Qada’ puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak
18 September 2008Qada puasa adalah wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum datangnya bulan Ramadhan. Malah puasa sunat juga diharamkan untuk dikerjakan sebelum mengqada’ puasa yang tertinggal sebelumnya.
Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).
Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.
Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.
Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?
Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.
Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.
Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.
Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.
Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.
Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.
Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.
Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?
Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.
Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.
Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).
Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.
Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.
Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?
Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.
Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.
Persoalan seterusnya, sila isi ruangan komen di bawah untuk dibincang bersama.
Wallahu a’lam.
Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):
- Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
- Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
- Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
- Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
- Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
- Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.
Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
18 September 2008 sekitar 11:00 am
hu..hu…tq bro banyak membantu..ada yg perlu aku satelkn
Entri terkini alia: ANDA PENGEMAR SHUSI?…saksikan….
[Balas]
18 September 2008 sekitar 4:27 pm
tq pasal info nih. useful!
Entri terkini shaxx: Old School Tag
[Balas]
20 September 2008 sekitar 12:49 pm
Subhanallah… terima kasih banyak banyak ek… banyak ilmu dapat hari ni.. hehehe
Entri terkini Adry: My busy friday…
[Balas]
29 September 2008 sekitar 12:22 pm
tq..byk membantu….saye pun byk was-was ni….
so i think i nak byr je fidiyah ni…
dri hidup dlm syubhah
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 29th, 2008 sekitar 1:49 pm
Bayar fidyah itu wajib, puasa yang tinggal pun wajib diqada’. Bukan bayar fidyah, settle hutang.
Bagaimana pun, nilai fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan hari puasa yang wajib diqada’ adalah sama (tidak meningkat) walau selama mana pun telah ditinggalkan.
Wallahu a’lam.
[Balas]
30 September 2008 sekitar 8:57 am
emmm thanks a lot imam khalid, saya percaya ramai perempuan di luar sana yang perlukan maklumat ini. lebih lebih lagi ukuran berapa gram bersamaan dgn satu cupak…anyway maklumat ni banyak membantu…
[Balas]
30 September 2008 sekitar 10:13 am
~mcm mana pulak kiraan cupak tadi kalau tak ingat berapa lama tak ganti puasa…
~start “cuti” puasa umur 12 thn & sekarang ni dah 29 thn…
~belum pernah ganti lagi & sekarang ni bercadang nak ganti puasa..
[Balas]
ImamKhalid membalas:
September 30th, 2008 sekitar 5:05 pm
Biar saya cuba.
29 tahun - 12 tahun = 17 tahun.
Ambil jumlah tertinggi bilangan “cuti” bulanan (untuk selamat). Sebagai contoh, 8 hari.
Dalam tempoh 17 tahun kita sambut ramadhan antara 17 hingga 18 kali. Ambil 18 (untuk selamat).
Sekarang, ikut langkah artikel di atas:
- Tinggal puasa 8 hari ramadhan lepas, bayar 8 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 2 ramadhan lepas, bayar 16 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 3 ramadhan lepas, bayar 24 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 4 ramadhan lepas, bayar 32 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 5 ramadhan lepas, bayar 40 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 6 ramadhan lepas, bayar 48 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 7 ramadhan lepas, bayar 56 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 8 ramadhan lepas, bayar 64 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 9 ramadhan lepas, bayar 72 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 10 ramadhan lepas, bayar 80 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 11 ramadhan lepas, bayar 88 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 12 ramadhan lepas, bayar 96 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 13 ramadhan lepas, bayar 104 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 14 ramadhan lepas, bayar 112 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 15 ramadhan lepas, bayar 120 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 16 ramadhan lepas, bayar 128 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 17 ramadhan lepas, bayar 136 cupak.
- Tinggal puasa 8 hari 18 ramadhan lepas, bayar 144 cupak.
Ambil kalkulator, hitungkan semua bilangan cupak di atas, dapatlah 1,368 cupak.
Bagi puasa pula, 8 hari darab 18 kali ramadhan, dapat 144 hari yang wajib diqada’.
Cara qada’, buat setakat mampu. Cara bayar fidyah, sbg contoh buat makan di masjid, tiap2 bulan, sebanyak mana yang mampu, katakan 100 cupak beras sebulan.
