Antara niat dan lafaz
24 November 2008 oleh ImamKhalidUstaz, kalau niat solat tak sebut perkataan fardhu sah tak solat?
Ustaz, kalau nak solat jamak kena niat kedua-dua sekali atau satu persatu?
Ustaz, macam mana niat yang sebetul-betulnya?
Pertanyaan sebegini biasa kita lihat dari dalam kelas persekolahan hinggalah ke kelas pengajian di masjid. Dari yang belum baligh hinggalah kepada yang dah tua lama. Ramai yang masih keliru dan kurang arif tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat.
Topik niat adalah sesuatu yang sukar diajar dalam bentuk teori. Dari seawal tadika sehinggalah ke sekolah menengah, kita dididik dengan niat sebegini:
Sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur empat rakaat kerana Allah ta’ala
…
Tambah cikgu lagi, niat itu adalah rukun dan jika tidak berkata begitu di dalam hati sebelum solat maka tidak berniat namanya, maka tidak sah solat.
Kesinambungan dari itu, maka ramailah yang terikut-ikut sebijik seperti yang dididik. Tertinggal satu perkataan dalam niat, dibatalkan solat. Terlebih sebut pun, dibatalnya solat. Maka terhasillah satu lagi penyakit, iaitu was-was!
Bagi memberi kefahaman sebenar, izinkan saya memberi dua contoh yang boleh diadaptasi dalam pemahaman kita tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan niat.
Contoh pertama: Bayangkan anda menyuruh isteri menutup pintu bilik.
Isteri anda pun menurut kata, lalu bangun dan berjalan pergi ke arah pintu lalu menutupnya, sambil bercakap-cakap hal anak-anak dengan anda.
Serentak dengan itu, cuba tanya isteri anda:
Awak buat apa?
Kenapa tutup pintu?
Siapa yang suruh?
Isteri anda pun menjawab:
Saya tutup pintu
Kerana disuruh
Abang yang suruh
Ketiga-tiga jawapan itu jika anda tak tanya, tidak pula dilafazkan dengan zahir sama ada kepada anda atau kepada dirinya sendiri.
Tetapi itulah yang ada di dalam mindanya. Ini bermakna dia telah pun berniat sewaktu mula bangun. Itulah yang dinamakan niat.
Contoh kedua: Bayangkan anda sedang bermain badminton.
Sewaktu suatu ketika bulu tangkis hendak sampai kepada anda, apa yang anda lakukan? Adakah anda berkata begini di dalam hati?
Sahaja aku memukul bulu tangkis ini dengan pukulan kuat, selaju 120km/j, dengan tajamnya, sehingga ke sudut sebelah kanan court ini, kerana untuk mengalahkan lawan di depan itu!
Sudah tentu tidak, kerana apabila anda mula berbuat demikian, bulu tangkis itu sudah pun jatuh ke lantai. Sebenarnya sewaktu anda mula memukul bulu tangkis itulah yang dikatakan niat.
Justeru, saya berharap agar dua contoh tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang erti sebenar niat. Selepas ini diharap tidak timbul lagi persoalan seperti yang disebut di atas tadi.
Wallahu a’lam.





ImamKhalid seorang yang 'simple', punyai minat mendalam terhadap penulisan ilmiah berkaitan ibadah dan kehidupan. Gaya penulisannya mudah difahami.
25 November 2008 sekitar 9:05 am
u dh kena tag…jng marah……sila ke blog pingkey….
Entri terkini blog alia.. sambungan dari menge’tag
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 27th, 2008 at 1:04 am
Adui mak, kena pulak ker…
[Balas]
26 November 2008 sekitar 6:27 pm
Hahaha. Contoh badminton tu kelakar. Tak leh bayangkan nak pukul bulu tangkis pun sampai kene niat camtu haha.
Entri terkini blog Faris Fakri.. Lunch @ Nandos
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 27th, 2008 at 1:04 am
Itulah yang orang kita ramai yang salah faham tentang apa yang dimaksudkan dengan niat.
[Balas]
27 November 2008 sekitar 12:54 am
hhahahaa… bagus sungguh contoh pasal main badminton tu… lawak giler…
faham faham hehehe
Entri terkini blog Adry.. My birthday 2008…
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 27th, 2008 at 1:06 am
Lawak, tapi itulah cara untuk memberi kefahaman tentang niat.
