AJL-22: Apa kata anda?
28 January 2008
Anugerah Juara Lagu ke-22 berlangsung dengan penuh gilang gemilang malam tadi.
Para peserta bersiap sedia sejak petang semalam lagi. Para penonton pun tidak kurang hebatnya.
Ramai yang sengaja tertinggal solat Asar dan Maghrib. Barangkali AJL lebih besar dari agama? Tepuk dada, tanya iman.
Korang semua macam mana? Ada komen tak tentang AJL malam tadi? Aku pun tengok jugak sket-sket, saje nak buat modal sebagai juri profesional di Soleh.Net. Kui3
Sebagai juri, inilah yang aku dapat simpulkan:
- Kumpulan Jinbara dengan lagu berjudul Farhana bagi aku biasa jer, kedengaran dari jauh, agak kemas (masa tu aku tak tengok lagi, dengar dari dalam bilik jer)..
- Nora dengan lagu Samudera pun aku rasa agak basi, tapi vokalnya mantap, tak pecah atau sumbang atau pitching lari. Last-last, setelah sekian lama kegersangan tanpa juara, beliau akhirnya berjaya menjuarai kategori Etnik Kreatif!
- Siti Nurhaliza dengan penutup kepala tapi mendedah aurat, bagi aku suara dia tak berapa best, kurang power, tapi tang muka dia tu yang aku tak tahan, kiut siot…
- Fazli Zainal pulak, mula-mula mantap, lama-lama keletihan. Suara macam tak ikhlas jer nak keluar. Cannot go (bak kata orang Kelantan)..
- Fiq, disebabkan beliau pemain simpanan ajer, so tak berapa mantap laa bagi aku. Takde ke’macho‘an Faizal Tahir (Auww!)
- Mawi bagi aku memang sentiasa menghibur… Still power, rupa pun makin mengancam, segak dan kemas, nampak cam orang kaye (hampeh punya Mawi).
- Yang lain-lain tu aku takde nak komen ape2… biasa jer… Yang tak tahannyer, Estranged Juara AJL-22. Boleh cayer ker? Atau ada politik dalaman? Sama ada nak menaikkan kumpulan tersebut atau nak menjatuhkan pihak yang lain? (Sesedap rasa aku jer nak tuduh menuduh.)
Apa pun, kesian Faizal tahir yang kena ban 3 bulan takleh masuk TV. Dah lah 2 lagu tak dapat nyanyi. Takpe lah, nak buat macam mana, benda dah pun berlaku. Tak boleh nak di’reverse‘ balik.
Hari ni hari dia. Harap dia belajar dari kesilapan. Kita pun kena belajar dari kesilapannya. Bak kata pepatah:
Orang yang bijak sentiasa belajar dari kesilapan. Orang yang lebih bijak sentiasa belajar dari kesilapan orang lain. Manakala orang yang bodoh tidak pernah belajar apa-apa dari sesiapa sekali pun.
Bagi aku, dia (Faizal Tahir) tu ok, bagus, suara pun mantap. Tapi bila dia nyanyi fanatik macam tu, aku pun tak berapa suka. Tak elok dan tak sesuai dengan budaya kita orang Melayu yang sopan santun dan berbudi pekerti mulia (eceh).
Begitulah sembang AJL kita pada pagi ini. Siapa yang tak tengok AJL tu, baguslah. Takde faedahnya pun menatap AJL ni.
Kalau bagi yang tengok tu, takyah lah kutuk-kutuk ker, kondem mengondem ker, caci memaki ker, hina menghina ker, dan sebagainya.
Kerana yang tengok tu pun sama-sama masuk saham. Dapat jugak apa yang dikata.
Wallahu a’lam.




ImamKhalid seorang yang berperwatakan 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah yang berkisar tentang ibadah dan kehidupan. Gaya penulisan yang mudah difahami menjadi tarikan utama pengunjung ke blog ini. 


January 28th, 2008 at 8:55 am
Teman malas nak komen panjang panjang…
Tapi mlm tadi…Hajah mcm pakai baju hujan je…
Habis smua penari pun kena ikut supaya nampak matching..termasuklah yg lelaki…buruk bebenor kengkawan tengok…hai…entahlah…harap ada perubahan ke arah yg positif dari masa ke semasa…so suami memainkan peranan penting kat sini..so sendiri mau ingat…
January 28th, 2008 at 9:07 am
wak pun setuju dengan warnjohoe. yang nari2 tu slalu terkangkang2 macam haiwan piaraan cina aja. harap2 itu untuk sekian kali hajah buat macam itu. kurang elok untuk ditontoni
January 28th, 2008 at 9:14 am
btol2…
ramai yang sengaja tinggalkan solat maghrib dan asar, tapi kalau takde AJL solat tak?
segalanya akan balik kepada diri sendiri maaaaa… kalau dah memang pandang remeh solat tuh, waktu lapang pon ditangguhnye solat (termasuk aku haha)
dan kalau diambil berat solat tuh, letak pisau kat leher pon tetap akan solat kalau masuk waktu..
