

    a’ah…makan sayur je la..huhu..

    [Balas]

    zainol Reply:

    skrg dah ada ternakan secara organik x perlu risau cuma pastikan produk yang di beli adalah dari ladang org islam sya sendiri pun guna kaedah organik untuk ternakan

    [Balas]

    jas Reply:

    Betul tu tapi harganya mengalahkan harga was-was.Nak bantu orang islam ke atau nak menekan .Produknya ada tapi kita tak mampu sebab mahal.Ingatlah segala yg baik kita lakukan akan dibalas baik mahupun didunia ataupun diakhirat.

    [Balas]

  3. Komen dari kucai:

    ui.. camtu skali.. tak tau plak camtu skali bahayanye.. dna babi? ui..
    bahayanya daging daging skang

    [Balas]

  4. Komen dari esarli:

    sayur pong da x slamat ler.. sume nyer d racun.. huhuuu… per yg ley d mkn lagik neh.. ermm

    [Balas]

  5. Komen dari jambu:

    Sayur pun dah kene racun siput, kalau cacing gelang pun mampus, lagi la bakteria baik untuk kesihatan dlm perut kita. Last2 bebanyak le puasa, kurangkan makan.

    [Balas]

  6. Komen dari ain:

    bela ayam sendiri. ayam kampung.tanam sayur sendiri. barulah yakin benda tu halal. kalau beli kat luar, belum tentu bersih..

    [Balas]

  7. Komen dari orang baru dlm pancing memancing....:

    apahal nie kecoh2

    [Balas]

  8. Komen dari aki:

    minum air jeee…

    [Balas]

  9. Komen dari linda:

    ermm.. cane la nak hidup lama camni, klu dh sume makanan x elok..bg yg d kampung..boleh la bercucuk tanam, bela sendri tp yg d bandar besar bagaimana..serai, daun pandan pon kena beli!!!

    [Balas]

  10. Komen dari hamlud safiai:

    kini usaha telah ada ternak keli organik secara biotek dan makanan halal. muslim ambille tanggungjawab hasilkan makanan halal. jangan mengeluh je.

    [Balas]

    jas Reply:

    Harap2 harganya tak melampau.Kalu nak buat ingatlah pada yg kurang kemampuan juga.Kita ni bukannya semua kaya.

    [Balas]

  11. Komen dari mad:

    makan ikan lain laa

    [Balas]

  12. Komen dari Budak Ganu:

    aku tangkap keli kayu….tangkap kat paya.tak penah pulak aku dengar keli kerat yg selaind ari bise tu..ikan keli ni..kalau kau kerat skit je kat batang sengat dia kat sirip tepi tu..asal kuar darah je..bise dia dah kuar skali ngan darah tu..kalau ko nak bela ikan yg dah kena kerat sengat tak idup lama laa..idaup kejap je.
    aku slalu makan keli..tak jadi plak macam tu..alergi kot ko ni.
    tapi..kalau ko tangkap2 keli ni..ko tok sah makan arr keli bukit…pasal keli tu makan bangkai.keli tu mcm ada tanduk kat kpala dia.

    ok arr.ape2 hal mail aku da.

    [Balas]

  13. Komen dari Haffiz:

    saya bela ikan keli sendiri….ikan keli saya makan ikan laut yang kecil dan direbus untuk dibuat makanannya….alhamdulillah halal…saya memang peminat makan ikan keli….

    [Balas]

    pengeli Reply:

    yela… hidup halal….

    [Balas]

  14. Komen dari ain:

    saya juga membela ikan keli lebih 10 tahun. tapi tak lak jadi macamtu. dan sekarang masih mengusahakan secara organik. mungin anak cik ni elegi kot…

    [Balas]

  15. Komen dari fifi:

    huhuhuhuhuhu……. ape nk mkn klu daging x ley nk mkn????? klu mkn syur je…bkn ley caye da skang nie….mne thu pakai bja babi ke….kite mne thu… owg yg jual sume kte slamat…x de bhan yg x halal…pdhal dowg bkn thu ape bahan yg uat palet n baja…..hahahaha….tul x?????

