Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar
25 August 2008 oleh ImamKhalidSiapa yang makan cili, dia lah yang merasa pedas. Mungkin ada yang terasa bila aku menulis tentang hukum meninggalkan solat.
Tujuannya tidak lain tidak bukan, hanyalah sebagai pengingat (tazkirah) kepada diri sendiri dan para pembaca Soleh.Net yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.
Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.
Hukum qada’ solat
Meninggalkan solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib diqada’kan solat itu.
Para ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.
Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.
Solat fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh syarak.
Menurut Ibnu Haja al-Haitami,
Orang yang meninggalkan solat tanpa uzur, WAJIB menggunakan seluruh waktunya untuk mengerjakan qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib yang tidak dapat dielakkan, seperti tidur, buang air, mencari nafkah, dan sebagainya.
Haram baginya mengerjakan solat sunat sebelum diqada’kan solatnya.
Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,
Orang yang meninggalkan solat tadi diberi kelonggaran untuk mengerjakan qada’ solat fardhunya mengikut kemampuan dan kelapangan masanya, tanpa memberatkan dan tanpa pula meringan-ringankan kewajipan qada’ itu sendiri.
Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,
Inilah pendapat yang terlebih utama berbanding dengan pendapat para fuqahak yang mewajibkan orang yang meninggalkan solat tadi menggunakan seluruh waktunya untuk qada’ solatnya kecuali waktu untuk menguruskan hajatnya yang wajib.
Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.
Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.
Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.
Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.
Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.
Walau apa pun, ingatlah – hutang WAJIB dibayar. Wallahu a’lam.
P/s: Dah lama tinggal solat dan tak tahu macam mana nak mulakannya? Ikuti perbincangannya di Soleh.Net pada hari khamis ini (28/08/2008), insya-Allah.








ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
25 August 2008 sekitar 11:39 pm
Asalamwalaikum, saya yang ber nama seperti di atas tidak layak untuk memberi komen tetapi saya ingin tahu tentang Islam lebih lanjut seperti, hukum2, sembahyang jika rasa nak sembahyang apa hukumnya dan kalau boleh apa2 yang berkenaan dengan sembahyang dan juga baik buruk nya. Saya memeluk agama Islam pada tahun 1996 tapi tak berapa pandai tentang Islam. Walau maca mana pun saya bersyukur kerana terima email dari mu. Ianya membuat saya menangis, terutamanya tentang ke tinggalan sembahyang, keruhan muka dan juga nisfu sya’ban. Kalau boleh bantulah saya hanya dengan menghantar email begini sahaja.
Sekian Wasallam
[Balas]
ImamKhalid Reply:
August 26th, 2008 at 11:39 am
Cadangan dari MK:
Saya cadangkan awak dapatkan buku “Soalan mudah tentang solat, tapi anda malu bertanyaâ€. Dalam buku tu ada banyak soal-jawab lazim tentang solat untuk perbaiki ibadat kita, saya sendiri pun selalu guna. Harap dapat membantu. Moga Allah mempermudahkan urusan saudari.
P/s: Saya post kat sini supaya saudari Fatimah shazna dapat email update tentang komen MK.
[Balas]
26 August 2008 sekitar 11:30 am
Fatimah shazna:
Saya cadangkan awak dapatkan buku “Soalan mudah tentang solat, tapi anda malu bertanya”. Dalam buku tu ada banyak soal-jawab lazim tentang solat untuk perbaiki ibadat kita, saya sendiri pun selalu guna. Harap dapat membantu. Moga Allah mempermudahkan urusan saudari.
Entri terkini MK: Bagaimana Nak Miliki Laman Web Sendiri?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
August 26th, 2008 at 11:39 am
MK, klik button balas, baru saudari Fatimah shazna dapat update through email…
[Balas]
23 September 2008 sekitar 7:32 am
mcm mana niat utk qada’ sembahyang yang tertinggal?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
September 23rd, 2008 at 12:40 pm
Niat qada’ solat sama seperti niat solat biasa, cuma bezanya diselitkan dalam fikiran bahawa solat yang dilakukan itu adalah qada’. Sebagai contoh:
Aku solat fardhu asar 4 rakaat qada’ kerana Allah
[Balas]
23 September 2008 sekitar 12:09 pm
saya nak baca perbincangan yang diadakan di Soleh.Net pada hari khamis ini (28/08/2008), berkenaan lama tinggal solat dan tak tahu macam mana nak mulakannya.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
September 23rd, 2008 at 12:37 pm
Sila klik link di bawah ini untuk membaca artikel:
http://soleh.net/2008/08/28/panduan-memulakan-solat-setelah-lama-meninggalkannya/
Kemudian, tinggalkan komen untuk sebarang isu berkaitan untuk dibincangkan bersama, terima kasih.