[Balas]
30 November 2008 sekitar 3:08 am
Niat mesti di sertakan dengan perbuatan…
contonya bila kita nak solat….
mesti niat dulu lepas tue dilaksanakan dengan perbuatan..
Jangan jadi macam ajaran sesat yang lain..
dengan niat saja dah cukup syarat solat tue…
Bodoh…….Bodoh…anggapan macam nie…
cubalah pikir…cam ner kalau nak makan…
anda x perlu makan..just niat jea…
jawabnye makan niatlah….
Entri terkini blog AliF.. Jom Buat Duit dengan Program Pay Per Lead
[Balas]
ImamKhalid Reply:
November 30th, 2008 at 2:23 pm
Betul, tapi bukan perkara ini yang kita bincangkan dalam post ini.
Apa yang dibincangkan ialah, ramai orang yang tersalah tafsir akan niat. Yang disangkakan niat, tapi sebenarnya melafazkan sesuatu di dalam hati. Lafaz di dalam hati bukan niat, dan niat pula bukan lafaz di dalam hati. Niat itu apabila kita berbuat sesuatu dalam keadaan sedar, bukan dalam mimpi, mengigau atau pun secara tidak sengaja.
Maknanya di sini, bukannya nak solat tu kena niat dulu. Tapi nak solat itu adalah niat, di mana perkataan “nak solat” itu adalah niat. Masa kita mengangkat takbir, kita tahu yang kita solat, itu pun dinamakan niat.
Perkataan “Sahaja aku…” adalah lafaz, sama ada di bibir atau dalam hati. Itulah yang sering disalah tafsirkan.
Wallahu a’lam.
[Balas]
1 December 2008 sekitar 10:30 am
mmm…silap ke??huhuhu
tapi apa pon btul kate ustaz tue..
Entri terkini blog alif.. Jom Buat Duit dengan Program Pay Per Lead
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 1st, 2008 at 12:22 pm
Silap sikit jer, tak mengapa.
[Balas]
1 December 2008 sekitar 10:43 am
Sistem KBSR/M perlu dirombak.
Tapi adakah pencinta tradisionalist/nusantara setuju?
Entri terkini blog mnajem..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 1st, 2008 at 12:29 pm
Mereka boleh bersetuju, janji ada “habuan”!
[Balas]
2 December 2008 sekitar 1:02 pm
Ada ‘habuan’ tak ikhlas la tuh. Niat pun dh fail
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 2nd, 2008 at 1:28 pm
Itulah yang tersirat dalam komen saya di atas. Mereka hanya nakkan projek, wang ringgit, pangkat, kroni, dsb. Ilmu, agama, maruah, kemuliaan, dsb langsung tidak dihiraukan. Itulah penyakit golongan atasan yang sangat popular pada masa kini.
[Balas]
7 December 2008 sekitar 3:20 am
Assalamualaikum Ustaz,
Bagus penerangan ustaz ni. Memang banyak orang terkeliru pasal ni. Nanti boleh pula ustaz tulis tentang lafaz akad nikah pula. Kena sebut full atau kalau sebut “aku terima” sahaja dah sah?
Entri terkini blog cikgufarizal.. Mencari Nama Anak- Satu Cabaran Bagi Ibu dan Bapa…
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 7th, 2008 at 12:16 pm
Insya-Allah saya akan tulis, terima kasih.
[Balas]
15 December 2008 sekitar 6:40 pm
still tak faham artikel ustaz, adakah maksud niat dlm hati tu, hmmm contohlah.. kite niat.. agak tonggang terbalik ayatnya, tapi kita tahu kita mmg nak dirikan solat zohor katakan.. sah ke ustaz?..
no 2, aritu dgr syarahan kat tingkap umah jek, time subuh, ada satu mazhab, tak ingat ape, cara nak mendidik lafaz dan niat solat ni, dgn cara setelah lafaz dibibir (Usalli farda…)kemudian niat dihati (sahaja aku…) barulah takbir… betul ke itu dibolehkan…
Entri terkini blog noorcahaya.. tak keje kat opis
[Balas]
ImamKhalid Reply:
December 15th, 2008 at 8:49 pm
Itulah yang sering disalahtafsirkan. Maaf, izinkan saya berikan sedikit penerangan. Membuat ayat BUKAN niat. Niat adalah gerak hati, iaitu fikiran dan perasaan kita pada saat tertentu itu.
