Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Hukum meninggalkan solat

18 August 2008

Beberapa ketika yang lalu, kita telah pun membicarakan tentang pengenalan ibadah solat.

Dalam topik tersebut, kita telah mengupas tentang pengertian dan kefardhuan solat, kedudukan dan kepentingan solat dalam Islam (bahagian 1 dan bahagian 2), serta hikmah solat.

Jadi pada kali ini eloklah kita bincang serba sedikit tentang hukum meninggalkan solat.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.

Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.

Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.

(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.

Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

  1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
    Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
  2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
    Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
  3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
    Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

P/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

 

12 komen

  1. Komen dari cencorot_91:

    huhu..
    tak tau pe nak ckp..

    Entri terkini cencorot_91: Enjet-enjet semut

    [Balas]

  2. Komen dari mr ah fa:

    achaaaa, terima kasih pak imam ituu, lega hati singgah sini :-)
    Entri terkini mr ah fa: Calmness from the inside

    [Balas]

  3. Komen dari NoktahHitam:

    bro, selain menakutkan orang tentang bala tinggal solat, ape kate bagi tips camne nak start balik smyg.

    ade orang tu dah bertahun2 tinggal smyg. Die rase bersalah, tp still tak smyg gak. ade tips?

    [Balas]

  4. Komen dari Jannah Wanie:

    Bagus cadangan tu…sebabnya ada ramai yang saya jumpa,cakap pasal ibadah dan agama no 1,tapi sembahyang 5 waktu,jauh sekali.

    [Balas]

  5. Komen dari shah KEV:

    aku hanya insan kerdil di sisi ALLAH YANG MAHA KUASA…
    sedih lihat org tinggal solat…

    bagus jika rasa bersalah tu…yakinlah, bahawa ALLAH akan beri hidayah pada hamba yang dikehendaki-NYA..

    Moga kita tergolong dalam hamba-hamba yang diredhai-NYA..
    Amiinn..

    [Balas]

  6. Komen dari Soleh.Net » Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar:

    [...] Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar 25 August 2008 (6 minutes ago) submit_url = “http://soleh.net/2008/08/25/qada-solat-hutang-yang-wajib-dibayar/”; Siapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang hukum meninggalkan solat. [...]

  7. Komen dari dini:

    haiii

    [Balas]

  8. Komen dari Soleh.Net » Petua supaya sentiasa mahu menunaikan solat:

    [...] tentang hikmah solat, dengan adanya perasaan takut terhadap dosa dan seksa yang akan menimpa orang yang meninggalkan solat, insya-Allah dapat menolong dan mendorong seseorang untuk menunaikan kewajipan [...]

  9. Komen dari kelor:

    lepas baaca artikel ni…hati jadi takut la pula…betapa besarnya dosa bagi mereka yang meninggalkan solat ni…seksaan d akhirat sentiasa menanti golongan seperti ini…semoga Allah memberi keberkatan kepada kita….
    Bila nak discuss topik lailatul qadar la pl…..

    [Balas]

  10. Komen dari Soalan dari Kak Peter Pan « Muharikah:

    [...] sila rujuk http://soleh.net/2008/08/18/hukum-meninggalkan-solat/ [...]

  11. Komen dari hafiza:

    salam

    sy pn sedih coz officemate sy tiap kali zhor xpnah nmpak nk menunaikn solat.moga Allah memberikn hidayah kpd hamba2 NYA yg lalai begitu gak ng sy.dikuatkn iman sentasa.InsyaAllah.AMIN.

    [Balas]

    ImamKhalid membalas:

    Yang paling penting, kita jaga kita dahulu. Minta hidayah untuk kita dahulu. Lepas tu barulah orang lain. Apa yang berlaku di sekeliling kita adalah ujian bagi kita. Jarang untuk kita menyedarinya… Moga2 saya, saudari, dan kawan saudari mendapat hidayah daripada yang Maha Esa, insya-Allah.

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...