Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Mandi wajib nampak mudah. Namun perkara ini sangat penting, kerana ia menjadi asas kepada keberkesanan dalam amalan kita.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di dalam masyarakat kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”

Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya air tidak dapat sampai ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yang boleh menghalang air sampai ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang rumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang untuk sampai ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai, laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Tips Tambahan

  1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
  3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.
  4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
  5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.
  6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)

  1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
  8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
  11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”

Sekian, kalau ada salah dan silap, tolong tunjukkan. Wallahu a’lam.

 

182 komen

  1. Komen dari rightbrainer:

    kalau seseorang tu warna rambut, bukan ke nanti ia akan menghalang air wudhu’. kalau camtu solat x sah la kan imam? ke camne ^^

    [Balas]

  2. Komen dari ImamKhalid:

    Tu yang susah nak jawab tu. Sekarang dah banyak pewarna rambut di pasaran, termasuk yang ada logo halal JAKIM dan sebaliknya.

    Logo halal JAKIM tu pula, adakah ia bermaksud “Tidak menghalang air” ker atau pun “Tidak mempunyai lemak haiwan”?

    Jadi, tak dapat aku nak jawab dengan tepat. Pendek kata, ikutlah sabda Nabi s.a.w. yang lebih kurang berbunyi, “Jika terdapat syubhah (keraguan), lebih baik ditinggalkan.”

    Tepuk dada, tanya iman. :)

    [Balas]

  3. Komen dari ixora:

    Saya tertarik dgn tips tambahan no. 1 tu.

    Sblm ni saya mmg lap muka & tgn lps berwuduk.
    sbbnya saya tanak telekung tu basah/lembab nnt.
    baru2 ni saya jumpa artikel pasal ni kt WP..
    baru saya tahu yg seeloknya jgn dikeringkn lps berwuduk. err,paham ke ayat saya ni?

    [Balas]

  4. Komen dari Farisi86:

    ade hadis cite pasal cara mandi Rasulullah..Rasulullah sgt mnitik beratkn soal bjimt cermt dlm pgunaan air..memg ckit la air yg Rasulullah gna utk mandi hadas..klu kite buat,memg xkn trleps dr was2..so sinonim ‘mandi lame’ ngn mandi wajib sebb nk ilgkn was2 yg tsebut..

    ImamKhalid: Mmm satu info yang baik. Thanks! :)

    P/s: Kalau dapat, detailkan sket tentang hadis tu, dari mana, riwayat mana, kitab mana. Senang nak buat rujukan.

    [Balas]

  5. Komen dari mohAMAD:

    Assalamualaikum Apakah hukum seseoorang mandi wajib keadaan bogel sah ATAU TIDAK MANDI SESEORANG ITU?

    ImamKhalid: Hukum mandi dalam keadaan telanjang adalah makruh.

    Namun mandi wajib adalah sah jika dilakukan dalam keadaan sedemikian, kerana memakai kain basahan tidak termasuk dalam syarat sah mandi wajib.

    [Balas]

  6. Komen dari firdaOs..:

    bagaimanakah hukumnya..
    mandi wajib tanpa mengambil wuduk??..
    sah atau tidak??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mengambil wudhuk adalah perkara sunat sebelum mandi wajib. Oleh itu hukum mandi wajib tanpa mengambil wudhuk adalah sah. Cuma kurang pahala sahaja.

    [Balas]

  7. Komen dari noorcahaya:

    Ustaz, suami saya tanya, bolehkah selepas mandi wajib atau mengangkat hadas besar boleh terus mengerjakan solat tanpa mengangkat hadas kecil, saya berbalah dgn suami..sedangkan mandi wajib perlu mengosok bahagian sulit utk mengalirkan air, sedangkan mengangkat hadas kecil akan terbatal jika menyentuh bahagian sulit kita… perlu atau tidak mengambil hadas kecil jika sudah mandi wajib dan terus solat?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Untuk menjawab persoalan ini, beberapa perkara asas perlu difahami terlebih dahulu, iaitu:

    1. Hadas besar dan hadas kecil adalah 2 perkara yang berbeza.
    2. Salah satu syarat sah solat ialah berhadas kecil.
    3. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan dan jari membatalkan hadas kecil itu.
    4. Menyentuh kemaluan dengan anggota lain tidak membatalkan hadas kecil itu, walaupun dengan menggunakan belakang tapak tangan.
    5. Mengambil wudhuk adalah cara kita mengangkat hadas kecil.
    6. Mengambil wudhuk adalah salah satu perkara sunat semasa mengangkat hadas besar.

    Oleh itu, sekiranya kita mengambil wudhuk sebelum mengangkat hadas besar, serta memelihara wudhuk itu sehingga habis mengangkat hadas besar, maka bolehlah kita terus mengerjakan solat tanpa mengambil wudhuk semula.

    Sebaliknya jika tidak mengambil wudhuk sebelum mengangkat hadas besar, maka wajiblah baginya mengangkat hadas kecil terlebih sebelum mengerjakan solat.

    Begitu juga jika sudah mengambil wudhuk tetapi menyentuh kemaluan dengan tapak tangan (termasuk jari) sama ada sengaja atau tidak, maka batallah wudhuk itu, dan wajiblah baginya mengangkat hadas kecil semula sebelum mengerjakan solat.

    Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  8. Komen dari cik zia:

    assalamualaikum w.b.t.

    ust,
    sekiranya saya tidak hafal doa selepas solat, bolehkah di gantikan dengan doa ibu bapa, penerang hati dan doa tolak bala?…adakah solat saya itu sah?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Waalaikumussalam w.b.t.

    Saudari, doa selepas solat tidak termasuk dalam rukun solat. Ia adalah perkara sunat selepas solat. Maka tidak timbul sah atau tidak solat itu kerana doa selepas solat.

    Jika doa selepas solat tidak dihafal, maka boleh digantikan dengan apa sahaja doa yang difikirkan sesuai. Bahkan doa selepas solat itu sendiri biasanya sudah terkandung doa ibu bapa, penerang hati, penolak bala dan sebagainya.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  9. Komen dari zamri:

    assalamualikum ustaz..

    saya ada satu kemushkiilan tentang mandi wajib ni…pada pengetahuan saya untuk mandi wajib kita perlu gunakan air mutlak..

    1)soalan saya adakah air paip yg ditahan dalam dalam kolah seperti dirumah boleh digunakan untuk mandi wajib?.bagaimanakah caranya utk kita mandi dengan betul sekiranya air kolah itu tidak mencukupi syarat 2 marhalah..

    sekian terima kasih…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    2 marhalah ialah pengiraan jarak perjalanan bagi musafir, bukan ukuran air. 2 kolah saya kira yang zamri maksudkan.

    Ukuran kolah ialah kira2 bekas 4 segi dengan tinggi 1.5 hasta, lebar 1.5 hasta, panjang 1.5 hasta. 2 kolah adalah 2 kali ukuran tersebut.

    Jika kolah di rumah mencukupi 2 kolah, maka jika dicelup tangan untuk menutup paip, atau terkena/terpercik najis sekalipun, selagi tidak mungubah rupa dan bau air itu, maka masih dikira air mutlak.

    Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  10. Komen dari Monir Noor:

    Asalamualaikum ustaz.
    Mandi wajib. Kemuskilan saya seperti berikut:
    a. Adakah perlu kita memulakan semula mandi wajib sekiranya tengah-tengah mandi kita terkentut? Ini kerana sebelum “mandi wajib” kita telah berwuduk. Bukankah kentut itu membatalkan wuduk kita? Harap dapat ustaz jelaskan.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Menjawab email saudara Monir Noor, “komen” yang dimaksudkan termasuklah pertanyaan, cadangan, dsb. Terima kasih atas teguran ini. Saya sudah tukarkan perkataan “komen” kepada “interaksi”.