    ImamKhalid: Betul, sebab itu kita mesti berhati2 bila memilih makanan. :)

    [Balas]

  16. Komen dari azie:

    klau rajin bela ayam sndiri, tnam sayur sndri,lgi trjamin halal kan…ada org yg saya kenal hidap satu penyakit, memang xboleh mkn ikan berbisa trmasuk ikan keli sbb scara perubatan traditional, ia x elok utk org yg menghidp bbrp jnis penyakit, bkn sakit sendi dn gout je. tp klau xde msalah oklah tu klau nk makan

    ImamKhalid: Bukan senang nak buat sendiri semua. Sebab tu kita hidup ni perlu bermasyarakat dan bersosial. :)

    [Balas]

  17. Komen dari AgroHikmah:

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

    Kami dari AgroHikmah adalah sekumpulan usahawan tani yg komited dalam industri asas tani yg Halal dan bermutu. Antara lain, matlamat kami adalah mewujudkan rangkaian pengeluaran hasil & produk berasaskan pertanian & penternakan yg Halal bagi memenuhi permintaan & tanggungjawab terhadap masyarakat terutamanya yg beragama Islam. Inspirasi ini wujud memandangkan industri yg semakin mendapat perhatian ini mengalami masalah dari segi rangkaian pengeluaran yg tidak menyeluruh, menyebabkan kebergantungan kepada sumber2 yg diragui status Halalnya. Ramai pengusaha juga mengalami masalah dalam mendapatkn sumber bekalan dan memperolehi pasaran.

    Dengan kata lain, hasrat kami ialah melengkapkan rantaian pengeluaran hasil tani & ternakan yg terdiri dari pihak pengeluar, pemborong, pengedar, pembekal peralatan dan penjual supaya setiap pihak dapat bekerjasama dlm memajukan industri tani Halal ini. Dengan ini, kita akan dapat mengesan apakah kelemahan rangkaian industri kita contohnya terlalu ramai pembekal dan tiada penjual menyebabkan produk dan hasil tani / ternak kita gagal sampai kepada pengguna. Melalui cara ini, semua pihak akan sama2 dapat mengaut keuntungan dalam bidang masing2.

    Buat masa ini, AgroHikmah adalah..
    1. Pengeluar hasil akuakultur Halal ikan keli, anak benih dan induk keli
    2. Pengedar pallet makanan ikan & udang yg Halal buatan bumiputera Islam
    3. Pembekal peralatan akuakultur spt set kanvas & rangka kolam

    AgroHikmah sedia bekerjasama atau berbincang dengan mana2 pihak dalam memajukan industri tani Halal & bermutu. Sekiranya anda berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut, hubungi kami atau layari laman web kami. Semoga usaha kita mendapat keberkatan selain memberi pulangan yg menguntungkan.

    AgroHikmah
    http://www.agrohikmah.com
    012-2925844, 012-3404850, 012-3249466

    [Balas]

    faiza Reply:

    saya nak tanya….utk membela ikan keli sebanyak 1 tan, brp kg pallet yg di perlukan utk penuaian ikan tersebut.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Kalau nak tanya, gi kat http://www.agrohikmah.com dan tanya di situ. Soleh.Net tiada kena mengena dengan komen di atas itu.

    ;)

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam warga AgroHikmah, komen di sini mungkin tidak ramai yang membaca.

    Cuba lihat iklan SensaOil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak jualan. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    mohd sharif Reply:

    Tahniah Agro-Hikmah kerana mencuba dan telah menjalankan rangkaian makanan halal. Kalau nak dikira, kebanyakan makanan yang kita makanan pun bukannya 100% diyakini halal dan sebagai umat islam yang berwawasan, (jangan asyik cakap aje) perlu mengubah secara bersama prospek industri makanan yang dimonopoli oleh bangsa asing. Walaupun saya seorang jurutera, saya sedang mengusahakan ternakan ikan keli. Buat permulaan saya menternak 30K. Nak dikatakan ikan saya halal pun susah jugak kerana makanan yang saya diberikan daripada pekilang bangsa asing……Oleh itu kita mesti bersatu dalam mereliasasikan impian kita itu.

    [Balas]

  18. Komen dari farid:

    mkn ler ayam organik yg famous skrg ni..
    org islam pun dh bina fried chicken sendiri..
    RADIX FRIED CHICKEN (RFC) kat kedah..
    harga pun murah..
    mai ramai2 join HPA

    [Balas]

    fiezry Reply:

    kedah kt ne?

