Soleh.Net

Sihat Untuk Beramal

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Diberi betis nak peha!

13 November 2008 oleh ImamKhalid

Terdapat segelintir pengomen blog-blog agama (seperti Abu Saif dan UZAR) diibaratkan seperti “diberi betis nak peha”, yang menyebabkan komen mereka tidak dilayan.

Soleh.Net juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah ini. Apabila berlaku proses perkongsian ilmu, ada saja yang seolah-olah mahu menguji kehandalan si pekongsi ilmu.

Diberi betis nak peha!

Bersyukurlah, jangan jadi ibarat diberi betis nak peha - Gambar sekadar hiasan.

Apabila sudah ada kitab, ditanya pula bab mana. Apabila diberitahu bab mana, ditanya pula muka surat berapa.

Tidak adakah perasaan malu dengan tindakan sedemikian? Tidak adakah inisiatif menelaah sendiri yang memangkin pengisian ilmu yang lebih efektif?

Bukan saya tak tahu atau tidak mahu memberitahu, tetapi ini bukan caranya untuk menuntut ilmu.

Mengapa? Kerana sekiranya diberitahu muka surat berapa, pasti akan dibaca muka surat itu sahaja, manakala yang lainnya diabaikan.

Sedangkan semuanya berkait antara satu dengan yang lain. Pemahaman akan terpesong tanpa proses yang betul.

Hakikatnya, perbuatan ini tiada motif lain melainkan hendak menguji kehandalan si pekongsi. Padahal dengan perbuatan ini jelas menimbulkan perasaaan riak dan takabbur.

Golongan sebegini bukan tidak tahu akan dosa besar yang menanti, tetapi alpa dengan ilmu yang ada pada dirinya. Langsung digunakan untuk ‘bermegah cara halus’.

Sedangkan untuk mendalami sesuatu ilmu, kita wajib memahami terlebih dahulu struktur ilmu yang hendak kita pelajari.

Ibarat orang komputer, mesti faham struktur komputer sebelum masuk arena pengaturcaraan atau rangkaian, mahupun keselamatan.

Ibarat jurutera, mesti kenal angka, matematik dan fizik, sebelum merancang struktur bangunan pencakar langit.

Ibarat akauntan, mesti memahami prinsip akaun sebelum memegang kalkulator di sebelah belakang kaunter bank.

Pendek kata, apabila berniat membuat sesuatu, sekali pun sesuatu kebaikan, jika tidak kena pada caranya, lebih baik ditinggalkan. Dibimbangi jatuh kepada berdosa,

Ada kalanya saya sedih dengan golongan berilmu yang tidak beramal ini. Apa yang mereka fikirkan ialah kewajipan mereka menegur itu dan ini.

Sedang mereka tidak sedar, syaitan dan nafsu itu sentiasa berbisik kononnya kita di pihak yang benar dan orang lain itu salah semuanya, tanpa kita sedari.

Tepuk dada, tanya iman. Wallahu a’lam.

 

43 komen

  1. Komen dari Kujie:

    apa saja ilmu walau secubit kalau utk kebaikan , Insya Allah akan berpanjangan ke akhirat andai ikhlas.

    Entri terkini blog Kujie.. Tubuh perempuan yang ideal

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Betul. Oleh itu, janganlah ilmu itu disalah guna sehingga mencetus perkara2 negatif diri sendiri dan orang lain.

    [Balas]

  2. Komen dari Mr Am:

    Aku setuju dengan pandangan ko.. sangat bernas..

    Entri terkini blog Mr Am.. No programming tutorial here..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih. Kadang2 sakit hati pun ada, kan? ;)

    [Balas]

  3. Komen dari saffa:

    Teringat Kisah Nabi (x ingat la pulak) dengan Sapi Betina..
    Yang pasal ada pembunuhan.

    Entri terkini blog saffa.. Absolutely Zero

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Nabi aper ek? Tak dapat recall lah… :)

    [Balas]

    Kucingmucing Reply:

    Tak baik kita pandang negatif kat seseorang.Mungkin dia ikhlas tapi teruja sangat,sampai tak sedar tindakannya dah keterlaluan.Wallahu’Alam

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Kita akan tahu bila mana sudah masak tentang sesuatu itu. Pada mulanya perkataan “mungkin” itu sering menjadi penawar, tetapi bila dah terlalu banyak dan “menyekik” bunyinya, kita pun kenalah faham2 sendiri. Tak mahulah sampai orang nampak kita ni lembab sangat. Wallahu a’lam.

    [Balas]

    Sweet Thinker Reply:

    lucu la awak nie saffawati. terigt kisah nabi tak ingat plak. adeh!

    Entri terkini blog Sweet Thinker.. Sweet Thinker Menjual Diri? Erk!

