Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?

Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahu a’lam.

 

8 komen

  1. Komen dari megat:

    info menarik! datang kesedaran kepada diri aku.

    insyaallah segala yang timbul dari hati dan perasaan yang baik akan menggambarkan kesenangan dalam hidup kita.

    dalam agama kita sendiri menggambarkan psikologi manusia itu sendiri. cuma kebelakangan kurangnya pendedahan perkara sebegini kepada umat kita. dimana silapnya!?

    megat’s last blog post..Rawatan Alternatif, Perubatan Secara Tradisional

    [Balas]

    usop membalas:

    silapnya, perkara ini tidak diwar-warkan seperti mana perkara lain yang kita lihat di kaca TV saban hari. tu pendapat aku laaa.. :)

    [Balas]

    megat membalas:

    benar. sebenarnya ianya tanggungjawab bersama dan perlu cara penyampaian yang meluas.

    Entri terkini megat: WP Theme, Percubaan Minda Suci Ver 1.0

    [Balas]

  2. Komen dari rossey:

    ermmmmm…perkara yang simple, common sense tapi kadang -kadang kita tak sedar tentang hikmahnya….

    [Balas]

  3. Komen dari mizi:

    alhamdulillah, diketahui tetapi tidak diamalkan…marilah kita sentiasa amalkan tips ini…insya-Allah berjaya. Amin!

    [Balas]

  4. Komen dari DewiShuwa:

    thanks for d information.. aku mmg ske masam2 kn mke…
    sok kne brubah

    Entri terkini DewiShuwa: Kerisauan

    [Balas]

  5. Komen dari Jannah Wanie:

    alhamdulillah,bagus tips ni.tersedar sekejap.

    [Balas]

  6. Komen dari lear:

    hm,, sejuk ati bace tips ni..lg2 time asgmt tgh menggunung..
    thnks for sharing..
    ‘face ur days without emotion…’

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...