Tips menghadiri temuduga kerja
2 April 2008 oleh ImamKhalid
Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.
Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?
Kejayaan awal
Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.
Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.
Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.
Setkan bahawa:
Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.
Persiapan awal: Kajian
Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.
Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.
Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.
Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.
Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.
Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.
No perfume, please!
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.
Dapatkan gambaran isu semasa
Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.
Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.
Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya.
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.
Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.
Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.
Akhir kata, selamat menghadiri temuduga. Semoga berjaya!
Wallahu a’lam.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
2 April 2008 sekitar 12:15 pm
baguslah tips2 ni.. boleh buat bekal eh,pedoman utk kemudian hari ni.. hehe
ixora’s last blog post..Cerita hari ini
ImamKhalid: Eh, ko skang ni tengah blaja ker? Aku tak tau pulak. Ingatkan ko dah keje…
[Balas]
3 April 2008 sekitar 12:04 am
[...] aku sempat gak masuk ke blog sorang Imam yang soleh nih. Dia kata dia ni Imam, tapi ngape dia bagi tips temuduga lak? Adalah dia ni seorang bos sebenarnya? Mungkin juga ade kebenaran di sebalik itu..haha.. Eh, apa la [...]
3 April 2008 sekitar 8:32 pm
suka dengan tip2 sebegini. semoga bermanfat
KNizam’s last blog post..Blogging From EON Service Centre, Glenmarie Shah Alam ! Hehe
ImamKhalid: Terima kasih!
[Balas]
6 April 2008 sekitar 11:40 am
LEr…kesiann, patut la lama tak menjelma pak imam kita ni, talian tipon problem kat umah baru ke? Acha chaaa
Mr Ah Fa’s last blog post..Apa rahsia kejayaan mereka itu ye kawan-kawan?
ImamKhalid: Itu yang aku sedih sangat tuuu….. Tensen!
Harapkan nama jer terletak di tengah² bandar, di antara dua buah sekolah, sekolah rendah sebelah kanan, sekolah menengah di sebelah kiri, 4 buah cyber cafe di belakang, apa lagi, semua serba lengkap.
Line internet pun takleh nak pasang..! Adakah ini gara² faktor politik yang sememangnya panas suam² kuku di Marang?!!!
Huarrrrrgggghhhhhh!!!!!!!!!
[Balas]
9 April 2008 sekitar 11:07 pm
btul2.setuju dgn tips ini
nUUr’s last blog post..evolusi kl drift
ImamKhalid: Terima kasih!
[Balas]
21 April 2008 sekitar 6:04 pm
wao keywords baek punya 8000 hits.. cayalah hehe..
ada adsense bagus nih..
apis17’s last blog post..wordpress bugs..
ImamKhalid: Ish bukan 8000 lah, dah nak masuk 13,000 dah ni. Tapi sayangnya adsense tak terima content macam ni…
[Balas]
24 April 2008 sekitar 9:10 am
owh…sape nak interview saye???cpat2..hihi
cikF=)’s last blog post..KeMbALi MeRePeK~
ImamKhalid: Aik, ini macam punya pesen pun ada? Wei, pegilah cari kerja. Ko iklan kat sini macamlah set2 interviewer tu nampak…
[Balas]
24 April 2008 sekitar 2:23 pm
Masih menunggu ke? menunggu talian internet dipasang…
saya pn menunggu gak ni. tunggu bila ImamKhalid nk apdet. hahaha
ixora’s last blog post..hari Sabtu saya…
ImamKhalid: Insya-Allah sikit masa lagi aku update blog ni. Diharap bersabar yer peminat2 sekalian…
[Balas]
28 April 2008 sekitar 5:57 pm
topik sebegini berbaloi untuk diketengahkan kerana ia melibatkan realiti kejadian yang bakal ditempuh oleh semua orang. mungkin ada antara mereka yang tidak mengetahui atau kurang pendedahan tentang tip-tip sebegini.
info bagus!
megat’s last blog post..Fanatik Siber
ImamKhalid: Terima kasih, megat!
[Balas]
30 April 2008 sekitar 5:57 am
Mano mung Along. Lamo gilo tok denga kaba berito. Aku rindu gilo ko mung. Yaakkkkk!! Tsepppp!!
Para pembaca yang budiman, jange saloh anggap kemesraan kami. Kami teman tapi mesra ahahaha.
Faris Fakri’s last blog post..iPod Classic
ImamKhalid: Maklumlah sibuk sket kebelakangan ni. Internet pun tengah waiting list…
[Balas]
3 May 2008 sekitar 8:38 am
Lamo bena mung sibuk long. Aku sibuk jugok tapi tadop la sapa gitumo lalu. Waiting list? Bakpo? Mung pindoh ghumoh ko?