    Menjawab soalan di atas, mengambil wudhuk adalah termasuk dalam perkara sunat sebelum mandi wajib. Oleh itu tidak perlulah dimulakan semula mandi tersebut sekiranya terbatal wudhuk.

    Dalam keadaan ini, hanya wudhuk yang terbatal. Maka tidak boleh solat tanpa mengambil semula wudhuk selepas selesai mandi wajib tadi.

    Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  11. Komen dari cahaya:

    Assalamualaikum Ustaz.
    Biasa nak mandi wajib di subuh yg dingin, pastilah sejuk sgt2. Boleh tak kita mandi wajib guna shower air panas. Lagi satu boleh tak kita mandi majib mulai dari kaki… air sejuk sgt..kalau sampai kepala dulu macam sakit kepala lepas tu… harap sudi menjawab..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Waalaikumussalam cahaya. Tak salah mandi air panas, selagi termasuk dalam kategori air mutlak.

    Begitu juga dengan permulaan. Tak kisah dari mana, kepala atau kaki. Yang penting air diratakan ke semua bahagian tubuh.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  12. Komen dari wan:

    sah ke mandi wajib kita kalau tak baca lafaz mandi wajib…hanya niat sahaja….

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah, begitu juga dengan ibadah solat, puasa, zakat, haji, korban, aqiqah, dsb. Niat itu bermaksud melakukan sesuatu dalam keadaan sedar, bukan secara tidak sengaja.

    Lafaz itu hanyalah sebagai motivasi bagi sesetengah orang sahaja, tiada kaitan dengan sah atau tidak sesuatu ibadah itu.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  13. Komen dari Ema:

    Salam ustaz/ustazah..

    Bagaimana pula caranya sekiranya kita nk mandi wajib dgn menggunakan ’shower’ (kebetulan kita berada dlm hotel), adakah sah mandi wajib kita jika kita berniat sambil berdiri di bawah ’shower’ tersebut.

    Terima kasih.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sama sahaja caranya. Yang penting sekarang ialah kita meratakan air ke seluruh tubuh kita dalam keadaan sedar, bukan secara tak sengaja. Cuba lihat entri ini:

    http://soleh.net/2008/11/24/antara-niat-dan-lafaz/

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  14. Komen dari yusoff:

    akum imam.saya ade kmuyskilan.maksud mratakan air ke seluruh badan itu maknanye kne gosokkan sluruh badan ke..sah ke mandi wajib kalau gosokkan kemaluan dengan tangan?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Yusoff, menyentuh kemaluan dengan tangan TIDAK termasuk dalam perkara yang dilarang sewaktu mengangkat hadas besar.

    Yang terbatal itu adalah wudhuk. Itu pun sekiranya kita terlebih dahulu mengambil wudhuk sebelum mengangkat hadas besar.

    Wudhuk adalah termasuk dalam perkara sunat sebelum mengangkat hadas besar.

    Oleh itu, sekiranya terbatal wudhuk sewaktu mengangkat hadas besar, tidak menjadi suatu kesalahan.

    Cuma, tidak bolehlah dikerjakan solat sebelum mengambil wudhuk semula.

    Jika tidak mahu wudhuk terbatal, gunakan anggota lain selain tapak tangan dan jari seperti bahagian belakang tangan, untuk menggosok bahagian sulit. Boleh juga menggunakan kain basahan.

    Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  15. Komen dari amani:

    ustaz tlg sendkan kpd saya lafaz mandi wiladah dalam bahasa arab dan niatnya sekali. terima kasih

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Jika saudari Amani orang arab, tiada masalah untuk melafazkannya tanpa perlu merujuk sesiapa. Sekiranya bukan orang Arab, tiada gunanya mendapatkan lafaz tersebut, melainkan dapat belajar beberapa perkataan Arab.

    Untuk mandi wiladah, cukuplah saudari mandi dalam keadaan sedar, iaitu bukan dalam keadaan separuh sedar atau mengigau, itu sahaja. Sila rujuk pautan di bawah untuk keterangan lanjut:

    http://soleh.net/2008/11/24/antara-niat-dan-lafaz/

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  16. Komen dari zuraimi bin a rahman:

    assalammualaikum wbt … sy ingin tahu sekira mya sy mandi wajib tampa ambil wuduk selepas itu sy terus mengerjakan solat ..adakah solat sy itu sah atau tidak …

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak sah, sila rujuk keterangan saya pada komen ini:
    http://soleh.net/2008/01/22/mandi-wajib-nampak-mudah-tapi-penting/#comment-8093

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  17. Komen dari redzuan:

    thanks..imankhalid..selepas saya baca blog ini.saya lebih yakini bersih dalam bersuci ini…….iman boleh x send niat untuk bersuci apabila membuat air kecil dan besar….boleh yer….
    terima kasih..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Saya Imam, bukan iman.

    Untuk niat bersuci apabila membuang air kecil atau besar, sila rujuk jawapan saya pada komen ini:
    http://soleh.net/2008/01/22/mandi-wajib-nampak-mudah-tapi-penting/#comment-8632

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  18. Komen dari eda:

    salam imam.

    jikalau seseorg perempuan itu melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu sehingga mencapai inzal(klimaks) tanpa memasukkan sesuatu ke dalam faraj, adakah perempuan ini perlu mandi wajib terlebih dahulu?
    sebabnya kes ini tidak disebutkan dalam sebab-sebab mandi wajib di atas.
    satu lagi, sampai bilakah wuduk perlu dikekalkan selepas mandi wajib?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1. Wajib baginya mengangkat hadas besar.

    2. Wudhuk adalah perkara sunat, iaitu untuk mendapat pahala, menjaga tertib, dsb. Selepas itu, boleh juga disambung dengan ibadah solat dan memegang Quran.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  19. Komen dari zack:

    perlukah mandi wajib sekiranya bermesra dengan teman wanita?maksud saya berpegang tangan, peluk dan cium biasa2.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak perlu, kerana tidak ada sebab. Sila rujuk sebab2 diwajibkan mengangkat hadas besar pada artikel.

    Tetapi bukan menjadi lesen untuk bermesra dengan yang bukan muhrim sebelum bernikah. Haram hukumnya.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  20. Komen dari an:

    salam. saya ada mendengar, tentang mandi wajib dengan berdiri adalah tidak sah. boleh komen sikit. dan apa yang paling baik di antara berdiri dan duduk semasa mandi?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mandi dengan duduk TIDAK termasuk dalam syarat sah mandi wajib. Yang paling baik ialah yang paling senang diratakan air ke seluruh anggota zahir tubuh.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  21. Komen dari redzuan:

    salamulaikum….erm imam….jikalau ada cecair dibadan saya iaitu cat atau manik2 putih dibadan saya..adakah sah mandi wajid saya itu

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Jika air mutlak tidak dapat meresap melaluinya, maka wajib ditanggalkan terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga walaupun dengan menggunakan pelbagai cara, bolehlah membuat tayammum untuk kawasan tersebut.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  22. Komen dari rozieta:

    adakah perempuan juga mengeluarkan air mani?jika ia mengeluarkan,bagaimanakah ia berupa?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sesetengah perempuan boleh mengeluarkan mani. Rupanya hampir sama dengan mani lelaki, tetapi kandungan saitifiknya berbeza. Ia lebih kepada air mazi yang pekat dan keluar sewaktu klimaks.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  23. Komen dari ieta:

    salam imam.

