Sokonglah blog theme designer kita di persada antarabangsa
27 January 2008
Pagi tadi aku terbaca berita gempar dari bro affuan tentang blog theme designer Malaysia yang masuk bertanding acara mencipta theme untuk wordpress.
Pertandingan yang dianjurkan oleh lunarpages ini terbuka kepada sesiapa sahaja dari seluruh dunia.
Hadiah yang ditawarkan berbentuk wang tunai sebanyak USD1,000 beserta perkhidmatan hosting 5 tahun percuma!
Percaya atau tidak, saudara kita xeroxaven dan eches telah berjaya sampai ke peringkat akhir di mana 12 design sedang dipertandingkan.
Masa aku vote tu, xeroxaven selesa berada di kedudukan ketiga daripada dua belas, manakala eches agak terkebawah dua anak tangga, di kedudukan kelima.
Kita kena berusaha untuk menyingkirkan Michal Uhrin (di tempat pertama) dan Mike Nocek (di tempat kedua).
Pertandingan telah bermula dari 22 Januari lalu dan akan berakhir 13 Februari ini.
Marilah kita sama-sama menyokong designer kita.
Jangan biarkan mat-mat saleh itu menang…
Pesanan buat xeroxaven dan eches: Nanti kalo dah menang jangan lupa aku punya 25% hahaha (dengan nada dalam citer 3 abdul)
Akhir kata, bertanding, bertanding jugak. Jangan sampai tak ingat Allah. Walau macam mana sibuk pun kita, solat mesti di awal waktu. Wallahu a’lam.
P/s: Tengok AJL sekejap. Bukan ape, bila tengok AJL, esok ada lah benda aku nak tulis kat Soleh.Net ni.




ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
27 January 2008 sekitar 11:40 pm
wuhuuu..terime kasih ImamKhalid
. haha.. 25% tuu..hehehe..
[Balas]
28 January 2008 sekitar 12:01 am
wak suka sangat kalo orang kita (walaupun indon sama malaysia, melayu jugak) sama2 bersatu berlumba2 dengan orang barat. wak nak vote jugak. vote itu bagimana caranya?
[Balas]
28 January 2008 sekitar 11:16 am
ya ya. sokong sama wak.
[Balas]
29 January 2008 sekitar 4:18 pm
Bangsa kita dah setanding dgn barat skang ni.
Jom pakat-pakat sokong orang kita. Dan jgn lupa beri sokongan kepada mereka yg bertanding!
[Balas]
29 January 2008 sekitar 7:52 pm
Celcom broadband kt bangi mcm siput..kadang2 je bleh masuk..Mekaceh banyak2 pasal tulis post pasal nih..pasni aku tulis kt blog aku sama bila line dah ok..terima kaseyyy imam!
[Balas]
29 January 2008 sekitar 8:45 pm
dr.xero & eches: Sama-sama kekasih
wak: Kalo nak vote, wak kena klik kat link lunarpages kat atas tu, pastu klik salah satu button (pastikan sama ada xeroxaven atau eches) dan klik button vote. Itu saje
affuan: Ko sokong wak nak buat hape? Sokonglah eches dan xeroxaven!
megat: Hidup megat
[Balas]
15 February 2008 sekitar 1:02 am
erm.. fath tu orang malaysia jugak la..
aku pun tak masuk.. kurang suka dengan pertandingan yg voting2 orang len ni.. banyak ketidakadilan.. lagipun, memang offline pun sebelum ni ..
secara jujur nyer, pertandingan ni mengecewakan la bagi aku.. kualiti dia rendah juga. Sebab aku dah pernah lihat hundreds of themes that are better than the finalist. contoh nyer mcm list ni:
http://speckyboy.com/2007/11/25/my-top-thirty-wordpress-themes/
apapun, sokong la sesiapa yg anda rasa layak menang. jangan hanya vote someone sebab dia malaysian. (dah tutup dah pun voting session ^_^)
author, selamat berkenalan, nak tukar link ?
ImamKhalid: Mmm, aku setuju tentang ketidakadilan tu.. Dalam blogging pun ada jugak permainan politik kotor…
P/s: Added you already, selamat berkenalan!
[Balas]