Pelayan harus bijak main peranan
30 January 2008
Memandangkan task aku di pejabat dah setel, aku ingat nak stretching urat-urat jari aku dulu lah.
Biasalah dah tua berumur. Kalau tak stretching, boleh krem otot-otot jari jemariku yang ‘muscular‘ ni.
Lagipun waktu masih awal, nak kuar makan pun tak lepas lagi masa ni.
Oleh itu, izinkan aku memberi sedikit tips kepada pemilik dan pelayan kedai makan (restoran, warung, kedai kopi, dsb), mahupun tukang masaknya yang takde keje tengah baca Soleh.Net ni.
Untuk memajukan sesebuah perniagaan kedai makan, pelayan memainkan peranan penting.
Pemilik kedai makan perlu memberi perhatian yang khusus sewaktu memilih pekerjanya. Latihan juga perlu diberi secukupnya.
Beberapa perkara perlu ditekankan, sama ada dari pemilik kedai makan atau pun pelayan itu sendiri. Untung-untung, pelayan boleh dapat tips dari pelanggan. Pemilik pula boleh dapat regular customer.
Antara perkara yang dimaksudkan ialah:
- Pakaian mesti bersih walau pun warung kopi biasa. Jangan yang ada hingus (air hidung) pun ko nak sauk lagi.
- Beri senyuman yang ikhlas (bukan godaan).
- Perkenalkan diri sewaktu pelanggan mula mengambil tempat duduk. Ni kalau kat hotel atau pun restoran eksklusif laa, kat warung buruk nak buat hape?
- Berdiri di sebelah kerusi pelanggan sewaktu mengambil pesanan, bukan di depan (tengok keadaan lah).
- Ulangi pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Tunjukkan yang kita dengar pesanan yang dibuatnya. Jangan buat bodo jer, lepas tu kang yang dipesannya lain, yang sampainya lain.
- Beri sentuhan mesra (pada yang muhrim) di bahu atau belakang pelanggan yang lebih kurang sebaya. Gosok-gosok sikit macam ngan member (kalo nampak tak selesa jangan dibuat).
- Ucapkan terima kasih (dengan penuh keikhlasan) bila pelanggan nak balik. Jangan lupa aqad “saya jual”, penting tu.
Begitulah antara tips yang pernah aku belajar sewaktu bekerja di kedai mamak, Restoran Bunga Raya di Kuantan satu masa dahulu (masa tunggu result PMR).
Kalau korang stay dekat area tu, nasihat aku tak payah pergi laa. Tak sedap makanannya.
Akhir kata, selamat menjamu pelanggan korang. Aku nak pergi menjamu selera. Sebelum makan bacalah doa. Selepas makan pun baca doa. Mudah-mudahan rezeki kita diberkati oleh-Nya.
Wallahu a’lam.



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
30 January 2008 sekitar 1:38 pm
I concur!
Pelayan should play their role effectively and be nice to all the customers. Sbb muka diorang yang first ditengok dulu
[Balas]
30 January 2008 sekitar 1:56 pm
wak tak penah jadi pelayan. wak tak pandai nak layan orang. wak tak tau nak cakap apa
[Balas]
30 January 2008 sekitar 8:10 pm
Tips ke-6 tu mcm kurang sesuai je.. eheh
[Balas]
30 January 2008 sekitar 9:33 pm
Yang ke-6 tu untuk seorang pelayan lelaki kepada member lelaki dia yang datang minum kat kedai tempat dia kerja tu jer. Takde kena mengena pun, saje selit buat lawa….
[Balas]
31 January 2008 sekitar 11:20 am
Buat lawa or buat lawak? ke saya yg silap lg(gelojoh nk komen sgt) kikiki
[Balas]
31 January 2008 sekitar 11:37 am
Kalo orang Kuala Berang, diorang suka guna ayat “Buat lawa”, yang bermakna, saje nak suruh jadi macam best sket arr…
[Balas]
4 February 2008 sekitar 1:57 am
salam…mohon permission nak link kan awk ye..thanx!
best bce blog awk..kwang3x!
[Balas]
4 February 2008 sekitar 8:50 am
Boley jer… Kalo rasa2 best baca Soleh.Net, jangan ketinggalan membaca Soleh.Net setiap hari. Langgan sekarang, klik sini.
[Balas]
4 February 2008 sekitar 1:25 pm
yohh.. banyak peminat dahh.. =D
[Balas]
4 February 2008 sekitar 2:45 pm
Harap2 berkekalan lah jua hendaknya, amin…
[Balas]
22 May 2008 sekitar 12:56 am
saya pn dah minat,klau 1hari xbaca x sah…:)
ImamKhalid: Terima kasih, azie!
P/s: Sesiapa lagi minat boleh tulis kat bawah ni, ok..?
[Balas]