100 cupak = 55.6kg = RM166.80 (RM3 sekilo) selama kira2 1 tahun 2 bulan.
Begitulah cara pengiraannya sebagai panduan kita bersama.
Wallahu a’lam.
[Balas]
leana membalas:
October 6th, 2008 sekitar 9:42 pm
alhamdulillah, lega rasanya bila dah tau jumlah kiraan nya…
terima kasih.
[Balas]
koi membalas:
November 10th, 2008 sekitar 12:12 pm
salam.. bro, tq banyak dpt ilmu. cuma nak tanye bg makan kat masjid tu ambil rujukan mane? kat masjid tu bkn semua yg dtg tu miskin!yg kaya pun bnyk. minta respon
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 3:56 pm
Kitab Siyarus Salikin dan kitab Mufti Negeri Terengganu. Sila rujuk, dapatkan di kedai2 buku agama.
Hujahnya, di bandar2 besar sukar ditemui fakir dalam jumlah yang ramai dan merumitkan apabila jumlah cupaknya besar.
[Balas]
koi membalas:
November 11th, 2008 sekitar 9:03 am
tkasih dgn jawapan. cuma nak tau nama kitab mufti trengganu dan nama mufti tersebut supaya saya dapat beli di kedai2 buku. selain tu boleh bagi tau bab apa dalam kitab siyarus salikin. tq. minta jawapan supaya saya tak ragu-ragu dalam perkara ini.
[Balas]
3 October 2008 sekitar 12:40 pm
salam,
puasa baru ni saya bersama suami disiang hari selama 7 hari. x dpt control, mcm mana nak bayar denda fidyah ni….
[Balas]
ImamKhalid membalas:
October 6th, 2008 sekitar 10:35 pm
Suami wajib kafarah sebanyak 60 x 7 = 420. Setiap 60 hari adalah berturut2 tanpa henti.
Terdapat cara menangani masalah kawalan ini, lebih2 lagi bagi pengantin baru.
Adalah lebih baik jika bertanya terlebih dahulu, daripada menanggung akibat yang sangat berat ini.
Pertama, pasangan boleh membatalkan dahulu puasa dengan perkara2 yang membatalkan puasa, sebelum bersama.
Kedua, suami berada di sebelah bawah sahaja, dan membiarkan isteri membuat kerja di sebelah atas seorang diri.
Wallahu a’lam.
[Balas]
yaya membalas:
October 16th, 2008 sekitar 10:18 am
salam,
dinyatakan bahawa Suami wajib kafarah sebanyak 60 x 7 = 420. tapi jika kami mahu ganti dgn bayar fidyah? bagaimana kiraannya
[Balas]
ImamKhalid membalas:
October 16th, 2008 sekitar 11:24 am
Perlu difahami, tiada istilah kami dalam kafarah. Kafarah adalah dikhaskan untuk lelaki sahaja, di mana ia wajib dijalankan pada tahun yang sama. Sekiranya gagal menghabiskan kafarah sehingga tibanya Ramadhan seterusnya, maka dikenakan fidyah ke atasnya sebanyak 1 cupak untuk setiap satu hari satu tahun.
Seperti yang diterangkan di atas, hutang puasa tidak akan langsai sama sekali dengan membayar fidyah. Fidyah hanya denda, manakala puasa tetap wajib diganti.
Harap baca semula artikel ini jika masih keliru antara fidyah dan qada’ (persoalan keempat).
Wallahu a’lam.
[Balas]
10 October 2008 sekitar 4:03 pm
Saya wanita berusia 21 tahun dan belum berkahwin. saya terlewat menggantikan puasa pada 2 tahun lalu. jadi adakah berkenaan dengan wajib membayar fidyah itu perlu dilakukan oleh saya sendiri atau bapa saya?..dan boleh tak jika saya yang mahu menunaikannya sendiri. kerana segan pula kat ayah saya. hehe.
[Balas]
ImamKhalid membalas:
October 28th, 2008 sekitar 1:49 pm
Maaf lewat balas. Boleh tunai sendiri.
