Maybank2u kekalkan aplikasi lama sebagai alternatif?
19 October 2008 oleh ImamKhalidSelepas saudara NoktahHitam membuat linkback kepada Maybank2u, barulah saya sedar tentang keluhan beberapa staf di pejabat tentang portal kewangan tersebut. Maybank2u.com sudah berwajah baru!
Apabila saya uji pada saat itu, memang menjengkelkan. Kelambatannya mengalahkan sang kura-kura yang keletihan selepas mengalahkan arnab.
Itu belum disebut pasal ralat dan kegagalan lagi. Nak cek baki akaun tak boleh, nak topup prepaid pun tak dapat. Terlampau banyak error di kala masyarakat Malaysia moden memerlukan mereka di saat-saat genting ini.
Kehairanan saya bertambah, apabila saya menyedari baru sekejap tadi saya cek baki di komputer saya. Tiada sebarang masalah. Semuanya seperti sedia kala.
Rupa-rupanya, pihak mereka masih mengekalkan laluan lama, dengan URL yang lama, tanpa apa-apa redirection.
Kebetulan saya Bookmark login page aplikasi tersebut. Mungkin sebagai laluan alternatif, atau mereka terlupa (tak mungkin!)
Saya dah cuba lakukan transaksi pada aplikasi lama, ternyata masih seperti biasa. Berjalan lancar dan berhasil.
Mungkin ada yang kurang sukakan perubahan, lebih-lebih lagi masa nak cepat, bolehlah cuba laluan lama.
Klik logo Maybank2u di atas, atau klik sini. Wallahu a’lam.
P/s: Masih menanti Hardisk yang tak kunjung tiba









ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
19 October 2008 sekitar 9:41 am
btol la..m2u baru super lembab..tp ni pasal network ni..bukan pasal site dia lembab !
|1f34|-|1r3’s last blog post..WP : How to change file permission tutorial
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 19th, 2008 at 7:44 pm
Tapi aku masuk interface lama laju semacam jer
[Balas]
|1f34|-|1r3 Reply:
October 20th, 2008 at 6:27 am
maybe interface lama guna server lain kot..aku pon xde masa nak siasat psl benda ni…byk lg benda lain aku nk pikirkan…hehe
Entri terkini blog |1f34|-|1r3.. Munchy’s contiminated by melamine?
[Balas]
19 October 2008 sekitar 10:22 am
sabar ajelah imam khalid, tunggu warranty memang lama, kalau lama sangat imam khalid beli aje hard disk baru, yang lama tu buat storage nanti.
mrahfa’s last blog post..Keeping up with the mindset
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 19th, 2008 at 8:03 pm
Insya-Allah kalau minggu ni tak setel jugak, aku beli yang baru.
[Balas]
19 October 2008 sekitar 7:40 pm
Salam. Khabarnya wajah baru ini lebih kebal sekuritinya. Flash di dalam wajah baru ini sukar ditiru oleh phiser (pembuat phising).
Walau apa pun terima kasih di atas maklumat dalam blog ini.
Dr.Ariffaizal’s last blog post..Ketidaktulenan Ekstrak Kondensasi Pendidihan
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 19th, 2008 at 8:08 pm
Semestinya itulah yang mereka utamakan, sekuriti.
Namun apa yang saya lihat aplikasi baru ini seolah2 menggunakan AJAX, tapi sebenarnya tidak. Mereka seperti menggunakan div dengan z-index untuk mengelakkan gangguan semasa transaksi sedang berjalan.
Flashnya pula belum saya nampak. Di mana ya? Boleh tunjukkan sedikit?
[Balas]
19 October 2008 sekitar 11:41 pm
yeap memang lembap giler… dorang masih buat improvement kot…
Entri terkini blog Adry.. Gatherings at Sis Riani’s house..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 20th, 2008 at 6:40 am
Nasib baik yang lama masih boleh diakses
[Balas]
20 October 2008 sekitar 1:07 am
yg baru dijamin sloooowww…
Entri terkini blog shaxx.. Internet Explorer is Still Popular
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 20th, 2008 at 6:42 am
Slow itu kan sudah menjadi prinsip M2U
[Balas]
21 October 2008 sekitar 8:00 am
Sistem baru mestilah ada kekurangannya.
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 21st, 2008 at 9:57 am
Maybank adalah organisasi besar, punya modal yang besar, outsource ramai expert programmer. Sepatutnya sebelum publish kepada orang ramai, pastikan tiada kelemahan yang nyata, melainkan kelemahan2 kecil yang mungkin tidak dapat dikesan semasa pengujian.
[Balas]
22 October 2008 sekitar 1:33 am
Assalamualaikum….
Tengahhari nanti ada sesuatu yang istimewa di dalam blog saya…. Kami hendak buat sesuatu yang luar dari kebiasaannya, dan kami amatlah berbesar hati jikalau saudara dapat ambil bahagian dan tunjukkan sedikit sokongan … ikhlas, itu yang penting…
Adry @ http://www.adrysabry.com
Entri terkini blog Adry.. Biodata Iblis @ Syaitan
[Balas]
ImamKhalid Reply:
October 22nd, 2008 at 4:34 pm
Terima kasih. Takziah buat adik Nur Khadizah dan keluarga di atas musibah yang melanda.
[Balas]
2 November 2008 sekitar 6:02 pm
barang baru xboleh laju… tunggu 1000km baru boleh laju, hehe
Entri terkini blog bukaminda.com.. Jual motor rxz di mudah.com.my
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 2nd, 2008 at 7:58 pm
Ko ingat moto RXZ ker nak kena tunggu 1000km? Orang jual barang kat mudah.com.my pun ramai yang pakai Maybank2u tau. Kalo line lembab susahlah RXZ ko nak laku dalam masa 24 jam. Hehehe jangan maree…
[Balas]
9 November 2008 sekitar 4:24 pm
Kalau nak tengok Maybank cepat amik tindakan betulkan sistem dier, kena tunggu sampai ader sesapa yang hack server dier… baru la depa betuikan.
Entri terkini blog cencurut.. Plummeting Prices
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 9th, 2008 at 7:53 pm
Baik ko bertindak skarang. Pegi hack sistem diorang, masukkan 25% duit2 tu ke akaun aku
[Balas]