[Balas]
5 October 2008 sekitar 5:01 pm
assalamulaikum..
nak tanya sikit, boleh ke kalau kita setiap kali selepas selesai solat yang wajib tu pastu kita ikuti dengan solat qada pula..maksudnya dalam 1 waktu tu solat 2 kali, 1 solat wajib n 1 lagi solat qada yang kita tinggalkan sebelum ni..???
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 5th, 2008 at 11:22 pm
Begitulah yang sebaiknya.
[Balas]
18 December 2008 sekitar 7:00 pm
Assalam mu’alaikum..
Saya ada soalan penting.
Saya dahulu amat jahil dan meninggalkan semua solat untuk lebih 6 tahun.. Sekarang Alhamdulillah, saya diberi pentunjuk. Saya tak nak tinggal lagi.
Ada pendapat orang kata, kita perlu qada seluruh solat yang ditinggalkan, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak untuk 6 tahun tersebut.
Jadi, saya sekarang sedang mengikut pendapat pertama, iaitu solat qada semula untuk seluruh solat yang ditinggalkan. Saya telah berusaha mengikut kemampuan saya supaya solat 1 solat fardu, dan 1 solat qada fardu bagi setiap waktu. Insya’Allah, jika dipanjangkan umur, dalam beberapa tahun lagi (6 tahun rasanya), saya akan habis mengqada semua solat yang ditinggalkan.
Bagaimana pun, ada pendapat orang lain, cukup setakat taubat nasuha, tidak perlu menqada bagi seluruh 6 tahun itu.
Walau bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat ustaz. Jika ada reference daripada mana-mana, diharap boleh sertakan sekali bagi menguatkan pandangan tersebut. Sekian terima kasih, Wa’salam.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 10:54 am
Kalau dapat, carilah kitab fiqh solah, di situ terdapat ulasan tentang kewajipan mengqada’ solat yang ditinggalkan di samping taubat nasuha. Wallahu a’lam.
[Balas]
nurul asma Reply:
January 31st, 2010 at 8:25 am
ape ni
[Balas]
ImamKhalid Reply:
January 31st, 2010 at 9:45 am
Apa ni apa?
[Balas]
20 December 2008 sekitar 8:43 am
Assalamualaikum.
Saya agak keliru apabila Imam Khalid membalas pertanyaan drpd Fiza yang bertanyakan perihal solat qada’ nya dilakukan selepas melakukan solat tunai. sedangkan artikel di atas menjelaskan sebaliknya..
”Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya”.
Yang kedua,cerita sy lebih kurg sama dgn cerita saudara hakim di atas. Disini sy ingin bertnya, adakah haram hukumnya utk sy mengerjakan solat sunat walaupun belum habis sy melakukan solat qada yg sy tinggalkan selama berthun2 dulu.
Dan saya jg berharap imam khalid dapat menjawab pertanyaan drpd saudara hakim.sy keliru adakah perlu qada atau tidak, solat2 sebelumnya yg sy tinggalkan…
Mohon dijelaskan..Wallahualam..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 11:02 am
Perlu difahami dengan jelas, iaitu wajib mengqada’ dahulu solat yang tertinggal itu sebelum menunaikan solat yang sedang di dalam waktunya, SEKIRANYA tidak dibimbangi waktu solat itu akan habis sebelum sempat mengerjakannya.
Maknanya di sini, kalau nak qada’ solat tu, tengok dahulu solat yang belum dikerjakan ni, waktunya masih panjang atau sebaliknya. Kalau waktu dah nak habis, maka wajiblah ditunaikan solat yang dalam waktu dahulu, barulah ditunaikan “hutang” tadi.
Yang kedua, bayangkan kisah ini. Ali berhutang dengan anda sebanyak RM1000. Dalam masa yang sama, Ali selalu belanja anda makan dan minum, tanpa menjelaskan hutang itu dari semasa ke semasa. Sudah tentulah tidak kena bukan?
Oleh itu, hutang wajib dibayar dahulu, barulah lakukan yang sunat. Sunat yang dimaksudkan ialah selain dari solat sunat taubat, hajat, dan hari raya.
Wallahu a’lam.
[Balas]
22 December 2008 sekitar 4:15 pm
Assalam mu’alaikum..
Saya dapat sedikit info daripada carian google, dalam pdf ini.
http://agama.zonalaf.com.my/pdf/fiqh/fikah4.pdf
Dalam muka ke-3, ada petikan:
“Nabi s.a.w. tidak pernah memerintahkan golongan kuffar yang kembali kepada Islam mengqadak solat mereka. Begitu juga para sahabat tidak memerintahkan orang yang telah murtad mengqadak solat apabila kembali kepada Islam.”