Faris Fakri’s last blog post..Arisha Addina
ImamKhalid: Ho laa aku pindoh rumoh. Mu tok tahu ko? Sumo ore tahu doh aku pindoh rumoh. So kat tempat aku tu takde line internet lagi, gu.
[Balas]
5 May 2008 sekitar 9:51 am
baguslah tip ni…sy akn gnkn untk tmdga………tq
ImamKhalid: You’re welcome!
[Balas]
9 May 2008 sekitar 5:32 pm
Salam imamkhalid,
Saya suka tips2 ni… Nak minta izin letak dalam blog saya boleh ka?
nak dikongsikan dengan pembaca blog saya.
emme’s last blog post..Aku Menang Lagi : Dalam Pertandingan Comment Master Duo – earncent.com
ImamKhalid: Boleh, silakan. Tapi jangan lupa letak kredit yer..?
[Balas]
4 June 2008 sekitar 8:48 pm
KEJAHATAN ULAMA
Sejarah menunjukkan pada kita, bila ulama-ulama yang menganut agama dari Nabi2 atau agama yang akhir sudah terlalu jahat, itu pertanda bahawa Tuhan akan datangkan Penyelamat. Artinya kalau di zaman masih ada Rasul maka seorang Rasul yang akan didatangkan, tapi selepas Rasul tak ada lagi maka bila ulama sudah jahat sangat itu tanda penyelamat yang bukan Rasul akan datang. Memang sebelum masyarakat rosak, sebelum rakyat rosak, ulama dirosakkan oleh Tuhan lebih dahulu. Itulah yang dikatakan ulama suk atau ulama yang jahat.
[Balas]
1 September 2008 sekitar 4:48 am
dah lama aku tak pegi temuduga sejak dah ada keje nih. Tak berniat pun nak tukar keja..:D
Entri terkini bantingboy: 5 Acne Preventation Tips For Girls
[Balas]
12 September 2008 sekitar 9:22 am
bagus ek bgtauntips tu. sekurg2nya blhlh bersedia utk interview. secara kebetulan next week sy g interview
[Balas]
6 November 2008 sekitar 12:47 am
Salam utk semua….,
Disamping menggunakn tip2 utama yg diberikn oleh sahabat2 kita.
Bekalkn pula dgn petua org tua lame kita dmana bile mrk nk berhadapan dgn org2 besar dulu spy permohonan dpt diterima. Jd,boleh digunakn bila berhadapan dgn penemuduga yg menyoal kita. Lembut dan kasih hati penemuduga bila berhadapn dgn kita,insyaALLAH akn diambil bekerja..
Hubungi ; rahman_3575@yahoo.com.my
[Balas]
13 January 2009 sekitar 8:18 am
aku da keje tp x di intebiu pun. tingin gak nk rs camne di intebiu.
[Balas]
14 January 2009 sekitar 4:23 am
esok aku ade temuduga..terima kasih dengan tips2
[Balas]
11 February 2009 sekitar 10:30 pm
Tips Yang padat dengan isi penting..terima kaseh Imam..
Entri terkini blog Ayu.. Mandi WAJIB Nampak Mudah Tp Penting
[Balas]
4 March 2009 sekitar 7:53 am
Assalamualaikum.. terima kasih di atas tips2 ni.. mmg sgt2 membantu. InsyaAllah 10/03 ni saya akan temuduga utuk jawatan pen. pegawai siasatan SPRM. Iman dokan saya ye.. Of course setelah berusaha,saya juga akan berdoa utk kejayaan saya dlm temuduga ni.. Mudah2an Allah memudahkan segala hal pd hari saya ditemuduga itu nanti InsyaAllah..
Akhir kalam.. Syukran & Assalamualaikum..
[Balas]
22 March 2009 sekitar 2:51 pm
thanx utk tips ….. doakan aku berjaya utk temuduga gak
[Balas]
28 March 2009 sekitar 4:24 pm
alhamdulillah…
sekarang saya udah tenang skit nak g interview JPA ( 1.4.09 )
dan interview TNB ( 9.4.09 )
harap2 dapat ler schlarship..
anyway thanks..
this tips relieves me a lot..
xD
salam
[Balas]
3 May 2009 sekitar 6:19 pm
assalamualaikum,,
thnks utk tips2 diatas..
sgt berguna ntk hari2 seterusnya yg bakal dilalui..
semoga berjaya utk semua calon yg bakal dtemuduga!
[Balas]
11 May 2009 sekitar 6:37 am
tips2 tu okeyla jugak. thanks yaa..da interview minggu depan, tapi da get ready awal2 dah..papepun thanks untk tips2 tuuuuuuuuuu
[Balas]
13 May 2009 sekitar 12:04 am
bagus a tips ni, thx byk2.esok ader interview lh..wish me luck..
nk post tips ni dlm blog sy leh x?
