Al-fatihah - mustaqim atau mustakim?
17 September 2008
Sempena hari nuzul quran yang mulia ini, izinkan daku membicarakan isu ummul kitab, yang kini semakin tidak diendahkan oleh masyarakat Melayu.
Sudah menjadi budaya masyarakat Melayu, lebih senang menyebut mustakim dalam ayat keenam (lihat gambar di atas), daripada menyebut mustaqim (perhatikan beza antara huruf ‘k’ dan ‘q’) yang memerlukan penekanan terhadap halkum sewaktu menyebutnya.
Dalam rancangan TV, di masjid, waktu solat jumaat sekalipun, banyak berlaku kes-kes sebegini, tidak terkecuali di masjid-masjid besar (kerajaan) mahu pun masjid-masjid desa.
Padahnya, kalau dalam solat Jumaat, seluruh jemaah dalam solat itu tidak sah, dibimbangi ditolak bulat-bulat satu masjid oleh Allah s.w.t.
Bayangkan, ibaratnya kalau dalam bahasa Melayu, anda ingin memohon kepada Allah s.w.t supaya “tunjukkan kami jalan yang lurus”, tetapi dengan selambanya anda menyebut “tunjukkan kami jalan yang KURUS“!
Mungkin ada yang bertanya, tidakkah Allah tahu apa yang ingin kita katakan? Ya, memang Allah s.w.t Maha Memahami. Dia tahu apa yang kita ingin katakan, dan apa yang kita maksudkan.
Tetapi cuba anda bayangkan kisah ini. Anda di pejabat, tiba-tiba demam. Masuk bilik bos sambil berkata, “Bos, saya nak balik rumah, malas nak kerja hari ni!”
Walaupun bos anda faham yang anda bukan malas kerja tetapi demam, tetapi anda telah memperkecilkan bos anda dengan gurauan atau sindiran tidak beretika.
Bayangkan anda berkata begitu dengan bapak menteri, mahupun sultan, atau Yang Di-Pertuan Agung. Inikan pula Allah s.w.t Tuhan yang Maha Besar. Wajarkah?
Rukun, hukum dan cara
Dalam membaca surah Al-fatihah, terutama dalam solat, mestilah membaca dengan makhraj yang betul.
Makhraj yang tidak betul bakal mengundang padah yang amat dahsyat, iaitu solat yang tidak sah! Membaca surah Al-fatihah merupakan salah satu daripada 13 rukun solat.
Jadi bagaimana mungkin kita memandang ringan akan hal ini? Bagaimana pula jika kita hanya menjadi makmum? Adakah mesti terpisah dari jemaah, atau buat-buat tak sedar dengan kesilapan makhraj sambil herharap Allah s.w.t menerima ibadah kita?
Kalau timbul perkara ini sewaktu solat Jumaat, terdapat 2 pendapat dalam menjawab isu ini.
Satu pendapat mengatakan seseorang itu wajib memisahkan solatnya dari jemaah.
Manakala satu lagi berpendapat bahawa seseorang imam itu dipilih dari raja / sultan dan dengan demikian wajib diikuti.
Perselisihan pendapat itu memang akan berlaku di mana-mana. Atas kita untuk menilai dan mengikuti mana-mana pendapat yang kita rasakan betul bagi kita.
Pokok pangkalnya, sebutan kepada pembacaan itu yang harus diperbetulkan terlebih dahulu.
Untuk memperbetulkan bacaan, mestilah ada ilmu. Sebab itu Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Allah s.w.t mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat (Surah al-Mujadalah - ayat 11)
Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda di dalam hadith-hadith baginda yang bermaksud:
Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka Allah s.w.t mudahkan untuknya jalan ke syurga (Hadis riwayat Muslim – hadis nombor 2699)
Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim (Hadis riwayat Ibnu Majah – hadis nombor 224 dan ia disahihkan oleh al Albani dalam semakannya terhadap Sunan Ibn Majah. Hadis ini juga dinilai sebagai hadis hasan oleh Basyar Awwad Ma’ruf dalam kajiannya terhadap Sunan Ibn Majah)
Sekian dikongsikan, wallahu a’lam. Bagaimana dengan bacaan Al-fatihah anda?



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
17 September 2008 sekitar 7:29 pm
terima kasih di atas post ini. hehe
Entri terkini KNizam: Jangan Lupa Menonton Destinasi Bajet @ 8TV | Season 2 Episode 11 @ 9.30 Malam Ini ! Hehe
[Balas]
17 September 2008 sekitar 7:42 pm
Amat bagus sekali saudara Imam mengutarakan hal ini. Memang kalau kita amati betul-betul, terdapat segelintir orang kita yang tidak mengendahkan hal ini. Ianya mungkin nampak remeh temeh tapi sebagaimana yang saudara Imam kata, solat kita mungkin ditolak bulat-bulat oleh Allah S.W.T. Na’uzubillah.
Saya, secara peribadi mencuba sedaya upaya supaya bacaan Al-Fatihah di dalam solat disebut dengan tepat dan betul dengan harapan, solat itu diterima oleh NYA.
P/S: Bolehkah saya ingin mencadangkan kepada saudara Imam untuk pos seterusnya kita membincangkan topik berkenaan dengan erti Islam sebenarnya. Sebab daripada apa yang saya lihat terutamanya saudara-saudari kita di Malaysia hanya mementingkan sembahyang bahkan, Islam itu sebenarnya merangkumi setiap sudut seperti budi pekerti, akhlak yang mulia, berbuat baik terhadap sesama manusia. Kita seakan lupa akan perkara sebegini.
Entri terkini Faris Fakri: Moving To A New Place (Part I)
[Balas]
17 September 2008 sekitar 10:17 pm
aku confident ngan bacaan al-fatihah aku..insya allah..surah plg lama aku blaja ngan nenek aku dulu ialah al-fatihah….
anyway, aku ingat ustaz aku citer..ni’mat ialah benda baik dan nikmat pulak adalah bala….
Entri terkini |1f34|-|1r3: Negaraku! Revealed…
[Balas]
18 September 2008 sekitar 2:05 am
terima kasih di atas tunjuk ajar anda.
Entri terkini shaxx: What Day Is It?
[Balas]
20 September 2008 sekitar 12:42 pm
huhu… that’s why la kalau nak jadi imam takble sembarangan.. kena pilih orang yang berilmu la kan…
Entri terkini Adry: My busy friday…
[Balas]
26 September 2008 sekitar 4:31 pm
Memang benar… surah alfatihah adalah satu syarat sah solat
kita.Dari segi bacaan pula huruf seperti mestilah betul,,,akan tetapi
kalau dah usaha maseh xboleh…..lahaulawallah je lah….jangan sampai xsolat pasal dok fikir “solat aku Allah terima atau tidak….Allah tu ARRAHMAN ARRAHIM….jangan buruk sangka terhadap ALLAH
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 26th, 2008 sekitar 5:37 pm
Yang penting, kita tahu di mana kedudukan kita, dan layakkah kita untuk menjadi imam kepada orang ramai.
Kalau dah tahu bacaan sukar diperbetul, elakkan daripada menawar diri atau menerima tawaran untuk menjadi imam semasa solat.
Apa pun, seperti yang saudara shukur katakan, solat tetap wajib ditunaikan, walaupun bacaan tersangkut2 mahupun salah.
[Balas]