Definisi bersuci (bhg I)
4 November 2008
Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci
Bersuci dalam istilah bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi.
Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh dicapai oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain.
Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.
Hukum bersuci
Bersuci hukumnya wajib apabila hendak mengerjakan ibadah solat. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”
Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi
Hikmah bersuci
- Allah kasih orang yang bersuci. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.”
- Bersuci sebahagian daripada iman. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Bersuci itu sebahagian daripada iman”
Hadis riwayat Muslim - Menghindarkan perasaan jijik.
- Menjaga kesihatan dan menghindari penyakit.
- Membezakan antara manusia dan haiwan.
- Suatu tanda keistimewaan agama Islam yang lebih menitikberatkan kebersihan bukan hanya zahir sahaja, malah hingga kepada kebersihan batin.
- Terpelihara maruah diri. Selain itu kebersihan dalam solat adalah suatu adab kesopanan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agung.
Bersambung di bahagian II, insya-Allah.



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
5 November 2008 sekitar 7:08 am
[...] submit_url = “http://soleh.net/2008/11/05/definisi-bersuci-bhg-ii/”; Sambungan daripada bahagian I. Air menjadi simbolik kepada amalan [...]
8 November 2008 sekitar 12:20 am
[...] bersuci (Bahagian I & Bahagian [...]