    Jika saya period kemudian perlukah saya mandi hadas besar dahulu baru boleh bersetubuh? bolehkah saya terus bersetubuh kemudian baru mandi hadas utk haid dan junub?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Wajib mandi dahulu sebelum bersetubuh. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  24. Komen dari man:

    As’kum….ustaz,semasa kita mandi wajib kita melakukan perkara lain…contohnya pergi buka pintu dan sembang sekejap dgn kawan yang baru balik..dan selepas itu sambung balik mandi wajib…soalannya sah tak mandi wajib tadi atau perlu mula dari awal setelah buat perkara lain….thanks.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah, asalkan air itu rata ke seluruh anggota, dan dilakukan dalam sedar bahawa sedang mandi wajib, bukan mandi sunat. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  25. Komen dari jal:

    apakah hukum suami minum susu badan isterinya

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak mengapa jika terasa sedikit, tetapi haram jika berniat untuk mendapat kekenyangan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  26. Komen dari Mizan:

    Salam,

    adakah sah mandi wajib saya apabila saya berniat

    “Sahaja aku mandi wajib untuk membuang hadas besar dengan niat kerana Allah SWT”

    bolehkah saya tahu apakah itu anggota badan yang zahir?

    saya mandi wajib tanpa menyentuh kemaluan saya, depan mahupun belakang, ini kerana ada yang mengatakan batal mandi wajib ketika memegang kemaluan, tetapi setelah saya baca ruangan ini, saya mengetahui ianya membatalkan wudhu’ shj. (untuk makluman, saya mengambil wudhu’ sebelum mandi wajib)…soalan saya, sah kah mandi dgn tidak menyentuh kemaluan (saya membersihkan nya terlebih dahulu sebelum mandi wajib dan mengambil wudhu’, dan hanya sekadar mengalirkan air ke kwsan kemaluan ketika mandi wajib)
    dan apakah perkara terbaik yg perlu dilakukan?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Hadas besar bukan dibuang, tetapi diangkat. Namun, cukup hanya menyedari bahawa anda sedang mandi wajib sudah memadai. Kerana tujuannya sudah pun anda ketahui iaitu mengangkat hadas besar, dan sudah semestinya anda lakukan kerana Allah, dan bukan kerana orang lain. Jelas?

    Cara terbaik, gunakan belakang tangan untuk menggosok anggota kemaluan, kerana wudhuk hanya terbatal dengan sentuhan anggota kemaluan menggunakan tapak tangan dan jari.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  27. Komen dari nor:

    salam ustaz,
    saya ingin bertanya,adakah cecair pelincir yang dikeluarkan oleh perempuan sebelum bersetubuh itu disebut air mazi?apakah perlu mandi wajib jika keluar cecair tersebut?

    terima kasih

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ya, air mazi. Tidak perlu mandi wajib kerananya. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  28. Komen dari bob:

    saya nak tanye sikit,sah kee mandi wajib dalam keadaan berdiri

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah, janji air sampai ke seluruh anggota tubuh.

    [Balas]

  29. Komen dari naz:

    salam .. nak tanye .. sori kalau soalan mcm hal kecik …
    cume saye was2 la .. time mandi wajib, boleh x kite gosok gigi ke, bersabun ke, shampoo ke, boleh x ?? tolong la .. was2 .. yela .. pastu, kalau x ambil wudu’ sebelum mandi wajib, boleh x ??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh. Ia ibarat mandi biasa yang tiap2 hari kita buat. Bezanya hanyalah niat.

    Sebagai tambahan, mandi harian itu jika diniatkan kerana Allah, maka jadilah ia mandi sunat, dan dapat pahala kerana mandi itu.

    [Balas]

  30. Komen dari bobl:

    kalau minum susu badan isteri byk tapi tidak sampai kenyang bagaimana

    [Balas]

  31. Komen dari naz:

    alhamdulillah .. terjawab pon .. terima kasih imam ..

    [Balas]

  32. Komen dari khosim:

    Salam ustaz, sejak dari sekolah menengah dulu lg saya diajar oleh ustaz saya iaitu tidak boleh menyentuh qubul dan dubur ketika mendi wajib,..saya selalu was-was setiap kali mandi wajib(walaupun telah membaca jawapan ustaz sebelum ini)..boleh jelaskan lagi mengenai perkara ini?juga mengenai penggunaan sabun…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Apabila terlalu banyak was2 dalam diri, lama kelamaan akan makan diri. Perkara mudah akan jadi sukar, yang remeh menjadi kompleks.

    Dalam mandi wajib ini, secara konteksnya sama sahaja seperti mandi harian. Bezanya, mandi harian ini hukumnya sunat, manakala mandi wajib itu hukumnya wajib.

    Sewaktu mandi, sudah semestinya kita mencuci seluruh anggota tubuh kita. Jika ada yang sengaja ditinggalkan tak kena air, bukan mandi namanya. Mudah bukan?

    Menggunakan sabun pula adalah supaya segala minyak2 dan kotoran yang terdapat pada tubuh kita mudah ditanggalkan. Bukankah itu tujuan sabun?

    Bab sentuhan qubul dan dubur pula, ia hanyalah membatalkan wudhuk sahaja, bukan membatalkan mandi wajib.

    Moga menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  33. Komen dari khosim:

    salam ustaz,
    umum tahu mandi wajib adalah perkara pokok yang amat penting yang menentukan sah atau tiada solat..kalau tidak sah mandi wajib kita sebelum2 ini, bagaimana pula dengan solat2 yang telah kita tunaikan?melalui pemerhatian saya dalam blog ini, ramai yang masih tidak begitu faham tentang perkara asas ini termasuklah saya..blog ustaz amat membantu..terima kasih atas inisiatif ustaz..wassalam

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih. Sebenarnya dalam entri ini tidaklah dapat memberi kefahaman yang sempurna.

    Namun penerangan selebihnya dapat saya salurkan dengan menjawab pertanyaan yang diajukan di ruangan komen di sini.

    Diharap antara kita sama2 dapat saling membantu antara satu sama lain. Bukankah itu yang dituntut dalam agama?

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  34. Komen dari bamboo_pink:

    as’kum..sy ada dua soalan.

    1) boleh ustaz tlg terangkan scr brief n clear apa itu nifas, inzal dan mazi?

    2) slps menonton porn, sy dapati ada sedikit cecair keluar dr kemaluan sy. sy tahu itu terjadi kesan drpd menonton porn. soalan sy, adakah perlu sy mandi wajib utk menunaikan solat?

    sekian terima kasih.

    [Balas]

  35. Komen dari nur petunjuk:

    salam ustaz…
    1)apa hukumnya kalau mase kite tngh smbhyg ada kanak2 melintas di hadapan….

    2)macam mana kita nak tegur org yg lbh tua drpd kite spt kakak, ibu bapa, kwn2 dan abg mengenai aurat, pergaulan dan care prckpnnya???

    3)apa hukum sembahyg lewat??

    wallahua’lam

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1) Bergantung kepada kanak2 tersebut. Bagi lelaki yang belum berkhatan, batal solat kita jika dia memijak alas (sejadah) yang kita sedang gunakan. Begitu juga dengan kanak2 yang memakai lampin yang ada najis. Selain dari itu, tidak membatalkan.

    2) Tegur dengan berhemah dan bijaksana. Jangan nampak mereka bersalah, jangan memalukan, dsb. Yang penting mesej sampai dan boleh diterima. Jika tak dapat lakukan sebegitu, lebih baik senyap.

    3) Solat lewat terdiri drp 2 keadaan. Pertama, melengah2kan solat, hukumnya berdosa besar. Namun jika lewat solat kerana bersebab (keuzuran) tidak mengapa.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  36. Komen dari ana_muslim:

    salam…
    saya ada beberapa soklan..

    1)macam mana kita nk mengelakkan drpd perasaan riak dan sombong???

    2)apa hukumnya kalau kita keluar dgn beberapa org ajnabi ats urusan penting tapi kita tidak berteman???

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1) Hanya satu cara, iaitu kenal diri dan kenal Allah. Cara nak kenal diri dan Allah, bergurulah dengan tuan2 guru di sekolah pondok. Insya-Allah segala perasaan riak dan sombong akan terhakis dengan sendirinya.

