Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Summary of DUN Pilihanraya

10 October 2007 oleh ImamKhalid

Pilihan Raya dah semakin dekat. Walaupun kita tak tahu bila akan terjadinya pilihan raya umum ke-12, tapi bagi aku kehangatan pilihan raya tu semakin dirasai. Jalan baru nampak banyak dok tengah buat, bangunan-bangunan baru makin naik mencanak. Projek-projek besar di sana sini. Gaji pun dah naik. Cuma satu aku heran, apsal kakitangan kerajaan tak dapat bonus? Agenda pilihan raya jugak ker macam mana? Tepuk dada tanya iman.

Tapi kat sini aku nak kongsi sikit kesimpulan daripada DUN-DUN yang telah dikenal pasti untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan datang.

Berikut merupakan senarai DUN beserta dengan penerangannya sekali:

  1. DUN yang paling sejuk, DUN Batu Berendam
  2. DUN yang paling tak de rasa, DUN Air Tawar
  3. DUN yang paling panas, DUN Pedas.
  4. DUN yang paling miskin, DUN Sekupang
  5. DUN yang paling muda, DUN Sri Muda
  6. DUN yang paling lemah, DUN Batang Berjuntai
  7. DUN yang paling basah, DUN Sungai Besar
  8. DUN yang kuat makan satay, DUN Kajang
  9. DUN yang banyak hantu, DUN Puchong
  10. DUN yang ada istana, DUN Kota Raja.
  11. DUN yang banyak ikan, DUN Tanjung Sepat
  12. DUN yang paling keras, DUN Batu Tiga.
  13. DUN yang paling pendalaman, DUN Hulu Klang
  14. DUN yang banyak air, DUN Ampangan
  15. DUN yang banyak pengganas, DUN Kuala Kubu.
  16. DUN yang paling takda kemajuan, DUN Gurun
  17. DUN yang paling bahaya, DUN Baling.
  18. DUN yang banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
  19. DUN yang paling pelik, DUN Sungai Ada Burung.
  20. DUN yang ada binatang, DUN Kijang
  21. DUN yang paling wangi, DUN Pokok Sena
  22. DUN yang paling tak cantik, DUN Batu Buruk
  23. DUN yang paling garang, DUN Senggarang
  24. DUN yang paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..

Jangan marah, raya dah dekat. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, ikhlas dari aku, ImamKhalid.

Wallahu a’lam.

 

7 komen

  1. Komen dari needy:

    BONUS????….ader tu, jgn risau….
    tunggu jer la….
    byk2 kan bersabo yer…..
    tapi x byk kot..dlam RM500 jer

    [Balas]

  2. Komen dari ImamKhalid:

    Huish, mana tau nih? Ni mesti terpengaruh dengan khabar angin nih! :P

    [Balas]

  3. Komen dari needy:

    hellooooo…….
    tolong siket ek….kite maner ader terpengaruh dgn kabo angin
    nie serius maaa…..
    tunggu dah lihat aje la!
    jeng..jeng..jeng

    [Balas]

  4. Komen dari dekerinchi:

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk, memohon maaf zahir & batin, sekiranya terdapat bahasa dan tutur kata saya yang tidak menyenangkan saudara…

    Semoga saudara dan keluarga dirahmati Allah s.w.t. dan bergembira di hari raya.

    [Balas]

  5. Komen dari ImamKhalid:

    Haa agak2 ko needy, skang ni ko nak kata dapat bonus lagi ker? aku cakap awal2 ko tak cayer… aku kata khabar angin ko tak ngaku. ni dah terpampang dalam akhbar pun ko masih nak menegakkan benang yang basah? takde takde lah. Hidup mesti terima hakikat… kui kui kui sabo jer lah…

    [Balas]

  6. Komen dari needy:

    amboi2 berperibahasa lak dier..mcm karam sing walia la pulak….
    ye la..ye la..mmg tak der bonus pon….tu bukan nyer aper…duit dah abis byk hantar angkasawan kat bulan…tu bonus x jadik dapat…hehehe
    aku memang suker menegakkan benang yg basah-basah nie…

    [Balas]

  7. Komen dari ImamKhalid:

    Angkasawan pulak dah… haa ni nak suruh aku citer pasal angkasawan pulak lah ni?

    Ko tau tak apa terjadi di sebalik angkasawan dan kenapa program angkasawan digembar-gemburkan dengan penuh publisiti ke seluruh pelusuk negara kita – sampai khutbah jumaat pun susah imam2 masjid yang berumur nak baca – berbelit2 lidah diorang nak sebut pekataan2 tak bermakna (bagi diorang) itu.

    Padahal kalau kita perhatikan, benda angkasawan2 ni dah lama dah dilaksanakan oleh negara2 besar yang lain. Negara kita sebenarnya tak perlu pun angkasawan. Kita perlukan jurutera angkasa dulu, baru angkasawan.

    Sebenarnya, terdapat sedikit kesilapan teknikal masa urusan perolehan peralatan pertahanan dengan rusia – yang menyebabkan peralatan tersebut terpaksa digantikan dengan benda lain selain duit (cash).

    So nak tak nak ganti lah dengan program pergi ke ISS. Hmm, malas nak citer panjang2… banyak keje… sambung lain kali, chiow!

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...