Bagaimanapun, saya mohon jika sesiapa ada reference kepada link lain atau mana-mana bahan yang boleh memberi ke sahihannya.
Wallahhualam.
[Balas]
30 January 2009 sekitar 10:22 pm
nk tanye la…ada x dalil2 yang membuktikan qada’ solat itu perlu,atas dasar terlupa..kiranya,lupa antara punca keringanan dalam solat…
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 11:03 am
Untuk dapatkan dalil qada’ solat itu wajib (bukan perlu), sila rujuk kitab fiqh solah. Wallahu a’lam.
[Balas]
4 February 2009 sekitar 10:35 pm
ulasan thadap komen dr Hakim,
Jika kita gunakan hadis ttg orang murtad kepada golongan engkar (sengaja tinggal solat) maka seolah2 kita menyamakan orang yg tinggal solat (dgn sengaja) sama seperti orang murtad. Org yg murtad adalah kafir selama tempoh murtadnya.Jika terus murtad maka tak ada lagi soal-jwb di masyar, terus campak ke neraka.
Bila islam kembali, amalannya hanya dikira dari tarikh dia Islam semula. Kalau dua hari Islam then mati.. bayangkanlah amalnya cuma 2 hari berbanding dengan dosa 2 hari itu. Kalau dia benar2 bertaubat Allah ampunkan, ttp kalau sekadar bertaubat antara kesungguhan dan kelalaian, apakah sama dengan hambaAllah yg beramal sepanjang hayatnya.? Tentu tak adil…
Bukankah ada hadis yg mengatakan keberkatan seseorang hamba ialah bila panjang usia dan banyak amal.?Bukankah amalan sebesar zarah pun akan di hitung dan kejahatan sebesar zarah pun akan di hitung? (baca muqqaddam). Maka ambillah pendapat jumhur bukan pendapat yg terpencil.
Entri terkini blog la_abwa.. Kuantan, sesejuk Pantai Sepat
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 11:04 am
Untuk mengulas komen lain, sila klik [Balas] supaya ulasan anda itu sampai kepada pengomennya, seperti yang anda baca dari email sekarang ini. Wallahu a’lam.
[Balas]
hakim Reply:
February 14th, 2009 at 3:54 am
Ok… terima kasih
[Balas]
hakim Reply:
February 16th, 2009 at 11:16 pm
ImamKhalid; diharap boleh deletekan comment yang saya postkan mengenai hal golongan kuffar tersebut, supaya tidak ada orang akan baca dan tersalah apabila terbaca akibat kejahilan saya. Terima kasih.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 16th, 2009 at 11:22 pm
Rasanya tidak perlu, kerana untuk mendelete komen tersebut, saya perlu delete banyak komen yang bersangkut paut dengannya. Oleh itu, lebih baik dibiarkan sahaja, kerana banyak faedah yang kita semua dapat daripada perbincangan seperti ini. Apa kata saudara hakim?
Wallahu a’lam.
[Balas]
4 February 2009 sekitar 11:13 pm
saya hendak bertanya sedikit..
apa2 kah sebab2 yg yg membolehkan kiter qada..contohnya..
masa x cukup untuk memunaikan solat disebabkan alasan kerja atau terpaksa berkejar masa..
saya sentiasa bekejar, dan banyak kali melakukakan solat qada dari solat zohor sampai ke asar dan magrib.
saya agak mushkil, bleh ke saya melakukan solat qada berdasarkan alasan bekejar masa?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 11:20 am
Alasan berkejar masa itu perlu diteliti. Adakah ia suatu darurat atau boleh berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada solat.
Contoh, doktor yang sedang menjalankan pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa pesakit, bermula pukul 5 – 8 pagi. Sudah tentu tertinggal solat subuhnya.
Dalam keadaan sebegini, nyawa itu lebih penting untuk diselamatkan. Solat boleh diganti (qada’) sedangkan nyawa tidak. Namun begitu doktor tersebut wajib niat dan menghormati solat itu semasa solat subuh itu sedang dalam waktunya.
Harap menjawab soalah, wallahu a’lam.
[Balas]
16 February 2009 sekitar 2:32 pm
Assalamualaikum….
Saya nak bertanya mengenai solah subuh, perlukah saya solah semula dengan berniat qada’ apabila waktu solah subuh yang saya lakukan itu telah luput ketika saya mengerjakannya? contoh, luputnya waktu subuh pukul 7.20am, saya mula megerjakannya pukul 7.18am, apabila selesai solah, jam menunjukkan pukul 7.25am. bagaimanakah dengan solah-solah lain yang sama situasinya?. harap ustaz dapat membantu… terima kasih. Wassalam.
