Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Cara istinjak najis pertengahan yang sudah kering

11 August 2008 oleh ImamKhalid

Beberapa hari yang lalu aku menerima sekeping email dari seorang pembaca Soleh.Net yang menarik minat aku untuk berkongsi dengan pembaca budiman yang lain.

Soalannya berbunyi begini:

Saya hendak tahu tentang bagaimana penyucian najis pertengahan (air kencing dewasa) yang sudah kering…
(Terima kasih saudara Raja Muhamad Nadzmi Raja Zainal Abidin)

Saudara,
Cara menyucikan najis pertengahan adalah sama tidak kira basah atau kering, iaitu dengan menghilangkan warna, bau dan rasa.

Cara menghilangkan tersebut boleh dilakukan dengan membasuh dengan air yang mengalir. Boleh juga menggunakan sabun supaya hilang baunya.

Justeru tiada bezanya kaedah penyucian najis pertengahan sama ada basah atau kering.

Cuma beza antara najis kering dan basah, najis yang kering sekiranya disentuh (sengaja atau tidak) dengan anggota badan atau objek yang juga kering, TIDAK akan menjadikan yang menyentuh itu dicemari najis.

Sebaliknya najis yang basah dan/atau anggota badan atau objek yang basah, apabila bersentuhan akan menyebabkan kedua-duanya dicemari najis.

Sekian, wallahu a’lam.

 

2 komen

  1. Komen dari MK:

    rasanya aku ada terbaca hari tu. kalau pada barang-barang yang susa nak basuh, sofa contohnya, kita boleh renjis je air untuk hilangkan najis, kan?

    MK’s last blog post..Bagaimana Nak Miliki Laman Web Sendiri?

    [Balas]

  2. Komen dari zool:

    First time singgah sini..
    Berinformasi sungguh blog nie..
    Tahniah.. Insyaallah saya akan add dalam blogroll

    zool’s last blog post..Cerita pasal kambing

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...