Soleh.Net

Menjana Keperibadian Soleh

Pertama kali? Lihat latar belakang.

Arkib bulan November, 2008

Pengalaman memegang watak utama

Pada awal tahun 2008 yang lalu, satu peluang menimba pengalaman menjadi jurukamera telah berjaya aku lalui, walaupun kurang sempurna. Kali ini tawaran yang lebih hebat datang menemui hidupku, iaitu memegang watak utama. Ternyata aku mula nervous di saat-saat permulaan. Namun keinginan dan semangat yang membuak-buak penuh berkobar itu telah menghilangkan segala kerisauan di dada. Lihat [...]

Definisi bersuci (bhg II)

Sambungan daripada bahagian I. Pembahagian-pembahagian jenis bersuci Terdapat 2 jenis bersuci yang dikehendaki oleh syarak, iaitu: Bersuci daripada najis zahir yang meliputi badan, pakaian dan tempat; Bersuci daripada hadas yang merupakan kekotoran maknawi yang ada pada badan sahaja.

Definisi bersuci (bhg I)

Bersuci dalam istilah bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi. Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh dicapai oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain. Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.

Perkara yang wajib diketahui sebelum solat

Bersuci adalah antara perkara yang wajib dipelajari sebelum menunaikan solat. Tanpa ilmu bersuci, ibadah solat seseorang itu akan terdedah kepada batal atau cacat, dibimbangi tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Muka 2 dari 212