Jom Puasa Esok, Lusa dan Tulat!
16 January 2008Esok hari Khamis 8 Muharram. 10 Muharram pula jatuh hari Sabtu, di mana hari tersebut kita semua disunatkan berpuasa. Namun, puasa sunat hari Sabtu sahaja adalah makruh. Jadi tidak digalakkan untuk kita berpuasa sehari sahaja pada hari tersebut.
Sebaiknya kalau nak puasa sunat 10 Muharram tahun 1429H ni, puasalah sehari sebelum atau sehari selepas.
Tapi alang-alang puasa, baik ambik start dari hari esok (Khamis) sampai Sabtu, baru jadi strategi yang untung berlipat ganda. Nak tahu lebih lanjut, baca post ini.
Ingat dalam bisnes duniawi je ker kena planning dan strategi. Dalam kehidupan Islam untuk pelaburan akhirat pun kena ada tau. Pelaburan jangka masa terpanjang namanya..
Inilah masa nak kumpul dana untuk harta kekayaan kita pada hari Akhirat. Kalau tidak, bila lagi?
Selamat berpuasa! Wallahu a’lam.



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.