Pengertian Mufti menurut kacamata Islam

Album puisinya bakal terbit!
Album puisinya bakal terbit!

Dengar cerita Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal meletakkan jawatannya sebagai seorang mufti setelah habis kontrak. Tepat sekali dengan minat beliau yang mendalam terhadap wadah dakwah.

Berkebetulan dengan perletakan jawatannya, izinkan aku berkongsi sedikit pandangan tentang apa yang aku faham tentang mufti.

Siapalah aku jika hendak dibandingkan dengan seorang mufti. Apatah lagi hendak mempersoalkan kredibiliti seseorang yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam.

Sudah sekian lama hatiku bersuara. Mufti tidak perlu ada blog. Mufti juga tidak perlu bermain isu politik. Mufti juga tidak tulis lagu puisi, apatah lagi menerbitkan album.

Mufti yang sebenar ialah seorang yang diberi mandat oleh Sultan (atau Raja) sesebuah negeri sebagai pemegang fatwa bagi negeri tersebut.

Mufti adalah seorang yang memegang kedudukan tertinggi selepas Sultan. Tugas mufti amatlah berat, termasuk menulis fatwa, menyimpan fatwa dan membatalkan fatwa.

Jika dibandingkan dengan sistem perundangan Malaysia, mufti itu sebenarnya setaraf dengan seorang hakim.

Pasti ramai yang tahu bahawa seorang hakim tidak boleh keluar minum sebarangan, tidak boleh ke pasar, tidak boleh berjumpa orang ramai, dan sebagainya.

Namun tidak ramai yang tahu bahawa mufti juga begitu. Kata-kata seorang mufti adalah wajib untuk diikuti, melebihi daripada kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulamak.

Sebagai contoh, katakan di dalam sesebuah kitab terdapat hukum bermain seruling adalah harus. Mufti pula mengatakan bermain seruling itu haram. Maka leburlah penyataan di dalam kitab itu, manakala kata-kata mufti pula yang wajib diikuti. Demikianlah tingginya darjat seorang mufti.

Dengan kata lain, seorang mufti bukan seorang pendakwah, tetapi seorang pendukung. Tugasnya pula bukan menegakkan agama, tetapi memelihara agama. Tidak boleh berjumpa orang ramai di pasar, menerbitkan album, aktif berblog, dan sebagainya, supaya kredibiliti seorang mufti itu terpelihara.

Begitulah yang aku pelajari dari tuan guruku. Sebarang ketidaksetujuan atau perselisihan pendapat eloklah dibincangkan. Aku juga tidak lari dari kejahilan diri, wallahu a’lam.

Seorang bapa kepada 3 cahaya mata yang comel & manja. Pendiam tetapi penyayang. Gemar menulis perisian aplikasi web & sukakan sukan adrinalin. Connect with ImamKhalid on Facebook, Google+, Twitter and YouTube.

48 thoughts on “Pengertian Mufti menurut kacamata Islam”

  1. Itulah yang aku belajar. Mufti ni seorang yang senyap, tidak banyak berbicara.

    Apabila timbul keraguan dalam masyarakat yang tidak dapat diputuskan oleh pendakwah2 agama, mufti menjadi tempat rujukan. Dari situlah timbul fatwa baru.

    Sebab itu tuan guru aku kata mufti bukan menyebar, tetapi memelihara agama.

  2. Bayangkan mufti yang bergaulan sesama khalayak. Ada yang rapat, ada yang kurang. Ada yang baik, ada pula yang sebaiknya. Maklumlah hidup berjiran dan bersaudara mara.

    Apabila terjadinya sesuatu isu yang melibatkan pengadilan 2 belah pihak, maka akan timbul dilema — antara kawan dan jawatan, sama seperti situasi para hakim.

    Wallahu a’lam.

  3. Assalamualaikum,

    bukankah definisi yang saudara berikan itu adalah definisi untuk qadhi? Saya sedikit keliru.

