Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

3 keadaan istinjak dengan batu tidak sah

22 July 2008 oleh ImamKhalid

Batu sebagai salah satu alat istinjak Istinjak bermaksud menyucikan diri daripada najis. Soal sah atau tidak sah dalam bab istinjak sebenarnya tidak timbul.

Ini kerana istinjak yang tidak sempurna menyebabkan seseorang itu tidak suci, bukannya suatu yang boleh diukur samada sah atau pun tidak.

Proses istinjak boleh dilakukan menggunakan 2 kaedah, iaitu yang pertama menggunakan air dan yang kedua menggunakan benda kesat seperti batu.

Namun, terdapat 3 keadaan istinjak dimana menggunakan batu adalah tidak dibolehkan. Keadaan ini ialah:

  1. Najis cair yang meleleh;
  2. Keluar sesuatu benda yang sempurna sifatnya; dan
  3. Lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena batang zakar.

Penerangan Terperinci
Terdapat 3 keadaan di mana istinjak dengan batu tidak dibolehkan. Ini bermakna istinjak menggunakan batu bagi ketiga-tiga keadaan ini adalah tidak menyucikan.

Akibat daripada tidak menyucikan ini, bermakna jika cara ini digunakan juga, ibadah solat seseorang itu adalah tidak sah, kerana dia tidak suci daripada najis.

Ini juga bermakna, dalam 3 keadaan ini, seseorang itu mesti mendapatkan air mutlak untuk beristinjak. Air mutlak bermaksud air yang suci lagi menyucikan.

Air yang suci lagi menyucikan (selain daripada air laut) ialah air yang kita sanggup untuk minum.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu punca air itu (seperti air perigi lama) kita tidak tergamak untuk meminumnya, mungkin kerana baunya yang busuk atau pun warnanya yang keruh, air itu tidak dikira sebagai air mutlak.

Baiklah, berbalik kepada topik asal.

Keadaan pertama ialah najis cair yang meleleh. Keadaan seperti ini adalah seperti cirit birit. Cirit birit yang (sebagai contoh) meleleh ke kawasan dubur dan seterusnya ke kawasan peha, mestilah dicuci dengan air mutlak.

Secara logiknya, mustahil untuk kita mengesat batu ke seluruh kawasan peha itu, dengan harapan kesan-kesan najis cair itu akan terhapus daripadanya. Mungkin menyakitkan!

Keadaan kedua pula ialah apabila terkeluar sesuatu yang sempurna sifatnya dari dubur. Sebagai contoh, terkeluar cacing yang hidup, atau pun terkeluar sebiji buah yang sempurna sifatnya, atau pun nasi yang tidak hadam, dan sebagainya.

Keadaan ketiga ialah orang lelaki yang air kencingnya meleleh sehingga terkena pada batang zakar. Sekiranya najis tersebut hanya mengenai kepala zakar tersebut, ia dimaafkan dan tidak termasuk dalam 3 keadaan ini.

Perbandingan logik akal bagi keadaan kedua dan ketiga juga boleh disamakan dengan keadaan yang pertama tadi.

Fakta tambahan bab istinjak
Seandainya najis keluar dalam keadaan keras, tidak terkena pada dubur, seseorang itu tidak perlu istinjak. Boleh terus bangun, pakai seluar dan pergi kerja. Walau pun kedengaran lucu, begitulah yang dinyatakan dari kitab yang dirujuk (lihat di bawah).

Selain daripada mengambil batu untuk dikesatkan pada dubur atau qubul, seseorang itu juga boleh mengambil dubur atau qubul itu sendiri untuk dikesatkan pada permukaan bahan istinjak itu, seperti dinding, batu besar, tiang, dan sebagainya.

Proses istinjak menggunakan batu tidak diwajibkan dikesat 3 kali. Walau sekali kesat pun, seandainya diyakini bersih, tidak perlu lagi diulang untuk kali kedua.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Kitab Bahrul Mazi

 

29 komen

  1. Komen dari Mohd Yusof Abd Jalil:

    Terima kasih. Baru saya tahu rupanya ada juga keadaan sebegini.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sama-sama! :)

    [Balas]

  2. Komen dari wakjoko:

    wak blom pernah guna batu untuk istinjak. kalau kat sini memang tak penah takde air. syukur pada tuhan…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Alhamdulillah :)

    [Balas]

  3. Komen dari !x0r@:

    erm,sama la macam wakjoko tu.. saya pn blom penah guna batu utk istinjak

    p/s – wah,dah tukar cat rumah.. raya lambat lg ni.kuikuikui

    !x0r@’s last blog post..should it be private or public reading?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Takpe, anggap ia sebagai suatu ilmu tambahan dalam bab bersuci.

    P/s: Ni bukan sekadar cat, renovate habis, perabot2 pun dah tukar, ada yang tukar tempat jer. Sebab tu kalau perasan, loading laju sket berbanding dulu…

    [Balas]

    !x0r@ Reply:

    aah.. banyak perubahan sebenarnya. cuma pagi tadi kelam-kabut nk keluar, sempat baca sepintas lalu dan komen. (kang kalo tak komen ibarat tak basuh berak plak) hahaha

    walau apapun, theme baru ni lg best dan lg cool! :D

    !x0r@’s last blog post..Ok,it’s private!

    [Balas]

  4. Komen dari mrahfa:

    whoa, mantap enty ko hari ini imam, suka betul aku membacanya, keep it up my fren!

    Btw, theme ko makin cantik le :-D

    Fuhh!

    mrahfa’s last blog post..Journey Ahead, It’s Far But It’s Possible

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Thanks, bro! :)

    And thanks again! ;)

    [Balas]

  5. Komen dari affuan:

    malaysia banyak air lagi wei. hehe.

    affuan’s last blog post..Dead Tim Russert

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Memang banyak air. Tapi cuba ko bayangkan sedang ko leka memnbuang kat sebuah tandas moden, yang jenis kita hulur tangan kuar air.

