Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam
21 February 2008 oleh ImamKhalid
Beberapa hari lepas, kita dah bincang tentang betapa pentingnya solat. Dalam tajuk Solat itu fardhu bagi umat islam, dapat kita simpulkan bahawa selagi kita bernyawa, selagi itulah solat difardhukan (diwajibkan) bagi kita umat Islam.
Kedudukan solat dalam Islam adalah teramat tinggi dan teramat mulia. Perkara ini telah diperjelaskan dalam sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” — Hadis riwayat Baihaqi.
Sanggupkah kita meruntuhkan agama? Tepuklah dada, tanyalah iman.
Sebelum kita pergi lebih jauh, aku nak tanya dulu. Pembaca Soleh.Net dah solat ker?
Kalau belum, pergilah solat dulu. Lepas tu jangan ke mana-mana, sambung balik baca Soleh.Net dengan penuh khusyuk dan tawadduk.
Dalam memperjelaskan kepentingan solat, Rasulullah s.a.w bersabda lagi, yang bermaksud:
“…dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan” — Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.
Uish, tak pedih ker baca sabda ni? Ibarat kepala di tubuh badan. Kalau takde kepala, memang tak hidup! Jadi janganlah kita pandang rendah perihal solat.
Yang setia dan tak pernah tinggal solat tu, alhamdulillah. Yang masih lagha dan main-main tu, bertindaklah segera, moga-moga masih belum terlambat.
Satu lagi sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:
“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”
Berat betul ibadah solat ni. Bukan seperti yang kita sangka. Bukan seperti yang kita amal. Harap-harap solat kita semua diberi petunjuk, supaya elok dihisab oleh Allah di Akhirat nanti.
Solat adalah rukun Islam yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah syahadah.
Menurut kitab Fiqh As-Solah, di dalam sesebuah solat itu terkumpul hakikat kelima-lima rukun Islam, termasuklah ucapan dua kalimah syahadah, zakat, puasa, dan haji.
Menakjubkan! Mengucap tu memang kita tahu. Tapi, macam mana boleh ada zakat dan haji pulak? Haa, inilah yang kita nak kupas hari ni.
Menurut kitab Fiqh As-Solah lagi, memberi salam merupakan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada orang lain.
Salam ini menepati pemberian zakat untuk menolong orang-orang yang susah supaya mereka pun hidup bahagia, aman dan sejahtera.
Solat itu sendiri merupakan zakat harian. Ini kerana orang yang bersolat demi kerana menunaikan kewajipan solatnya, dia telah merelakan dirinya menunaikan ibadah solat dan sanggup mengorbankan masanya yang berharga yang boleh digunakan untuk mencari harta kekayaan.
Jadi ketika dia menunaikan solat itu, bererti dia telah membelanjakan masanya yang berharga yang merupakan sumber untuk menghasilkan harta kekayaan untuk melaksanakan kewajipan solatnya.
Oleh itu, dia dikatakan seorang yang telah menzakatkan masanya untuk bersolat.
Malahan dia juga seorang yang telah menzakatkan hartanya kerana membeli pakaian keperluan solatnya sebagaimana orang yang berzakat mengeluarkan hartanya kerana kewajipan berzakat.
Selain itu, pelaksanaan solat itu telah merangkumi pengertian zakat dari segi bahasa, iaitu kebersihan dan kesuburan.
Dengan menunaikan solat bererti dia telah membersihkan waktunya dari perlakuan-perlakuan dosa sebagaimana zakatnya telah membersihkan hartanya.
Malah dia juga adalah seorang yang telah menambah dan menyuburkan lagi kebajikan dan pahala dari ibadah solatnya, sebagaimana zakat telah menambah dan menyuburkan keberkatan dan keuntungan kepada pemberi zakat.
Manakala dari sudut haji pula, menurut kitab Fiqh As-Solah, mengadap kiblat yang menghala ke arah ka’abah adalah menepati mengerjakan ibadah haji di Mekah. Sudut puasa tidak pula diterangkan dalam kitab ini.
Setakat ini sahaja aku nak sampaikan tentang kedudukan dan kepentingan solat.
Ini baru bahagian I, bahagian II akan menyusul tidak lama lagi, insya-Allah.
Sekian, wallahu a’lam.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
21 February 2008 sekitar 1:18 pm
Ooh,rupa-rupanya solat tu zakat harian kita ye? hmm.. baguslah artikel ni. Banyak benda yg saya baru tahu/sedar.
ixora’s last blog post..hooreeeyyy!!!
ImamKhalid: Itulah nikmat ilmu!
[Balas]
21 February 2008 sekitar 1:23 pm
erk, sempat baca separuh je.
