Membeli Durian Bersama Pak Pandir
10 December 2007Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian, lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Pak Pandir: “Bang harga durian ini berapa?”
Org Asli: “Yang ini, sepopit sebiji.”
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarnya.
Pak Pandir: “Bang, boleh kurang sikit tak?”
Org Asli: “Boleh saja, nak kurang berapa?
Pak Pandir: “Lahupa, boleh ya!”
Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Pak Pandir.
Org Asli: “Lahupa itu berapa?”
Pak Pandir: “Cakap dulu, Sepopit itu berapa?”



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.