    Bayangkan tiba2 air ada, tapi sensor dia rosak, yang bermakna air tak keluar lah. Ko pun carilah kot2 ada batu nak buat istinjak, kononnya. Cari punya cari, takde sebijik batu pun kelihatan dalam tandas moden tu.

    Tiba2 masa tu baru ko teringat, kat Soleh.Net dulu ada penah bagi tau yang istinjak dengan mengesat dubur pada dinding pun boleh jugak. Masa tu lah baru ko nak berterima kasih kepada aku.

    Dah tu tiba2 pulak, baru ko teringat yang najis ko tu cair dan meleleh. Masa tu lah baru ko teringat yang keadaan ko itu tidak membenarkan istinjak dengan mengesat dubur pada dinding…

    Tidakkah info ini sangat berguna? :twisted:

    [Balas]

  6. Komen dari KNizam:

    suka dengan tazkirah sebegini sekali sekala. hehe :)

    KNizam’s last blog post..KNizam Artwerk Is Using “FireBug Theme” from Blog Oh! Blog

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih! ;)

    [Balas]

  7. Komen dari zuriaf:

    aku ade tau gak sket² pasal ni dulu..cuma tak terperinci sangat macam ni…hahaha..trimas imam..

    p/s – err…macam ade sedikit kaitan dengan entri aku lak kan..hahaha..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sama2… :)

    Erk! Kaitan yang macam mana tu? Kebetulan kot…

    [Balas]

  8. Komen dari nikillas:

    hurm.. ada gak kes² sebegini ye.. x tau plak.. nice info..

    nikillas’s last blog post..Winamp Llama Head Bangging – Revisit..

    [Balas]

  9. Komen dari cahaya:

    Salam.. nak tny. tak de kene dgn batu tapi dlm lingkungan istinjak… ada seorang ni… dh menjadi tabiat selama ini kalau buang air besar mesti nak pancutkan air dlm dubur.. tk kisah lah.. tapi membazir jugak air tuh… katanya memudahkan pelancaran..heheheh.. tapi menjadi masalah dia bila pergi ke tandas yg tiada paip getah.. sanggup cari tempat lain janji ade paip getah.. masalahnya… adakah terbatal puasanya jika dia buat perkara demikian di bulan puasa atau sedang berpuasa di siang hari.. sbb setahu saya memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan boleh terbatal puasa. Tolong komen Ustaz.. Terima kasih….

    [Balas]

    cahaya Reply:

    alahhhhhh…tak jawab ke… mak aku tggu ni jawapan… org tua kan selalu pose sunat… tak jawab tak pelah.. ;)

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Maaf lambat jawab. Perbuatan tersebut jelas membatalkan puasa, kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja pada siang hari sewaktu berpuasa.

    Kecuali dalam keadaan tertentu seperti sakit yang menyebabkan perbuatan tersebut adalah darurat dan mesti dilaksanakan, maka dia terlepas dari hukum tersebut.

    Dalam kes ini, tujuan memasukkan air adalah untuk keselesaan diri, bukan kerana terpaksa. Oleh itu ia tidak terkecuali.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  10. Komen dari nurul:

    slm.nk tny psal murtad.sy dpt tau after murtad,sume harta dah x jadi hak orang yg murtad 2.tapi tibe2 die ditakdirkan nak msuk islam 2 blik.harta die yang dulu 2 die dapat balik x???????????????????

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tiada istilah begitu. Mana mungkin orang yang murtad nak tinggalkan hartanya. 2 persoalan.

    1. Pada siapa harta itu perlu diberikan?
    2. Sudah murtad, mengapa perlu ikut syarak lagi?

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

    nurul Reply:

    bukan ke harta tu akan di serahkan pada baitul mal.konfius jgak nih.sbab ari2 blaja dlm kuliah,my ustaz ckap kalau seseorg 2 murtad,harta die akan diambil.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Siapa yang nak serahkan? Orang murtad tu? Langsung tak masuk akal. Kalau kena serah semua harta, memang takkan ada orang murtad lah dalam dunia nih. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  11. Komen dari nurul:

    camne kalau sy dok katil bawah (katil 2 tingkat@double daker),sya nak bce al quran,tapi kat katil atas tu ada org,dosa ke ustaz

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tidak berdosa, bacalah. Wallahu a’lam.

    [Balas]

  12. Komen dari nurul:

    bnyak tny ckit ni..kalau saya nak baca al quran dalam bilik saya,means x dop org lain la dlm bilik 2,mcam mane aurat saya? same mcm jumpe ngan ajnabi ke mcam mane eh?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Adab baca quran ialah menutup aurat. Jika baca quran tak tutup aurat, bermakna anda seorang yang tidak beradab.

    Kenapa perlu dikira dengan ajnabi? Bukankah dengan yang sejantina seagama pun ada auratnya, iaitu antara pusat hingga lutut?

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  13. Komen dari amy:

    sye nk tanye..kalo pompuan dh mengandung lbh 3 bln (5 bln)lps 2 bkawin dgn laki yg myebabkan die mgandung..ank 2 diBIN/BINTIkan dgn name laki tsebut dkira dosa atau x…perlu ke bdk 2 dtukar name ayahnya.. dan diganti dgn name abdullah..perkara nie dh lame berlaku…dh lbh belas taun..nk pendapat..

    [Balas]

  14. Komen dari amy:

    assalamualaikum…kalo ktorg sesama pompuan berdosa ke kalo bersentuhan…mcm pegang…

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...