Subuh tadi tertinggal.
huhu, pergi dulu na, nanti datang balik >_<
Muhammad Khairul’s last blog post..Locate32: Cari Dokumen Anda Dalam Sekelip Mata
ImamKhalid: Uiks, saper suruh ko tinggal solat subuh, heh? Berdosa besar tau, melainkan tak sengaja… Moga2 kita semua dipelihara oleh Allah s.w.t…
[Balas]
Nurul Reply:
February 13th, 2009 at 12:08 pm
kalau dah telajak,camne eh.misalnye tebagun kul 7 am ke.memangla i solat,tapi solat 2 dikire camne.bukannye sengaje pun dah bgun lambat.tapi 2 dulu la.skarang dah ok.tp ad msalah lain pulak.memba 1 bilik ni,x solat,dulu i slalu kejutkan die,dlu die bgun solat,tp skarang die wat bodoh je.i nak kejut pn jd malas.dosa ke i coz dah malas kejutkan die.help me……………..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 13th, 2009 at 8:50 pm
Itulah yang dinamakan solat qada’. Pasal kawan tadi, kejutkan selagi mampu. Jika tak mampu, pastikan hati kita rasa tak kena dengan apa yang sedang berlaku. Berbahaya jika kita sendiri berasa selesa dengan keadaan yang sedang berlaku. Di situ terletaknya nilai iman kita. Wallahu a’lam.
[Balas]
nurul Reply:
February 14th, 2009 at 10:47 am
tq.bnyk bnda lg nk tny tp rushing ngan asgment.c u nex time
[Balas]
21 February 2008 sekitar 10:15 pm
ades tak faham la apa yg diajar tuh.. kat mana nak click ye..
apis17’s last blog post..Joging + Hujan
ImamKhalid: Tak perlu klik apa2 pun. Takpe, aku dah siapkan satu post untuk memperjelaskan tentang linkback…
[Balas]
22 February 2008 sekitar 11:56 pm
Bagus-bagus post ni, insaf rasa hati ni beb
Semoga pahala tu dipanjangkan lagi.
Mr Ah Fa’s last blog post..Kisah Cengkerik yang Kasihan
ImamKhalid: Amin…
[Balas]
24 February 2008 sekitar 12:08 am
tak sangka adasolat yan diterima dan tak diterima… camner yer contoh yang tak diterima tu..? maaflah saya umpama saudara baru… baru nak kenal islam dan solat..
am’s last blog post..Super DUDE Update.. 6
ImamKhalid: Am, kita takkan tahu status solat kita, sama ada diterima atau tidak. Hanya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, jangan sesekali pandang rendah terhadap solat.
Namun begitu, kita diberi panduan secukupnya supaya solat kita diterima, termasuklah dari segi syarat sah, rukun, perkara wajib, sunat, makruh, haram, dan sebagainya.
Panduan ini ada tercatat dalam kitab suci Al-Quran dan juga sunnah Nabi s.a.w. Kita wajib berusaha untuk mencari panduan² ini, sehingga ke akhir hayat kita.
Ini kerana jika sekiranya ditakdirkan solat kita tidak pernah diterima, tetapi kita ikhlas mencari kebenaran solat ini, sehingga ke akhir hayat kita, insya-Allah kita akan selamat. Ingatlah, Allah itu Maha Adil.
Wallahu a’lam.
[Balas]
Nurul Reply:
February 13th, 2009 at 11:56 am
sometimes jd teleka dalam solat.afte solat je jd sedih napa aku x dapat solat ngan kusyuk.tapi tiap kali solat aku cube wat yang tebaik
[Balas]
25 February 2008 sekitar 10:49 pm
[...] p:s/ test link back ke soleh.net [...]
25 February 2008 sekitar 10:51 pm
dah buat linkback.. ada dapat ke?
apis17’s last blog post..Menemani isteri
ImamKhalid: Haa, dapat2. Kan dah pandai tuuu..
[Balas]
26 February 2008 sekitar 11:57 am
[...] Oi! Mr Ah Fa, bangun laa, subuh dah nak habis nih. Ingatlah wahai sahabatku Mr Ah Fa, bahawa solat itu fardhu dan betapa pentingnya solat. [...]
2 May 2008 sekitar 6:45 pm
salam ziarah…bgus tol artikel nih…sbenarnye tgh cari tmpt nk promot blog nih..hehehe…ape2 pon artikel yg bgus..nice blog
Muhd al fateh’s last blog post..Zikrulmaut…Mati,Mati,Mati…
ImamKhalid: Ceh sempat lagi tu. Anyway, welcome bro!
[Balas]
18 May 2008 sekitar 2:54 pm
memang bagus artikel ni.kita jgn tunggu dah baligh baru nak solat betul2.kalau boleh ajar anak2 kita yang dh tau kotor,bersih,sejak umur 3tahun utk sama2 smbahyang dgn ibu bapa dn ajar perlahan2 perbuatan solat, bacaan solat sehingga peringkat dia dah boleh baca sndiri….saya dah lakukan kpd anak2 saya,jgn tunggu cikgu yg ajar.cubalah dgn sabar,insyaallah mendpt berkat dan anak2 menjadi hamba yg soleh dan solehah
ImamKhalid: Terima kasih Azie di atas pandangan yang bernas ini. Harap2 dapat dijadikan contoh tauladan kepada kami semua. Amin..
