Tips murah tapi cepat: KLIA – KL Sentral – KLIA
21 August 2008 oleh ImamKhalid
Sejak kebelakangan ini, aku sering ditugaskan untuk ke Kuala Lumpur, sama ada untuk menghadiri mesyuarat, seminar, taklimat, atau pun kursus.
Dari itu aku tidak dapat lari dari menjejakkan kaki ke KLIA dan KL Sentral. Setiap kali aku menapakkan kaki ke tempat tersebut, sudah tentulah memerlukan perbelanjaan.
Perbelanjaan yang terpaksa ditanggung kadangkala agak membebankan, terutamanya dua tiga hari sebelum gaji. Lebih teruk lagi, jika urusan ini memerlukan aku mengejar masa.
Aku percaya ramai juga rakan-rakan lain yang senasib denganku. Sebab itu aku ingin berkongsi tips ini.
Apa yang aku lakukan?
Kalau naik teksi, memang tak masuk list, mahal amat. Kalau naik bas, lambat sangat. Kalau naik KLIA Express, pun mahal (RM35 satu trip). Kalau naik KLIA Transit, lambat pula.
Dari situ, aku ambil inisiatif untuk mencuba sesuatu yang baru yang lebih menjimatkan tapi cepat.
Mula-mula, aku naik KLIA Transit dari KLIA ke Putrajaya/Cyberjaya dengan tambang tiket RM6.40. Setibanya aku di Stesen Putrajaya/Cyberjaya, aku menghabiskan sedikit masa di situ untuk sekali ini.
Aku berkenalan dengan penjaga kaunter tiket, dengan menyatakan tujuan sebenar aku, iaitu mempercepat sambil menjimatkan perjalananku antara KLIA – KL Sentral – KLIA.
Sebagai penghargaan, aku menjanjikan RM3 setiap kali dia membantu. Alhamdulillah, dia bersetuju.
Setengah jam kemudian, aku meneruskan perjalanan ke KL Sentral dengan tambang tiket RM9.50.
Setelah selesai mesyuarat, aku pun mulakan pengujian ke atas idea baruku tadi.
- Beli tiket dari KL Sentral ke Putrajaya/Cyberjaya
Kos: RM9.50; - SMS kenalan baru tadi, mengatakan yang aku dalam perjalanan dari KL Sentral ke KLIA, 10 minit lagi akan sampai di stesen Putrajaya/Cyberjaya
Kos: RM0.20; - Kenalan belikan tiket, aku sediakan duit tiket dengan upah RM3 seperti yang dijanjikan
Kos: RM6.40 + RM3 = RM9.40; - Kenalan tadi akan masuk ke ruangan menunggu melalui laluan awam dengan tiket yang dibeli tadi dan menunggu aku di pintu yang dijanjikan;
- Sesampainya aku di stesen tersebut, aku serahkan duit RM9.40 dan kenalan tadi serahkan tiket, tren terus gerak;
- Kenalan tadi naik dan keluar menggunakan tiket yang aku berikan, manakala aku keluar di KLIA dengan tiket yang diberi tadi.
Mudah bukan? Dengan membelanjakan kurang RM20, anda telah berjaya membuat satu perjalanan semurah KLIA Transit dan sepantas KLIA Ekspres.
Selamat mencuba!








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
21 August 2008 sekitar 10:43 pm
cantek..murah tuh…mantap !!
Entri terkini |1f34|-|1r3: My new workplace !!
[Balas]
22 August 2008 sekitar 4:38 am
ini main tipu.. tak kire.. tak leh gak. hahaha.
mase aku kt german, nak pg airport free, airport ke bandar pon free.
ps: pandai ko cari loop hole.
[Balas]
22 August 2008 sekitar 8:35 am
Heiii……zaman ini otak komputer penting…segalanya perlu kreatif……anda hebat…..
[Balas]
22 August 2008 sekitar 7:43 pm
|1f34|-|1r3: Kadang2 boleh pakai gak otak aku ni beb!
NoktahHitam: Mana ada tipu. Tapi serius, macam kat jerman tu baru kena caranya. Bilalah agaknya Malaysia nak ikut sama…
P/s: Ko ingat nak hacking je ker kena pandai cari lubang.
Mohd Yusoff Mahmod: Idea ini tercetus gara2 aku hampir missed flight bila meeting habis lewat daripada jangkaan.
[Balas]
23 August 2008 sekitar 6:55 pm
adeh.. aku still tak faham ni Khalid. Cuba kau detailkan perbezaan perjalanan biasa dengan route idea kau. Nampak macam menarik, tapi tak berapa nampak ideanya. Tolong ya..
Entri terkini SangPelangi: Gula-gula berharga senyuman.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
August 23rd, 2008 at 10:26 pm
Nama aku Imam, bukan Khalid (tu bapak aku). Cuba ko baca betul2. Mungkin a bit confusing ayat aku tu.
