Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Definisi bersuci (bhg II)

5 November 2008

Sambungan daripada bahagian I.

Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Air menjadi simbolik kepada amalan bersuci

Pembahagian-pembahagian jenis bersuci
Terdapat 2 jenis bersuci yang dikehendaki oleh syarak, iaitu:

  1. Bersuci daripada najis zahir yang meliputi badan, pakaian dan tempat;
  2. Bersuci daripada hadas yang merupakan kekotoran maknawi yang ada pada badan sahaja.

Pembahagian jenis hadas

  1. Hadas besar - berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan mandi wajib.
  2. Hadas kecil - berlaku apabila batalnya wudhuk seperti kentut, buang air kecil dan besar, bersentuhan yang bukan muhrim. Cara bersuci dari hadas ini ialah dengan berwudhuk.

Alat-alat untuk bersuci terdiri daripada 4 jenis, iaitu:

  1. Air;
  2. Tanah untuk tayammum ketika tiada air atau tidak dapat menggunakan air bagi berwudhuk atau mandi wajib;
  3. Batu dan barang yang mempunyai sifat keras, suci, kesat dan dapat menanggalkan najis seperti kayu dan seumpamanya serta tidak dihormati pada hukum syarak, seperti makanan, tulang, buku-buku agama Islam dan apa-apa yang tersurat nama Allah, malaikat dan para nabi, untuk dibuat beristinjak.
  4. Bahan-bahan penyamak untuk mencuci kulit (belulang) haiwan yang mati selain anjing dan babi.

Bersambung perincian alat bersuci (air). Wallahu a’lam.

 

Sebarang komen? Silakan...