  4. Qadhi itu perkataan arab, yang bermaksud hakim.

    Qadhi di dalam masyarakat melayu, bermaksud hakim bagi kes2 syariah.

    Qadhi yang digunapakai dalam penjawatan kerajaan negeri, ialah pegawai tertinggi dalam sesebuah pejabat agama, yang juga ditauliahkan oleh Sultan sebagai ketua jurunikah dan pendaftar pernikahan bagi sesebuah tempat yang ditentukan untuknya.

    Manakala dalam entri ini, saya memaksudkan mufti, bukan qadhi.

    Qadhi dan/atau hakim merupakan jawatan tertinggi dalam perundangan. Mufti pula merupakan jawatan tertinggi dalam majlis fatwa.

    Sebab itu ketiga2 jawatan ini mementingkan kredibiliti masing2, demi untuk membuat keputusan yang adil dan saksama, tanpa dipengaruhi oleh hasutan luar. Ketiga2 jawatan ini juga memerlukan ilmu yang tinggi untuk diduduki.

    Wallahu a’lam.

  5. Terima kasih atas respon saudara. Saya amat berminat dengan artikel2 yang saudara tulis. Ringkas tapi bermanafaat.

    Memandangkan entri saudara adalah pengertian mufti menurut Islam, boleh saya tahu, dari mana saudara petik pengertian itu? Tambah lagi ianya adalah pengertian menurut Islam. Saya amat berbesar hati untuk mengetahuinya.

    Maaf jika permintaan saya terlampau menyusahkan.

    Wassalam.

  6. Seperti yang dijelaskan di atas, saya petik pengertian ini dari tuan guru saya. Maaf, saya kurang pasti dari mana beliau mendapat pengertian ini, tetapi beliau merupakan seorang doktor falsafah dalam bidang Usuluddin. Segan rasanya untuk bertanya kepadanya tentang kitab apa yang dirujuk. Boleh jadi telah disebut sewaktu kuliahnya, mungkin saya yang tertinggal. Oleh itu bergantung kepada saudara untuk menilai dan mempercayainya.

  7. Terima kasih. Eh, saya bukan mempertikaikan apa-apa yang saudara katakan. Cuma ingin kepastian sahaja dan tidak lebih dari itu. Masakan saya yang tidak berilmu ini nak mempertikaikan apa tuan guru saudara katakan.

    Apa² pun terima kasih banyak atas perkongsian.

  8. Pandai2 lah nak meuar2kan pasal mufti tu nanti. Ada yang boleh terima dan ada pula sebaliknya.

    Kedua-dua pandangan pun ada hujah masing2. Takde yang salah, dua-dua betul. Cuma bergantung kepada kita yang mana kita fikirkan sesuai.

    Untuk pengetahuan boleh lah. Kita pun bukan ada hati nak jadi mufti pun… kan?

    P/s: Kalau nak jadi mufti, takdenye masa nak berblog benda2 duniawi nih.. :P

  9. Nampak gayanya ada percanggahan berbanding apa yang saya faham dengan apa yang dipegang oleh UZAR.

    Hujah saya, zaman sekarang terlalu banyak perkara remeh yang dibesarkan. Jadi untuk mengelakkan fitnah yang kadangkala menyusahkan, lebih baik ditinggalkan.

    Seperti dalam UZAR, petikan terbawah mengatakan tentang sabda Nabi s.a.w yang mengatakan lebih baik letakkan senyap sebagai jawapan kepada sesetengah perkara.

    Hujah UZAR pula, gunakan cara Nabi s.a.w, menyampaikan, berdakwah, dan sebagainya itu sudah menjadi kewajipan dalam hidup seorang Islam. Tidak perlu takut dengan fitnah yang melanda, kerana itu satu perjuangan.

    Dengan kata lain, terdapat 2 pendapat tentang pengertian mufti. Bergantung kepada kita hendak pegang yang mana. Tiada yang salah antara kedua2 pendapat itu.