[Balas]
17 February 2009 sekitar 3:39 pm
Assalamualaikum…
saya ingin bertanya pendapat dari pihak tuan,yang mana saya penah diajukan dengan soalan apabila kita terlalu sibuk dgn berkerja hingga terlupa untuk melakukan solat asar dan ingin melakukan solat tersebut 10 minit sebelum masuk waktu mahgrib adakah ianya sah?kerana ada pendapat yg mengatakan bahawa sebelum masuk waktu mahgrib ketika langit sudah kuning ia adalah waktu yg diharamkan bersembahyang kerana ketika itu doa2 diangkat ke langit.Diharap saudara dapat menerangkan persoalan ini dengan lanjut. wallahu a’lam.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 17th, 2009 at 3:50 pm
Benar, waktu lebih kurang setengah jam sebelum maghrib ialah waktu haram bagi solat asar. Oleh itu, kita wajib solat sebelum masuk waktu tersebut.
Sekiranya terlepas daripada waktu yang diwajibkan itu, maka wajib bagi kita mengqada’ sesegera mungkin.
Sekiranya 10 minit sebelum masuk waktu maghrib itu ialah waktu terawal yang mampu bagi kita, maka waktu itulah yang wajib kita qada’ solat asar tersebut.
Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.
[Balas]
hamba Allah Reply:
February 17th, 2009 at 5:46 pm
terima kasih atas ulasan yg telah diberikan… insyaallah ianya telah dapat menjawab segala persoalan berkenaan isu yg dibangkitkan.wallahu a’lam.
[Balas]
gadisBelajar Reply:
May 5th, 2009 at 4:50 pm
Assalamualaikum,
saya telah baca soalan dari hamba Allah yg musykil di atas td, dan saya telah baca jwpn tersebut tetapi bagaimana pula dengan waktu solat yang lain? maksud saya, saya hampir kerap saya solat zohor dlm 30-20 minit sebelum masuk waktu solat asar. adakah solat zohor saya sah atau sama hukum haram jika kita solat asar 30 minit sebelum maghrib?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
May 6th, 2009 at 12:36 pm
Ini bagi waktu asar sahaja. Waktu lain tiada istilah waktu haram. Wallahu a’lam.
[Balas]
19 February 2009 sekitar 5:58 pm
Assalamualaikum….
Saya ingin bertanya, dalam solah berjemaah, sekiranya saya menjadi makmum masbuk di saf yang blakang seorang diri, perlukah saya menepuk bahu orng dihadapan untuk kebelakang bersama saya, setelah saya yakin bahawa tiada makmum lain yang akan bersama-sama sya… terima kasih..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 19th, 2009 at 8:05 pm
Lebih afdal untuk mengajak orang di hadapan meneman, berbanding menjadi makmum seorang diri di belakang. Wallahu a’lam.
[Balas]
24 February 2009 sekitar 7:01 pm
Ustaz,
saya tak tahu pulak setengah jam sebelum magrib x bole solat asar…jadi selama nie solat saya salah lah sebab ada yang bagitau saya..selagi tak azan kita masih bole menunaikan solat sebelumnya..
bantu ustaz…
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 24th, 2009 at 7:27 pm
Bagi waktu asar sahaja begitu, wallahu a’lam.
[Balas]
24 February 2009 sekitar 7:50 pm
Ustaz,
bole tolong rekomen kat mana saya boleh mendapat guru yang boleh mengajar agama. Saya ingin mendalami banyak perkara, termasuk solat fardhu, solat-solat sunat dan juga solat qada yang lama-lama dulu..
ini kerana, saya merasa agak sukar dan kadang kadang keliru setengah setengah persoalan bila tak ada guru untuk bertanya..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 24th, 2009 at 9:51 pm
Saudari boleh ke masjid2 berhampiran dan ikuti kuliah2 subuh dan maghrib secara berterusan. Di situ tempat termudah, termurah, praktikal, serta kena dengan kehidupan. Juga boleh bersoal jawab dengan mudah. Ada sesetengah masjid yang ada ruang khusus untuk wanita, seperti di Terengganu (waktu antara zuhur dan asar).
Melalui online pula, saudari boleh tanya UZAR di http://zaharuddin.net dan Abu Saif di http://saifulislam.com untuk pelbagai topik. Selain itu, saya juga sedia membantu mana yang termampu, insya-Allah.
Wallahu a’lam.
[Balas]
liaman Reply:
February 25th, 2009 at 10:06 am
terima kasih ustaz.
[Balas]
5 March 2009 sekitar 2:27 pm
salam ustaz..sy ni dh lama tggl smbhyg dan skrg ni dh ada kesdrn utk solat tpsy rs segan plak..tak tahu la knp..nk wat cmne ustaz..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 5th, 2009 at 2:56 pm
Baca sini:
http://soleh.net/2008/08/28/panduan-memulakan-solat-setelah-lama-meninggalkannya/
Wallahu a’lam.
