Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Peristiwa Penting 10 Muharram

20 January 2008 oleh ImamKhalid

10 Muharram baru je lepas semalam. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa banyak sangat perkara yang sunat dilakukan pada 10 Muharram? Apa berlaku tarikh tu, keramat jer bunyinya?

Haa, inilah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tarikh tersebut:

  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.

Haa sebab tu lah hari 10 Muharram ni besar. Banyak sangat peristiwa yang berlaku di tarikh tu.

Sekian dimaklumkan (untuk dikongsi bersama), wallahu a’lam.

 

16 komen

  1. Komen dari Faris Fakri:

    Oooo begitu rupanya. Terima kasih banyak-banyak sebab berkongsi fakta yang sangat berguna.

    [Balas]

  2. Komen dari PlazaIklan:

    PlazaIklan.com juga launching pada 10 muharram. Semoga menjadi berkah. Salam kenal ya…

    [Balas]

  3. Komen dari NoktahHitam:

    tahun islam muncul lepas hijrah ke madinah. cam ne dorg bole tau semua ni 10muharram? saya rase imam patut check sumber dulu

    [Balas]

  4. Komen dari ImamKhalid:

    Kalendar Hijrah sememangnya bermula lepas hijrah. Waktu itu merupakan saat bermulanya kehidupan baru. Jadi perkiraan tahun dibuat bermula dari situ.

    Cuba encik NoktahHitam ingat balik, Nabi Muhammad s.a.w lahir 12 RabiulAwal tahun Gajah. Kan dah ada nama bulan. Cuma tidak ada perkiraan dari segi tahun.

    Dalam Islam, kita ikut peredaran bulan, bermula dengan Muharam dan berakhir dengan Zulhijjah. Awal bulan bermula apabila nampak anak bulan, tidak kira bulan apa, bukan bulan raya jer ada anak bulan. Semua bulan ada anak bulan.

    Bila sampai tengah bulan, jadilah 14 atau 15 haribulan, iaitu sewaktu bulan sedang purnama (mengambang). Kan dah tak pasal2 aku ajar ilmu bulan. Bukannya aku menjawab soalan…

    Tapi begitu lah, nama bulan bermula semenjak bulan wujud lagi. Tahun Hijrah sahaja yang wujud semenjak penghijrahan nabi s.a.w.

    Harap menjawab soalan. Wallahu a’lam.

    P/s: Sumber adalah dari kitab. Tapi aku tak ingat sekarang. Nanti aku cek balik opis nanti. Malam ni Insya-Allah aku edit balik post ni. Thanks :)

    Update: Sumber diambil dari beberapa kitab, dan disusun semula. Kitab yang dimaksudkan ialah Kitab Bahrul Mazi Jilid 5, Kitab Fiqh Sunnah Jilid 1, dan sebuah kitab lama berjudul (sepatutnya tulisan jawi) Jam’ul Fawaa iidu Waljawaahirul Qolaa iid (tanda ‘ menunjukkan huruf ain, lain² permulaan i menunjukkan huruf hamzah). Harap maklum.

    [Balas]

  5. Komen dari mizs:

    ooo…begitu ye..thanks 4 da information….apa kaitan bubur asyura degan peristiwa2 ini?

    [Balas]

  6. Komen dari ImamKhalid:

    Kaitan bubur asyura adalah dengan peristiwa no. 3 iaitu nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan.

    Waktu di sana, mereka kekurangan bekalan makanan. Jadi semua makanan yang ada dikumpulkan dalam satu kawah besar, dan dimasak dengan dicampurkan semua sekali sehingga hancur dan menjadi bubur.

    Di situlah bermulanya bubur asyura… :)

    [Balas]

  7. Komen dari siti hajar:

    ya la selama ni tak tau lak yg bubur asyura tu asalnya macam tu ptt le bubur tu ada macam2 ada…..betul la kata org setiap kejadian tu ada puncanya kan ……setuju tak????

    ImamKhalid: Ya! Tepat sekali! :P

    [Balas]

  8. Komen dari ingin tah:

    adakah hari kiamat juga akan jth pd 10 muharram?

    [Balas]

  9. Komen dari dr naz:

    knpe org kristian pon pose pd 1o mhrm??

    [Balas]

    raptor Reply:

    org kristian pose ker ari 10/1 nih??? ingatkan org Jews sajer..

    [Balas]

  10. Komen dari ida:

    kenape 10 muharram tu di panggil juga dgn hari as-syura…lps ade org buat bubur as-syura la…buleh jelaskan… terima kasih

    [Balas]

  11. Komen dari rawa:

    asalamualaikum…..benarkah kiamat akan berlaku pada 10 Muharam???

    [Balas]

  12. Komen dari chimie:

    tak taulah hang ini …tantang bulan pun gadoh….bincang tenang mataharilah pula…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Apa makna “tantang bulan pun gadoh”?
    Apa pula makna “bincang tenang mataharilah pula”?

    P/s: Jangan jadi orang malas, malas nak baca, malas nak taip, malas nak cek ejaan. Kalau nak jadi malas jugak, tak payah komen sini.

    P/p/s: Jangan komen kalau tak tau apa-apa, baca dulu baru komen.

    [Balas]

  13. Komen dari puteri komen:

    ari ni ari jadi sya.

    [Balas]

  14. Komen dari a:

    knpa peristiwa karbala pada 10 muharram,ttg pembaitaian cucu rasulullah s.a.w AL_hussain tidak dinyatakan?? bukankah itu adalah satu peristiwa yg sgt tragis dimana cucu kesayangan rasullullah dipancung di tanah bumi duka nestapa karbala…dan orang yang membantai cucunya rasul adalah orang yang mengaku islam dan besolawat ke atas rasul juga..dari sejarah ini laa kita akan dapat cari erti islam yang sebenar dan kembali kpd apa yang rasul ajarkan..p/s tlg bca ttg peristiwa karbala..jika nak tawu lebih lanjut..bagaimana orang yg sepatutnya menjadi khalifah pertama slepas rasul wafat telah dkhianati oleh sahabat rasul sendiri..salam

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...