Naik taraf butang Negaraku!
9 November 2008
Makluman Pengguna WP
Maaf, entri ini untuk makluman para blogger WordPress. Jika anda hanya nampak bahasa Jerman, dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan.
Baru-baru ini aku mendapat ilham untuk memudahkan proses paparan dan juga proses naik taraf butang Negaraku!.
Itu pun setelah Eddie NH membentuk rekabentuk butang baru untuk plugin ini melalui SembangKomputer.com.
Apa yang aku perasan, ramai yang berkenan dengan rekabentuk butang baru. Akan tetapi ada juga yang tidak mahu sebarang perubahan terhadap butang asal sedia ada.
Dari situ aku mendapat satu idea, mengapa tidak diberikan pilihan kepada pemilik blog WP itu sendiri, kan lebih baik.
Setelah menggodek-godek sedikit sebanyak koding PHP, dan bermain dengan beberapa prosedur Subversion WP Plugin, akhirnya dapat juga aku memuat naik dan simpan plugin ini di WordPress.org untuk tujuan hos dan statistik.
Jadi, bagi sesiapa yang sedang menggunakan plugin Negaraku! ini, sila naik taraf secara automatik dari panel admin anda.
Bagi yang belum pernah menggunakannya, sila muat turun versi terbaru (1.1.0) dari WordPress.org.
Semoga dapat memberi manfaat kepada semua para blogger Malaysia.
Sekian, wallahu a’lam.



ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
9 November 2008 sekitar 8:57 am
thanks bro. Ill take this as my bday present from you. Thanks a lot.
Entri terkini blog NoktahHitam.. Happy Deepavali Blunder
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 10:22 am
You’re welcome. Happy birthday!
[Balas]
9 November 2008 sekitar 11:06 am
fuh..rajin sungguh mengupdate plugin ni..memang patut la eddie anggap sbg hadiah bday….hehe
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 2:10 pm
Seronok main koding nih, rasa macam satu kepuasan tahap maksima bila apa yang dirancang itu menjadi.
[Balas]
9 November 2008 sekitar 11:28 am
aku dah upgrade, tiba2 butang Negaraku tu hilang bagai ditiup angin. huhu.
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 2:11 pm
Habis tu amacam skarang? Ada masalah ker? Ce explain sket..
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 2:22 pm
Cuba cek Negaraku! Options, Align disable kot… Pelik nih
[Balas]
9 November 2008 sekitar 12:21 pm
hoyeaa!
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 2:11 pm
Ni sajer nak menaikkan ranking mengomen nih. Sabar laa aku belum buat contest pengomen terbanyak lagi ni.
[Balas]
9 November 2008 sekitar 5:50 pm
Salam kenal untuk pak imam dari negeri jiran indonesia by the way blog nya bagus n keren
Entri terkini blog situs penghasil dollar.. Bagaimana belajar menulis
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 7:59 pm
Salam, ni spam ker bukan? Musykil aku.
[Balas]
9 November 2008 sekitar 6:05 pm
leceh la plugin ni.. kalau tinggalkan margin tu kosong nanti dia tak kuar..
aku dah la tak tau macam mana nak adjust margin tu.. lama gile aku nak set jadikan dekat main page kuar yang compact punya dekat bottom left.. asik2 kuar kat top je.. yang dekat post dah setel..
aku panggil direct pon macam tak kuar je.. panggil guna ni pon dia kuar text je.. xkuar pape…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 8:01 pm
Bukan begitu, sebenarnya ada ralat sket (baru dikesan). Kena update settings dulu sekali, baru menjadi.
Takpe, nanti aku baiki. Maaf atas segala kesulitan.
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 11:27 pm
Psst, aku dah baiki ralat yang ko bagi tau. Sila naik taraf, dan uji sekali lagi. Kalau ada lagi, sila maklum.