Beza dia yang pertama, instead of ko bayar RM35 menggunakan KLIA Ekspres, ko cuma perlu bayar kurang dari RM20.
Kedua, ko tak perlu tunggu 30 minit untuk dapatkan tren berikutnya (masa pegi tukar tiket tu), tapi terus menggunakan tren yang sama.
Ada faham?
[Balas]
SangPelangi Reply:
August 24th, 2008 at 8:22 am
Maaf, Imam. Tersilap pula.
Oo.. faham-faham. Jimat masa dan jimat wang. Bagus tuh.
Entri terkini SangPelangi: Gula-gula berharga senyuman.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
August 24th, 2008 at 9:30 am
Nasib baik ko paham. Kalo tak, pening aku nak explain.
Terima kasih, dan selamat datang!
[Balas]
26 August 2008 sekitar 8:10 am
idea bagus. tapi komplicated. saya suka hidup yg simple bagi perkara yang saya jarang buat tapi suka cabaran pada perkara yag saya suka dan selalu buat.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
August 26th, 2008 at 11:34 am
Complicated tu hanya sekali. Lepas tu lebih mudah, cepat dan jimat!
[Balas]
21 January 2009 sekitar 3:59 pm
tkperlah wt pham jew…hukhuk.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
January 21st, 2009 at 4:08 pm
Nok paham gane, mu rajin naik flight tak? Rajin gi Putrajaya guna ERL atau KLIA Transit tak?
[Balas]
15 February 2009 sekitar 12:27 pm
ermm… sy pun pernah buat cam awk..tp takdela mintak tolong sapa2….beli tiket sendiri je….total kos dalam RM15.70 kan…so another way of doing it…sy buat camni…saje nak kongsila… dengan syarat byk masa n nak jimat duit..:)
- amik komuter ke Bdr Tasik Selatan (RM1.00)
- pastu amik ERL ke Putrajaya (RM5.30)
- turun beli lagi tiket ke ke KLIA (RM6.20)
total = RM12.50
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 15th, 2009 at 1:48 pm
Mintak tolong member tu hanya untuk mempercepatkan perjalanan. Kalau tak mintak tolong, pun sampai jugak. Cuma lewatlah setengah jam.
[Balas]
1 September 2009 sekitar 2:55 pm
salam.siapa blh bantu?
saya dari seremban nak ke KLIA.
BAGAIMANA CARANYA JIKA SAYA MENGGUNAKAN KOMUTER.
SETERUSNYA SAYA PERLU MENAIKI APA?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
September 1st, 2009 at 3:32 pm
Naik komuter dari Seremban ke KL Sentral, seterusnya naik ERL terus ke KLIA.
[Balas]
1 September 2009 sekitar 4:50 pm
boleh sy tau berapa tambang erl tu?kalo flight sy kul 11.40pagi sempat ke?
sapai kl sentral bli tiket erl ke klia ye?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
September 1st, 2009 at 9:09 pm
Bajet laa dalam 2 jam perjalanan. Kalau flight kul 11.40, maknanya kul 10.40 dah kena standby kat sana, check-in dulu apa2 hal pun.
Kalau kul 10.40 dah kena ada di KLIA, so kul 8.40 dah kena start gerak dari Seremban.
Tambang ERL tu kalau KLIA Ekspres RM35, kalau KLIA Transit baru RM20 lebih kurang.
[Balas]
15 October 2009 sekitar 4:26 pm
salam,
saya asal sabah..hujung bulan ni saya balik kg(sandakan)
seorang sahabat dr terengganu akan ikut saya balik ke kg halaman saya,
so sebagai shbt yg nak shbt die berasa seronok perjalanan n percutian..saya nak makesure die xmenrungut..
saya duduk s.alam
so,mcmna saya nak ke klia dr key-el sentral? + tambang berapa?
flight 08.10am (so takut terlambat,saya terpaksa”bermlm” d KLIA petang sehari sebelum penerbangan.
KL SENTRAL-?-KLIA
KLIA-?-KL SENTRAL
in low bujet n x buang masa?
terima kasih..
informasi imamkhalid amat d perlukan..
salam
qaseh..
[Balas]
23 May 2010 sekitar 8:07 pm
salam..sy x brpe fham..
klu sye dr KLIA ke KL Sntral..cene eyk?..
x ksah la lmbt pon as long as mura cket..hehe
[Balas]
ImamKhalid Reply:
May 23rd, 2010 at 10:50 pm
Kalo tak kisah lambat, apa nak susah? Naik KLIA Transit macam biasa je lah. Beli tiket kat kaunter KLIA Transit, bagitau penjual tiket tu nak ke KL Sentral, bayar tambang, naik. Habis crita.
[Balas]
25 May 2010 sekitar 7:44 pm
salam…bas dr kl sentral ke klia…http://www.airportcoach.com.my/
[Balas]