Sebagai contoh, izinkan saya bertanya. Adakah anda sedar yang anda sedang solat zohor pada waktu anda memulakan solat itu? Sedarkah anda bahawa solat zohor itu fardhu? Perasankah anda bahawa solat zohor itu 4 rakaat?
Sekiranya semua jawapan di atas adalah ya, itulah sebenarnya niat anda pada waktu itu. Dan sekiranya perasaan itu ada pada waktu tersebut, itu bermakna bahawa anda SUDAH pun berniat.
Yang “sahaja aku…” itu sebenarnya adalah lafaz, termasuklah lafaz di dalam hati, atau “buat ayat” di dalam hati. Dan yang diajar oleh kebanyakan ustaz itu, sebenarnya adalah satu teknik mengajar, supaya mudah difahami, secara teori. Namun secara praktikalnya, yang terdetik itulah sebenarnya niat.
Contoh lain. Anda terasa hendak makan roti. Anda pun pergi ke dapur, ambil roti lalu anda suapkan ke dalam mulut. Adakah anda berkata di dalam hati, “sahaja aku makan roti ini sebanyak 2 keping kerana aku lapar..?” Sudah tentu tidak. Tapi adakah anda berniat memakan roti itu? Adakah anda makan dengan sedar? Adakah anda makan dengan berkehendak? Sudah tentu ya.
Itulah niat. Begitu juga dengan solat, tukarkan sahaja perkataan makan dengan solat, roti dengan zohor, dan sebagainya yang perlu, seperti berikut.
Anda terasa hendak solat zohor. Anda pun pergi ke bilik, ambil wudhuk lalu berdiri dan angkat takbir. Sewaktu anda mengangkat takbir itu, adakah anda solat dengan sedar? Adakah anda solat dengan berkehendak? Sudah tentu ya, bukan?
Harap menjawab persoalan. Wallahu a’lam.
[Balas]
Bawang Goreng Reply:
February 5th, 2009 at 10:52 am
Salam,
Ustaz quote: Contoh lain. Anda terasa hendak makan roti. Anda pun pergi ke dapur, ambil roti lalu anda suapkan ke dalam mulut. Adakah anda berkata di dalam hati, “sahaja aku makan roti ini sebanyak 2 keping kerana aku lapar..?†Sudah tentu tidak. Tapi adakah anda berniat memakan roti itu? Adakah anda makan dengan sedar? Adakah anda makan dengan berkehendak? Sudah tentu ya.
Jika kita telahpun ada niat begitu, adakah ini bermakna kita tak perlu lagi mengucapkan ‘bismillah’?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 11:24 am
Niat dan membaca bismillah adalah 2 perkara yang berbeza. Kita membincangkan soal niat, bukan bacaan.
Bacaan bismillah itu merupakan perkara sunat. Sekiranya baca bismillah sebelum suap makanan, maka dapatlah pahala dan bersih dari gangguan syaitan. Sebaliknya jika tidak baca bismillah, maka berkongsilah kita akan makanan tersebut dengan syaitan.
Sementara niat itu pula adalah kehendak kita untuk melakukan sesuatu. Niat makan ialah kehendak kita pada waktu itu ialah makan.
Dari sini cuba saudara terangkan, sesudah niat perlukah kita membaca bismillah sewaktu hendak makan?
Wallahu a’lam.
[Balas]
16 December 2008 sekitar 8:36 am
terima kasih… nnt kite print jawapan ustaz ni nak bagi pada org yg bermasalah yg sebenarnya.. saya ok jeeee….
[Balas]
17 December 2008 sekitar 4:00 am
sangat setuju…
dan contoh badminton tu paling tepat dan mudah difahami
[Balas]
11 January 2009 sekitar 6:28 pm
assalamualaikum ustaz..
nak tanya, kalo niat adalah sesuatu yg kita buat dalam keadaan sedar, mengapa ada yg cakap, contohnya, kalau niat sebelum mandi wajib sebelum air mengalir ke anggota badan, maka niat tak sah…bolehkah niat itu hadir pada masa2 yg perlu niat itu hadir,,harap ustaz paham
[Balas]
ImamKhalid Reply:
January 11th, 2009 at 10:47 pm
Niat boleh hadir sewaktu kita mula hendak melakukan sesuatu. Niat yang belum hendak dilaksanakan merupakan kehendak kita pada waktu itu, manakala yang sudah dilaksanakan itu tidak dipanggil niat lagi.