[Balas]
17 October 2008 sekitar 9:39 pm
Pada tahun 1999, saya telah meninggalkan puasa selama sebulan selepas malahirkan anak pada bulan oktober atas sebab kesihatan.Tetapi, sehingga sekarang saya belum lagi menggantikannya sedangkan puasa yang ditinggalkan pada tahun berikutnya telah saya langsaikan.Berapa harikah puasa yang wajib saya ganti dan berapakah nilai fidyah yang saya perlu bayar kerana saya amat bimbang kerana perkara ini sudah lama berlalu..
[Balas]
ImamKhalid membalas:
October 28th, 2008 sekitar 1:51 pm
Maaf lewat balas. Puasa yang wajib diqada adalah sebanyak sebulan tersebut andaikan 30 hari, manakala fidyahnya adalah sebanyak berikut:
30 hari x 9 tahun = 270 cupak.
Wallahu a’lam.
[Balas]
18 October 2008 sekitar 8:56 am
Apabila ibu2 mertua saya meninggal dunia (bapa mertua ada 2 isteri), saya melihat mereka membuat kiraan membayar fidyah puasa yang amat unik seperti membeli beras puluhan kampit (mengikut anggaran kiraan umur dan cupak beras). Kemudian mereka meletakkan beras tersebut di atas sekeping papan yang ada roda yang boleh di tolak kedepan dan kebelakang. Ada pula seorang tukang kira. Yang uniknya mereka mengira dengan mancis api dan ada pula baca-bacaanya! Yang membuat kiraannya hanya orang-orang lelaki.
Baru-baru ini ibu mertua (mak uda) saya meninggal dunia pada waktu tengahari. Mereka membuat kiraan fidyah pada waktu malamnya (jenazah masih di rumah lagi). (Usia mak uda saya 63-65 tahun. Mereka menggunakan 22-25 kampit beras 10 kg,)
Apa pendapat ImamKhalid?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
October 28th, 2008 sekitar 1:52 pm
Saya tidak pasti adakah ia suatu bidaah atau tidak. Saya akan kaji lebih mendalam akan hal ini. Terima kasih.
[Balas]
28 October 2008 sekitar 10:43 am
sy ingin tau bulan apakah yang boleh untuk membayar puasa..dan setahu sya ada bulan yang tidak boleh mengqada puasa..bulan apakah ia?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
October 28th, 2008 sekitar 1:54 pm
Semua bulan dibolehkan berpuasa, tetapi ada beberapa haribulan pada bulan tertentu yang diharamkan berpuasa, atas sebab2 tertentu.
[Balas]
30 October 2008 sekitar 3:28 am
mcm mana pembayaran fidyah di negeri selangor?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 7th, 2008 sekitar 4:34 pm
Rujuk persoalan kedua di atas, sama sahaja bagi mana2 tempat sekali pun, wallahu a’lam.
[Balas]
7 November 2008 sekitar 1:31 am
assalamualaikum
terima kaseh…info yg sgt berguna….dpt byk pahala awak nie sedekahkan ilmu pengetahuan mcm nie…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 7th, 2008 sekitar 4:37 pm
Sama2, eloklah kiranya kita menyampaikan apa yang kita tahu…
[Balas]
18 November 2008 sekitar 11:46 am
nak tanya
setiap negeri adakah berlainan atau sama bagi 1 cupak = ?g
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 18th, 2008 sekitar 12:01 pm
Cupak adalah ukuran universal, seperti gram, ounce, kilo, meter, inci, dan sebagainya. Oleh itu, semua negeri sama sahaja.
[Balas]
20 November 2008 sekitar 10:29 pm
Assalamualaikum…
Bolehkah bayaran fidyah itu diberikan kepada anak-anak yatim bukan fakir miskin?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
December 12th, 2008 sekitar 10:13 pm
Boleh.
[Balas]
12 December 2008 sekitar 12:52 pm
Bapa baru meninggal umur 75 tahun. Sebelum ini arwah ada meninggalkan puasa, mgkin 30 hari dalam sebulan kot…dan mgkin beberapa tahun sebelum ni arwah tidak berpuasa, kerana tak larat. Perlukah anak-anak qada & fidyah, mcmana ustaz?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
December 12th, 2008 sekitar 10:13 pm
Bayar fidyah sahaja, wallahu a’lam.