[Balas]
18 May 2008 sekitar 8:42 pm
kalau solat,solat betul2 dn belajar cara nak khusyuk solat.kita memang xboleh nilai solat kita khusyuk ke tak,hanya Allah saje Maha Mengetahui.ada hadis mengatakan solat org yg tak betul2 mendirikan solat,di akhirat nanti Allah akan mencampakkan amal solat tu ke muka kita spt kain buruk…ini utk peringatan saya juga dan semua…sama2la kita perbaiki solat kita,amiin……..
ImamKhalid: Terima kasih azie, di atas peringatan yang sungguh bermakna ini…
[Balas]
29 May 2008 sekitar 7:23 am
[...] Alhamdulillah dapat juga aku sambung tajuk ini ke bahagian II seperti yang aku janjikan dulu dalam post Kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam. [...]
18 June 2008 sekitar 11:38 pm
[...] Artikel diambil dari penulis Soleh.Net [...]
27 August 2008 sekitar 7:13 pm
PENDAPAT PERTAMA
Wanita yg sedang haidz tidak boleh masuk ke dalam masjid dan tidak boleh berhenti di dalamnya.
Dalilnya 1: orang yg haidz sama hukumnya dengan org yg junub. Orang yg junub sudah jelas tidak boleh masuk ke dalam masjid kecuali sekadar lalu saja. Itulah sebabnya, Umar bin Khatab di akhir2 hayatnya telah mengirim surat kepada Qasim b. Abdul Rahman : “ Jgn jadikan masjid tempat mengadili orang, kerana yg akan menjumpai engkau termasuklah orang yg haidz dan junub.â€
PENDAPAT KEDUA: Wanita yg haidz boleh masuk masjid tetapi sekadar lalu sahaja dan tidak boleh berhenti (atas hajat yg penting).
[Balas]
ImamKhalid Reply:
August 27th, 2008 at 10:46 pm
Apa kena mengena komen ini dengan tajuk dan perbincangan di atas?
[Balas]
syahimi Reply:
September 1st, 2008 at 10:41 pm
saya sbnarnye hairan la…sebab sy x thu mcmne org khusyuk solat…sy sring x kusyuk dalam solat…bleh ustaz tlong trang kan mcm ne nk sruh tnang time solat
[Balas]
1 September 2008 sekitar 10:41 pm
saya sbnarnye hairan la…sebab sy x thu mcmne org khusyuk solat…sy sring x kusyuk dalam solat…bleh ustaz tlong trang kan mcm ne nk sruh tnang time solat
[Balas]
1 September 2008 sekitar 10:43 pm
sy t’silap niat solat witir….jd solat sy nie sah or tidak?????
[Balas]
1 September 2008 sekitar 10:49 pm
sy slalu mngusik ank dara org time blajar dlm klas…sy sring main msj yg bkan2 dgn makwe sy…adakah sy tergolong dalam org2 yg berzina..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
September 2nd, 2008 at 12:21 am
Syahimi, saya akan jawab semua soalan dalam satu kotak reply sahaja.
Untuk mendapat ketenangan dalam solat, tenangkan diri dahulu. Untuk khusyuk dalam solat, baca di sini:
http://soleh.net/2008/07/28/hikmah-solat/
Jika tersilap niat solat, solat tidak sah kerana niat adalah rukun. Tetapi jangan salah tafsir tentang niat. Niat bukan lafaz mulut, niat adalah sesuatu yang tercetus dari hati.
Perbuatan mengusik itu adalah berdosa besar. Main mesej dengan yang bukan muhrim juga adalah satu dosa besar. Ia tidak termasuk dalam dosa zina, tetapi mesti bertaubat di atas dosa yang dilakukan.
Wallahu a’lam.
[Balas]
8 August 2009 sekitar 9:31 am
as,kum sy saudara bru dlm blog ni.ada org tanye sy apa objektif solat dr segi zahir & batin?cmne nk jwb dgn btol ni…leh tlong x?
[Balas]
26 August 2009 sekitar 8:44 am
mga di tambahkan lagi penerangan yang berkaitan dengannya….
[Balas]
26 August 2009 sekitar 8:45 am
salam,
kedudukan solat wanita dan lelaki??
[Balas]
29 March 2010 sekitar 2:31 pm
Assalammualaikum…. pertama skali saya sgt suka blog nie bab byk info yg saya dpt.. kedua, saya berminat tuk jadi ahli…….
[Balas]
15 July 2010 sekitar 11:26 pm
aRTIKEL YANG BERMUNAFAAT. TQ
[Balas]
20 August 2010 sekitar 3:17 pm
Dalam solat pn ad puasa, mmg kita xleh mkn mnum dlm solat,pndgan mata telinga dan hati pun kne bepuasa,tumpuan pd solat je, pnah tedengar mcm tu, Wallahua’lam(“,)
[Balas]