Jenis-jenis air untuk bersuci

Dari bab perkara yang wajib diketahui sebelum solat, selepas topik definisi bersuci (bhg II).

Terdapat 4 bahagian dalam jenis air
Jenis-jenis air untuk bersuci

Terdapat 4 jenis air yang harus diketahui terlebih dahulu, iaitu air suci menyucikan yang tidak makruh, air suci menyucikan yang makruh, air suci tidak menyucikan, dan air tidak suci tidak menyucikan.

Pertama, air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Ini dinamakan air mutlak.

Terdapat 7 jenis air mutlak iaitu air laut, air sungai, air telaga, air hujan, air mata air, air embun, dan air batu atau salji.

Kedua, air yang suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya. Ini dinamakan air musyammas, iaitu air yang berada dalam bekas yang diperbuat daripada logam yang bukan emas atau perak, yang terjemur di bawah panas matahari di tempat (kawasan, negeri, atau negara) yang panas.

Air ini makruh digunakan pada tubuh badan sahaja kerana mendatangkan mudarat. Akan tetapi jika digunakan untuk membasuh pakaian dan lain-lain, atau telah sejuk sewaktu kita menggunakannya, maka tidak makruh menggunakannya.

Ketiga, air yang suci tetapi tidak menyucikan. Air ini dibahagi pula kepada 3 jenis iaitu:

  1. Air musta’mal, iaitu air yang kurang dari 2 kolah, yang telah digunakan untuk mengangkat hadas pada basuhan pertama wudhuk yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah dari segi kuantiti isipadunya.
  2. Air mutaghayyir, iaitu air yang berubah salah satu daripada rasa, warna, atau bau, dengan sebab bercampur sesuatu yang suci seperti gula, milo, kopi, teh, dakwat, dan sebagainya hingga berubah nama air mutlaknya. Tetapi jika berubah kerana lama bertakung, kerana lumpur dan tanah, atau kerana jatuh daun kayu ke dalamnya, maka air itu dihukumkan air yang suci lagi menyucikan.
  3. Air muqayyad, iaitu air yang dikaitkan dengan nama asalnya seperti air tebu, air kelapa dan sebagainya.

Keempat, air yang tidak suci lagi tidak menyucikan. Air ini ialah air mutanajjis. Ia dikira bernajis apabila terjadi 2 keadaan, iaitu (1) termasuk najis dalam kuantiti air yang tidak sampai 2 kolah, atau (2) berubah salah satu sifat air itu samada berubah rasa, bau dan warna, disebabkan termasuk najis tersebut.

Air tidak dikira bernajis apabila dengan tidak sengaja, terjatuh bangkai yang tidak mengeluarkan darah ketika dibunuh seperti lalat, lipas, semut, cicak, dengan syarat bangkai itu tidak mengubah sifat air.

Air juga tidak dikira bernajis jika terjatuh ke dalamnya keadaan seperti berikut:

  1. najis yang dimaafkan seperti debu-debu najis yang berterbangan yang sukar dijaga;
  2. najis-najis yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti najis yang berada pada kaki lalat dan percikan air kencing yang tidak dapat dilihat;
  3. bulu-bulu najis yang sedikit yang tidak melebihi 3 helai;
  4. binatang yang buntutnya bernajis kemudian dia terjatuh ke dalam air;
  5. bekas mulut kucing atau kanak-kanak yang makan benda najis lalu dia menghilangkan diri tanpa diketahui mulutnya sudah dibasuh atau tidak, kemudian dia meminum air, maka air baki minuman itu dikira tidak bernajis.

Ukuran 2 kolah

  • Bekas segiempat, ukuran lebar tiap-tiap segi ialah satu hasta suku.
  • Bekas bulat, ukuran diameter satu hasta, tinggi dua setengah hasta.

Sekian, wallahu a’lam.

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

Komentar

comments

12 thoughts on “Jenis-jenis air untuk bersuci”

  1. saya ada sedikit kemusykilan :
    a. Air paip yang mempunyai klorin berlebihan hingga menukar rasa termasuk dalam kategori mana ?

    b. Air New Water Singapore tu pulak macam mana?

    1. a) Ia termasuk dalam jenis musyammas (jenis yang kedua), iaitu menyucikan tetapi makruh untuk digunakan kerana memudaratkan.

      b) Suatu masa dahulu keluar fatwa yang mengatakan air itu tidak suci, apatah lagi menyucikan. Namun sehingga kini saya tidak pasti akan statusnya.

      Wallahu a’lam.

  2. bagaimana pula kalau air dlm kolah kecik? bolehkah digunakan utk mandi wajib sedangkan kolah tu dah bercampur utk mandian dan basuh hadas kecil dan besar.

  3. macam mana kalau kita mandi menggunakan getak paip kita sembur ke badan.apabila kita tekan hujung paip dgn jari dan air tersebut akan kena ke badan.apakah status air tersebut.

  4. apakah perlu menggunakan air mutlak untuk berinstinja’?
    soalan: air ditakung di dalam timba kecil, anak membasuh tangan dengan mencelup ke dalam timba, kadang2 tidak perasan perubahan warna dan rasa, air itu sudah tentu bukan air mutlak lagi??bolehkah air itu diguna untuk berinstinja’?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>