    2) Hukum berdua2an yang bukan muhrim jelas haram. Namun terdapat istilah darurat yang dapat membantu dalam situasi sebegitu.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  37. Komen dari budorpp...:

    pe hukumnye berkasih.?????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Berkasih selepas nikah hukumnya sunat. Semakin banyak kita berkasih, semakin tinggi pahala. Namun jika sampai melanggar hukum dan meninggalkan suruhan, sudah pasti mengundang dosa.

    Berkasih sebelum nikah pula jelas haram hukumnya di sisi Islam.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  38. Komen dari da_rennnn.....:

    salam ustaz….
    1) mengikut adat melayu zmn kini, seorang pengantin pompuan berada di dalam masjid ketika akad nikah dijlnkan. masalahnya, bolehkah pengantin perempuan berada di dlm masjid sedangkan dia datang bulan???

    2)wajib ke pngntin pompuan ada dlm msjid ketika mahu mnjalankan akad nikah????

    wassalam….

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1) Adatnya begitulah, tetapi yang haram tetap haram. Oleh itu, pengantin perempuan tidak boleh masuk ke dalam masjid apabila datang bulan. Tinggal sahaja di rumah.

    2) Tidak wajib, tapi harus. Ia hanyalah budaya semata.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  39. Komen dari al_bersalah:

    Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, apakah memakai deadorant ( maaf sekiranya salah ejaannya ) sah apabila mandi wajib? maksud saya, saya memakai deadorant dan saya dapati apabla mandi masih ada kesannya, di sini, ingin mengetahui bahawa deadorant/sabun/syampoo tu lut air? kerana, saya selalu membersihkan badan ( syampoo, pencuci muka, sabun ) sebelum mandi wajib. yang saya risau, kadang2 saya was2 bahawa mandi wajib saya tidak sempurna kerana saya tidak yakin air menembusi semua perkara di atas, oleh itu, seringkali saya mengangkat hadas besar lagi.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Bergantung kepada deodoran. Seboleh2nya hilangkan dahulu perkara2 yang mendatangkan was2. Deodoran boleh ditanggalkan dengan sabun. Sabun pula mudah dibilas dengan air. Dengan demikian, hilanglah was2.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  40. Komen dari budaksengal:

    salam imam
    gua nak tahu…salah ke kalau aku masuk ke kawasan kubur tanpa dalam keadaan belum wandi wajib

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak salah.

    [Balas]

  41. Komen dari En. Joe:

    Assalammualaikum,
    Wujud keraguan dalam diri sebelum ini pada perkara seperti mandi wajib. Setelah membaca komen dan balas disini saya mula yakin,kerana sebelum ini saya merasa musykil dan takut mandi wajib saya tidak sah, ini kerana saya hanya berniat dan meratakan air tanpa menyentuh anggota sulit, maksud saya hanya dengan melalukan air ke bahagian tersebut kerana dalam pemahaman saya yang lepas tidak boleh menyentuh anggota tersebut. Sesungguhnya saya takut ibadat yang dikerjakan seperti solat menjadi tidak sah. Selain dari itu, sekiranya di bulan puasa, jika terkeluar air mani ketika tidur ataupun bersetubuh di waktu malam, perlukah mandi wajib sebelum habis waktu bersahur.. sekiranya saya mandi wajib pada waktu pagi bulan puasa, adakah masih sah puasa saya atau terbatal.

    Yang keduanya, bacaan surah dalam sembahyang, adakah surah-surah tertentu untuk dibacakan mengikut waktu solat.

    Saya harap ustaz dapat menjawab persoalan saya terus ke email saya. Sekian terima kasih.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1) Mandi wajib adalah untuk menunaikan solat subuh. Sahur atau berpuasa tidak mewajibkan kita untuk mandi wajib.

    2) Tiada surah tertentu, bebas.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  42. Komen dari aku..:

    salam….nk tnye cket…kalu kuar mani time tdo…pastuh lepas subuh bru mandi wajib…sah x solat subuh?kalu kte x perasan kuar mani terus jek solat mcm mane?perlu qada’ ke?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Lepas subuh tu maksud saudara lepas solat subuh ker lepas waktu subuh? Kalau lepas solat baru mandi, sudah tentu tidak sah. Kalau lepas waktu subuh baru mandi dan solat, solat tu dikira solat subuh qada’.

    Kalau tak perasan langsung, macam mana nak tau perlu qada’? Kalau mula2 tak perasan, kemudian baru sedar, maka wajib qada’.

    Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  43. Komen dari Wan:

    saya nk tnye, sejak akhir-akhir ini saya selalu was2 apabila mandi wajib.apabila selesai mandi saya mcm terasa air tidak kena pada sebahagian tempat..contoh bahu ke…tp sya rs mmg saya sudah buat sebaik mungkin tp perasaan itu masih timbul. Adakah mandi wajib saya tidak sah disebabkan perasaan was2 itu??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Was2 adalah suatu penyakit hati yang diakibatkan oleh godaan syaitan. Oleh itu jauhi was2. Sembuhkan diri dari penyakit tersebut. Untuk tujuan itu, amalkan bacaan surah Al-Falaq dan An-Nas setiap kali solat selama 40 malam berturut2, insya-Allah sembuh. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  44. Komen dari al_bersalah:

    Alhamdulillah, terjawab juga keraguan saya. Ustaz, di sini ada beberapa lagi keraguan tetapi di luar topik mandi wajib. Sekiranya ustaz tidak keberatan untuk membantu saya amatlah berbesar hati. Masalah saya di sini : -
    a) Saya sering ragu-ragu bahawa baju saya yang digunakan untuk beribadah tercemar/kotor. Misal kata, saya memasuki bilik air untuk mengambil wuduk, tapi tak pasti samada air di atas lantai bilik air tersebut air bersih atau tidak. Saya pernah terbaca dalam buku ” PANDUAN LENGKAP IBADAH SOLAT ” Hasil Hj. Johari Hj. Alias, beliau ada mengatakan bawaha najis yang dimaafkan adalah seperti ” Sedikit percikan air yang kotor di tengah jalan dan seumpamanya “. Adakah air di dalam bilik air juga sebegitu? Lagi satu, saya ada terdengar ada solat sunat yang menghapuskan dosa pada pakaian kotor. Benarkah ada solat sebegitu? Solat apakah itu?
    b) Terima kasih ustaz.

    [Balas]

  45. Komen dari huhu:

    salam ustaz, selama ni ustazah sy kata, x payah mandi wajib selagi x masukkan sesuatu ke dalam lubang faraj walaupun klimaks. s0, slama ni kalau sy klimaks, sy bersihkan, amek wuduk dan terus solat. sy tak tau smpai la saya baca blog ustaz nih. kene mandi wajib juga walaup0n klimaks tanpa masukkan sesuatu. mcmana dgn s0lat2 sy yg dulu?? sedeynyer~

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Begitulah yang disyarakkan oleh Islam. Dalam pendidikan di sekolah tidak dinyatakan akan hal ini. Mungkin kerana dibimbangi pelajar akan cenderung melakukan onani atau berkhalwat tanpa zina. Sedangkan onani dan khalwat itu adalah dosa besar.

    Solat yang terdahulu pula hukumnya wajib diqada’, walaupun dengan alasan tidak tahu. Saya akui memang berat untuk ditunaikan, tetapi jika dilakukan sedikit demi sedikit, akhirnya selesai juga.

    Sila rujuk komen ini:
    http://soleh.net/2008/08/25/qada-solat-hutang-yang-wajib-dibayar/#comment-7995

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  46. Komen dari huhu:

    trima kaseh ustaz

    [Balas]

  47. Komen dari Wan:

    ustaz, adakah perasaan was-was selepas mandi wajib, akan terjadi tidak sah mandi wajib itu?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak, malah “terlebih sah”. Tapi penyakit was2 ini akan menyebabkan pembaziran yang amat dahsyat.

