Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Kejahilan dan kadangkala untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan. Bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t. Apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.

“Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata, “Ia adalah gelang perubatan.”

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan). Buangkan benda itu dari diri anda. Jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.” Hadis Sahih yang ke-19, 885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz-ustaz, pegawai-pegawai kerajaan, menteri-menteri bahkan perdana menteri sekali pun. Sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya mudah dikenali jika berlaku sebarang kes hilang, kemalangan dan sebagainya.

Jenis-jenis gelang yang diharamkan bagi lelaki:-

  1. Gelang Kayu
  2. Gelang Kristal
  3. Gelang Tasbih
  4. Gelang Getah / Plastik
  5. Gelang Bermagnet
  6. Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis-jenis gelang yang diharuskan:-

  1. Gelang pesakit di hospital (sebagai tanda nama pesakit dan wad)
  2. Gelang pesalah / penjenayah (dipakai oleh penjenayah yang ditangkap polis)
  3. Gelang kaki bagi pesakit gila / jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

Wallahu a’lam.

 

5 komen

  1. Komen dari JiPON:

    ………….

    [Balas]

  2. Komen dari JiPON:

    rezab….

    [Balas]

  3. Komen dari ImamKhalid:

    rezab mende? mu paka gelang ker? hahahaha…

    wei mu dok mana tu? dok opih lagi ker? biler nok balik wei?

    gambar2 dalam mie125z.imeem.com tu saper ambik ek? lawa laaa, lebih2 lagi gambar ko pegang masjid ngan gambar ko pegang tiang bendera ngan gambar ko ngan awek ko tu.

    cameraman dia mesti pro, hebat dan hensem kan kan kan?

    [Balas]

  4. Komen dari fahmie:

    a’kum wrt! bloeh berikan secara detail kupasan tentang hadis di atas. maksid saya mengenai wahinah tersebut. wassalam

    [Balas]

  5. Komen dari tok wali:

    tulisan di atas oleh ‘ustaz’ yg takde tauliah tu.. haram halal bukan senang kita orang awam nak cakap kecuali mufti atau dari nas2 yg qat’ie. mu ni blajor kat mane?

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...