[Balas]
22 May 2009 sekitar 8:28 am
1hb jun ni da interview harap2 saya berjayala bab da lama berharap dapat keja tetap.moga-moga rezeki anakla kali pulak.amin………..
[Balas]
22 May 2009 sekitar 8:31 am
insyalah berjaya n yakin selepas baca tips yang diberikan diatas. hadiah paling berharga dapat jawatan 2 walaupun taklah setinggi mana jawatan 2 yang penting keja ngan kerajaan
[Balas]
25 May 2009 sekitar 10:10 am
tip2 yang diberikan memang bagus, tapi saya rasa untuk swasta…untuk mendapat kerja di agensi kerajaan perlu ada kabel….lagi senang dapat betul tak?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
May 27th, 2009 at 11:14 am
Salah sama sekali. Kabel tidak menjanjikan apa2.
Kalau tak percaya, cuba saudara mohon jawatan kerajaan dengan menggunakan kabel terbesar yang saudara ada, dengan berbekalkan sijil2 biasa.
Kemudian, bandingkan dengan rakan2 yang memohon jawatan yang sama, dengan tiada sebarang kabel, tetapi berbekalkan sijil2 dan pengalaman yang mantap.
Tengok siapa yang dapat. Wallahu a’lam.
[Balas]
biey Reply:
October 27th, 2009 at 10:55 pm
tima kash sgt3 pd y bg tip2 ni
erm..biey hrp ngn tip ni b berjaya temuduga nnti
doakan kjyaan biey pd 13/11/2009 ni k
smga tuhan j dpt mmbls….
[Balas]
4 June 2009 sekitar 10:16 pm
Salam.
Terima kasih sbb tulis tip temuduga ni…
sok org nak interview cikgu
la ni sandaran je..
dah lama doa tak penah give up..
Maha Kaya Allah…
rasanya mcm xcaya…
Allah la kabel saya….
[Balas]
16 July 2009 sekitar 2:02 am
huhu..esok temuduga nih..
[Balas]
23 July 2009 sekitar 11:00 am
Bagus juga klu lakukan tips ni. Semua bergantung kpd kekuatan dan pengetahuan seseorang itu sendiri.
[Balas]
27 July 2009 sekitar 9:26 am
RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Assalamua’alaikum & Salam sejahtera
Kepada pencari kerja & bakal2 calon yang akan hadir temuduga, dapatkan tips-tips berguna daripada E-Book Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. E-Book ini telah muncul dengan Versi ke 2 yang telah dikemaskini dengan tips2 terkini.
Ebook ini membongkarkan teknik-teknik dan rahsia menghadiri temuduga agar anda dapat lulus dan berjaya bekerja di sektor kerajaan
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=berjaya
http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=berjaya
[Balas]
21 August 2009 sekitar 11:19 pm
assalamualaikum…bagi saya, kerja sekarang ni memang susah dapat…tapi apa yang saya lihat,,orang yang sangat memerlukan kerja susah sangat la nak dapt.yang banyak enjoy tu la yang ada je keje best2.bagi orang yang nak berumahtangga ni, nak mencari duit utk kahwin,susah seksanya nak dapat….!kalau takder kerja,lewatla kawin.duit pun takda…tapi mungkin ini semuanya ada hikmah.
[Balas]
21 August 2009 sekitar 11:25 pm
bila pikir-pikir sedih tengok kehidupan orang lain.kesian tengok abang!mintak kerja polis 5 kali,askar 3 kali,pembantu am,dan yg lain-lain lg…x dpt jgak.cume hrp panggilan bulan 9 ni iaitu tentera udara.mudah-mudahan dapat la hendaknya amin….orang lain pandang sebelah mata jer..ingat duk lepak jer pe…padahal dah macam-macam usaha…rezeki takda lagi…
mintaklah Allah beri rezeki kali ni amin….Ya Rabbal A’lamin…..
[Balas]
5 October 2009 sekitar 12:23 pm
assalamualaikum…tips yg bagus utk dikongsi bersame..kepada yg dah bc tips yg bermanfaat tue..harap2 sume lulus temuduga yg dihadiri..n jgn lupe..bile dah dpt keje yg diidamkan..jgn lupe brsyukur pd yang MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG
[Balas]
24 December 2009 sekitar 9:27 pm
Tips yang berguna bagi sesiapa yang nak pergi temuduga..;p
[Balas]
22 February 2010 sekitar 12:36 pm
bgus gak la blog ni..ari ni akuade tmu duga ngan tnb hrap aku dapat la jwatan ni wlaw bkan bsarmane jwatan ini. yang pting aku dpat bkje d bwah krajaan
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 22nd, 2010 at 12:42 pm
Bila masa TNB duk bawah kerajaan?
[Balas]
23 February 2010 sekitar 6:48 pm
saya tengah takut ni. saya dpt intvw eksekutif unit peperiksaan, tapi tak tau apa-apa pasal tu.
[Balas]