    Bayangkan, selagi kita was2, selagi itu kita mandi. Sehinggalah 4, 5 jam, pun masih was2. Bukankah membazir masa, membazir air, membazir elektrik (lampu bilik air), dan menyusahkan orang lain (yang hendak menggunakan tandas)? Kadang2 sehingga tertinggal ibadah lain, nauzubillah.

    Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.

    [Balas]

  48. Komen dari ardina:

    assalamualaikum ustaz, saya bakal melahirkan anak sulung tida lama lagi. persoalan saya ialah, lafaz niat mandi selepas habis darah nifas. apakah langkah yang betul, supaya saya benar2 berada dalam keadaan bersih untuk mengerjakan solat.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sila rujuk soalan dan jawapan yang hampir sama dengan pertanyaan saudari di pautan berikut:
    http://soleh.net/2008/01/22/mandi-wajib-nampak-mudah-tapi-penting/comment-page-1/#comment-8737

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  49. Komen dari ardina:

    perlukah saya mandi selepas hari ke45 bersalin, atau x kisah bila habis darah nifas boleh terus mandi?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sebaik sahaja habis darah nifas, wallahu a’lam.

    [Balas]

  50. Komen dari zalynne:

    1)boleh ustaz terangkan mengenai mandi wiladah?
    2)bila masanya kita perlu mandi wiladah?
    3)adakah selepas bersalin ( hari yang sama ) atau selepas kering darah nifas?
    4)apakah niat untuk mandi nifas?
    5)cara mandi wiladah? sebab jika mandi selepas melahirkan mesti ada darah nifas jadi bagaimana?
    6)pendapat ada mengatakan yang tidak sah amalan wanita yang tidak mandi wiladah selepas bersalin…terangkan…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mandi wiladah ialah mandi wajib selepas bersalin. Wujudnya hukum mandi wiladah itu adalah untuk Siti Fatimah, yang diberi keistimewaan oleh Allah s.w.t, tidak keluar darah nifas selepas bersalin.

    Ia tidak berkenaan bagi kita umat biasa. Jika ditunaikan juga mandi wiladah, maka mandi itu dikira lagha, kerana masih lagi dalam keadaan kotor.

    Oleh itu, mandi wiladah disekalikan sewaktu mandi nifas. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  51. Komen dari saya:

    salam ustaz,sy ad soalan nk tny
    1) apakah hukumnya jika bergambar dengan lelaki yg bukan muhrim dalam keadaan menutup aurat di khalayak ramai?

    2)bolehkah kita bersedekah menggunakan wang yang sumbernya haram\diragui?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Bergambar itu tidak haram, tetapi perbuatan rapat2 dengan yang bukan muhrim itu tetap haram, sama ada di khalayak ramai atau pun sebaliknya. Selagi melihat gambar itu, selagi itu berdosa melihat maksiat.

    Bersedekah juga tidak haram, tetapi memperolehi wang dengan cara yang haram itu tetap haram dan berdosa. Apabila diragui pula, eloklah tidak diambil wang itu, bukan ambil buat sedekah.

    Semoga menjawab soalan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  52. Komen dari zalynne:

    assalamualaikum ustaz…
    ada terbaca dlam soal jawab pihak JAKIM website yg mengatakan mandi wiladah ini, salah satu daripada mandi wajib yang terdapat dalam mazhab shafie. Ia juga mengatakan bahawa mandi wiladah itu wajib bagi wanita selepas melahirkan anak, manakala mandi nifas pula selepas kering darah nifas. jadi ada sedikit percanggahan pendapat disini…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Benar, terdapat beberapa percanggahan di sini. Dari apa yang saya pelajari, sekiranya dalam keadaan kotor, maka segala ibadat yang dilarang semasa kotor jika ditunaikan adalah dikira lagha, iaitu sia2 (tidak mendapat pahala, malah membazir masa dan air).

    Jadi di sini, untuk mengangkat hadas besar, dalam keadaan masih berhadas besar, maka tidak sah lah mandi tersebut. Sebab itu dikatakan mandi wiladah sahaja itu hanyalah untuk Siti Fatimah isteri Saidina Ali r.a., yang hanya keluar wiladah sahaja.

    Bagi kita orang biasa, cukup dilaksanakan sekaligus mandi wiladah dan nifas, sebaik sahaja kering darah nifas. Perkara ini banyak diperbincangkan dan diberi penerangan di peringkat hospital2 bersalin.

    Terima kasih atas pendapat saudara. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  53. Komen dari mieza:

    assalamualaikum ust…

    Bgaimanakah caranya untuk sekalikan mandi nifas dan wiladah?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Caranya, angkat hadas besar dengan niat nifas dan wiladah. Yang lain2 sama sahaja. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  54. Komen dari adi:

    en. Imam, saya nak bertanya ni?? bagaimana rupa air mazi ni??perlukah kita mandi wajib apabila kuar air mazi ni??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Air jernih, tak perlu mandi wajib. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  55. Komen dari zalynne:

    assalamualaikum ustaz…
    bagaimana pula kepada orang yang tidak tahu mengenai mandi wiladah… dengan kata lain tidak menyekalikan mandi wiladah dan mandi nifas setelah kering darah nifas. apa pula hukumnya…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak tahu tidak mengapa, tetapi ilmu wajib dicari dan didalami. Oleh itu selagi kita berusaha mendalami ilmu, dan sekiranya tidak berjumpa dan kita langsung tidak tahu, maka Allah itu maha mengetahui dan maha adil.

    Janganlah dirisaukan tentangnya. Sebaliknya risaukan tentang yang tahu tetapi tidak mengambil tahu atau tidak mengamalkannya.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  56. Komen dari tawruz:

    1)adakah onani perlu mandi wajib?
    2) bagaimana hendak pastikan bahawa haid sudah habis dan mesti mandi wajib selepas itu?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tawruz,

    1) Ya, onani perlu mandi wajib.
    2) Pastikan darah benar2 sudah kering. Jika telah mandi wajib, kemudian darah terkeluar lagi selepas pada waktu itu, maka wajib mandi sekali lagi.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  57. Komen dari yatiena:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya difahamkan bahawa ukuran air takungan untuk mandi wajib adalah 2 kolah (air mutlak)? Itu kalau kita ada kolah dalam bilik mandi.

    Masalah saya ialah bilik mandi di rumah sewa saya cuma ada paip air dan baldi. Maksudnya, untuk mandi wajib saya alirkan air paip terus ke dalam baldi dan menyeduk air drpd baldi dengan timba untuk mengangkat hadas besar. Bolehkah dilakukan demikian, iaitu dengan membuka air paip terus ke dalam baldi dan menyeduk air tersebut drpd baldi untuk mandi wajib?
    Saya amat risau ttg hal ini bila mendapat tahu air diwajibkan 2 kolah untuk mengangkat hadas besar sedangkan bilik air tiada kolah.

    Bantulah saya menyelesaikan masalah ini.

    Wassalam.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    2 kolah ialah suatu ukuran air, di mana sekiranya mencapai ukuran tersebut, maka air itu tetap mutlak walaupun terpercik sedikit air yang wujud unsur najis ke dalamnya.

    Oleh itu, mandi wajib menggunakan air paip secara terus lebih memudahkan. Tidak perlu susah2 guna baldi.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  58. Komen dari ashleen karim:

    salam ustaz,

    saya ada terbaca kita boleh melambatkan mandi wajib selepas berjimak dengan mengambil wuduk sebelum tidur..

    tapi kalau lepas ambik wuduk, nak tido dah tentu kena peluk dgn hubby..batallah wuduk ustaz..

    macam mana tu, masih bole lambatkan mandi wajib ke kalau wuduk dah batal..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Wudhuk bukan sebagai ganti bagi melewatkan mandi wajib, wallahu a’lam.