  10. Orang luar akan nampak hakim, qadhi dan mufti seolah2 seperti orang sombong. Tapi begitulah prosedurnya. Sebab itu terdapat 2 pendapat dalam isu mufti ni. Ada yang tak setuju dengan pendapat ini. Apa pun, terserah kepada diri sendiri untuk menerima mana2 satu yang difikirkan betul. Tiada yang salahnya antara 2 pendapat ini. Wallahu a’lam.

  11. kakak saya berkawan dgn imam masjid wilayah. kalo imam cane lak saudara imam? imam kat kg akoo tabest ar. sore xbrapa nk kuar pun nk bc khutbah lg. penat. smpi ade org anto surat layang. tp dimarahnya org tuh. huuu!

  12. Berat tanggungjawab mufti ni kan.. dalam banyak-banyak mufti di Malaysia ni aku nampak Datuk Harussani (Mufti Perak) sahaja berperanan sebagai seorang mufti sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Khalid. Nampak kesungguhan beliau memelihara agama dan pendapatnya tidak cenderung kepada mana-mana pihak. Yang benar dinyatakannya benar dan yang salah tetap ditegur serta cuba diperbetulkan.

    Sewaktu bertemu dan mendengar penerangan beliau dalam satu forum di Johor. Walau nadanya perlahan tetapi apa yang dikatakan sampai ke hati. Bukan bermakna aku kata mufti lain tak bagus.. cuba peranan mereka kurang nampak. MAZA pula lebih kepada isu-isu kontroversi.. emm aku takmo cakap lebih kerana aku juga masih kurang arif.. sekadar memberi pandangan..

    Entri terkini blog nuaeman.. Apabila FaithFreedom Indonesia Lenyap

  13. memang berat tanggungan mufti. sebab itu lah aku hormat dan respek tuan guru nik aziz. beliau contoh terbaik. sebagai insan lemah dan tidak tahu banyak tentang agama, aku menunggu lagi isi yang bagus dari tuan punya blog. salam.

    *imamkhalid x boleh jadi mufti sebab ada blog. hehe.

    Entri terkini blog affuan.. Percuma

  14. Tunggulah update dari aku yang bakal terbit tidak lama lagi, kecuali…

    * …kalau aku jadi mufti, aku akan jual blog ni kat sape2 yang nak meneruskan perjuangan soleh.net ini, sehinggalah aku letak jawatan balik baru aku ambik balik blog ni hehehe!

  15. Samalah macam kat kampung aku, baca khutbah tak dengar, gagap, dsb. Nak abis satu sesi tu ada laa dalam sejam lebih. Menyeksakan dan menyusahkan, tidak kena dengan apa yang diajar dalam agama. Tapi orang lama ni sukar untuk kita tegur, apatah lagi mengajar.

  16. PADA PANDANGAN SAYA MUFTI SEKARANG PERLU MEMAINKAN PERANAN YANG LEBIH LUAS. APA YANG PENTING NIAT MEREKA IKHLAS KERANA ALLAH. DENGAN PEREKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN KEMUDAHAN YANG ADA, MUFTI MESTI MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENYEBARKAN SYIAR ISLAM. TAK SALAH BERKARYA, MENERBITKAN ALBUM DSB KALAU CARA ITU DAPAT DISEBARKAN ILMU, KALAU CARA ITU DAPAT MENYEDARKAN ORANG, KALAU CARA ITU ADA ORANG YANG LEBIH MENYENANGINYA. CARA PENERIMAAN ORANG DALAM SESUATU HAL ADALAH BERLAINAN.
    ZAMAN DAHULU CARA PENYEBARAN MAKLUMAT TERHAD.KITA KENA LEBIH TERBUKA DAN BERFIKIR CARA RASIONAL. KADANG-KADANG KITA INI MUDAH SANGAT MELIHAT SESUATU SECARA NEGATIF. MUDAH SAHAJA MENERIMA SESUATU TANPA MEMBUAT PERTIMBANGAN SECARA WARAS. SEBAGAI MANUSIA YANG BERILMU DAN BERPENDIDIKAN CUBA KITA KAJI KEBAIKAN YANG AKAN DIPEROLEH. KEMUDIAN BERIKAN SOKONGAN.
    MUFTI IALAH JAWATAN KEPADA MEREKA YANG BERKELAYAKAN. MEREKA ADA HAK DAN CARA YANG DIFIKIRKAN UNTUK MEMELIHARA ISLAM. ADA ORANG LEBIH HEBAT DARIPADA MUFTI TETAPI TAK MAHU JADI MUFTI. TETAPI MENGAPA PULA MEREKA INI BOLEH BERKARYA, BERJUMPA JUGA ORANG KAT PASAR (KERANA KENA PERGI PASAR BELI LAUK), BERCERAMAH DEPAN ORANG RAMAI CARA TERBUKA, ADA JUGA BLOG. CUBA LIHAT DAN TANYA APA TUJUAN MEREKA. TIADA BEZA CARANYA. YANG BEZA NIAT SEBENAR.