    [Balas]

  19. Komen dari Dr.Iskandar:

    Salam,
    Sekarang..untuk memastikan ikan keli diberikan makanan halal..sila lah gunakan CF-PRO..produk buatan muslim ,,mendapat pengiktirafan PPIM dan anda boleh datang tgk sendiri bahan mentah yang kami guna..HUbungi saya 019.3192899 atau lawat laman web http://www.fqfeedmill.com

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam Dr Iskandar, komen di sini mungkin tidak ramai yang membaca.

    Cuba lihat iklan SensaOil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak jualan. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  20. Komen dari nazirah binti abd hadi:

    kami byk mkn aym daging.ayam kampong kami wat jual ja.
    tp pasni nak blaja mkn aym kmpong lak la..

    [Balas]

  21. Komen dari abubakar suradi:

    Kalau ikut cerita, ada betulnya. Sumber halal tidak boleh diabai. Seeloknya berwaspada dalam memilih,makan berpada sekali pun halal. Sesekali tu kena makan fiber, atau misai kucing untuk buang toksid dalam badan. Amalkan secara konsisten. Kepada bakal penternak ikan keli jangan patah semangat, Agro hikmah sudah berikan jalan penyelesaian.

    [Balas]

  22. Komen dari fiezry:

    saye juga bela ikan keli n peminat mkn ikan keli,sume keli dh mkn…alhamdulillah xde pape..tp yang pling sedap ikan keli lembat..tp saye bela keli afrika..saye nk jdkan rase ikan keli afrika saye rase same cam keli lembat..saye ade carenyer..saya baru mencuba..doakan kejayaan saye…amiinn..

    [Balas]

  23. Komen dari ayile:

    As’kum… Saya nasihatkan kepada peniaga muslim agar membeli ikan keli daripada sumber yang boleh dipercayai. Terutamanya daripada segi pemakanan ikan tersebut. Mungkin ikan keli boleh makan bangkai ikan keli lain yang telah mati sebab itu lumrah kehidupan ikan. Setakat ini ramai penternak ikan keli muslim di Malaysia. Kami baru menubuhkan Persatuan Penternak Bumiputera Malaysia untuk memantau perkembangan penternakan ikan keli untuk mendapatkan pengiktirafan HALAL daripada jabatan tertentu. Apa yang penting di sini ialah makanan. Biarlah beli di pasar mahal sedikit, tetapi diyakini halal. Sebab ikan keli yang halal hanya makan makanan yang halal. Maknanya pallet organik yang halal, roti dan macam-macam makanan lagi yang direbus sebelum diberi makan kepada ikan. InsyaAllah, keli itu halal. Cuma manusia yang menjadikannya tidak halal dan membawa penyakit kepada manusia. Wallahu’a'lam…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Nak tanya, salahkah ikan keli memakan bangkai ikan keli yang lain? Haramkah hukum memakan ikan keli yang makan bangkai? Bagaimana dengan ikan2 di laut seperti ikan kembung, selar kuning, dan tenggiri? Adakah dapat dipastikan ikan-ikan itu tidak makan bangkai? Bagaimana pula dengan ayam kampung yang makan cacing?

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  24. Komen dari ayile:

    Confirm tak salah. Itu lumrah ikan. Tapi yang salahnya ialah penternak yang pastinya bukan islam yang beri makan bangkai/buangan binatang yang haram. Mungkin dari situ punca penyakit kepada ikan dan seterusnya kepada pemakan ikan. Saya harap Persatuan Penternak Ikan Bumiputera Malaysia yang baru ditubuhkan dapat memantau kejadian ini di masa hadapan, insyaAllah.

    [Balas]

  25. Komen dari Lt Kol (B) Hj Kamaruzaman A Latiff:

    apasala lak xleh mkn kli? jgn mengarutle. manusia camtule, kalau dah mkn xingat dunia. aku mmg xmkn keli tapi xprnh suruh org lain xmkn. senang je korang ikut cam aku, bela sendiri ikan keli bagi makan keladi bunting ngan kangkong. 3 bulan pasti sodap punya. xyah bg mkn perut ayam ke pelet ke apabendeke. selamat mencuba

    [Balas]

  26. Komen dari Keliemas:

    Untuk makluman semua
    KELIEMAS ENTERPRISE (MA0125232-X)
    akan mengadakan Kursus Pembenihan Ikan Keli

    Tempat (ceramah) : Balairaya Kg. Umbai, Melaka
    (hatchery) : J7762 Kg. Umbai, Melaka