    [Balas]

    ashleen karim Reply:

    Ustaz,
    ini petikan yg saya baca:-

    Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang ber[[jimak]] boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan [[solat]] [[Solat Subuh|subuh]], tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

    dah tentu pasangan akan tersentuh sbb satu katil kan ustaz.. keliru lah..so batallah wuduk..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sebab itu saya katakan wudhuk bukan sebagai ganti. Pernah dulu saya berpendapat, sekurang2nya dapat juga pahala wudhuk itu sendiri.

    Namun, ada pendapat mengatakan perbuatan tersebut adalah lagha (sia2).

    Hujah mereka lebih kurang begini: dalam keadaan berhadas besar, tidak mungkin dapat ditutup dengan hadas kecil.

    Mungkin saudari boleh cuba dapatkan pandangan2 lain dalam hal ini. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  59. Komen dari Siti Nur Ain:

    ♀ Sila jawab!!!

    ♀ Dalam bnyk2 sungai. Sungai ape yg paling berat?

    ♀ Hah jwb a kalo terel!

    ♀ Å ª

    ==

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Salah tempat komen ni… :)

    [Balas]

    siti Reply:

    Salam,

    Sorry yer, cian plak kat budak nie..Jwapannya Sg. Besi. ok

    W’salam

    [Balas]

  60. Komen dari insan:

    askum..apakah niat mandi wajib selepas haid,sedangkan ketika haid seseorang itu sekaligus pernah inzal?adakah perlu baginya untuk melakukan dua mandi wajib ataupun hanya satu mandi wajib dan apakah niatnya?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Cukup hanya satu mandi wajib dengan niat mandi wajib untuk kedua2 sebab tersebut. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  61. Komen dari aida:

    askum..
    saya hendak mandi wajib tapi terlupa dan saya mandi mcm biasa. masa saya sdg mandi, teringt pula tentang mandi wajib. jd, saya berhenti mandi dan keringkan badan. lepas tu, saya mandi wajib. sah ke?
    minta maaf kalau tidak faham. hehe.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah, tetapi sebenarnya tidak perlu dikeringkan badan terlebih dahulu. Malah tidak perlu berhenti pun. Teruskan mandi dengan memulakan dari atas (kepala) ke bawah. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  62. Komen dari iqs:

    saya nak tanya perlu tak kita mandi wajib sekiranya memasukkan sesuatu kedalam faraj.samada sengaja atau tidak.
    cth suami memasukkan jari kedalam faraj atau semasa pemeriksaan doktor?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak, kecuali mencapai klimaks, atau memasukkan zakar. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  63. Komen dari ashraf:

    assalamualaikum.
    saya ada sedikit kemusykilan yg ingin ditanya.adakah perlu menunggu utk mandi wajib atau blh terus mandi wajib sesudah keluar air mani/ berjunub? ini kerana ada kawan saya yg menuntut di sekolah aliran agama dahulu memberitahu saya bahwa kita kna tgu lbh kurang 5 jam br blh mandi wajib..harap bantu perjelaskan keraguan saya ini.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh mandi terus, tidak perlu tunggu. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  64. Komen dari ashraf:

    terima kasih di atas penerangan y diberi

    [Balas]

  65. Komen dari Sofea:

    Uztaz, saya pernah terbaca cara mandi wajib dilakukan dengan 3 kali jirusan di kepala, 3 kali dia bahagian badan kanan dan 3 kali di bahagian kiri. adakah itu syarat sah mandi wajib?

    sekiranya saya menggunakan ’shower’ bagaimanakah caranyer untuk berbuat begitu? haruskan saya berdiri di bawah ’shower’ dengan mengira sekali, lepas itu jauhkan dari ’shower’ kemudian berdiri lagi di bawah ’shower’ untuk di kira kali kedua dan seterusnya? dan haruskan menggunakan cara begitu untuk bahagian kanan dah kiri?

    atau cuma perlu berdiri saja dia bawah ’shower’ dan pastikan air dikenakan pada seluruh badan?

    tolonglah saya yang keliru ini. Terimakasih

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    3 kali itu sunat, bertujuan untuk meratakan air ke seluruh badan, dan secara tidak langsung dapat membuang perasaan was2.

    Apabila mandi ’shower’, maka tidak perlu untuk buat 3 kali. Cukup hanya mandi macam biasa dan pastikan air mengalir ke seluruh badan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  66. Komen dari saya:

    salam ustaz,
    1)bilakah waktu sesuai mngerjakan solat sunat hajat?
    1)dan bilakah pula waktu2 haram mengerjakan solat sunat hajat?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1. Waktu yang hening, supaya lebih mendatangkan khusyuk.
    2. Tiada waktu haram.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  67. Komen dari muomar bin abdullah:

    asalamualaikum,
    saya sebenarnya telah menetap di manila,philippines.
    apa yang perlu saya buat sekiranya makanan yang saya beli dimasak daripada kuali yang dimasak daripada makanan haram?
    tanpa mengetahuinya tetapi berasa was-was.

    adakah sembahyang saya sah?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Yang tak tahu itu tidak mengapa. Apabila sudah tahu, maka apabila berlaku syubhah, baik ditinggalkan.

    Sah solat pula adalah perkara lain. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  68. Komen dari muomar bin abdullah:

    salam kembali…
    ustaz..apakah ajaran shiah itu boleh diamalkan? atau ianya salah di sisi islam?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Shiah adalah satu puak dari agama Islam. Pada mulanya ia seperti pecahan mazhab. Namun hanya kekal pada imam ke-3 sahaja. Selepas pada itu, banyak ajarannya menyimpang.

    Oleh itu, kita yang mengamalkan ajaran quran dan sunnah berpendapat bahawa ajaran syiah itu salah, dan tidak wajar diikuti.

    Panjang kalau nak diceritakan. Saya cadangkan kita rujuk kitab2 sejarah, supaya kita tahu asal usul, supaya kita tidak menyimpang, dan supaya kita tidak mengata puak ini.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  69. Komen dari puss:

    slm ustaz…
    mcm mne nk buang rse was2 dlm diri?
    sye slalu was2 la

    [Balas]

  70. Komen dari studentz:

    ustaz..saya mahu tanya..kalau potong kuku atau rambut sebelum mandi wajib..boleh tak?? and lepas potong kita perlu mandikan sekali tak kuku or rambut yang dah dipotong tuh??

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh, malah lebih baik, kerana ia lebih menjamin kebersihan mandi itu sendiri apabila air lebih mudah mengalir dan tidak terhalang oleh kuku atau rambut.

    Tidak perlu dimandikan sekali. Yang kata perlu itu adalah bid’ah yang tidak baik, yang pernah popular suatu ketika dahulu. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  71. Komen dari ingin tahu:

    slm..apakah cecair putih yang keluar tapi bukan dlm keadaan terangsang? adakah perlu mandi wajib untuk itu?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    2 kemungkinan: keletihan yang amat atau tidak lawas buang air. Tidak perlu mandi, wallahu a’lam.

    [Balas]

  72. Komen dari Miss yt:

    Bila tengok video lucah akan keluar air jernih dan kadangkala klimaks. perlu mandi tak?

