Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Kelebihan solat berjemaah

8 September 2008 oleh ImamKhalid

Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Wallahu a’lam.

 

21 komen

  1. Komen dari KNizam:

    thanks for the article. sungguh bermanfaat :)

    Entri terkini KNizam: Bencana Alam Mula Menimpa Malaysia – Banjir Di Kedah, Banjir Kilat di Penang & Tanah Runtuh di Penang

    [Balas]

  2. Komen dari |1f34|-|1r3:

    aku selalu baca blog ko tp aku jarang comment…jarang dpt solat jemaah skang ni except time smayang jumaat…alang2 aku dh comment ni..aku nak tanya..ayat seribu dinar tuh bidaah ke?

    Entri terkini |1f34|-|1r3: Start your Monday with jokes !

    [Balas]

  3. Komen dari wexeeda:

    salam… besar tul tuntutan berjemaah nie… ek…

    Entri terkini wexeeda: vomitting…

    [Balas]

  4. Komen dari Adry:

    Bagus entri ni… buat kita lebih bersemangat untuk bersolat jemaah di masjid…

    Entri terkini Adry: Islamophobia?!

    [Balas]

  5. Komen dari KNizam:

    bagus untuk dibaca petang2 ni. hehe

    Entri terkini KNizam: Destinasi Bajet @ 8TV | Season 2 Episode 10 – MUAR !

    [Balas]

    rosyidah Reply:

    salam.. harap2 bukan sekadar baca sahja ek.. semoga dijadikan amalan jugak insyaALLAH

    [Balas]

  6. Komen dari kelor:

    rajin2 la berjemaah….

    [Balas]

  7. Komen dari aniqah:

    saya nak tanya kelebihan solat terawih dari malam ramadhan yang pertama hingga yang ke-30

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Saya kurang pasti kesahihan tentang fadhilat tarawikh dari malam pertama sehingga malam terakhir, seperti yang diwar2kan oleh sesetengah pihak, kerana tiada terdapat rujukan yang meyakinkan dalam petikan-petikan sebegitu.

    Namun, terdapat banyak fadhilat lain yang saudari boleh baca sendiri dari Internet dan juga buku2 agama.

    [Balas]

  8. Komen dari iman:

    salam.yang satu tahu,pasal kelebihan tarawikh yang setiap malam bulan ramadhan yang selalu kita disesetengah majalah sebenarnya tidak wujud sama sekali.ia bidaah,nabi SAW x pernah riwayatkan pasal kelebihan2 tersebut.Allahua’alam..=)

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Begitulah yang saya juga maklum. Hadis tersebut daif, dan sumber rujukan riwayatnya tidak jelas sama sekali. Hal2 sebegini seakan menjadi trend dalam masyarakat kita. Oleh itu, kita mesti berilmu sebelum menilai, tidak cukup hanya dengan kebijaksanaan menilai kebaikan sahaja.

    [Balas]

  9. Komen dari Asny:

    Ada kawan saya mengatakan solat orang yang sudah berkahwin lebih besar pahalanya dari solat orang bujang? Apa sebabnya? Ada hadis @ surah dari Al-Quran yang menyokong pendapat tersebut? TQ…

    [Balas]

  10. Komen dari aman:

    untuk perbandingan,
    1 solat berjemaah = 27 solat sendiri
    1 tahun solat berjemaah = 27 tahun solat bersendirian
    10 tahun solat berjemaah = 270 tahun solat bersendirian
    30 tahun solat berjemaah = 810 tahun solat bersendirian
    subhanallah…ada pakcik di kg aku istiqamah azan dari masa aku kecik..lebih 30 tahun

    [Balas]

  11. Komen dari Pentingnya Solat Berjemaah « Carilah Cinta Allah SWT:

    [...] Artikel asal: soleh.net [...]

  12. Komen dari Arsyad:

    No coment

    [Balas]

  13. Komen dari damanhuri:

    alhmdulillah…saya bersyukur bget kpd Allah SWT,dgn adanya uraian tentang sholat berjemaah ini kita bisa lebih anyak memahamibetapa pentingnaya sholat yang dilakukan secara bareng bareng.
    jadi,semoga ini menjadi pedoman masyarakat terutama bagi kaula muda.

    [Balas]

  14. Komen dari nurul:

    mcm mana lak hukumnya bagi perempuan??…ada kah wajib tuk solat b’jemaah??

    [Balas]

  15. Komen dari min pomen:

    saya nk copy artikel di blog ni blhh??nk sebar2 kan..

    Alhamdulillah saya dpt jga solat jemaah..cme kdng2 xdpt solat di awal waktu secara brjemaah..doakan ana kekal mndpat hidayah Allah s.w.t..insyaAllah..

    [Balas]

  16. Komen dari MEZOH:

    Orang yang tak berjemaah di masjid/surau nii memang sgt berani buat muka tak malu…..tak malu ke nanti bila nak buat kenduri kesyukuran ( dpt naik pangkat…anak dpt 5A/UPSR ), kenduri arwah atau nak buat tahlil atau nak buat kenduri kahwin baru terhegeh-hegeh ke masjid/surau nak ajak org dtg rumah……fikir-fikirlah…Dgn fadhikat yg sgt besar ni ikhlaskan lah diri bersama jemaah membangunkan agama Islam yg maha suci ini.

    [Balas]

  17. Komen dari emem:

    kalau kita yg selalu g masjid jgn nk perlekehkan mereka yg x.sapa tau mereka solat gn anak bini.jemaah juga.yg konon bgs slalu g msjd tinggalkan anak bini smbhyg kt rmh sorang2.apa hal.,jgn2 x phm kot apa tu maksud jemaah..fikir fikirkan….

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Begitu juga dengan yang tak pergi masjid, sama2 tak boleh perlekehkan siapa2.

    Apa2 pun berbalik kepada niat asal kita. Jika kita ke masjid untuk berjemaah itu ikhlas kerana Allah s.w.t sehingga berkorban meninggalkan isteri untuk menjaga anak2, ketahuilah bahawa isteri itu juga akan mendapat pahala yang sama seperti suami yang meninggalkannya untuk berjemaah di masjid, selagi dia tidak ikut serta kerana menjaga rumahtangga suaminya.

    Namun begitu, ada juga para suami yang sengaja membuat alasan ke masjid, semata2 untuk mengelak diri dari menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak2, ini yang tidak kena.

    Dalam keadaan tuan, mungkin orang yang tuan kata memperlekehkan itu hanya berniat berkongsi kebaikan. Mungkin caranya tidak tuan berkenan. Mungkin dia tak pandai berinteraksi untuk kebaikan dengan cara yang betul. Mungkin juga disebabkan kejahilannya sendiri telah mengguris hati dan perasaan orang lain. Maafkanlah dia.

    Yang penting sebagai diri kita sendiri (yang menerima kesakitan itu), perlulah berfikir dengan positif, elakkan negatif, insya-Allah selamat. Orang itu pun mungkin bertahun2 memaksa diri untuk menjadi amalan berjemaah di masjid, mungkin dia masih lagi melawan godaan nafsu dan syaitan, untuk terus istiqamah dalam amalannya, mungkin sebab itu kadang2 dia terbawa2 dengan usahanya itu. Ada banyak sebab orang yang nak buat baik tak jadi baik atau tidak diterima baik oleh orang lain. Sekali lagi, maafkanlah dia.

    Ingat, bukan senang mengamal kebaikan sejati, bukan suatu tugas yang mudah untuk mencari Syurga Allah s.w.t.

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...