[Balas]
6 March 2009 sekitar 10:22 pm
salam….camne klu kawan kita tak solat n kita segan nk tegur coz kita solat depan dia pun dia wat xtau jekk???????????
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 7th, 2009 at 12:26 am
Pertama, doakan supaya Allah s.w.t buka pintu hati dia untuk solat, di samping anda teruskan solat dengan seikhlas mungkin.
Kedua, tegur hanya jika ada kekuatan dan keyakinan sahaja. Jangan tegur jika anda tiada kekuatan dan tidak yakin perkara negatif tidak akan berlaku, kerana bimbang membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Ketiga, cuba jauhi kawan yang begitu, dengan cara yang baik, kerana dibimbangi akan mempengaruhi anda.
Wallahu a’lam.
[Balas]
16 March 2009 sekitar 10:17 am
assalamualaikum ustaz..
terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya pertanyaan saya ini kluar dr topik. ustaz, saya mempunyai masalah berkenaan solat tepat pd waktunya. sebelum ni saya sering terlewat solat fardu. Bukan sebab saya sengaja melewat lewatkan.,..tp saya sukar utk mengerjakan solat tu sb sibuk dgn anak2. saya ada 2 org anak, yg sulung umo 2 tahun yg bongsu umo 3 bulan…asal jer saya ingin mengerjakan solat, mesti anak2 saya meragam. Bila nak solat tu, kadang2 anak saya yg 3 bulan tu tak nak melepas dr badan smpi abis waktu. asal diletak, dia nangis kuat2. Di sebabkan itu, saya sering tertinggal solat..Jd saya meminta saranan dr pihak ustaz mcmna saya ble mengerjakan solat tu.
Saya pernah terdgr, kita boleh mengerjakan solat tu sambil mendukung anak. mcmna tu? klu anak umo 3 bulan didukung time solat mcmna pula?
saya harap ustaz dpt membantu saya dlm soal ni.
wassalam
[Balas]
27 April 2009 sekitar 2:35 pm
salam….sy ingin btanya..???adakah sah jika sy tunai solat fardu kmudian sy buat solat qada utk qada solat2 fardu yg sy tinggalkn dlu..???
hrap ustaz bole beri pjelasan…
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 27th, 2009 at 8:30 pm
Sah. Tak kisah yang mana dahulu. Wallahu a’lam.
[Balas]
7 May 2009 sekitar 1:47 am
salam,sy nk brtnya,benarkah ada pndpt yg mnyatakan kita harus qada solat mengikut wktunya..cntohnya..qada subuh pd wktu subuh dll..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
July 23rd, 2009 at 8:56 am
Itu qada jangka masa panjang. Contohnya kita berniat untuk qada semua solat kita selama 20 tahun atas sebab zaman muda tak pernah solat. Jadi cara terbaik ialah qada mengikut waktu selama 20 tahun.
Tetapi dalam kes terlupa atau tertidur, qada solat ialah wajib ditunaikan sesegera mungkin. Contoh: Jika terlepas solat subuh kerana tertidur sampai waktu asar, maka pada waktu asar itulah wajib diqada solat subuh tadi.
Wallahu a’lam.
[Balas]
25 June 2009 sekitar 5:33 pm
Assalamualaikum Imam, tlg jawab pertanyaan sy ini. Sy tahu mungkin Imam agak sibuk kebelakangan ini tp sy betul2 ingin tahu bagaimana cara puasa sunat yg dikatakan ‘puasa Nabi Ibrahim A.S.’ ? atau bolehkan saudara terangkan puasa yg blh sy lakukan selain puasa Isnin dan khamis? tlg sy Imam sbb sy betul2 perlu mengelakkan diri sy drpada terjerumus ke Onani atau pornografi yg memang menghancurkan hidup sy. Terima kasih byk2.
[Balas]
6 July 2009 sekitar 9:50 am
assalamualaikum ustaz.
sy ada kemusykilan. salah satu taubat nasuha adalah mengembalikan hak2 org yg kita ambil – spt masa2 skolah penah pnjam duit or mengambil duit org. soalan sy,
1. mcmana hendak kembalikan hak2 org yang sudah lost-contact? bolehkah kite bersedeqah dgn jumlah yg sama atau lebih dengan harapan dapat menebus kesalahan kita? adakah ini cara yg betul?
2. mcmana kalau kite malu hendak memberitahu kesalahan kita dahulu.. sy cuma beritau hendak bayar hutang masa skolah2 dulu; tp dia tak nak terima dgn alasan dia sudah tak ingat dan kalau ada pon dia halalkan.. tp masalahnya, bkn sy pnjam betul2 tp terambil or ambil tanpa pengetahuan. sy tahu nilainye kecil rm10-30 tp hak orang tetap wajib dikembalikan. macamana pendapat ustaz?