  17. Itulah yang sering disalah ertikan. Memang semua orang wajib memainkan peranan menyampaikan, walaupun satu ayat. Tapi perlu diingat, peranan perlu dimainkan dengan bijak, dengan betul dan dengan berhemah.

    Saya akui, terdapat banyak cara dalam berdakwah. Ada yang lembut, mengikut cara Nabi s.a.w. Ada juga yang keras atau radikal, mengikut cara saidina Umar Al-Khattab r.a.

    Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh mufti perlu dipelihara, demi untuk memastikan wujudnya sebuah badan yang menjaga hukum hakam umat Islam di setiap negeri di Malaysia.

    Sebagai contoh mudah, mencintai negara adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu semua orang wajib menjaga dan mencintai negaranya sendiri. Adakah dengan sebab sedemikian, semua orang mesti keluar, bawa senjata, bawa parang, tinggal anak bini, semata2 untuk pergi melawan pendatang asing tanpa izin, demi menjaga negara yang dicintai? Adakah betul cara tersebut boleh membuktikan cinta kepada negara?

    Sudah tentu tidak. Semua orang wajib memainkan peranan masing2. Sebagai peniaga, berniagalah bersungguh2 untuk menaikkan ekonomi negara. Sebagai guru, beri didikan untuk mengembangkan ilmu kepada pembentukan rakyat berilmu untuk negara. Sebagai polis dan askar, jagalah keamanan negara.

    Begitu juga perbezaan antara pendakwah, mufti, hakim, dan pemimpin agama. Kesemuanya bertanggungjawab menjaga dan menyebarkan agama, tetapi mesti pegang kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

    Wallahu a’lam.

  18. Minta maaf saudara imam khalid, saya lebih cenderung bersetuju dengan saudara sheikh. Maaf sekali lagi, saya tak upaya nak kupas atau debat tapi memang saya rasa lebih bersetuju dengan pendapat dan pandangan bekas mufti perlis.

  19. Betul, ada 2 pendapat dan pandangan berbeza akan hal ini. Saya juga tidak menolak pandangan Sheikh. Yang penting seorang mufti itu harus menjaga dan memelihara diri daripada menimbulkan fitnah, kerana kepercayaan orang2 di bawah pimpinannya amat penting dalam diri seseorang mufti itu. Wallahu a’lam.

  20. hum.. besar dan berat betul tugas mufti nih… aku pun baru tahu…
    banyak juga ustaz2 kita nak bercakap PAHIT pun susah.. oleh itu PAHIT jadilah MANIS…

  21. salam,
    masa zaman rasullah,baginda meniaga,bercampur dgn masyarakat,seorng guru,teman ,pengembala.bukan baginda sahaja, sahabat2 baginda juga begitu.so x timbulle soal mufti xleh tulis blog,xleh becampur dgn org ramai etc.
    tapi mungkin situasi berbeza di malaysia.
    nampak x sesuai dan belum kena masanya ustaz2 kita nie berpolitik mungkin.
    tapi setakat tulis blog, buat album ok apa.nampakle diorg nie betul2 kenal islam.islam tukan indah.islam itu sains,islam itu teknologi.xsalah berdakwah dgn medium yg mendekatkan islam dgn masyarakat.

    wassalam

  22. Betul tu. Sebenarnya ramai yang tak setuju dengan pendapat ini. Cuma apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, dalam dunia kita sekarang yang penuh dengan fitnah, banyak yang perlu kita selaraskan.