Berkenaan niat tidak sah, sebenarnya tidak ada istilah “niat tidak sah”. Yang ada hanyalah spekulasi yang lahir dari kejahilan individu mahupun masyarakat itu sendiri.
Cara mudah, ambil contoh makan nasi. Setelah kamu kekenyangan, pernahkah timbul soal niat nak makan itu sah atau tidak? Yang ada hanyalah, makan dalam sedar atau pun tidak. Ada sesetengah orang, sedang tidur boleh pula bangun makan nasi, tanpa disedari. Itulah makan tanpa niat. Niat makan yang tak sah itu saya rasa tak pernah wujud.
Contoh kedua, bayangkan anda sedang main bola. Sewaktu sepakan percuma, anda menendang bola sebelum sempat pengadil meniup wisel. Apakah salah anda? Adakah niat anda yang tidak sah, atau sepakan itu yang terbatal? Sudah tentu sepakan itu yang terbatal. Sebab itu saya katakan tidak ada istilah niat tidak sah, yang tidak sah hanyalah perbuatan itu sendiri.
Mungkin saudara musykil, salahkah apa yang diajar oleh ustazah di sekolah? Sebenarnya sesetengah ajaran sebegitu merupakan adaptasi atas adaptasi melalui pemahaman berbeza yang berlapis2 sehingga mewujudkan satu teori yang berbeza dari asalnya. Terjemahan yang ‘direct’ drp bahasa Arab kepada bahasa Melayu merupakan penyebab utama permasalahan ini.
Sebab itu kita dituntut untuk belajar agama sehingga ke liang lahad. Yang dah faham itu pun kadangkala boleh jadi salah juga. Sama2lah kita pohon dengan Yang Maha Esa supaya tunjukkan jalan yang lurus dan ilmu yang betul.
Harap menjawab soalan. Wallahu a’lam.
[Balas]
17 January 2009 sekitar 8:05 pm
“Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.”
Itulah yang telah disebut oleh Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos.
Boleh Ustaz tolong jelaskan maksudnya..maaf ustaz, saya masih bertanya..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 5th, 2009 at 11:36 am
Dalam hal ini, izinkan saya memberi contoh.
Anda masuk ke bilik air, kemudian mandi. Air mula diratakan bermula dari kepala. Sampai sahaja di bahagian dada, tiba2 terlintas dalam hati, “Eh, aku nak mandi wajib lah. Kebetulan tengah mandi ni, mujur aku teringat yang aku ni belum mandi wajib lagi.”
Jika anda terus menghabiskan mandi itu dari dada ke bawah, tanpa memulakan dari kepala, maka tidak sahlah mandi wajib tersebut.
Sebaliknya jika anda mulakan semula dari kepala, barulah sah mandi itu.
Begitulah maksud Penolong Pengarah tersebut, wallahu a’lam.
[Balas]
21 February 2009 sekitar 3:44 pm
salam ustaz,
kalau kita mandi hadas mengikut cara rasulullah. iaitu membasuh kedua belah tangan dahulu dan niat, wuduk n seterusnya..
maksud saya, saya membasuh kedua tangan sambil niat, kemudian wuduk (kedua-dua dibuat di sinki) kemudian baru ke shower untuk memnyambung mandi keseluruh badan..
bole ke macam tu ustaz..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 21st, 2009 at 5:17 pm
Yang penting sekarang ialah kita sedar apa yang kita lakukan. Kerana apabila melakukan sesuatu dalam keadaan sedar, bermakna anda berniat melakukannya, bukannya tanpa niat atau tidak sengaja.
Oleh itu, sah mandi wajib begitu, selagi anda tahu apa yang anda lakukan.
Wallahu a’lam.
[Balas]
ashleen karim Reply:
February 21st, 2009 at 6:17 pm
salam ustaz..
sambungan tadi…kalau tengah mandi hadas, iaitu mandi seluruh badan..tangan tersentuh kemaluan sebab nak ratakan air.. bermakna wuduk saya batallah kan..
maknanya saya kena ambik wuduk balik bila nak solat kan..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 21st, 2009 at 7:31 pm
Ya, betul.
[Balas]
28 February 2009 sekitar 11:48 am
Salam Ustaz.. berkenaan mandi wajib.