[Balas]
12 July 2009 sekitar 2:19 pm
assalamualaikum.. bila waktu yang sesuai untuk solat qada’?saya dapat satu maklumat bawa solat qada’ dilakukan selepas solat wajib..contohnya,ali terlewat bangun solat subuh,dia menqada’kan solat subuh selepas solat zohor..adakah situasi ini betul pada waktunya?
[Balas]
20 July 2009 sekitar 11:46 am
Assalamualaikum ustaz…
Bolehkah seorang lain mengqadhakan solat untuk orang lain? Minta penjelasan, kalu boleh emailkan terus ke saya lagi baik
Terima kasih
[Balas]
22 July 2009 sekitar 6:01 pm
saya nak tanya macamana kalau kita betul2 terlupa
[Balas]
ImamKhalid Reply:
July 23rd, 2009 at 8:48 am
Kalau betul2 terlupa, tiada apalah yang perlu diqada’. Namun, Allah s.w.t Maha Mengetahui, samada kita benar2 terlupa atau malas nak fikir. Sekiranya ditakdirkan kita benar2 terlupa, anggaplah itu rezeki dari-Nya kerana memudahkan urusan makhluk-Nya. Wallahu a’lam.
[Balas]
4 August 2009 sekitar 3:00 pm
Ustaz,
situasi saya bekerja di office yg tiada menyediakan tmpt solat.
kebanyakan staff adalah cina. tiada surau/masjid berdekatan.
jika sy keluar mencari tmpt solat waktu t/hari, sudah dikira luar dr urusan kerja. boleh ke sy qada solat zohor di waktu asar?
harap ustaz blh email jwpn kepada saya.
salam…….
[Balas]
iman Reply:
September 16th, 2009 at 4:00 am
sembahyang je dekat corner yang bersih….
jangan iraukan diorang…
[Balas]
7 August 2009 sekitar 1:11 am
salam…
sy nk tnye..
kalu qada solat dlm jgkamasa pnjang mcmane???
skirenye ms muda xpernh solat..
kalau qada adkah perlu mndahulukan yg wajib dahulu lps 2 baru qada???
[Balas]
11 October 2009 sekitar 9:41 pm
salam…
alhamdulillah…..pd bulan hdpan sy akan melanjutkn plajaran di luar negara,
jadi boleh tak kalau imamkhalid rekomendkn sy mana2 buku agama yg sesuai untk sy bwk ke sana..
terima kasih.
[Balas]
27 October 2009 sekitar 10:16 am
bolehkah qada solat subuh selepas solat zohor?
[Balas]
7 November 2009 sekitar 12:03 pm
assalamualaikum……
sya may tny gmna niatnya shlat qada?????
[Balas]
10 November 2009 sekitar 10:19 am
assalamualaikum…….
juz nak tanya kLau seorG wanita yg melambatkan solat fardhunya,kemudian masa dia nak tunaikan solat fardhu tersebut dia baru menyedari bahawa dia mengalami uzur syarie……
solat fardhu tersebut kna qada ke???
kalau boleh emelkn jawapannya pada emel ana…..
syukran….[^_^]
[Balas]
10 November 2009 sekitar 9:36 pm
salam…. apakah balasan di akhirat jika kita menqadakan solat???
[Balas]
14 November 2009 sekitar 11:35 am
kawan saya boleh dikatakan hari2 tertinggal solat subuh kerana tdo yg xmenentu waktunyer.selalunyer die akan bgun pkul 10 dan trus membuke laptop utk check email dan sbagainyer dlm 15 mnit..slepas itu die mandi dan qadha solatnyer..stiap hari itulah perlakuannyer..adakah diterima qadhanye?
[Balas]
19 November 2009 sekitar 4:15 pm
Assalamualaikum,
Keluarga saya menetap di luar negara dan saya bekerja sebagai doktor. Kadang kala, pekerjaan saya memerlukan saya berada di dalam bilik operation sehingga 7 jam. Boleh ke saya qada solat? Semasa saya di Malaysia, kebanyakan doktor jamak solat sekiranya sesebuah operation panjang waktunya. Boleh ke saya jamak/qada solat saya?
[Balas]
27 November 2009 sekitar 10:58 pm
Salam Ustaz,
Bolehkah kita solat qada lebih dr sekali selepas solat wajib ?
Maksudnye sbg contoh, Dlm waktu zohor selepas solat wajib zohor kita solat qada zohor berkali2 utk menggantikan solat yg kita tinggalkan sebelum ni.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 29th, 2009 at 8:45 am
Begitulah yang sebaiknya, wallahu a’lam.