[Balas]
12 December 2008 sekitar 1:00 pm
semasa bertunang, kami telah terlanjur sekali dibulan puasa lebih kurang 14 tahun yg lepas . Apa perlu saya buat ? Saya dah berkahwin dan insaf atas perbuatan tersebut. Qada puasa & bayar fidyah. Tolong ustaz bagi jawapan..tk…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
December 12th, 2008 sekitar 10:12 pm
Bayar kafarah bagi lelaki sahaja iaitu berpuasa selama 60 hari berturut2. Wallahu a’lam.
[Balas]
16 December 2008 sekitar 4:43 pm
Assalamualaikum Imam Khalid, terima di atas info dan jawapan.
Nak tanya lg..bayar kafarah iaitu puasa selama 60 hari berturut-turut
Soalannya…..
Bolehkah 60 hari tu diniatkan sekali dengan puasa qada yang ditinggalkan pada tahun-tahun sebelum ni? ataupun kena qada puasa berasingan bagi puasa yang telah ditinggalkan ? terima kasih banyak2..semoga dgn jawapan ustaz ini hilanglah belengu perasaan saya. Wassallam…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
December 16th, 2008 sekitar 8:24 pm
Tidak boleh, seperti juga puasa 6 dan puasa qada, yang kadangkala ramai antara kita terkeliru. Semuanya kena puasa secara berasingan.
[Balas]
19 December 2008 sekitar 2:32 pm
Assalamualaikum Imam Khalid.
Saya nak tanya..andainya pada tahun 1989 shgga 1996, setiap ramadhan sya tggl puasa selama 12 hari. Sehingga 2008 saya belumpun ganti lagi.
Berapakah jumlah hari yang perlu diganti dan berapakah jumlah fidyah ? Cuba Imam buat table dan formula utk saya, pas tu dapatlah saya ajar kawan2 saya pulak…..ramai yang tanye ni…insyaallah formula tu saya akan sebarkan supaya dapatlah mane2 kawan yang berhajat nak menglangsaikan hutang. Semoga Ustaz dipanjangkan umur dan dimurahkan rezqi. Dah kahwin ke belum, ustaz…?(maaf gurau….)
[Balas]
20 December 2008 sekitar 11:45 am
Salam.
Saya ingin membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan tahun2 terdahulu. Insyaalah, jika tiada keuzuran, ingin qada’ semuanya sebelum puasa tahun depan (2009).
Niat saya ingin memberi beras kepada rumah anak2 yatim sekitar Selangor memandangkan saya tinggal di Selangor. Jadi, perlukah saya melantik wakil, ataupun saya sendiri boleh berbuat demikian? Dan bagaimana pula dengan “niat” atau adakah perlu dilakukan dengan “lafaz” dan sebagainya? Perlukah saya memberitahu pihak yang menerima (rumah Anak2 yatim) mengenai pembayaran fidyah saya tersebut.
[Balas]
23 December 2008 sekitar 9:42 am
assalammualaikum..
masalah saya.. ibu mertua saya baru sahaja meninggal dunia.. umur 51 tahun. kami merancang mau membayar fidiah puasa. ibu mertua saya meninggal kerna sakit paru-paru rosak semenjak 4@5 tahun sebelum meninggal.
mengikut bapa mertua saya, ibu mertua saya jarang tinggalkan puasa.. tapi kami risau jika ada puasa-puasa yg belum berbayar oleh mertua saya itu.
oleh itu kami sepakat untuk membayar fidiah untuk 30 hari selama 25 tahun kebelakang.
soalannya :-
1) boleh kah kami andaikan (25 tahun) begitu?
2) bagaimana kiraan nya? adakah kami harus mengandakan untuk keseluruhan puasa tersebut @ kira purata sahaja?
wasallam…
[Balas]
28 December 2008 sekitar 8:54 pm
assalamualaikum,
saya ada persoalan. boleh tak bayaran fidyah itu digantikan dalam bentuk wang ringgit? dan adakah ia boleh dibayar kepada golongan mualaf?
seperkara lagi, bilakah waktu akhir untuk membayar fidyah? adakah sebelum bermulanya ramadhan ataupun sebelum berakhirnya tahun itu?
soalan terakhir, sekiranya fidyah telah dibayar, tetapi puasa tidak dapat diganti sepenuhnya pada tahun itu sehingga bertemunya ramadhan seterusnya, adakah perlu dibayar fidyah lagi?
[Balas]