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ni saje nak suruh komen berada di atas ker aper? Apa pun rancangan jahat ko, jangan lupa fave it isu ini, biar jadi Top News hahaha! :twisted:

    [Balas]

  4. Komen dari |1f34|-|1r3:

    lain kali..ko soh jer diorang wat blog ilmu-ilmuan diorang sendiri…lepas tuh ko pegi tanya diorang balik..baru diorang rasa camana cam ko rasa…kalau ko rasa kejam…tak yah buat..hehe

    Entri terkini blog |1f34|-|1r3.. Madness ! Royal rumble in Bintulu

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Ko memang kejam dowh!

    Aku bukannya apa, macam sengaja nak menjatuhkan seseorang, atau saje nak tunjuk pandai, atau saje nak orang tau yang orang lain tak sehebat dia.

    Tak seronoklah buat kerja bila ada duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Erk, betul ker peribahasa aku nih?

    [Balas]

    |1f34|-|1r3 Reply:

    haha..main belasah jer peribahasa tuh kan? aku bukan pakar bahasa tp aku rasa tak tepat tuh…tp sbb otak aku dh beku..aku xleh nak cakap ape peribahasa sesuai utk menggambarkan situasi ini…

    Entri terkini blog |1f34|-|1r3.. Increasing Your Backlink The Easy Way

    [Balas]

  5. Komen dari red:

    x per imam..biar kan mereka..apa yg kau buat ni baik…byk org ada ilmu agama ni angkuh..bila ada org nak memberi ilmu..cm imam.maybe org2 ni dengki kot..tapi apa pun saya harap all the best ya..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih.

    Sebenarnya perkara sebegini sedikit sebanyak memberi peringatan kepada kita, bila kita di atas jangan lupa orang di bawah. Bila kita banyak ilmu, jangan sesekali menjadi angkuh.

    Kadang2 kita pun tak sedar yang kita telah bertindak angkuh terhadap seseorang. Oleh itu terjadinya perkara2 sebegini kadangkala memberi peluang kepada kita untuk muhasabah diri.

    Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

    [Balas]

  6. Komen dari red:

    imam..aku doakan site kau.ni..ada potensi..cara kau ni bagus..x mcm org “alim” yg lain tu..terlalu radikal sgt aku tgk..keep on the good work..

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Thanks red! Sama2lah kita berusaha ke arah kebaikan. :D

    [Balas]

  7. Komen dari zaki blogjer:

    sesetengah ahli politik kita pun ada yg mcm nie. Suka ambik 2-3 ayat je, lepas tuh, tafsir ikut sedap mulut sendiri. Akibatnya, ayat2 yg asalnya berniat baik, jadi tak elok dek sbb org2 mcm nih

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Inilah dunia akhir zaman, yang mesti kita harungi biar pahit biar kejam biar penuh kepalsuan.

    P/s: Marilah sama2 doakan agar kita semua sentiasa di jalan yang benar, insya-Allah.

    [Balas]

  8. Komen dari Adry:

    owh.. jangan peduli orang sedemikian… teruskan usaha murni anda…

    Entri terkini blog Adry.. Sweet memories… in search of friends…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Terima kasih adry.

    Aku sebenarnya bukan nak peduli sangat, cuma nak bagi ingatan a.k.a tazkirah supaya kita sama2 tak termasuk dalam golongan sebegini…

    [Balas]

  9. Komen dari Sweet Thinker:

    akoo xske fave. hahah. xde rancangan jahat ar. aritue akoo lepak NH mu bising suh lepak cni. da lepak cni nieh. bak ar upah. sposen! heheh.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Erm, tak nak lah bagi seposen kat ko. Nanti kalo aku bagi, mesti aku akan secara automatiknya akan suruh ko pegi main jauh2. Nanti hilanglah sorang pengomen setia blog aku :P

    [Balas]

  10. Komen dari nuaeman:

    Manusia ni macam-macam.. apapun benda ni mengingatkan diri sendiri juga supaya tak jadi macam tu.. syaitan punya pelbagai cara nak rosakkan anak adam nih..

    Entri terkini blog nuaeman.. Antara Sajak Kematian dan Puaka Niyang Rapik

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Moga2 dengan entri ini, kita semua tersedar dengan godaan sebegini. Nauzubillahi min dzalik.

    [Balas]

  11. Komen dari etomyam:

    hmm, itulah masalah masyarakat kita, dah terasa pandai dengan ilmu yg ada….teringat kes site ustaz Zahruddin yang teruk disoal serba serbi

    Entri terkini blog etomyam.. Angkasawan Negara Terima RM1.2 Billion?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Begitulah yang aku maksudkan dalam entri di atas (UZAR = Ustaz Zaharuddin Abd Rahman).

    Abu Saif pun tak kurang hebatnya ditanya oleh orang2 sebegini, yang bagi aku tidak bertanggungjawab dan jahil.

    [Balas]

  12. Komen dari SangPelangi:

    Itu bukan lagi peha, dah nak sampai dada tu.
    Aku fikir-fikir balik, pertanyaan yang seperti menguji itu biasanya ada niat kurang baik di sebaliknya. Tak tahu ingin diapakan manusia jenis ini.
    Yang sudah dihidangkan, belum lagi disantap, sudah diminta makanan yang lainnya.

    p/s: Fave It ini sudah macam satu fenomena. Boleh bro ceritakan apa faedahnya terhadap blogger? Seperti Digg kah? Kebaikan SEO?