Jika kita dah pegang shower tu dan sebelum sy sampaikan air ke kepala sy, dan saya dan niat mandi wajib… adakah sah mandi wajib itu? kerana ramai yang berkata mesti niat masa air sentuh mana2 bhg badan. Yg sy kelirunya ialah niat mandi wajib tu memang dah hadir sebelum sy sampaikan air ke kepala atau mana2 bhg bdn. yakni dalam keadaan ready untuk mandi wajib memang dah niat tapi saya tak boleh masa air sampai ke badan saja baru niat. Jadi adakah betul cara niat saya? cthnya sedangkan nak makan memang dah niat awal2, dah 30 minit lepas niat baru makan. tp berkenaan mandi wajib ni masih sy bengang kerana byk sangat salah tafsir yg mengelirukan. Harap ustaz boleh bantu ASAP
[Balas]
ImamKhalid Reply:
February 28th, 2009 at 11:59 am
Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Itulah yang dipanggil niat.
Saya sendiri kurang pasti mengapa pendidikan awal diajar sebegitu (niat sejurus air kena kulit kepala). Seolah2 tidak menunjukkan sifat manusia itu sendiri.
Seperti contoh yang saudara sebutkan tadi, memang kena dengan maksud niat itu sendiri. Begitulah yang patut saudara lakukan.
Sebenarnya perkara niat ini tidak perlu dipanjangkan sama ada di sekolah, masjid, dsb. Cukup hanya kita tahu bahawa kita buat sesuatu itu dalam keadaan sedar, bukan tidak sengaja (tanpa niat).
Harap menjawab soalan, wallahu a’lam.
[Balas]
2 March 2009 sekitar 1:33 am
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, sewaktu meratakan air dianggota badan dalam mandi wajib atau mgmbil wuduk kira-kira hampir siap, tiba-tiba hati saya melafazkan niat semula, cntohnya ‘aku megangkat hadas besar/kecil ni kerana Allah’….jadi ustaz, adakah perlu saya memulakan menjirus air keanggota badan semula….
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 25th, 2009 at 4:34 pm
Maaf lambat jawab, terlepas pandang pertanyaan saudara ini.
Sebanyak mana sekalipun hati anda melafazkan apa2 sekalipun, ia tidak menjadi masalah sama sekali.
Apa yang penting ialah anda sedar apa yang anda lakukan. Itulah sebenarnya yang dikatakan niat. Kalau tak sedar (contoh mengigau termandi) barulah dikira tidak berniat dan tidak sah mandi itu.
Sekiranya buat dalam keadaan sedar, kemudian hati nak kata apa pun, katalah. Wallahu a’lam.
[Balas]
8 March 2009 sekitar 9:08 pm
saya ada satu masalah..ada seorang lelaki sms saya dan mengatakan untuk bercouple dgn saya..sdangkan sy lasung x knal dia..apa yang patut sy lakukan?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 8th, 2009 at 11:24 pm
Itu bukan masalah, tapi mengada2 namanya.
Apa susah, tak payah layan, tak payah tanya orang, tak payah fikir, tak payah menyusahkan diri, dan tak payah buat apa2 pun. Buang sahaja sms itu.
Ada soalan lain? Wallahu a’lam.
[Balas]
10 March 2009 sekitar 10:14 am
Assalamualaikum ustaz….
Sy nak tnye, sy ada sorang kawan nie.. Kami dok dlm blik sme.. mula2 ktowg solat sme2,tp lme2 dia xsolat n ad lg sorg kwn ad ajk solat,dia ikut mulany tp lme2 dia xwt twos…so ktowg dlm blik 2 mnanggung dosa dia x,cz dia xsolat???
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 10th, 2009 at 1:05 pm
Setelah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kawan, kita telah terlepas dari dosa. Kawan nak ikut atau tidak, bukan kita yang putuskan. Malah di luar kekuasaan kita. Jangan risau, jaga diri. Wallahu a’lam.
[Balas]
10 March 2009 sekitar 10:19 am
salam ustaz…
mcm mane nk nsihat membe yg suka kuar mlm??? tkut dia terasa ati…. lgpun, dia jenis suka brgaul ngan bebdk lelaki…. da byk kali ckp, die wat jgk….
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 10th, 2009 at 1:15 pm
Tegurlah dengan melakukan perbuatan yang baik, mulia dan ikhlas. Kita nak nasihat orang pun, kita ni siapa? Nak ker dia turuti nasihat kita?
Sudah menjadi lumrah manusia, semakin ditegur semakin dibuat, semakin dilarang semakin galak, semakin diperingat semakin lagha.
