5 laman web kegemaranku
24 February 2008
Ini kali kedua aku kena tag. Baik betul Mr Ah Fa kerana mengetag aku. Terima kasih aku dahulukan buatnya yang sedang enak dibuai mimpi.
Oi! Mr Ah Fa, bangun laa, subuh dah nak habis nih. Ingatlah wahai sahabatku Mr Ah Fa, bahawa solat itu fardhu dan betapa pentingnya solat.
Lepas solat ni jangan lupa pakai baju cantik-cantik, pastu pergi ke dewan. Orang ramai sedang menunggu kamu untuk penamaan calon.
Baiklah, izinkan aku memulakan hukuman sekarang!
Syarat dan peraturan:
- Berikan LIMA pautan (link) yang selalu dilawati;
- Tag lagi LIMA manusia di luar sana;
- Aku faham kamu kemungkinan besar ada laman-laman X-rated yang digemari tapi maaf ya, laman-laman sebegitu tak boleh dimasukkan ke dalam lima pautan kegemaran;
- LIMA manusia yang telah di-tag hendaklah dimaklumkan bahawa mereka telah di-tag; dan
- Akhirnya, wujudkan satu pautan aktif (active link) untuk orang yang telah men-tag kamu.
Lima pautan yang selalu dilawati:
- Utusan Malaysia, Harakah Daily: pentingnya isu semasa dari pelbagai “puak”;
- Nuffnang, Advertlets: nak tengok pendapatan harian
- Lelong.com.my: masa untuk membeli dan membelah!;
- MalayOLGA, YouTube: sumber rujukan & hiburanku di kala sunyi; dan
- Kamus Bhanot: ini penting masa aku nak komen blog omputeh.
Lima mangsa terhormat:
- Faris Fakri - kelihatan leka dengan kamera barunya ittew!;
- Eddie NH - nampak bersemangat luar biasa jer nak dekat PRU-12 nih;
- Am - pengomen terbaru: selamat datang!;
- [masih kosong]; dan
- [juga masih kosong].
Di hari penamaan calon yang mulia ini (cheh), aku ingat tak sempat nak menulis panjang. Nanti ada masa, aku update lagi.
Sekian, wallahu a’lam.



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
24 February 2008 sekitar 10:34 am
aiyo… terus kena tag ker… ok aje..
ImamKhalid: Sorry laa, aku takde orang lain dah aku nak tag… Ok aper, kira salam perkenalan dari aku arr…
[Balas]
24 February 2008 sekitar 12:03 pm
[...] pertama yang am tag untuk superhero pilihan. Yang kedua pula dari soleh.net memulakan tajuk sebagai 5 laman web kegemaranku am akan senaraikan [...]
24 February 2008 sekitar 1:21 pm
Wah,ada 2 lg tempat kosong. ELoklah tu.. harini kan penamaan calon. =p
ixora’s last blog post..mari bertandang ke bilik sebelah!
ImamKhalid: Aku tak sempat nak fikir tadi, risau aku takut2 terlewat sampai ke pusat penamaan calon. Nasib baik semuanya berjalan lancar tadi…
[Balas]
24 February 2008 sekitar 7:54 pm
Aikk.. apa nih? Kena tag lagi aku??? Iskkk… memang kurang asam gelugor betul Imam nih. Memang nak kena nasik kandar mamak baru duk diam nih! Ehehehe.
ImamKhalid: Dah nasib engkau, blalang. Aku yang tak bersalah ni pun turut menjadi mangsa kerakusan manusia!
[Balas]
25 February 2008 sekitar 12:51 am
Oi aku dah gi Kuala Tganu, dah balik semula pung ke Klang nih
Kikiki, makaseh Imam Khalid kerna membalas Tag-ku, terharu nih! Amma!
Mr Ah Fa’s last blog post..Yey! Kita adalah Zombie!!! Erk?
ImamKhalid: Lorr, apsal balik cepat sangat? Semalam lepas penamaan calon, aku free. Kalo ko call aku, boleh kuar minum. Yerlah, mengeratkan silaturrahim katakan…
Aku lagi terharu sebab ko bagi tau aku yang ko terharu sebab aku balas tag-ko..!
[Balas]
25 February 2008 sekitar 7:48 am
[...] I’ve told people many time, I am anti-social. Unfortunately this ‘tag’ from ImamKhalid (soleh.net) I couldn’t resist. According to this ‘tag’, I’m suppose to [...]
25 February 2008 sekitar 10:16 am
weh, jangan lupa undi aku ok. parti cap selipar! ekeke.
affuan’s last blog post..Ebooku
ImamKhalid: Parti cap selipar tak ada dalam list parti yang dibenarkan oleh SPR. Ko kena tukar jadi cap ayam, baru aku undi… Kui3x!
[Balas]
25 February 2008 sekitar 5:14 pm
hehe..ImamKhalid terase dihukum ke??hihi
cikF=)’s last blog post..KeHiDuPaN SpAgEtI….
ImamKhalid: Ish takde lah sampai ke situ. Cuma kebelakangan ni agak bz sket…
[Balas]
3 March 2008 sekitar 11:09 pm
[...] the chronology of this tag. I managed to tracked down the following blogs: AisyahRozi, NoktahHitam, Soleh.net, MrAhFa, Ixora, Aishah and Medcha. All of them have stated 5 of their favourite websites and [...]
7 March 2008 sekitar 12:20 am
imam, sekali aku di tag oleh catzer pulak da… ahahhaha
ImamKhalid: Ahakz, sian ko!
[Balas]
12 April 2008 sekitar 5:28 pm
Salam alaik..
Tag 2 apo kobondo yea? Tak tau sangat laa.. Baru jek nak berjinak-jinak ngan dunia blog ni.. Kiki~
Zatul’s last blog post..Accidentally in Boredom
ImamKhalid: Salam. Tag tu macam satu game. Bila kita selalu baca blog seseorang, lama² kita akan rasa kita nak tahu sedikit sebanyak tentang penulisnya.
Sebab tu wujudnya tagging² ni. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pengerat silaturrahim sesama blogger.
Selain itu juga, sebagai penaik ranking di mata Encik Google.
Selamat maju jaya!
[Balas]