    Entri terkini blog SangPelangi.. Awak dari negeri mana?

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Tujuan aku, supaya kita (aku dan pembaca) tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini. Yang tak sedar2 tu, memang sukar untuk disedarkan.

    P/s: Fave It memang seperti Digg, tapi made especially for Malaysian bloggers.

    SEO benefits mungkin amat kurang, tapi kebarangkalian mudah dilihat oleh blogger lain itu adalah lebih tinggi berbanding tidak menggunakannya.

    [Balas]

    Sweet Thinker Reply:

    dpt byk gak user dr negarakuz. tp skang akoo da mls. hehe! low profile.

    Entri terkini blog Sweet Thinker.. Panggilan Kecemasan Untuk Lelaki Malaya

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Sama lah kita, bro… :)

    [Balas]

  13. Komen dari sootspirit:

    kalau nak tanya, boleh jek
    tp jangan la macam nak menyhayamkan orang lain kn
    ni mau tanya ke mau cari gado?
    eheh

    Entri terkini blog sootspirit.. In Love :)

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Amboi, marah nampak? Senyumlah sikit… ;)

    [Balas]

  14. Komen dari cencurut:

    Itulah manusia… kalau tidak tentulah bukan manusia… sikap dalam diri terbawa-bawa ke dalam blog.

    Entri terkini blog cencurut.. Malaysian Minister Is Full Of Joke

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Maksud ko, sikap dalam diri aku terbawa2 dalam blog aku? Ker aku salah faham?

    [Balas]

    cencurut Reply:

    ko salah faham….

    yang gua maksudkan.. adalah orang yang jadi pengomen tue… hehehe

    Entri terkini blog cencurut.. Phoenix Failsafe

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Hehe saje jer, takut2 aku tak terperasan kot2 ada orang memperli aku tanpa aku sedari :P

    [Balas]

  15. Komen dari nono:

    alamak.. terkena batang hidung sendiri. especially pat, berilmu tapi tak beramal tu… =P

    Bercakap tentang ilmu pada awal entri ni tadi.. kebanyakkan manusia sekarang suka sesuatu yang mudah. Pasal tu la semua nak tanya tanpa perlu berusaha nak mencari sendiri.. Mungkin kecintaan kepada ilmu dah tak ada..

    Entri terkini blog nono.. Something to ponder upon…

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Haha, memang ramai antara kita berilmu tapi tak beramal. Bukan senang nak buat tu, hanya orang2 solihin dan muttaqin jer boleh buat. Harap2 Soleh.Net ni pun termasuk jugak dalam solihin tuuu…

    Kecintaan kepada ilmu adalah sesuatu yang dipupuk, bukan sedari kecil, malah sebelum kelahiran lagi. Sila rujuk artikel di bawah:

    http://soleh.net/2007/07/29/didiklah-anak-40-tahun-sebelum-kelahirannya/

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  16. Komen dari faezil:

    Dalam perbincangan ICT, sekiranya ada pertanyaan ala2 ‘diberi betis nak peha’, akan dijawab dengan satu perkataan iaitu ‘Google’ :-)

    rasanya samalah jugak mcm perbincangan agama… takkan la segala2nya nak ditunjuk sehinggakan langsung tiada inisatif sendiri daripada si penanya

    Terdapat juga segelintir pengomen yang sengaja mencabar kredibiliti pemberi ilmu dengan bertanyakan sumber yang sahih. Pendapat saya, kalau larat layan… layan. Kalau boleh, ditinggalkan saje.

    [Balas]

    ImamKhalid Reply:

    Dalam entri ini, memang saya tujukan kepada segelintir pengomen yang sengaja mencabar kredibiliti pemberi. Pelbagai cara digunakan kononnya untuk “menjatuhkan” seseorang.

    Di mana2 komuniti terdapat golongan seperti ini, dari masjid, sekolah, pejabat, dsb, sehinggalah ke tanah Arab sekali pun. Kadangkala kita hanya perlu akur dengan dugaan seperti ini, dan bertindak sewajarnya, seperti yang saudara faezil katakan itu, kalau larat layan, layan. Kalau tak sanggup, abaikan saja… ;)

    Wallahu a’lam.

    [Balas]

  17. Komen dari pharmalif:

    kata org tua-tua dulu, kalo nak cari ilmu kenalah berguru..jgn belajar dari buku semata-mata. dibimbangi kalo2 penghayatan dan pemahaman kita nanti diselangi dengan bisikan syaitan lebih lebih lagi ilmu agama. oleh itu, kita kena ada double check dengan ustaz atau guru agama. supaya lagi paham dan berada dilandasan yang betul.. wallahualam

    [Balas]

  18. Komen dari sham:

    memang benar ape imam cakap.mereka ni suka debat hal agama.saya ilmu agama kurang tapi nak juga dekat kan diri lehkan.

    [Balas]

Sebarang komen? Silakan...