[Balas]
28 November 2009 sekitar 6:25 pm
salam ustaz,
ini soalan penting ustaz,
saya dah tanam azam yang saya tak nak tinggalkan solat sunat rawatib di samping saya juga turut menqadakan solat yang telah saya tinggalkan hampir 4 tahun.soalan saya adalah,
1.adakah haram hukumnya bagi saya untuk mendirikan solat sunat tersebut?
2.adakah saya tidak boleh melakukan solat sunat selama 4 tahun selagi saya tidak menqadakan seluruh 4 tahun solat tersebut?,hal ini kerana ini merupakan satu kerugian yang sangat besar bagi saya.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 29th, 2009 at 8:51 am
Jawapan soalan 1 dan 2:
Tidak haram, yang haram itu ialah menunaikan solat sunat rawatib tanpa mengqada’ solat yang ditinggalkan sejurus sebelumnya.
Sebagai contoh, tertinggal solat zuhur sehingga masuk waktu asar, kemudian ditunaikan solat sunat rawatib, tanpa mengqada’ solat zuhur tadi terlebih dahulu.
Kalau haram sehingga kesemua solat seumur hidup diqada’, sampai bila lah nak mula menanam azam, sampai mati pun tak kesampaian agaknya.
Kesimpulannya, Islam itu indah, memudahkan dan tidak menyakiti penganutnya.
Wallahu a’lam.
[Balas]
24 December 2009 sekitar 9:25 am
assalamualaikum ustaz…
soalan 1:
bagaimanakh cara lafaz niat puasa sunat Asyura pd 10 Muharram..?
soalan 2:
bolehkh sy set kan penggera jam utk bangun solat sunat tahajjud..??
soalan 3:
Dlm solat sunat witir, apakah sy perlu membaca surah2 yg tertentu atau bolehkh sy membaca mana2 surah pendek (surah lazim)..?
Terima Kasih ustaz. Klu bleh email jawapan pd sy.
wassalam…
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 24th, 2009 at 10:03 am
Waalaikumussalam ajeman.
Jawapan 1: Sama seperti puasa sunat lain.
Jawapan 2: Boleh.
Jawapan 3: Sunat membaca apa2 surah selain Al-Fatihah.
Wallahu a’lam.
P/s: Tidak perlu saya email secara peribadi, kerana Soleh.Net akan email setiap respon kepada pengomen, dan dalam masa yang sama boleh berkongsi bersama pembaca lain.
[Balas]
3 January 2010 sekitar 1:20 am
salam ustad…..
sy sering terlajak tido sampai pukul 0700-0730 dan meninggalkan solat subuh. Bolehkah saya qada dalam masa 0745 hingga waktu zohor? sy dah baca 68 komen di atas tp sy tak faham tentang qada solat subuh, niat qada solat(adakah sama niat dgn solat fardu dan hanya tukar pada fikiran saja) dan waktunya..dan sy tak pernah qada solat saya dalam masa yg sama sy ada menunaikan solat sunat tahiyyat masjid dan solat sunat qabliyah juma’at .adakah solat sunat sy tidak dikira dan haram? (Menurut Ibnu Haja al-Haitami) tolong jelaskan..
best regard..
mencari keberkatan.
[Balas]
4 January 2010 sekitar 5:23 pm
Assalam ustaz
sy selalu nanti atau esok esok untuk sembahyang… hanya sekarang ini sy rasa sungguh rugi tidak sembahyang mengikut waktu… adakah masih diterima sembahyang qada sy ….. sy rasa was-was atas diri sendiri
wassalam
[Balas]
4 January 2010 sekitar 10:10 pm
Salam Ustaz.
Boleh tak saya menqadakan solat2 fardu yang tertinggal dlm berterusan dlm satu masa. Contoh selepas Isya, saya qada solat subuh, zuhur, asar, magrib & isya & seterusnya. Sbb saya sudah bertahun-tahun tinggal solat & masa yg sesuai utk qada adalah selepas isya.
Sekian wasalam.
[Balas]
16 January 2010 sekitar 10:52 pm
Salam Ustaz
Suami saya dahulu telah diberitahu doktor yang dia menghadapi penyakit ‘azoospermia’ – yang kosong dan tidak ada sperma di dalamnye dan kami tak bisa mendapati zuriat.
Selepas itu, kami tidak putus asa and mencari doktor natural & doktor islam yang memberitahu kami kondisi “azoospermia” itu tidak benar.
Tolong beri kami pendorong dan advice kami kalau kami bisa ada zuriat dengan cara2 doa tertentu.
Terima Kasih
[Balas]
18 January 2010 sekitar 4:11 pm
Assalamualaikumm…
Kepada sesiapa yg tahu..
Saya nak tanya..
Dalam sehari berapa banyak kah solat qada dapat dilakukan..
