Perisian Q10 tingkatkan tumpuan menaip, tulis blog
27 June 2008Aku di sini sedang mencuba satu produk baru berupa sebuah perisian komputer yang diberi nama Q10.
Apa yang menarik di sini ialah ia memberi kita kecepatan dan kecekapan dalam berblog.
Tidak melampau kiranya aku katakan ia mempercepatkan dan mempercekapkan penulisanku 4 kali ganda berbanding biasa. Dahsyat kan?
Rahsianya, perisian ini apabila di-run-kan, ia bertindak menggelapkan keseluruhan skrin dan menyahkan segala gangguan lain di PC kita terutama IM seperti YM, Skype, dan sebagainya.
Ia bertujuan untuk membantu kita supaya khusyuk dan tawadhuk dalam penulisan.
Jadi setiap kali kita run-kan perisian Q10 ini, kita tidak akan diganggu, sehinggalah penulisan kita siap sepenuhnya.
Untuk memastikan kita tidak melalut membabi buta, perisian ini dilengkapi dengan penggera (alarm) supaya kita terjaga dari “keghairahan” menulis.
Tak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan bunyi mesin taip yang membuatkan kita rasa macam best jer semasa menulis.
Baru 2 minit tadi aku muat turun versi asas, dah banyak aku tulis. Laju kan?
Selain versi asas, ada disediakan versi ‘spell-checker‘ untuk penulis berbahasa Inggeris.
Senang cerita, aku memang rekomen sangat-sangat kepada semua para blogger kita terutama Affuan yang banyak sangat nak kena maintain blog, agar menggunakan perisian yang cukup ringan dan penuh makna ini.
Aku pasti Mr Ah Fa dan Ixora serta Nono (yang kata blog aku bersawang) tentu suka dengan perisian ini.
Tak tau cara nak guna? Senang jer, mulakan dengan run-kan perisian Q10 ni, baca bismillah dan mula menaip.
Takyah pikir apa-apa lagi. Bila dah siap baru tekan F1 untuk bantuan. Di situ akan diberi tips and guides tentang bagaimana cara nak guna perisian ni.
Apa pun, semua command yang diberi adalah standard command. Tak payah nak pening-peningkan kepala.
Zuriaf (ping keji skali!), bila lagi ko nak ajak CikF=) guna perisian ini? Encik SK mesti jeles dengan aku.
5 minit, dah siap pun post aku. Jadi apa kata kalau aku bagi tajuk post ini: “Q10 jimatkan masa aku!” Oook lah tuu!
Wallahu a’lam.




ImamKhalid seorang yang berperwatakan 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah yang berkisar tentang ibadah dan kehidupan. Gaya penulisan yang mudah difahami menjadi tarikan utama pengunjung ke blog ini. 


June 27th, 2008 at 11:29 am
sy tak kisah sgt lambat ke cepat.. sbb saya suka edit blk entri sy lps publish. hehee
ixora’s last blog post..Three minutes…
ImamKhalid: Yang bestnyer, kita akan jadi asyik dan akan menaip dengan penuh feeling. Editing lepas siap tu biasalah…
June 27th, 2008 at 11:38 am
Apokobondo nih? Nanti haku try.
Affuan’s last blog post..Buang Semua KUDIS Itu
ImamKhalid: Baik ko try sebelum ko mem-procrastinate-kan diri ko dengan kerja2 penulisan blog ko yang bertambun ittew!
June 27th, 2008 at 11:39 am
x jeles pon! aku nak cuba skang, wahaha
MK’s last blog post..Hantar SMS Percuma Dengan Chawt
ImamKhalid: Bagus, tak baik berlengah2 hehehe… Anyway, aku dah register chawt tu. Tapi tak guna lagi. Ko pasti ker ia free dan betul2 free? Kang tak pasal2 masuk bil @ hilang prepaid…
June 27th, 2008 at 1:11 pm
memang keji!! muahahaha…
nanti aku ajak la dia ye
ImamKhalid: Muahaha memang sememangnya keji, sebab ko ajak dia tapi tak ajak aku sekali hahaha…
June 27th, 2008 at 5:08 pm
Hoh? Haku pon nak try jugak sey
ImamKhalid: Mmm boleh, cubalah!
June 27th, 2008 at 9:05 pm
Imam Khalidddddddddddd! Entry ni creative jugak.. Hmm sekarang kamu punya style baru menulis entry eh. Sure, i will download it after this. Nak test-test.. Thanks YO!
ImamKhalid: You’re welcome, Nonoooooo! Hahaha banyak lah ko punya “style baru” konon..
June 28th, 2008 at 1:40 am
Uisshhh.. Macam best jer..
“membantu kita supaya khusyuk dan tawadhuk dalam penulisan” wahh best best..
Rizwan’s last blog post..I HATE YOU..BUT YOU TASTE GOOOOD..
ImamKhalid: Bukan aper, kalau aku kata leka dan asyik kang, nampak lagha dan melalaikan pulak. Khusyuk dan tawadhuk tu barulah alim sket bunyinyer…
Tapi serius, best! Aku guna buat kerja jadi cepat jer nak siap. Cubalah!
June 28th, 2008 at 7:30 am
rasenye takde lak aku kena caj pa pe.. cuma ada ad je, 15 mesej je sehari, huhu
MK’s last blog post..Hantar SMS Percuma Dengan Chawt
ImamKhalid: Ooo begitu….
June 28th, 2008 at 12:40 pm
waa,, best gak tuh. aku menulis sambil hati meronta2 nak bukak mender lain. hehe.
Affuan’s last blog post..Buang Semua KUDIS Itu
ImamKhalid: Owh, ko belum cukup serius tu. Apa kata lepas buang kudis tu, ko cuci sket pakai ubat kuning? Muahaha!
June 30th, 2008 at 1:07 am
hehehehe… eh tak keeee??? style lame eh? hahhaha
ImamKhalid: Tak sure lah. Rasanya takde apa2 pun yang baru. Still the same lah…
July 1st, 2008 at 6:32 pm
[...] I hate waiting to give away prizes, so i will make this short. A few days at least. You can use Q10 to type fast.I can’t let it go over 5000 links, obviously. What? Korang nak aku POKAI [...]