Oleh itu, jaga diri kita, jaga hubungan silaturrahim, jaga tatatertib, itu lebih utama.
Maafkan saya, ada suatu perkara yang suka saya kongsikan di sini. Lumrah manusia juga, apabila terasa bagus, ingin ditegurnya semua orang. Sedangkan dirinya sendiri pun tidaklah sebagus mana.
Bukan kata saudari, tapi secara normalnya manusia bersikap begitu. Oleh itu jauhkan diri dari terdedah kepada sikap tersebut.
Untuk menjauhi terdedahnya kepada sikap tersebut, “didik” diri sendiri mendidik orang lain dengan menggunakan teknik yang betul.
Termasuklah menggunakan ilmu psikologi, mendidik diri supaya bersikap istiqamah (konsisten) dan berperwatakan mulia. Semua ini amat memberi kesan yang besar kepada orang di sekeliling kita.
Wallahu a’lam.
[Balas]
11 March 2009 sekitar 10:47 am
assalamualaikum…sye nk tanye…ade sorg dak laki nie suke beramah mesra dgn sye..so sye pon beramah mesra la dgn die gak..tp kebykan kwn sye mengatakan disebalik keramah mesraannye ialah die suke kat sye..sye jdi bingung dgn tafsiran kwn2 sye 2..sbb dgn semua org sye beramah mesra..bukan die sorg je..jadi ape yang patut sye lakukan..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 11th, 2009 at 1:20 pm
Beramah mesra dengan yang bukan muhrim itu sahaja sudah berdosa. Apatah lagi ingin lebih daripada itu.
Apa yang patut saudari lakukan, jauhi maksiat. Ingat, maksiat itu bukan khalwat sahaja. Maksiat adalah kemungkaran. Apa2 perkara yang melibatkan dosa ialah perkara mungkar.
Wallahu a’lam.
[Balas]
15 March 2009 sekitar 5:15 pm
salam….tima kasih tuk suma jwpn yg ustaz bls…nk tny klu mse rye kita disunatkn pose 6 kn,kta kna gnti pose dlu ke bru leh pose 6????? klu kta pose gnti dlm 6 hr n lebih,kta dpt x pahala pose 6 tue ?????..
[Balas]
ImamKhalid Reply:
March 25th, 2009 at 4:35 pm
Jika cukup 6 hari puasa sunat, maka dapatlah pahala itu. Wallahu a’lam.
[Balas]
16 April 2009 sekitar 11:36 pm
Assalamu’alaikum Ustaz.
Saya faham dengan apa yang dikatakan ustaz tapi saya musykil tentang satu perkara. Jika berniat itu begitu mudah, kenapa pendapat ulama-ulama Shafi’i awal bahawa niat itu harus hadir sepanjang takbir dianggap sukar untuk diikut lantas ulama-ulama Shafi’i kemudian berpendapat bahawa niat itu hanya wajib hadir seketika ketika bertakbir?
[Balas]
ImamKhalid Reply:
April 17th, 2009 at 12:26 am
Niat itu mudah, tetapi nak kekal sedar setiap saat adalah suatu yang mustahil.
Ambil satu contoh – mandi wajib. Sambil mandi, semestinya ada terfikir perkara lain, tidak kira sekecil mana pun. Sebab itu ia wajib hadir seketika.
Bayangkan saudara sedang mandi. Sedang2 dalam keadaan sedar sedang mandi wajib, tengok sabun terfikir hal sabun, tengok berus gigi ingat gigi tak gosok lagi, tengok lantai nampak lumut, dongak atas nampak sarang labah2.
Benda2 kecil begitu pun menjadikan kita tersasar dari sedar yang kita sedang mandi wajib. Itulah yang dikatakan wajib hadir seketika, bukan wajib sebut atau lafaz seketika.
Wallahu a’lam.
[Balas]
firdaus Reply:
April 17th, 2009 at 12:59 am
Terima kasih atas jawapan ustaz. Sekarang saya lebih memahami.
[Balas]
25 April 2009 sekitar 1:54 am
Maaf. Saya ingin bertanya lagi.
Sebelum saya bertakbir, saya tahu solat apa yang saya ingin lakukan. Tapi masalahnya, apabila saya mula bertakbir, fikiran saya menjadi kosong. Apakah ini bererti saya tidak berniat?
[Balas]