Ataupun solat qada hanya boleh dilakukan sekali sahahja dalam sehari??
Sekian…
[Balas]
26 January 2010 sekitar 7:43 pm
assalamualaikum.
saya nak tanya tentang qada’ solat ni..
adakah saya harus qada’ solat ini bermula dari selepas datang bulan ataupun dari umur 10 tahun.?
[Balas]
28 January 2010 sekitar 11:25 am
salam..
sye nk tanye tentang sesuatu..
adakah khamar itu alkohol??
sye perlukn jwpn yg spesifik..
[Balas]
5 March 2010 sekitar 11:50 pm
to hafiz –
lakukanlah dengan sekadar yang mampu dengan tidak mengabaikan kesihatan, makan minum, waktu tidur dan kerja mencari nafkah kerana itu juga amalan yang wajib.
*sunat jaharkan(nyaringkan bacaan) bacaan pada qada solat jahar(subuh,magrib,isyak)
to izati – solat diwajibkan ke atas tiap2 mukallaf yakni org yg sudah cukup umur atau sudah baligh. jika semasa baligh umur anda 10 tahun maka hitungkan dari umur 10 thun.
Semoleknya catatlah solat qada agar tidak terlebih dan tidak kurang.
[Balas]
17 March 2010 sekitar 6:02 pm
qada solat masih menjadi pertikaian. kerana ada ulama berpendapat solat tidak ada tukar ganti. kalu dah miss tinggal berdoa agar dapat keampunan. ini dikuatkan lagi dengan perempuan dalam haid tidak perlu mengqada solat yang mereka tidak kerjakan selama waktu haid itu. kecuali puasa memang jelas perlu diqada. mungkin Imam Khalid ada pendapat ttg hal ini..
Terima kasih
[Balas]
22 April 2010 sekitar 8:03 pm
Assalamualaikum . . . saya hendak bertanya tentang tertib menunaikan solat qado , macam nie contohnya saya telah meninggalkan solat 5 waktu dalam 5 hari , , jadi bolehkah saya menqada solat ini sebanyak 5 kali waktu yang sama pada masa yang sama seperti , selepas menunaikan solat fardhu subuh , , saya akan menqada solat fardhu subuh sebayak 5 kali pada masa yang sama, ,dan perlukah saya menqada solat mengikut turutan seperti saya tertinggal solat subuh dan zuhur dan ketika selesai menunaikan solat asar dan ingin menqada solat , yang manakah perlu saya dahulukan , , , harap Allah S.W.T memberi kefahaman kepada tuan tengtang soalan yang saya tujukan ini , , bantuan Tuan amat sya hargai , , , , , , ,
[Balas]
1 May 2010 sekitar 5:56 am
salam..saya nak tanya apa hukumnya kita solat tetapi di penghujung solat itu telah masuk waktu solat berikutnya.adakah solat tersebut batal?
terima kasih
[Balas]
2 May 2010 sekitar 9:35 am
asalamualaikum…saya hendak bertanya sekiranya kita telah meninggalkan solat dan perlu diqado’ tetapi dalam masa tempoh yang lama kiter masih tidak melangsaikan semua hutang itu..sehinggakan kiter terlupa brapa rakaat yg perlu diqado’kan. soalan saya adakah berdosa bagi seseorang yg telah meninggalkan solat fardhu dan menangguhkan utk meqado’kan solatnya tersebut????….bantulah saya…..saya amat memerlukan jawapannya.
[Balas]
2 May 2010 sekitar 9:39 am
asalamualaikum..saya ingin bertanya apakah hukum bagi seseorang yg telah meninggalkan solat fardhu dan perlu meqado’kanya tetapi ditangguhkan???? bantuan tuan amat dihargai.
[Balas]
11 May 2010 sekitar 12:58 pm
assalammualaikum…
saya ingin bertanya, qada’ solat harus dijalankan tanpa melengah2kan nya, tetapi bagaimana pula jika kebetulan waktu itu adalah waktu haram bersolat….adakah perlu menunggu ataupun jalankan seperti biasa?
[Balas]
20 May 2010 sekitar 10:56 am
salam..
kalau kite nk qada kan solat..
bila2 masa pun boleh kan or ada syarat..
maksud sy klau nk qada solat subuh dlam waktu subuh..
atau bila2 je??
[Balas]
25 July 2010 sekitar 1:55 pm
assalammualaikum ustaz…………
nak tanye apakah hukum dan akibat sekiranya sengaja melambat-lambatkan mandi wajib walhal sememangnya seseorang gadis itu telah habis tempoh haidnya?
[Balas]
9 August 2010 sekitar 11:50 pm
assalammualaikum ustaz……………….
saya nak tahu bacaan niat qada solat,contohnya solat subuh?
[Balas]