    [Balas]

  73. Komen dari noni:

    assalamualaikum ustaz

    apa hukumnya jika kita mandi wajib selepas haid dgn membaca niat ’sahaja aku mandi wajib kerana allah taala’ sebaliknya bukankah sepatutnya ’sahaja aku mengangkat hadas haid kerana allah taala ‘

    [Balas]

  74. Komen dari noni:

    bolehkah membaca niat mandi wajib semasa berdiri di bawah air shower yang sentiasa mengalir pada bila2 masa walaupun air tersebut telah mengalir ke salah satu anggota

    bolehkah memakai pakaian yang tidak dibalas dengan air suci contohnya seperti air yang ditadah dalam baldi walaupun ianya bukan air mutlak untuk solat

    [Balas]

  75. Komen dari noni:

    assalamualaikum ustaz

    jika seseorang yg baru habis haid membaca niat ’sahaja aku mandi wajib kerana allah taala’ semasa mandi wajib adakah sah mandi wajibnya kerana saya tlh terbaca bhw bg perempuan yg habis haid niat mandi wajibnya ialah ’sahaja aku mengangkat hadas haid kerana allah taala’.

    terima kasih

    [Balas]

  76. Komen dari ieda:

    salam..
    ustaz..
    sy nk tya..
    mcmane nk hlang kan was2 dlam mgakat wuduk dan solat???
    tolong trngkan…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Jika was2 itu ada sedikit sebanyak, didik diri supaya tidak was2. Didik diri supaya menerima seadanya, dan didik diri bahawa tiada yang sempurna di dalam dunia ini kecuali Allah s.w.t.

    Jika was2 itu sudah menebal, cuba cara ini. Selama 40 hari berturut2, setiap solat 5 waktu, baca surah Al-Falaq selepas Al-Fatihah rakaat pertama dan surah An-Nas selepas Al-Fatihah rakaat kedua. Insya-Allah penyakit was2 akan hilang.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  77. Komen dari aishah:

    ustaz,saya nk bertanya adakah kesan pen yg tertingal pada tangn boleh dilalui air?sah ke wudhuk?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Biasanya dakwat pen biasa boleh dilalui air, dan sah wudhuk jika terkenanya. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  78. Komen dari kencana:

    Salam,
    ustaz, boleh ke kita berwudhuk dgn mgunakan air mutlak yang dimasak dan dicampur dgn air paip biasa.( boiler air rosak ustaz, ssh nak ambil wudhuk di musim sejuk ni krn sy berada di UK ). sebab sy tak tahan sgt sejuk. smtara mnunggu jwpn ustaz mmg sy amik wudhuk tumpang umah kwn sbb ragu2. thks ustaz.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Boleh, sah dan tidak menjadi suatu masalah. Wallahu a’lam. ;)

    [Balas]

  79. Komen dari amir:

    salam
    boleh imam terangkan detail pasal air mutlak utk mandi wajib??
    saya hanya mandi wajib dengan air yang di tadah dlm tong
    arap imam dpt mmbantu

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Air yang Encik Amir gunakan itu sudah pun dikelaskan dalam air mutlak.

    Mana2 air yang tidak dicemari najis, dan mempunyai sifat fizikal asal, iaitu jernih, tidak mempunyai rasa yang nyata, tidak berwarna, adalah termasuk dalam air mutlak.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  80. Komen dari amir:

    alhmduliilah
    saya ingat air mutlak sekurang2nya dua kolah

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ini yang banyak orang musykil.

    2 kolah ialah ukuran air mutlak yang tidak akan dikira najis apabila terpercik najis ke dalam takungan air tersebut selagi tidak mengubah sifat air tersebut.

    Sekiranya air mutlak itu tidak cukup 2 kolah, maka apabila terpercik walau setitis najis, malah tidak berubah sedikit pun sifat air tersebut, maka sudah dikira najis air mutlak tadi.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  81. Komen dari amir:

    Terima kasih imam..

    [Balas]

  82. Komen dari sol:

    Assalamualaikum

    ini soalan saya:

    1)..sy selalunya mandi spt biasa dahulu spt sabun syampo dll sebelum mandi wajib..boleh ke?

    2)..niat saya ialah “sahaja aku mengangkat hadas besar untuk membersihkan tubuhku tunai kerana Allah taala” sah ke?

    3)suatu hari, selepas sy mandi wajib sy menyentuh kemaluan dan mendapati ada bau yang seperti air mani tetapi sy tidak pasti sama ada betul air mani atau tidak dan tidak kelihatan seperti air mani ..adakah sah mandi wajib sy ?
    sila iman memberi ketererangan
    t.kasih

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    1. Mandi wajib terus, tidak perlu sampai mandi 2 kali.

    2. Niat itu ialah mandi dalam keadaan sedar.

    3. Bersihkan segala kotoran semasa mandi, termasuk air mani.

    Saya ImamKhalid, bukan iman (harap dapat bezakan antara huruf m dan n).

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    sol Reply:

    terima kasih
    sy tersalah tulis pulak..
    nk cepat :D

    sah ke x mndi wajib sy?

    [Balas]

  83. Komen dari wahieda:

    a’kum imam…
    sah ke kalo saya mandi wajib niat’sahaja aku mengangkat hadas besar krn Allah Taala’

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah, yang penting anda sedar apa yang anda lakukan. Itulah sebenarnya niat. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  84. Komen dari ZILA:

    Assalamualaikum,
    ImamKhalid, kebiasaannya saya mandi wajib dengan niat dlm bahasa melayu, boleh tak klu saya nak dapatkan niat mandi wajib dlm bahasa arab kerana sy ingin menhadiri temuduga utk bernikah dan soalan ini akan di tanya dan pihak agama islam mahukan doa mandi wajib dlm bahasa arab.
    terima kasih.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Niat itu bukan bahasa, sebaliknya niat adalah cetusan hati. Jika hati berbicara bahasa Melayu, kenapa mesti mencetuskan niat dalam bahasa Arab?

    Jika penemuduga bertanya begitu, berikan jawapan tersebut kepadanya.

    Melainkan ditanya lafaz orang Arab yang hendak mandi wajib, barulah dijawab “Nawaitu raf’al hadathil akbari fardhon ‘alaiya liLlahi ta’ala”

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  85. Komen dari noor mazliyana bte mazlan:

    saya suka baca blok yg di tulis……..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih. Tapi saya bukan tulis blok, saya tulis blog haha.

    Macam kenal jer mazliyana bte mazlan ni. Dari mana yer? Class-mate dulu ker?

    [Balas]

  86. Komen dari atikah:

    hai, saya mewarnakan rambut mengunakan pewarna selain inai. maksudnya selama ini tidak sah laa mandi wajib saya? sekiranya rambut saya ini saya warnakan lagi mengunakan inai, adakah air boleh masuk ke rambut saya?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sah atau tidak mandi itu bergantung kepada rata atau tidak air tersebut ke seluruh tubuh termasuk rambut dan kuku.

    Sekiranya pewarna rambut tersebut meresap ke dalam rambut, bermakna air boleh melalui rambut. Jika pewarna tersebut menutup warna asal rambut, bermakna air tidak melalui rambut tersebut.

    Harap menjawab soalan. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  87. Komen dari ani:

    salam…

    ustaz…saya nak bertanya ni..kalu kita dalam haid bolehkah kita menziarahi kubur…dan mengikut jenazah’

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak boleh, haram. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  88. Komen dari norli:

    Salam imam,

    Saya baru berkahwin 3bulan lepas, soalan saya, jika saya bersetubuh pd mlm hari kemudian belum sempat saya mandi junub , saya datang bulan…jadi adakah slps saya suci saya dahulukan mandi wajib atau mandi junub…terima kasih imam….

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mandi junub dan mandi wajib adalah sama. Begitu juga dengan mandi nifas dan mandi wiladah. Kesemuanya adalah mengangkat hadas besar. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  89. Komen dari fiz:

    Salam ustaz,
    saya ingin tanye, saya mandi wajib, dan selepas selesai, saya dapati saya terlupa memotong kuku dan dlm kuku saya ada sesuatu yg menghalang air dari sampai ke hujung jari dan kuku tersebut, jadi, perlukah saya memotong kuku dan cuma basuh jari2 tersebut atau perlu kah saya ulangi mandi wajib ? terima kasih
    p/s: saya sedar tentang kuku lebih kurang 2 jam selepas selesai mandi

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Apabila air tidak sampai ke seluruh tubuh, maka mandi wajib tidak sah. Apabila tidak sah, maka dikira belum mandi. Jika belum mandi, maka sudah tentulah masih berada dalam hadas besar.

