43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki.
2 January 2008Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. 43 perkara tersebut ialah:
- tidak sembahyang atau solat;
- tidak membaca Bismillah ketika hendak makan;
- makan atas pinggan yang terbalik;
- memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri;
- menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan;
- berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil;
- suka bersandar pada pintu rumah;
- suka duduk di atas tangga;
- membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan;
- membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung;
- tidak membersihkan rumah;
- membuang sampah atau menyapu dengan kain;
- suka membersihkan rumah pada waktu malam;
- suka tidur di atas muka;
- membakar kulit bawang;
- menjahit baju yang sedang dipakai;
- mengelap muka dengan baju;
- berdiri sambil bercekak pinggang;
- tidur tidak memakai baju;
- makan sebelum mandi hadas;
- tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh;
- pergi ke pasar sebelum matahari terbit;
- lambat pulang dari masjid;
- doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak;
- kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan;
- suka memadam pelita dengan nafas;
- membuang kutu kepala dalam keadaan hidup;
- membasuh kaki dengan tangan kanan;
- membuang air kecil pada air yang mengalir;
- memakai seluar sambil berdiri;
- memakai serban sambil duduk;
- mandi junub di tempat buang air atau tempat najis;
- makan dengan menggunakan dua jari;
- berjalan di antara kambing;
- berjalan di antara dua perempuan;
- suka mempermainkan janggut;
- suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut;
- meletakkan tapak tangan pada hidung;
- suka menggigit kuku dengan mulut;
- mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan;
- mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil;
- menguap ketika solat; dan
- meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Yang mana satu tabiat anda? Renung-renunglah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mudah mudahan kita semua dimurahkan rezeki, amin.
Wallahu a’lam



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
4 January 2008 sekitar 6:19 am
Ehh… buleh paka ko ni? Tu mace sumo tabiat kito.
[Balas]
4 January 2008 sekitar 11:28 am
Sumo tabiat mu? Gilo ganah mu nih…
Wei, betullah. Aku dengar banyok kali doh ore di sejid wi tazkirah gini, siap buko kitab lagi. Kitab gapo aku tok tahu. Sebab tu aku pun nok ssapa etek.
Memey banyok hok kito buat. Sebab tu bukan senang nak senang, banyak cabarannya, walaupun perkara kecik dan remeh.
Wallahu a’lam.
[Balas]
6 January 2008 sekitar 10:57 am
sejid mano???? aku nok g dengar….. cukup x 43 perkara hok mu tulis tue….. bak sini alamat ngan lokaliti masjid tu………..
[Balas]
6 January 2008 sekitar 1:23 pm
Masjid Daerah Kuala Berang. Alamat - Masjid Kuala Berang, Jalan Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu. Kod Lokaliti 0382305006 - SEK. KEB. KUALA BERANG.
So rajin2 lah gi dengor ek? Bawak buku nota skali, buleh tulis2 mana yang patut. Pastu jangan lupa bagi tau aku. Aku nak sampaikan melalui Soleh.Net ni…
[Balas]
9 January 2008 sekitar 7:06 am
Long… manggok molek saim mung soghe nih. Sapa mitop alamat sejid nok g denga. Gi ko dok tok tau. Ko sajo jah tanyo.
[Balas]
9 January 2008 sekitar 8:52 am
Aku raso tanyo sajo jah. Memey manggok gilo ah!
[Balas]