    Terlalu ramai dalam masyarakat kita yang terpengaruh dengan apa jua khabar angin yang berlegar dalam ruang udara kita pada hari ini, lebih2 lagi bab politik. Sebab itu, untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku, lebih baik dijauhi.

    Mengikut kajian yang saya tak pasti sejauh mana kebenarannya (tapi logiknya ada), profesion doktor menduduki tangga teratas golongan yang paling dipercayai, di mana setiap apa yang dinyatakan, akan dipercayai. Tangga kedua ialah guru. Namun, tangga TERBAWAH dipegang oleh orang politik (paling tidak boleh dipercayai). Apa pendapat saudari?

    Wallahu a’lam.

  23. Assalamualaikum,
    Mohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya yang tak sehaluan dgn saudara. Seorang mufti tak sepatutnya menjauhkan diri dari bergaul dgn masyarakat dan mengeluarkan pendapatnya berdasarkan ilmu yg difahaminya drp alqur’an dan sunnah. Mufti tak boleh ke pasar, berblog, berjumpa orang ramai? Analogi saudara dgn hakim tak valid.

    Saranan saudara ialah menjauhi politik, sedangkan kuasa pemerintahan yg boleh didapati melalui politik punya pengaruh yg besar kpd umat islam di negara kita. Kalau dibiarkan politik dikuasai oleh mereka yg tak sayangkan islam, banyak bahananya kpd umat islam.

    Hujjah saudara bersandarkan sumber yg diragui, saya harap saudara lebih berhati-hati agar tidak menyesatkan orang ramai.
    Wallahu’alam.

  24. Waalaikumussalam,

    Tidak mengapa, saya akur dengan kelemahan saya berhubung penerangan saya yang menimbulkan keraguan ini.

    Cuma jika saudara dapat lihat sendiri peranan dan tanggungjawab mufti dengan mata sendiri, di pejabat mereka sendiri, saudara akan lebih memahami.

    Sememangnya, seluruh umat Islam di dunia ini dituntut untuk menyampaikan ajaran Islam, walaupun satu ayat.

    Maksud tuntutan ini, hendaklah membuat kerja mengikut tanggungjawab masing2.

    Seperti menjaga negara, pemimpin mesti memimpin dan tukang sapu mesti menyapu. Masing2 mendukung tanggungjawab yang sama, iaitu menjaga negara.

    Adakah disebabkan nak jaga negara, tukang sapu perlu memimpin seperti bapak menteri. Siapa pula yang nak menyapu?

    Seperti juga perlawanan badminton peringkat antarabangsa. Tugasnya mendapatkan kemenangan negara, tapi adakah semua pihak mesti bermain badminton? Mesti ada jurulatihnya, pemainnya, pengatur strateginya, tukang buat airnya, tukang urutnya, pembekal ubatnya. Semua itu semata2 untuk mencari kemenangan.

    Seperti juga pilihan raya. Mesti ada calon, mesti ada pencadang, mesti ada penyokong. Kalau ketiga2nya nak jadi calon, kan huru hara jadinya?

    Demikian pendapat saya, wallahu a’lam.

  25. apa kaitan mufti dgn hukum hudud…kenapa sesetengah pihak mengesa pemimpin2 kerajaan supaya menjalan kan hukum hudud sedangkan yang perlu bersuara adalah para mufti2….kerana mereka adalah golongan yg dihormati dlm islam di malaysia…aku tak paham apa tugas mereka… maaf aku tuka tajuk sebab dah lama aku ingin berkongsi perasaan ingin tahu aku ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>