    Hari : Jumaat – Ahad

    Tarikh: 23 – 25.01.2009

    Yuran Kursus : RM 500.00 ( termasuk penginapan)

    Kandungan kursus:

    1. Keli Organik Omega 3 & Pemilihan induk

    2. Praktikal – inject induk (semua peserta)

    3. Praktikal – Proses pembenihan (semua peserta)

    4. Pengurusan makanan & air

    5. Proses penetasan di tapak Hatchery

    6. Subsidi Kerajaan RM0.57

    7. Koop U-Kli

    8. Asuhan Benih

    9. EM

    10. Sesi Soal jawab

    TEMPAHAN AWAL SANGAT DIALU-ALUKAN

    BAYARAN PENDAHULUAN RM250.00 DIKENAKAN UNTUK TEMPAHAN DAN BAYARAN SEPENUHNYA HENDAKLAH DIBUAT PADA HARI KURSUS.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
    En. Farid : 017-6091009
    Pn. Aini : 014-6669727

    Sila layari : http://keliemas.blogspot.com

    Entri terkini blog Keliemas.. Kursus Pembenihan Ikan Keli

    [Balas]

  27. Komen dari Keliemas:

    KELIEMAS ENTERPRISE kini menawarkan pakej2 menarik Untuk Pembenihan
    Ikan Keli & Puyu:

    A. Set Pembenihan Ikan Puyu – RM 130.00 Sahaja

    1. Hormon Overprim – 1
    2. Jarum Suntikan – 2
    3. Nota Pembenihan Puyu- 1
    4. Kos Penghantaran- RM 5.00

    B. Set Pembenihan Ikan Keli – RM 150.00 Sahaja

    1. Hormon Overprim – 1
    2. Jarum Suntikan – 2
    3. Gunting pembedahan- 1
    4. Bulu Ayam – 2
    5. Kain Kasa – 1
    6. Nota Pembenihan Keli – 1
    7. Kos Penghantaran- RM 5.00

    C. Atas permintaan (side order) + RM5.00 kos penghantaran

    1. PH Test – RM 30.00+ RM 5.00
    2. Ammonia test – RM 40.00+ RM 5.00

    D. Induk Keli

    1. 1 kg – RM 10.00

    E. Induk Puyu – Sedia untuk dibuat pembenihan

    1. Sepasang (betina & jantan) – RM 10.00

    F. EM – EMAS (mikro organisma)

    1. 1 liter – RM 10.00

    G. Kanvas

    1. Harga akan di update secepat mungkin

    Harga boleh dirunding sekiranya tempahan banyak. Penghantaran Dalam Tempoh 3 Hari Selepas Tempahan Dibuat

    Untuk keterangan lanjut & tempahan
    Sila Hubungi:

    En. Farid : 017-6091009

    Pn. Aini : 014-6669727

    Entri terkini blog Keliemas.. Kursus Pembenihan Ikan Keli

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam saudara Keliemas, komen di sini mungkin tidak ramai yang membaca.

    Cuba lihat iklan SensaOil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak jualan. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  28. Komen dari am:

    Bayanz Agrofarm
    benih keli:
    special offer this new year….
    1.5 inch 3.1 sen
    2.0 inch 4.2 sen
    2.5 inch 5.4 sen
    3.0 inch 8.2 sen
    4.0 inch 12.1 sen
    ( harga boleh runding)
    * minimum order 20k je….
    penghantran bergantung kpd jarak, 50km pertama free…
    berminat kol
    013-6963467 (amka)
    013-6902269 (izham)
    tempat kita orang kat tanjung malim perak, n sape2 yg berminat nak jual keli matang dlm 5-6 ekor sekilo boleh bawa bincang, kita akan tolong beli n jual

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam saudara am, komen di sini mungkin tidak ramai yang membaca.

    Cuba lihat iklan SensaOil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak jualan. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  29. Komen dari Izhar:

    KELIBASE RESOURCES akan menganjurkan kursus pembenihan & penternakan ikan keli pada 1hb Februari 2009 (Ahad) bertempat di SRI MALAYSIA Ipoh PERAK.
    Kursus selama satu hari itu nanti akan mengupas :

    1. proses pembenihan aruhan secara praktikal
    2. penyediaan artemia (makanan benih)
    3. asuhan benih dan ternakan
    4. penjagaan ternakan
    5. Insentif Jualan Ternakan dari Perikanan
    6. pembuatan pallet & EM
    7. kemudahan SIRIM
    8. kemudahan pinjaman dari bank tempatan
    9. pengenalan kepada pertubuhan penternak ikan air tawar yang akan disampaikan oleh pengerusi pertubuhan itu sendiri. Keahlian di dalam pertubuhan akan mendapat beberapa faedah dan tanah untuk diusahakan bagi penternakan ikan keli.

