Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Anggapan salah terhadap puasa bagi musafir

11 September 2008 oleh ImamKhalid

Ramai yang menganggap apabila bermusafir diharuskan berbuka. Ini kerana kita diajar di sekolah bahawasanya musafir boleh berbuka, tetapi tidak diajar kaedah dan perincian tentang puasa bagi musafir.

Pertama, sebelum masuk bab puasa, nak tanya tentang marhalah dulu. 2 marhalah bersamaan dengan berapa kilometer? Terdapat banyak kitab agama yang mempunyai banyak pendapat. Antaranya 81km, 84km, 86km, 90km, 91km, dan sebagainya. Jadi mana satu yang harus diikut?

Yang diajar di dalam buku teks Pendidikan Agama di sekolah, ditulis 94.5km. Rupanya tidak tepat. Bagaimana menentukan yang sebetulnya?

Memandangkan terdapat terlalu banyak pendapat, kita harus mengikuti jumhur ulamak. Mereka bersependapat bahawa 2 marhalah adalah bersamaan dengan 88.656km.

Tentang bagaimana dikira, bagaimana disukat dan sebagainya, tidaklah diketahui, dan tidak perlu banyak soal. Kerana jumhur ulamak sudah tentulah telah mengkaji sesuatu sebelum menetapkan sesuatu hukum dan perkiraan.

Kedua, bagaimana keadaan musafir yang diharuskan berbuka. Mestilah memulakan perjalanannya sesudah fajar, bukan selepas matahari tergelincir, dan juga mestilah masih lagi dalam perjalanan.

Jika musafir itu sampai ke destinasi bermukim sebelum waktu berbuka, maka dia wajib imsak* semula, dan haram baginya untuk makan dan minum sebelum terbenam matahari (waktu berbuka).

Tapi yang orang kita amalkan, lebih-lebih lagi waktu balik kampung sebelum raya. Mentang-mentanglah musafir, dah sampai ke destinasi pun mulalah nak menunjuk-nunjuk makan depan saudara mara di kampung, dengan menganggap dibolehkan kerana musafir.

Ketiga, jika kita musafir ke Australia contohnya. Di negara kita sudah masuk hari raya, tetapi di negara tersebut belum lagi. Oleh itu wajib imsak setibanya kita di sana.

Sebaliknya jika negara kita masih puasa tetapi di negara tersebut telah pun masuk hari raya, maka haram untuk berpuasa pada hari itu, tetapi wajib qada’ semula puasa untuk hari itu.

Begitulah yang difahami setakat ini. Akan menyusul nanti, apa hukum puasa seseorang itu jika lalat masuk ke mulut sewaktu tidur.

Kembali selepas ini, wallahu a’lam.

* imsak – bererti menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.

 

12 komen

  1. Komen dari shaxx:

    terimakasih memberi peringatan bg yg lupa…

    Entri terkini shaxx: Name Proton’s First MPV

    [Balas]

  2. Komen dari |1f34|-|1r3:

    seperti biasa…penuh informasi…sesuai untuk balik jejauh ke kelantan..wlpn aku mmg x pernah x posa kalau balik jejauh..tp leh dibuat panduan ni..hehe

    Entri terkini |1f34|-|1r3: Update on Negaraku! Break Fast

    [Balas]

  3. Komen dari Habib:

    Islam agama yang mengerti, memudahkan, dan membantu umatnya menghadapi kesulitan. Inilah kenapa saya memilih Islam.

    Entri terkini Habib: Membedah Otak Bayi

    [Balas]

  4. Komen dari Faris Fakri:

    Mekaseh Along sebab berkongsi informasi tentang puasa bagi musafir. Aku hari tu confuse smeta sebab maso aku balik sini smula tu bule poso doh. So, kalu nok kiro meme lamo gilo lah flight aku 13 jey. Doh la tuh, sapa² sinih, maso undur pulok 7 jey. Jadi koho lambak nok buko poso. Kalu kiro beto² gak, 20 jey poso! Gilo dih?

    Entri terkini Faris Fakri: Fishing

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Haa, ini adalah contoh terbaik. Terima kasih, Angoh.

    Sewaktu dalam flight, dibolehkan berbuka, tapi bila sampai di airport kat UK tu, mesti imsak.

    Tapi kena qada’ la.

    [Balas]

  5. Komen dari Extremist Thinker:

    bual cni bleh bos?

    Entri terkini Extremist Thinker: So Unsangkarable!!!

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Hoh ado pun. Nok bual buleh, minum tokleh lagi laa maso nih. poso boh!

    [Balas]

    ixora Reply:

    wah, dari rumah life4hire sampai ke sini dah.. hahaha.. sakan sungguh berborak. :D

    p/s – korang ni orang sekampung eh?

    Entri terkini ixora: Chris Daughtry – What About Now

    [Balas]

  6. Komen dari KNizam:

    aku pun kadang2 confuse gak. hehe :)

    Entri terkini KNizam: NuffNang New Survey for Bloggers ! Mari Kita Isikan Survey Itu Beramai2 ! Hehe :)

    [Balas]

  7. Komen dari Soleh.Net » Hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut:

    [...] submit_url = “http://soleh.net/2008/09/15/hukum-puasa-jika-lalat-termasuk-ke-dalam-mulut/”; Seperti yang dijanjikan, apa hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam [...]

  8. Komen dari cikF~:

    ye la kan..ruhsoh puase….

    Entri terkini cikF~: HaRi KeGeMaRaN~

    [Balas]

  9. Komen dari ummusaif:

    Rukhsah yg diberi utk membolehkan berbuka puasa bukan bermakna, siang2 dah pasang niat utk tidak berpuasa atau berbuka.

    Ia merupakan ilmu pengetahuan just in case TERPAKSA BERBUKA SETELAH BERUSAHA.

    Itu yg jadi berbuka secara terangan sebab bermusafir sebab faham separuh aje. Ataupun ada yg dah pasang niat utk tidak berpuasa sebelum masuk ramadhan bcoz siang Ramadhan pada waktu summer panjang di UK.

    Entri terkini ummusaif: Tidak Puasa Tetapi Imsak

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...