Hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut
15 September 2008Seperti yang dijanjikan, apa hukum puasa jika lalat termasuk ke dalam mulut?
Dalam keadaan yang tidak disengajakan sebegini, terdapat 2 kedudukan lalat* yang menentukan hukum bagi puasa seseorang itu.
- Sekitar sebelum halkum (mulut, lidah, bibir, gigi); dan
- Sekitar halkum dan selepasnya.
Sebelum diteruskan, baik kita tahu dahulu di mana kedudukan sebenar halkum. Halkum terletak di pangkal lidah. Iaitu tempat di mana kita menyebut huruf “kha” di dalam tulisan jawi.

Bukan “hha” lembut tapi “kha” atau “kho” yang dibaca tebal dalam pembacaan makhraj yang betul.
Berbalik kepada isu lalat tadi.
Sekiranya lalat itu berada dalam keadaan pertama (sebelum halkum), maka wajib dibuang, kerana jika ditelan maka batal puasa itu.
Namun, jika sebaliknya berlaku, iaitu keadaan kedua (halkum dan selepasnya), maka wajib ditelan, kerana jika dimuntahkan secara sengaja maka batal puasa itu.
Ia dikira di atas perbuatan muntah dengan sengaja yang menjadi salah satu daripada perkara yang membatalkan puasa.
Begitulah yang difahami setakat ini. Sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan.
Ikuti sambungan selepas ini dalam qada’ puasa, bayar fidyah (denda) dan ukuran cupak.
Jumpa lagi, wallahu a’lam.
* Lalat merupakan contoh sahaja. Nyamuk, lipas, atau apa sahaja serangga lain juga termasuk dalam hukum ini.




ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
15 September 2008 sekitar 8:04 am
rupanya aku silap…aku ingatkan kalau dah “ter” tuh..semua xper…rupanya2 ada keadaan2 nyer jugak…
Entri terkini |1f34|-|1r3: Update on Negaraku! Break Fast
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 15th, 2008 sekitar 8:17 am
Yang tak tahan, tang kena telan tu. Sanggup ker? Tapi itu lah yang disebut dalam kita Siyarus Salikin Jilid 2 edisi terkini (lupa nak tulis, nanti aku update).
[Balas]
|1f34|-|1r3 membalas:
September 15th, 2008 sekitar 8:35 am
beb…kalau benda tuh jadi pukul 5 ptg..aku blasah jer telan..sayang woo nak tinggal posa…nak kena ganti lg…tang part ganti tuh plak…entah kita ada kesempatan ke x…payah woooo
Entri terkini |1f34|-|1r3: Update on Negaraku! Break Fast
[Balas]
15 September 2008 sekitar 4:09 pm
yer la..sanggup ke nak telan…isk tak sanggup ohhhhh…..
[Balas]
16 September 2008 sekitar 10:36 am
Dalam kitab sabilal muhtadin menyatakan, jika lalat atau serangga dah termasuk ke dalam mulut, lalu tertelan, maka masih sah puasa.
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 16th, 2008 sekitar 11:05 am
Dalam komen ini juga, saudara didapati tidak membaca post dengan baik, tetapi hanya memandang sepintas lalu, lantas memberi komen.
Saya berkata demikian kerana post ini bukan membincangkan isu puasa itu sah atau tidak, tetapi apa tindakan di sebalik ukuran yang berlaku.
Juga telah dinyatakan dalam komen, update rujukan kitab mana.
Peringatan: Jangan sampai saya SPAMkan komen anda.
[Balas]
16 September 2008 sekitar 6:47 pm
bekeng weh tuwe rumoh pong. aritue ajok mari jaley dumoh. pah nok spam pulok. puhhh. kawe g pasar basoh ar td bos. pasar besar siti khadijah smbl tgk kbtc. cisss. lmbt lg nok siak. pah oyak parkson nok masuk sbln duo lg. iview pun buak doh nk amek staff. huhu.
pasal halkum gak kalu ore jatey, buoh dok tekok tuh kot. pah kalu masuk lalat, itu kejadiey pelik penah berlaku. xdop ore nok buwi lalat dok urung atah muko. huhu.