    Sila hubungi saudara Izhar di talian 019-2495996 untuk tempahan tempat duduk. Tempat adalah terhad dan yuran kursus adalah sebanyak RM500.00 seorang. Bagi tempahan awal (10 kerusi), yuran akan di kenakan RM450.00 dimana potongan RM50.00 diberi. Sarapan pagi, makan tengahari & petang di sediakan. Modul dan cenderahati akan diberi. Tenaga pengajar dari Jabatan Perikanan, Penternak Berjaya, SIRIM dan Pegawai Bank akan memimpin sepanjang kursus tersebut.

    Laman Web : http://www.kelibase.com
    Email : admin@kelibase.com

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam saudara izhar, komen di sini mungkin tidak ramai yang membaca.

    Cuba lihat iklan SensaOil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak jualan. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  30. Komen dari Khir Zamri:

    Syarikat kami (ROTOCRAFT TECH) adalah pembekal bagi sistem tangki ternakan ikan especially ikan keli. Sistem tangki kami adalah berasaskan Recirculating Aquaculture System (RAS) yang mudah. Tangki kami adalah dari jenis polyethylene yang sangat berkualiti tinggi.

    Jika berminat, sila hubungi kami 03-7845 2405 / 2415 / 5533 atau emailkan pada kami di sales@icage.com.my. Jika inginkan keterangan lanjut tentang sistem kami, sila layari http://www.icage.com.my

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salam, saudara komen di sini mungkin kurang yang membaca.

    Cuba lihat iklan SensaOil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak jualan. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  31. Komen dari halim:

    menjual ikan keli
    untuk kenduri perniagaan dan lain2
    ikan diberi makan ikan baja.halal 100%
    rm 4.00 1kg (hidup)
    0192677599

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Cuba lihat iklan sensaoil yang sedang dipaparkan di blog ini. Menurut pengiklan, jualannya cukup memberansangkan dan tak perlu mengiklan di tempat lain yang jauh lebih mahal harganya.

    Tak salah jika saudara juga cuba mengiklan, insya-Allah banyak sales. Layari http://soleh.net/pengiklanan/ untuk keterangan lanjut, terima kasih.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  32. Komen dari JawaJohor:

    Saudara penulis,

    Saya amat tertarik terhadap fakta-fakta yang saudara penulis hebahkan disini.

    1) Tentang makan ikan keli tengahari dan malam, berturut-turut.
    Kalau ikut pengetahuan saya, kalau kita makan berlebihan memang memudaratkan. Jadi, tak hairanlah kalau ada masalah yang timbul bila dah jadikan keli hidangan rutin, tambahanpula kita tahu ianya bukan keli asli yang kita pancing, “rogoh” kat parit di kampung. Contohnya, kalau tuan makan durian berterusan dan berlebihan, takpayah ceritala akibatnya.

    2) Daging ayam/keli mengandungi DNA Khinzir.
    Sudah menjadi tanggungjawab saudara sekiranya terbukti seperti yang saudara nyatakan diatas, untuk memberitahu pihak berwajib menggunakan fakta dan penemuan tersebut.

    Saya penggemar ikan keli sejak dari kecik lagi tapi tak sampai makan tiap-tiap hari. cukup sekadar sekali seminggu atau dalam dua minggu.

    Ketengahkan fakta yang tuan ada untuk kepentingan semua.