    Sekiranya disedari sewaktu mandi, maka bolehlah dicuci terus sewaktu mandi. Sebaliknya jika disedari sesudah mandi, maka eloklah mandi sekali lagi.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  90. Komen dari fiz:

    tapi ustaz, saya tak melakukan apa2 yang memerlukan saya untuk mandi wajib lagi skali… sbenarny saya pernah bertanya hal ini kepada muallim di tempat saya, dan kata nya, tidak mengapa selagi tidak melakukan perkara2 yang memerlukan saya untuk mandi(saya hanya perlu melalukan air di hujung jari tempat kuku di potong) .. jadi saya sangat confuse skarang .. lagi pun, rukun mandi wajib hanya ada 3, iaitu Niat, Menghilangkan kotoran & Meratakan Air .. saya buat ketiga2 rukun tu (selepas potong kuku saya)
    jadi, ustaz, tlg bantu saya.. insyaAllah..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tiada yang perlu di-confuse-kan.

    Rukunnya niat, menghilangkan kotoran dan meratakan air. Apabila tidak sempurna salah satu daripada rukun itu, maka tidak sah mandi itu.

    Meratakan air tadi tidak sempurna, sebab itu tidak sah. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  91. Komen dari aida:

    assalamualaikum,

    saya telah mengambil wuduk semasa mandi wajib, tetapi sebaik sahaja saya habis mandi wajib, wuduk saya batal. adakah mandi wajib saya juga akan batal ?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Mandi wajib tidak batal, wuduk sahaja yang batal. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  92. Komen dari muhd:

    salam ustaz,

    “Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah”

    maksudnye sijil halal yg dikeluarkn tu sbb pewarna tu xmangandungi najis…kalo pakai jgk still air x lalu kalo mandi wajib kn ustaz???
    mandi wajib x sah la kn ustaz…

    lg 1 cmne kalo pakai inai yg diproses mcm shurah ke???air lalu ke x??sbb de kwn sy pakai..sy pnah dgr kalo x silap inai yg diproses pon xbole..

    lg 1, de kwn sy pakai pewarna rambut…die kate bole..air lalu..sbb pewarna tu dr buah-buahan…sy pon terpikir,kalo bole cmtu mesti mase zmn rasulullah dulu da pakai pewarna dr buah-buahan..tp rasulullah sruh gune inai kn…

    wassalam…

    [Balas]

  93. Komen dari ohmelayu:

    patutlah depa tak suka no 13..jarang nampak pemain bola pakai no 13..

    [Balas]

    radi Reply:

    wei..aku men bola jersi no 13 k…

    [Balas]

  94. Komen dari nak tanya:

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya nak tanya, cuba ustaz baca entry kat wikipedia bahagian Melewatkan Mandi Wajib. Betul ke tak tu? http://ms.wikipedia.org/wiki/Mandi_wajib

    Saya quote:
    “Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.”

    Soalan saya boleh ke mengerjakan mandi wajib sejurus mengerjakan solat subuh sedangkan kita dilarang untuk solat selain selepas mandi wajib? Pening kepala hotak saya.

    Diharap ustaz dapat membantu. Sekian.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terdapat sedikit kesilapan teknikal, tertinggal perkataan “sebelum” di pertengahan ayat tersebut. Sila baca semula, wallahu a’lam.

    [Balas]

    nak tanya Reply:

    terima kasih ImamKhalid kerana menerangkan. Nampaknya dah ada orang edit.

    Sekian.

    [Balas]

  95. Komen dari Bunga:

    salam..

    sy mahu btanya kan perihal masalah ini kpd imam,harap jwpn yg jelas dpt diberikan:-

    1)perlukan bg seorang wanita yg menintik telinganya,melalukan air ke dlm lubang tindikan ketika mandi wajib?

    2)benarkan mbasuh pakaian menggunakan mesin basuh,tidak diyakini bersih untuk digunakan ketika solat kerana air yg akan btakung di dalam mesin tidak mencapai 2 kolah? jika benar,takkan semua pakaian harus dibilas semula selepas mgeluarkannya dari mesin basuh?

    3)(sambungan dari soalan 2).. jika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh itu boleh dibawa ketika solat,apakah hukum membasuh pakaian yg terkena najis sperti air kencing kanak2 atau org dewasa/air kencing haiwan peliharaan/air mazi/air mani/darah haid&nifas dibasuh sekali dlm 1 cucian yg sama dgn pakaian yg bibawa solat? setahu sy air mani dan haid jika tkena bju yg dipakai semasa solat,tidak mbatal kan solat..(betul kan sy jika sy silap). tp bagaimna najis2 yg lain seperti diatas??

    3)sah ke solat sekiranya tertelan sedikit air wuduk yg mengalir ketika membasuh muka atau selepas selesai mgambil wuduk?

    4)telekung mempunyai 2 helai. yang menutupi kepala sampai lutut(tudung sembahyang). dan yg menutupi pinggul sampai hujung kaki(KAIN SEMBAHYANG). boleh kan seseorang perempuan hanya memakai KAIN SEMBAHYANG yg tebal,tidak jarang dan bwarna gelap tanpa memakai apa2 didalam nya kerana diyakini tidak menampakkan bentuk mahupun warna kulit kaki beliau??

    5)boleh kan kita sebagai org islam,membeli anak patung seperti teddy bear mahupun barbie sekadar untuk hiburan semata2??

    6)selepas mandi wajib kerana bersih dari haid,boleh ke kita memakai pakaian yg dipakai(luar dan dalam) sebelum mandi wajib td dan memakai nya ketika solat??sekiranya tidak sah,bagaimana jika tidak mempunyai pakaian bersih yg lain seperti ketika bermusafir.

    maaf kan sy sekiranya soalan sy panjang lebar.. sy amat berbesar hati sekiranya imam dpt menjawap soalan2 sy dgn jelas.semoga imam diberkati Allah.amin.
    terima kasih..

    salam.

    [Balas]

  96. Komen dari radi:

    1) owh..so xpayah 3 kali jirus r kt stp anggota badan?
    asal rata air keseluruh anggota sudah sah mandi wajib kn?

    2) ade ke doa selepas selesai mandi wajib? peace no was2..

    [Balas]

  97. Komen dari nurul:

    salam.sy telah mewarnakan rmbut ngn shurah
    sebab sy yakin die dari inai
    dan tak nenunjukkan kesan warna sgt pada rambut sy
    tp setelah surfing2 dan ramai was2
    sy jd terpengaruh lak..
    sebelom ni yakin je
    :(

    [Balas]

  98. Komen dari nurul:

    dan..saye perlu potong rambut sy kembali ke??:-s huhuhu

    [Balas]

  99. Komen dari win:

    salam ustaz…..
    adakah sah jika sy mandi wajib menggunakan sabun dan syampu?

    [Balas]

  100. Komen dari kyul:

    salam..ustaz..semasa saya belajar kat sekolah agama dulu…ustaz yg mengajar subject munakahat bagitau..once mandi wajib, tidak perlu lagi ambil wudhuk utk solat lepas mandi wajib…tetapi ianya dikira ble kita tidak menyentuh kemaluan la…kalau mandi guna air paip yg deras…tidak perlu pegang kemaluan pun untuk meratakn air keseluruh badan kan? lagi satu…ustaz saya bagitau, mengangkat hadas besar bermaksud hadas kecil terangkat sekali…jadi tidak perlu ambil wudhuk…wudhuk tu sunat semasa sebelum start mandi wajib….

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...