Entri terkini Extremist Thinker: Trend Perempuan Cantik Malaya
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 16th, 2008 sekitar 9:56 pm
Bukan bekeng boh, tapi ada part kena strict. Owh pasar basoh. KBTC tok siak lagi dih? Lamo jugok tuh. Sini pulok (tganu) Parkson baloh ngey The Store, berebut jadi keh mahkamoh nok banguney.
Kejadiey ni memey pelik, tapi berlaku. Sebab tu tubek hukum daley kitab, boh…
[Balas]
Extremist Thinker membalas:
September 16th, 2008 sekitar 11:43 pm
hukum genamo rima pulok. kes dunio xmasuk dlm kitab. aik. mu kelate ko ganu nie? ko celup duo2? mu ngaji sains komp ko sapa terer leh wak theme tuh. respek ar. kalo akoo sketch theme. mu leh wak dop?
Entri terkini Extremist Thinker: Trend Perempuan Cantik Malaya
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 17th, 2008 sekitar 12:00 am
Hukum di halkum tu laa. Kes dunio tok masuk apo nyo? Fardhu ain ni key…
Aku mok pok asal klate, aku loni duk tganu. Lahir di tempat lain. Jadi kiro duo2 celup laa seney.
Aku tok terel, minat jah lebih. Mu tera sketch dulu, pah aku tera buat. Kalu jadi aku letok di keda aku tuh hehe. Utong bagi 2. Amacam, cantek tak cadangan bisnes aku?
[Balas]
16 September 2008 sekitar 11:20 pm
thanks for the article
Entri terkini KNizam: Harga Minyak Dunia Sudah Di Bawah Paras USD100/g !
[Balas]
17 September 2008 sekitar 5:11 am
Td tegh blog hoping jumpa artikel yang sama sebijik… dia copy dari sini kot… tak sangka plak macam tu ek… siap kena telan… aiyak… tpi ada ke yang mulut dia kena masuk lalat?!
Entri terkini Adry: Strawmato or Tomberry?!
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 17th, 2008 sekitar 7:35 am
Secara amnya, sesuatu hukum itu wujud apabila terjadinya sesuatu perkara pada zaman seseorang ulama itu wujud. Jadi apabila terdapatnya hukum sebegitu dalam sesebuah kitab, maka kita menganggap perkara itu memang pernah terjadi, dan akan sentiasa terjadi. Jumlahnya sahaja yang berbeza, banyak atau sedikit.
Begitu juga dengan zaman sekarang. Sekiranya sesuatu perkara itu belum pernah berlaku sebelum ini, maka jemaah mufti akan bermusyawarah dan seterusnya mengeluarkan fatwa dari hasil musyawarah itu.
P/s: Blog mana yang copy sebijik tu?
[Balas]
17 September 2008 sekitar 10:05 am
nice info…tq
Entri terkini alia: Resepi juadah berbuka
[Balas]
20 September 2008 sekitar 5:38 am
definisi muntah adalah apa yang dari perut dan diluahkan keluar. dalam kes ini, lalat tersebut hanya berada di halkum, dan jika diluahkan, tidak akan memuntahkan isi perut. Jadi soalannya, adakah lalat yang di halkum dikira sebagai muntah jika diluahkan?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 20th, 2008 sekitar 7:31 am
Ya, itulah yang ingin saya terangkan sebenarnya. Mungkin penulisan saya yang kurang difahami.
Kedudukan sesuatu benda yang berada di halkum adalah dikira sudah berada di dalam rongga, yang mana jika dipaksa keluar (dimuntahkan) dengan sengaja, akan menyebabkan puasa seseorang itu terbatal.
[Balas]
24 September 2008 sekitar 9:25 am
ooo cam tu rupernyer…baru aku tau….good info…i give 5 *****
Entri terkini chuckiesd: Kereta Elektrik
[Balas]
27 September 2008 sekitar 9:13 am
hmm.. dpt lg ilmu kat blan ramadhan nih..
[Balas]