January 28th, 2008 at 9:31 am
Nak komen lebih-lebih tak leh nanti tambah saham. Kita tengok kat tv je. Walaupun dapat saham tapi solat tak tinggal lepas tu kejap-kejap tengok tv3 kejap-kejap tengok tv9 … halaqah, engkorang tak tengok ke? Tapi kalo yg pegi kat bukit jalil (ye ke?)tu tak konfiden aku. Walaupun start lepas maghrib, preparation start asar lagi. Bila balik letih, isya’ pun lepas, subuh pulak tu bangun lambat, nak kejar kerja dan sekolah lagi, makanya banyak solat yang dilepaskan.
January 28th, 2008 at 9:45 am
Kata kawan aku ‘… celebrity’. Yg dot-dot tak leh bagi tau sebab nanti orang marah.
January 28th, 2008 at 10:12 am
Warnjohoe: Yang memalukan sangat tu, masa diorang terkangkang2 tu, macam kata wakjoko…
wakjoko: Haiwan piaraan cina? Anjing ker? Hehehe buleh tahan mulut wak ni ek…
Terror of Death: Tepat sekali! Tepuk dada sendiri, tanya iman sendiri. Kenali diri kita, jaga diri kita, jaga solat kita, itu penting!
nazari: Halaqah? Oops, aku tak pernah berkebetulan dengannya. Takpe, next time boleh luangkan masa untuk Halaqah. Thanks for the info!
Syifa: Hmm, susah nak teka ni. Dot dot tu aper ek? Soklan cepu emas nih..
January 28th, 2008 at 12:07 pm
Nyaris tak tgk sbb takde mood nk tgk TV. Lg satu tak ingat lgsung smlm ada AJL. Alih2 bila pembaca berita tu ckp berita smpi situ je sbb nk bg laluan utk AJL, baru saya pasan. haha.
Erm, no komen la pasal nyanyi2 ni.. saya tareti nk menilai nyanyian diorg.
Tapi saya perhatikan dr segi pakaian tu, boleh dikatakan ok la. At least takde artis pompuan yg ‘berkemban’. heee.
January 28th, 2008 at 1:24 pm
ntah ler…xtgk plak bndak alah nih…
January 28th, 2008 at 2:55 pm
keputusan mlm smlm kire puas ati ar…
tak yah disangkal.. estranged memang layak..
lagu die best pe… melodi simple but sedap.. tahniah kepade generasi mude!..
January 28th, 2008 at 8:24 pm
uhm.. tak tengok pun
tapi agak tekilan kerana terlapas siti yang comey
>_<
bro soleh; mari bertukar-tukar link ye? link kamu sudah diletakkan
January 28th, 2008 at 8:58 pm
ixora: Ish, ixora. Pompuan yang berkemban mana ada masuk AJL. Anugerah Filem ada lah, macam citer “Isteri, Perempuan dan …”
melayubuntu: Bagus, memang takde faedah pun nak ditengok…
eza: Mmmm, estranged dah ada peminat nampaknya di sini…
SembangKomputer: Takpe terlepas Siti pun. Kurang sket dose ko.. Link added!
January 29th, 2008 at 9:11 am
aku x minat artis melayu. ahaha.
January 29th, 2008 at 11:01 am
ajl? ntah laa…. tgk gitu2 sbb bosan x tau nak watpe kat umah…
January 29th, 2008 at 9:14 pm
affuan: Abis tu ko minat artis mana, Nigeria ker Sudan?
palie: Aku rasa daripada ko tengok gitu2 jer sebab bosan, baik laa ko pasang tenet kat umah, pastu baca Soleh.Net ni sepanjang masa dan ketika. Ajak kawan2 skali
January 29th, 2008 at 11:30 pm
[...]Kepada semua rakan taulan pemberi komen bernas citer AJL ke-22 aku tu, terima kasih aku ucapkan. Aku pun tanak citer dah, muak mendengar kisah AJL yang tak best dan tak happening tu (sebab Faizal Tahir takde).[...]
January 31st, 2008 at 6:42 pm
faizal tahik xder..xbest la
kongrat la estranged.i like lagu tu