Terima kasih, maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
[Balas]
9 November 2008 sekitar 6:08 pm
edit sket.. panggil direct guna !–negaraku– pon xjadi.. panggil guna ni pon show_negaraku() kuar text je.. tak kuar pon button tu..
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 8:01 pm
Maaf bro, bagi aku sedikit masa untuk baiki plugin ini.
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 11:27 pm
Ketiga2 method dah boleh guna skarang, yahoo!
[Balas]
topo membalas:
November 10th, 2008 sekitar 2:49 am
aku tak jumpa pon link untuk upgrade hohoh :((
Entri terkini blog topo.. adeh tag 21 tentang buat duit, blog dan topo…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 5:57 am
Aku pun tak tau kenapa link auto upgrade tak kuar. Frust aku, tak dapat kesan lagi silap kat mana.
Ni link dia
http://wordpress.org/extend/plugins/negaraku/
[Balas]
9 November 2008 sekitar 6:09 pm
Cun la bro..
Entri terkini blog Mr Am.. My Online Hoster dilanda Taufan
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 8:01 pm
Terima kasih.
[Balas]
9 November 2008 sekitar 6:36 pm
aku pun suka dengan button barU! hehe
Entri terkini blog KNizam.. Yahoooooooo ! Nak Balik Kampung Kat Jasin Lagi…. Nak Tengok Dusun + Nak Minum Kopi 434 !
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 7:52 pm
Lorr ingatkan ko tak suka. BTW, dah upgrade plugin?
[Balas]
9 November 2008 sekitar 9:54 pm
bila lagi nak buat untuk blogspot?
*tanda tanya*
Entri terkini blog Marzuki.. Alangkah Indah Jika Aku Sekuat Stone Cold Steve Austin
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 10:02 pm
Cuba mintak tolong NH. Yang versi lama ada tak untuk blogspot?
[Balas]
NoktahHitam membalas:
November 10th, 2008 sekitar 1:56 am
Bro, tuka evb ke evb2. terus jadik.
Entri terkini blog NoktahHitam.. Happy Deepavali Blunder
[Balas]
Marzuki membalas:
November 10th, 2008 sekitar 4:34 am
baik sayang, kahkah
Entri terkini blog Marzuki.. Alangkah Indah Jika Aku Sekuat Stone Cold Steve Austin
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 5:58 am
Uiks, gay ker?
[Balas]
Sweet Thinker membalas:
November 10th, 2008 sekitar 7:15 am
huuu. gei adalah sgt seronok. wahahah! soleh.net dicemari perkataan panas.
Entri terkini blog Sweet Thinker.. Lelaki Lebih Realistik
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 10:50 am
Bukan aper, lain macam jer bunyi “sayang” tuh…
[Balas]
Marzuki membalas:
November 11th, 2008 sekitar 1:11 pm
haha, gurau sahaja.
kuikui…
Entri terkini blog Marzuki.. Alangkah Indah Jika Aku Sekuat Stone Cold Steve Austin
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 11th, 2008 sekitar 4:28 pm
It’s ok bro!
[Balas]
9 November 2008 sekitar 10:00 pm
huhu… aku guna auto plugin updater… xleh update lak… tiap kali nk update… plugin negaraku terdeactivate..
Entri terkini blog zariel.. Widget Peribadi Bikin Sendiri
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 9th, 2008 sekitar 10:12 pm
Activate jer balik. Ok tak?
[Balas]
topo membalas:
November 10th, 2008 sekitar 2:48 am
hoho aku pon guna auto updater tu jugak.. ko buang dulu yang versi lama pastu install yg baru..
Entri terkini blog topo.. adeh tag 21 tentang buat duit, blog dan topo…
[Balas]
10 November 2008 sekitar 2:01 am
Bro, kalau search entry, die tak kuar. Takpe, nanti bile aku free aku buat version aku plak
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 10:50 am
Updated, tapi macam mana nak WP bagi notifications ek? Aku tak jumpa laa solutionnya…
P/s: Mintak pendapat sket bro, kalau aku nak Google wp update notify ni, nak guna keyword apa ek? Puas ku cari, namun tidak juga kutemui…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 7:36 pm
Akhirnya!