    JJ (JawaJohor)

    [Balas]

  33. Komen dari azlina:

    hai,
    saya nak tau saper bole supply bibit keli ke miri,sarawak.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Cuba call nombor2 yang tertera pada “komen2 iklan” di atas, terima kasih. ;)

    [Balas]

  34. Komen dari taro jb:

    makan burger

    [Balas]

  35. Komen dari zaki:

    sapa ada jual makanan keli organik..kawe nak beli call kawe
    0127658752

    [Balas]

  36. Komen dari intan:

    salam…
    firman allah ‘makanlah bagimu apa yang halal bagimu dan jangan pula mengharamkan yang halal kerana sesungguhnya ia baik bagimu…….

    ikan keli tu halal,
    cuma menjadi masalah cara pemakanan ikan keli yang orang cina brla kebanyakannya bagi lemak babi…..
    kita yang islam yang jadi peniaga janganlah beli n dapatkan bekalan ikan keli dari dorang…
    sokonglah penternak islam……
    dijamin halal…….
    tau kan dalam babi tu ada kuman bahaya yang tak kan mati walau dimasak……

    jangan salahkan keli…..
    wassalam

    [Balas]

    zuko Reply:

    macam nilah kakak kita

    [Balas]

  37. Komen dari Keliemas Enterprise:

    Kursus Penternakan Dan pembenihan Ikan Keli

    Tempat (ceramah) : Balairaya Kg. Paya Dalam, Melaka

    Tempat pembenihan: Tapak pembenihan Kg Bukit Durian

    Tarikh: 27, 28 dan 29.03.2009(3 hari 2 malam)

    Yuran Kursus : RM400(tanpa penginapan)
    RM550 termasuk penginapan

    TEMPAHAN AWAL SANGAT DIALU-ALUKAN BAYARAN BOLEH DIBUAT SEKARANG.

    Bank : Agro Bank Bhd.
    Nama : Keliemas Enterprise
    No. Akaun : 1-00-5601-00004638-8

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi : En. Farid :
    017-609 1009
    Pn. Aini : 014-666 9727

    Layari :
    keliemas.blogspot.com

    Entri terkini blog Keliemas Enterprise.. Melaka Hari Ini

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Kenapa tak iklankan sahaja di Soleh.Net?

    Sangat berkesan, klik sini untuk pengiklanan –> http://soleh.net/pengiklanan/

    Terima kasih, wallahu a’lam.

    [Balas]

  38. Komen dari shahir:

    nk tanya income jika bela keli. skali harvest minimum income byk mana? untung atau tidak jd usahawan keli zaman sekarang?

    [Balas]

  39. Komen dari ahli PTKM:

    sebetulnya para pengusaha ternakan keli perlu ada persatuan macam persatuan nelayan tu…..barulah senang nak kembangkan pasaran keli di malaysia…perlu wujud pembekal2 dikalangan bumiputra yang bertindak memberi bantuan samada secara teknikal ataupun sebarang bentuk barangan bantuan lain….oleh itu jom kita pakat2 tubuhkan persatuan ternakan keli malaysia (PTKM)…baru boleh maju..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Idea yang bernas!

    Kalau macam tu, siapa yang nak mulakan dulu? Ada sesiapa sukarela?

    Ingat, dalam bisnes ni tak boleh tamak dan pentingkan diri sendiri sahaja. Sebaliknya semakin besar komuniti, semakin maju bisnes ini.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  40. Komen dari Azlan:

    satu info yang menarik.Saya ada bela ikan keli juga namun sehingga kini tak tahu pula ada bisa yang perlu dibuang. Thanks for info

    [Balas]

  41. Komen dari Helmi:

    kesasihan belum ada kn?
    kalau dah ada kenapa x sebarkan kat tv je?
    semua orang seluruh malaysia leh tau..
    x de la yg teragak2 nak makan ayam ngn ikan keli ni…
    susah r camni kalau semua makanan yang dimakan akan wt kita rs was-was
    sedangkan kita di berada dikalangan umat islam..
    kalau yang duk luar negara tu?lagi la susah kn

    [Balas]

  42. Komen dari kurapanau:

    biasa la kapitalis…diorg tak pikir kan negatif efek kat society..yang penting keuntungan bagi pihak diorang…sekarang ni kita pn tak tahu nak makan aper lagi…nak makan ikan dan ayam pn kna pikir 10 kali dah sekarang.kita pn tak tahu makanan halal jadi haram,makanan haram dah jadi halal…ni la penangan kapitalis….pikir pikir kan laaaa

    [Balas]

  43. Komen dari rajawali:

    Salam, makan bila lapar…. berhenti sebelum kenyang…..

    check this out….

    [Balas]

  44. Komen dari Hamdan:

    Kami pembekal tangki ikan

    [Balas]

  45. Komen dari elvin:

    tak kira ayam,ikan&lain lain yg memakan khinzir lepas menjadikan daging badan sendiri,ia memang dikira halal…jadi kita boleh makan dgn hati senang ke tidak??pening..

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...