Butang update lewat sket kot.
[Balas]
10 November 2008 sekitar 8:35 am
Okay ke Negaraku nie… gua belum pernah guna lagi la…
Entri terkini blog cencurut.. PSP For SONY Future
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 10:51 am
Try lah, belum cuba belum tahu, tak kenal maka tak cinta!
[Balas]
10 November 2008 sekitar 9:10 am
ermmm aku masih selesa dengan yang lama.. hehe… tapi yang baru ni memang nice…
Entri terkini blog Adry.. Cike puke… a day with orphans…
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 10:51 am
Kalau dah selesa, teruskan guna yang lama. Yang baru ni pun dah hampir stable. Wish me luck, bro!
[Balas]
10 November 2008 sekitar 8:04 pm
Imam, saya jumpa plugin nih dari wordpress.org. Apapun, tahniah la sbbg berjaya mencipta plugin yg bagus utk NH
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 10th, 2008 sekitar 8:25 pm
Sebab tu lah aku buat. Aku tak jumpa plugin ni kat WP.org, susah nak upgrade bila ada pembaharuan.
Satu yang aku pelajari, sistem WP.org sangat istimewa, kerana dilengkapi pengawal versi bagi plugin kita. Jadi secara automatik kerja kita menjadi terancang dan tersusun.
Lagipun, plugin ni bukan untuk NH sorang. Ramai yang selesa menggunakannya, yang menjadikan plugin ini memerlukan kepelbagaian.
Nampak gaya, plugin ini ada masa depan (chewah!)
[Balas]
11 November 2008 sekitar 3:42 pm
2-3 hari dah install yg baru..so yg lama sy buang
tiba2 pagit adi nkpk message suruh upgarde otometik kat panel admin, sya up klik update
tgok…keluar button yang lama..yg besar tu..erk..sy silap install ke?
Entri terkini blog Kujie.. Blog saya digoogle oleh Shah Rukh Khan
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 11th, 2008 sekitar 4:35 pm
Dalam update 1.1.2 ni, plugin akan cari option negaraku. Kalau belum ada, dia akan set to default, so keluar button besar di atas sebelah kanan, dan button kecil di bawah sebelah kiri.
Untuk sebarang perubahan, sila ke Settings » Negaraku! Options. Turun ke Top Button Settings dan/atau Bottom Button Settings. Setkan sebagaimana yang anda mahukan.
Kecil atau besar, kiri atau kanan, main page sahaja atau single sahaja atau kedua2nya sekali, atau terus disable mana2 button.
Selamat men-setting!
[Balas]
11 November 2008 sekitar 6:03 pm
oyeh….utk makluman..dah ok
tadi server down..langsung tak boleh login blog
Entri terkini blog Kujie.. Blog saya digoogle oleh Shah Rukh Khan
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 11th, 2008 sekitar 8:34 pm
Owh patut pun tak boleh masuk. Mesti Datuk SRK pun susah hati takleh masuk tadi.
P/s: Terima kasih kerana menggunakan plugin ini…
[Balas]
15 November 2008 sekitar 11:20 pm
Perkh!!! Sah, ini bukan calang-calang wordpress developer ni.
Bisa sampai ke tahap mencipta plugin. Bro, tolong ajarkan daku membuat plugin. Nak tahu laman yang menjadi rujukan bro, kalau tak keberatan.
Entri terkini blog SangPelangi.. Awak dari negeri mana?
[Balas]
ImamKhalid membalas:
November 15th, 2008 sekitar 11:54 pm
Bro, aku ni developer biasa jer. Semua main cedok jer. Ambik seciput sana, seciput sini, pastu compile jadi satu. Takde yang special nyer…
Aku pun baru belajar. Rujukan terbaik setakat ini: WordPress Codex [Writing a Plugin]!
[Balas]